DESA WATERPARK MENJANJIKAN SUATU KELAINAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera ~!


Siapa suka pergi Taman Tema Air ? Kalau ya, bolehlah geng dengan Khai. kehkehkehkeh.



Bertempat di Desa Waterpark , Taman Danau Desa , Kuala Lumpur  Khai bersama - sama 3 rakan bloggers yang lain telah dijemput untuk membuat review disana. Kali terakhir Khai ke sana sewaktu kecil lagi . Sekarang besar gedabak barulah merasa nikmat main air di Desa Waterpark .Terima Kasih Desa Waterpark . 


bersama - sama Mr David Wan ,Park Manager dan Mr M.Gunaseelan , Head of Operations disini. Terima kasih kerana menjemput kami ! 

Walapun Desa Waterpark merupakan antara taman tema yang terawal di Malaysia, saban tahun taman tema ini menjanjikan sesuatu kelainan. Nak tahu apa kelainan disini? Baca sampai habis ya..



cuba teka siapa yang tengah mengayut nih ? kehkehkeh 






Apa yang akan korang dapat di Desa Waterpark ? Disini terdapat 12 permainan yang unik sesuai untuk hiburan seisi keluarga. Antaranya adalah Bubble Pool , Ripple Bay , Shock Wave , Super Tube , Tarzan in Town , Surf Shack , Thunderbolt , Baby Wave , Water Factory , Pink Slide , Clown a round  dan Action River . 



Yang paling penting semua permainan disini menjanjikan keselamatan para pengunjung dimana terdapat Para Penyelamat ditempatkan khas untuk mengawal kejadian yang tidak diingini berlaku .




model pelampung yang tak bertauliah 

dewan pun turut disediakan untuk acara - acara besar

 Selain itu , disini juga terdapat pelbagai kemudahan disediakan  seperti parking yang mencukupi, tempat tukar pakaian yang besar dan selesa , surau , loker keselamatan , kiosk dan restoran . 




Mengenai restoran disini pula adalah kendalian Kafe Sila Rasa dimana untuk pengetahuan korang Kafe Sila Rasa ini merupakan tender tetap untuk makanan Staff Air Asia . Tidak hairanlah makanan di sini sedap - sedap belaka sehingga menjadi pilihan Air Asia. 




Oh ya , mesti korang tertunggu, permainan apa yang menarik sehingga menjadikan Desa Waterpark ini lain dari yang lain ? Jawapannya adalah Thunder Bolt ! Uniknya mengenai Thunder Bolt ini kerana permainan ini merupakan Permainan Pertama yang menggunakan Kuasa Pancutan Graviti Air dan  Yang Terpanjang di Asia! Satu pencapaian yang membanggakan. 




Patutlah orang ramai sanggup beratur panjang dan lama semata - mata untuk merasai sendiri pengalaman mencuba permainan ini. 

Malangnya buat kami kerana tidak sempat menaiki Thunder Bolt ni kerana masa mencemburui kami namun begitu kami sempat mencuba kesemua permainan disini. Ternyata meluangkan masa terluang disini sangat berbaloi dengan keseronokan mencuba permainan di Desa Waterpark. 

Harga tiket dan waktu operasi  masuk ke sini  adalah seperti berikut  : 

Harga Tiket 

Dewasa : RM 35 
Kanak - kanak : RM 25

Waktu Operasi 

Hari Bekerja : 10.30 Pagi - 6.00 Petang
Hari Minggu dan Cuti Sekolah/  Am : 10.00 Pagi - 6.00 Petang 
*Ditutup setiap Rabu kecuali pada Cuti Sekolah / Am 

Untuk maklumat lanjut boleh layari website Desa Waterpark : www.desawaterpark.com.com 

Terima Kasih Desa Waterpark !

p /s : Terima Kasih juga dekat Kisah Tatie tak pernah lupa untuk jemput Blog Budak Pacak :) 

14 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

perghhh bestnyaaaaa.. ena leh jadi geng khai.. minat benda2 macam ni.. bukan nak ajok.. huuuuu Bilalah dapat jumpa khai lagi nim.. :'(

Bahrain said...

tengok macam menarik. Jarang mandi waterpark, kali terakhir tahun lepas mandi waterpark di Melaka.

Mohd Yusof Rahmat said...

Hmm... bila baca posting nie, terasa macam nak drive ke sana sekarang jugak... looks like fun!

Mohd Yusof Rahmat said...

Bila baca posting ni, terasa macam nak drive ke sana sekarang jugak! Looks like fun!

Liyliz said...

seronok nya.. tiket pun boleh tahan tak mahal sngt.. tapi lokasi ni dekat mana?

Kalau sudi boleh dtg BW liz pula ye.. www.lilizazaliza.blogspot.com

Khai Artzfar said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿ tu la ena dapat tak pindah ke sini? kalau ada sini khai lama dah ajak. lama juga kita tak lupa

Khai Artzfar said...

@Bahrainoh melaka A Famosa la kan

Khai Artzfar said...

@Mohd Yusof Rahmathaha jom la !

Khai Artzfar said...

@Liylizhai liz ! ni dekat jalan kelang lama. :)

Khai said...

Igtkan kecik je desa waterpark ni. Ley tahan besar gak eh. Good review khai!

Khai Artzfar said...

@Khaithanks bro 4 the support :)

KorN said...

best eh... macm nak pergi bawah anak buah.. konpem anak buah happy

Khai Artzfar said...

@KorNhaha ke ko yang nak join nih haha

Marou Apple Hijau said...

Wow bestnya dapat main air. Rate per entry pun murah. Cun habis entry ni. Tq 4 info