Senarai Hotel Pilihan Di Medan


Kebanyakan anak muda kalau travel tak kisah sangat pasal  tempat tinggal ini. Kebanyakannya akan tinggal di hostel atau mencari hotel bajet yang murah untuk save budget.




Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang berkeluarga, ingin berbulan madu atau ingin mencari hotel yang selesa?

Menerusi Wonderful Indonesia, mereka telah mengenal pasti senarai hotel pilihan di Medan dan Sumatera Utara dimana aku sendiri turut berkesempatan menginap disini. Diperakui kesemua hotel ini tersangatlah selesa dan kebanyakannya adalah hotel yang berhampiran tempat menarik di Medan

Hotel di Bandar Medan

Grand Aston Hotel, Medan



Hotel 5 bintang ini terletak betul – betul di tengah Bandar medan dan berhampiran dengan tempat – tempat menarik di Medan seperti Masjid Agung Medan, Istana Maimon dan berhadapan dengan Merdeka Walk.
 
city view!

Untuk korang yang nak makan makanan tempatan, mencari souvenir dan mencari tukang urut murah, boleh saja ke Merdeka Walk  , berhadapan hotel ini


Hotel di Pasar Berastagi

Sibayak Hotel

Untuk ke Berastagi, perjalanan dari bandar Medan mungkin agak jauh, tapi jangan risau kerana di Berastagi terdapat hotel yang selesa dan menarik iaitu Sibayak Hotel




Kalau korang menginap di hotel ini jangan pelik kalau tak ada aircond dan kipas kerana cuaca disini sudah sejuk. Pemandangan pula korang akan dapat melihat Gunung Sibayak yang cukup menarik. Untuk korang yang ingin tenangkan fikiran mungkin boleh menginap di hotel ini

Hotel di Lake Toba

Inna Parapat Hotel

Jika ke Lake Toba, jangan lepaskan peluang untuk menginap di Inna Parapat Hotel yang terletak di Parapat. Hotel ini best tau sebab terletak di tepi tasik dan view dia cukup mengagumkan!





Sebenarnya banyak lagi hotel yang kiteorang singgah termasuklah Niagara Hotel, Mikie Holiday Resort, dan banyak lagi. Cuma yang aku senaraikan di atas tu adalah hotel yang aku sendiri tidur disana. Untuk korang yang ke Medan, bolehlah menginap disini nanti!

Terima kasih Kementerian Pelancongan Indonesia, Team Wonderful Indonesia dan KBRI Kuala lumpur


No comments: