Nak Piza Yang Sedap? Cari Je PizzArt Dan Produk Anchor


Siapa suka makan Pizza ? Jika Ya, korang wajib baca sampai habis entry ini sebab Pizza dia sangat sedap berbanding dengan jenama yang sedia ada di pasaran.




Buktinya aku dah cuba makan pizza – pizza ini memang diakui sangat sedap. Tak percaya nanti korang pergi cuba.

Aku bersama – sama beberapa orang blogger telah join kempen PizzArt yang membawakan restoran Pizza yang terbaik di Lembah Klang yang dibawakan khas oleh Anchor Food Professional

Jenama Anchor sendiri merupakan jenama tenusu yang membekalkan produk – produk jenama tenusu terkenal di Malaysia.  

Kalau nak tahu sebanyak 24 outlet telah dipilih untuk menyajikan hidangan dari Anchor Food Professional yang menggunakan produk Anchor.
Macam baru ini aku dah cuba makan di Movida dan Pizzaria.




Untuk korang yang nak makan Mini Muffin Pizza dan Pizza Bombs bolehlah ke Movida di Subang dan Sunway Giza. Tapi untuk korang yang muslim kena tahu, Movida ini merupakan bar dan kurang sesuai untuk makan disini. Tapi jangan risau pizza dari Anchor dijamin halal.



Nak best, korang kena datang ke Pizzaria di Usj 21 dan cuba Formaggio dan Pot Pie Pizza. Serius cheese dia meleleh! Sedap! Bila ditanya cheese apa yang diguna, jawapannya adalah Anchor.




Sebab itu jugalah kiteorang datang dan cuba kerana menjadi saksi kepada masakan dan bahan yang digunakan, No Doubt!


Selain itu pizza yang dibuat juga fresh dari oven dan berdasarkan permintaan. Sebab itulah Anchor Food Professional menitik berat dalam kaedah pembuatan pizza.

Untuk mencuba menu –menu ini korang boleh ke  lokasi yang disebut diatas.! Berbaloi!

No comments: