October 21, 2014

Malaysia International Gourmet Festival Meriah !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Pada 26 September yang lalu, Budak Pacak berkesempatan ke Malaysia International Gourmet Festival yang diadakan di Sunway Pyramid Convention Center



Bertemakan ' Red Hot Chefs'  Taste MIGF  ini telah berlangsung selama 3 hari dari 26-28 September 2014. Disini para chef dari setiap hotel terkemuka berentap menyediakan sajian yang terbaik bagi menarik minat pengunjung yang menjadi juri masakan mereka . 




Senang cerita ini ala - ala 'food testing' tapi yang uniknya setiap makanan atau hotel yang korang pergi , korang kena beli Gourmet Dollar dan tukarkan dengan makanan yang korang nak . 






Di TasteMIGF juga turut menampilkan "The Theater of Cuisines dan Epicure International Gourmet Village'. Selain itu, terdapat juga Demonstrasi masakan dari Chef Selebriti Chef Wan, Chef Dato' Fazley dan Chef Edwin Chan.



Dekat sini, media yang hadir menjadi juri kepada hidangan yang disediakan termasuklah Budak Pacak. Tipulah kalau makanan dorang tak sedap enn, nak pilih pemenangnya memang susah.

Kiranya apa yang Budak Pacak boleh cakap , MIGF ini macam syurga makanan! Cakap je nak makan apa, hampir semua ada. Daripada makanan dalam negara hinggalah ke luar negara semuanya boleh didapati disini. Terima kasih MIGF atas jemputan ! 

p /s : kagum dengan rekaan resipi masing  - masing 

2 Budak Rambut Pacak Komen:

Dik bee said...

sedappppnyer

luqman zakaria said...

macam best jer..susahlah nak pilih lau semua sedap..huhu