Pengalaman Di Atas Cruise Tasik Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
 
Kalau sebelum ni , Budak Pacak bercerita mengenai Pengalaman Pelayaran Di Atas Libra Star Cruise , kali ini nak bercerita mengenai Pengalaman Di Atas Cruise Tasik Putrajaya pula. Untuk pengetahuan korang , ini adalah entry lanjutan daripada Expo 100 Tahun Doraemon yang Budak Pacak dan Sahabat Media kunjungi baru - baru ini. 



Antara tujuan kami ke sini adalah untuk membuat review mengenai produk pelancongan di Putrajaya ni . Jadi kami berkesempatan merasai sendiri menaiki Cruise Tasik Putrajaya yang eksklusif ini. Kenapa Budak Pacak cakap eksklusif ? Sebabnya di atas pelayaran cruise yang memakan masa hampir dua jam ini, kami sempat merasai sendiri pakej Spa urutan kaki yang disediakan di atas cruise ini . 




Memang sangat best kena pulak sekian lama kesana - sini tetiba hari ini dapat urut kaki pulak . lega gilos . Oh ye di atas Cruise ini terdapat beberapa cruise dan pakej yang disediakan termasuklah pakej hari minggu bersama keluarga, bisnes atau majlis korporat.




 Bila kesini, korang berpeluang untuk memenangi hadiah bulanan yang menarik di bawah kempen ' Cruise & Win's ' yang akan berakhir pada Disember 2014. 





Menariknya mengenai Cruise Tasik Putrajaya ini , sepanjang pelayaran , korang berpeluang tengok sendiri landskap bangunan - bangunan sekitar Putrajaya . Memang puaslah, menikmati pemandangan sambil layan angin sepoi sepoi bahasa. Servis cruise bergantung pada perkhidmatan yang korang pilih, ada sightseeing tours, dining cruise dan private boar charters



Tak rugi lah kalau korang kesini, sesuai sangat kalau habiskan hujung minggu disini . Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Tourism Kuala Lumpur kerana sudi menjemput Budak Pacak dan Sahabat Media yang lain sertai trip ini.  Jom Melancong ! 



p /s : teringin nak naik dengan Pak Nil pula 

7 comments:

Nur Madihah said...

Bestnya.. Jeles =P

profhariz said...

Cantik gambar2 hang bro !

Khai Artzfar said...

@Nur Madihah hehe nanti naiklah

Khai Artzfar said...

@profhariz haha biasa - biasa ja bro. anyway thanks

beki said...

Thanks khai, terharu ada gambar aku. Cewaah, haha btw naik cruise dekat putrajaya memang sangat best, sangat tenang, sesuai untuk nak release tension :)

Khai Artzfar said...

@bekifulamak beki komen blog aku arh haha

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

Menyampah plk aku nengok nye....huihuihui