Total Pageviews

Butik XES Kini Di Quill Mall

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Jenama Kasut yang popular, XES kini mempunyai butik cawangan baru di Quill Mall . Haa baru - baru ini Budak Pacak berkesempatan ke Quill Mall yang baru sahaja dibuka.Kiranya Butik XES di sini dibuka serentak dengan Quill Mall. 






Nak tahu dekat mana Quill Mall ni? Senang je, dia terletak di belakang Unikl Main Campus atau sederet dengan Hard Rock Cafe. 






Khabarnya Butik Premium XES ini direka mengikut vintage style beserta konsep soft modern. Turut hadir sama pada pelancaran butik tersebut adalah Duta XES 2014/2015 , Mico Pun bersama - sama model yang lain . 



Setakat ini, boleh dikatakan Budak Pacak adalah pengguna XES yang setia. Dengan tagline ' Superior Comfort for Happy Feet ' kasut dan barangan XES dah la murah, malah berkualiti setanding dengan jenama import yang terkenal. Kadang - kadang kasut import ni jenama je yang terkenal tapi kualiti tak tahan mana pun. 













Mempunyai hampir 80 cawangan di dalam Malaysia, XES menyasarkan untuk menjadi top 10 jenama rangkaian kasut di Malaysia 

Pada sesi pengenalan butik baru ini. sekali lagi Budak Pacak dan rakan media yang lain diberi peluang untuk memilih mana - mana barangan yang terdapat dalam Butik XES Quill Mall. Kali ini Budak Pacak masih lagi memilih kasut casual memandangkan banyak aktiviti diluar kawasan yang memerlukan kasut yang lasak. 

Untuk korang  yang berada di kawasan berhampiran, alang - alang ke Quill Mall, jangan lupa singgah ke Butik XES, jenama kasut yang dipercayai dan berkualiti! Terima kasih XES ! 


P /S : sesuai digayakan dengan mana - mana pakaian  

2 comments:

Anis Amir said...

a'ah mmg belkang Kampus Unikl Miit. Sbb sy pun student kat sana. Lepas ni port lepak mmg Quill Mall la hihi XD

(http://anies-msletoes.blogspot.com/)

budakbandunglaici said...

wah ada kedai baru