October 04, 2014

An Evening With Romanian Radio Orchestra

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua !

Siapa tengok 'An Evening With Romanian Radio National Orchestra' yang ditayangkan di TV 2 baru - baru ini ? Sebenarnya Budak Pacak dan beberapa orang rakan blogger yang lain telah dijemput bagi melihat sendiri persembahan live orkestra dari pemuzik Romanian Radio National Orchestra di di Dewan Filharmonik Petronas,Kuala Lumpur. 



Tujuan konsert ini adalah bersempena penghargaan khas sempena 7th World Summit on Media for Children (WSMC) yang menyaksikan Kuala Lumpur menjadi hos kepada sidang tersebut dari 8 hingga 10 September 2014. Konsert ini diketuai oleh konduktor Romania, Maestro Tiberiu Soare dan konduktor Malaysia Maestro Leonard Yeap.

Disebabkan didalam tak boleh tangkap gambar, screen grab TV pun layanlah

Selain itu, konsert ini juga turut menampilkan


P.I. Tchaikovsky:Swan Lake   Suite op 20a,

L. Yeap: Concertino Rancak Bertemu - untuk dua biola (violin solo: Yap Yen & Jae Sern),
J.Boyle (arr . By Luqman Aziz): Jauh-Jauh (suara solo: Syafinaz Selamat),
P.de Sarasate: Gypsy Airs OP. 20,
G. Dinicu: Ciocarlia (biola Solo: Gabriel Croitoru),
R.Strauss: Burlesk (piano Solo: Horia Mihail),
G. Enescu: Romania Rhapsody nr. 1 dalam op A. 11.

Ramai juga tetamu VIP dan VVIP yang hadir termasuklah YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Chek, Menteri Komunikasi dan Multimedia.Sempat juga kami bergambar sekali kehkehkeh .. 


Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, impian untuk masuk ke dalam dewan filharmonik tercapai juga. Yer la Village People macam Budak Pacak ni jarang sekali dapat masuk ke tempat macam ini. Ditambah pula, tempat duduk yang kami dapat adalah VVIP.Macam mimpi lah pulak..


Ini juga merupakan pengalaman pertama Budak Pacak dapat lihat sendiri konsert orkestra secara live . Terima kasih tidak terhingga kepada Cik Paris dari Destination Malaysia dan Kedutaan Romania yang sudi menjemput kami. 

kredit info dan gambar : Dikbee 

p /s : Syukur diberi peluang 

0 Budak Rambut Pacak Komen: