Berbuka Hidangan BBQ Berkonsepkan Taman Di Pulse Grande Hotel Putrajaya


Tahun ini suka untuk aku fokuskan tempat berbuka terbaik di Putrajaya dan Bangi. Dan kali ini aku nak perkenalkan satu lagi lokasi berbuka terbaik di Putrajaya iaitu di  Pulse Grande Hotel Putrajaya.




Shangri La Putrajaya Sudah Bertukar Ke Pulse Grande Putrajaya

Aku yakin pasti ramai diantara korang yang tertanya adakah Pulse Grande ini hotel baru bukan? Sebenarnya mereka hanya tukar nama, lokasi dan keseluruhannya masih lagi sama. Jika dahulu mereka dikenali sebagai Shangri La Putrajaya, kini mereka telah bertukar nama menjadi Pulse Grande. Lokasinya masih lagi terletak di Presint 1 Putrajaya.

Sajian BBQ Di Taman

Jika hendaklah dibandingkan dengan kebanyakan tempat, rata-ratanya menggunakan tema sajian warisan sebagai tema juadah berbuka puasa tahun ini. 



Namun begitu, bagi Pulse Grande bukan sahaja menyediakan sajian warisan, malah turut perkenalkan sajian BBQ di taman! Cukup selesa dan indah. 



Sebaik sahaja korang melangkah keluar ke taman hotel ini, korang bakal terpesona dengan landskap serta makann yang tersedia.

Rasa Sebenar Timur Tengah

Aku berkesempatan untk berbuka disini pada hari kedua puasa. Apa yang menariknya selain dari BBQ, disini juga tersedia pelbagai menu timur tengah yang sememangya dibuat segar dan rasa asli dari sana. 




Sebabnya semua menu-menu seperti Lamb Shish Kebab, Lamb Minced Taka Tak, Ayam bakar Malai Bhottii disediakan oleh Chef Zahid Mahmood dari Pakistan.Pelengkap menu ini adalah roti nan yang dibakar panas dan sedap!

Menu Tarikan

Selain itu, kalau dah datang ke sini, jangan lupa untuk mencuba Ikan Patin Assam Nyonya, Otak-Otak, Gulai Kawah Rusuk Kambing, Sambal Udang Petai dan menu dari Taiwan, mee yang disediakan bersama daging cincang. First time aku cuba dan apa yang aku boleh cakap ianya sesuai untuk korang yang ingin panaskan badan.








Untuk peminat durian pula, menu seperti Serawa Durian dengan Pulut, Roti Canai Durian menanti! Dan peminat kambing sudah pasti daging kambing bakar juga disediakan untuk korang.

Urut Percuma Untuk Pelanggan Pulse Grande

Okay ini satu lagi special Pulse Grande dengan semua tempat yang aku pernah review. Khas untuk korang yang berbuka disini, korang boleh menikmati urutan percuma selama 10 minit yang disediakan khas oleh pihak hotel dimana tukang urutnya adalah mereka dari Persatuan Orang Buta Malaysia.









 Bukan itu sahaja, pada setiap hari akan ada cabutan bertuah yang membolehkan pemenang menginap disini untuk satu malam beserta sarapan. Kemuncaknya pula, korang boleh meneka jumlah kurma didalam balang pasu dan hadiahnya adalah penginapan suite eksklusif hujung minggu beserta sarapan dan BBQ untuk dua orang.

Harga Buffet

Dewasa : RM140
Kanak –kanak :RM70

Untuk tempahan dan pertanyaan :
Tel : 03- 8887 8834

19 comments:

Betty Liew said...

Pulse Grande Hotel seems a tempting BBQ food like lamb, Satay and even otak otak. The best part they offer massage to diners and value their customers. I think this is the first hotel that have massage and Ramadhan Buffet in a package.

Eyqa Hasnan said...

Boleh tahan harga buffet ramadhan nie. Tapi berbaloi dengan hidangan makanan yang disediakan dan paling jadi tarikan bila ada urutan selama 10 minit tu

Emi said...

Lol, mati2 ingat hotel baru tadi sebab tak pernah dengar pun nama ni. Rupanya rebrand dari shangri la. Tapi asal dorang tukar nama eh? Orang dah terbiasa dengan nama shangri la kot. Pelik pulak tetiba dah tukar nama ni.

Ezna Ahmad Khalili said...

Dah tukar nama jadi Pulse Grande?. Baru tahu sebab sebelum ni tau nama Shangri La je. Masakan memang banyak pilihan. Kalau nak kan keselesaan berbuka puasa boleh bayar harga buffet yang agak pricey ni.

Eintan Nurfuzie said...

nyum nyummmm. sedapnya.. ala taman eh.. selalu gelap.. g ni de lampu2 tak? boleh try la nanti kt sini.nasi kerabu dan seepod tu mmg kegemaran cik en.

Amanda Suria said...

Eh eh...lain la konsep kat sini..bestnya BBQ di taman..akak dah la pencinta BBQ dan Grill ni..bestnya kalau dapat pi..ooo dah tukar nama eh..patut la rasa macam asing sangat nama hotel ni...menarik..boleh terjah nanti..

Zayani Zulkiffli said...

Suka menu masakan kat sini sebab banyak yang lain daripada lain. Susah nak jumpa masakan timur tengah especially yg macam kebab tu kat memana.

Cik Puan Ena said...

Wowww.. dahsyat harga dia. Ni kalau makan kena pastikan makan sepuas2nya.. menunya banyak special. Termasuk pakej urutan percuma, ada cabutan bertuah. Sesuailah tu dgn rate harga.

Wawa Ashihara said...

Sajian2 yg ada kebanyakkan ada utk setiap negeri. Pantai timur, selatan dan utara... Bgus juga buat cmni kan.. Dptla juga merasa makanan negeri2 yg lain.. Tertarik dgn sajian BBQ di taman! Seriuslah makan BBQ kat taman? Hehehe.. Bukan senang nak dpt tema mcmtu kan.. Menu2 dia semuanya menyelerakan. Adoii lapar perut tgk .. Hahahaha..

Lia Hasty said...


Bukan senang nak cari Ramadan buffet Yang ada konsep bbq mcm ni. Nampak best plak dekat Pukse Grande ni. Tengok menu pun banyak Dan pelbagai pilihan. Terliur plak.

Maha Mahu said...

Konsep taman meriah hehehe boleh main lari-lari dah golek-golek kat sini wakakakaka. tapi makan menarik unik tak ada kat tempat lain ok juga tengok harga berpatutan...

The Fat Paw said...

An outdoor garden bbq is great. My attention caught on to the shish kebabs. Looking so delicious indeed.

Hanny Abdullah said...

Tak pernah lagi jejakkan kaki kat hotel ni. Tengok hidangan berbuka kat sana meriah jugak. Tengok nasi kerabu tu terliur pulak. Puasa ni belum lagi merasa nasi kerabu. Kalau ada rezeki sampai kat sana, insaallah sis akan singgah kat tempat ni

rubydotmy said...

Fuh meriahnya BBQ dia. Best betul. Ruby suka makan BBQ utk berbuka. Sebab elak makan nasi. Konon nak diet la. Wakaka. Nanti kalau ke Putrajaya, Ruby pergi berbuka di sini ya. Husband dan anak-anak mesti suka makan bakar-bakar ni.

Zharif Azis said...

bestnya konsep berbuka di taman. cumanya kalau hujan je akan ada sedikit masalah dan mood akan punahh. hahaha. anyway, hidangan yg ditawarkan mmg pelbagai dan nampak menyelerakan sangat. harga RM140 okaylah dgn hidangan yg ditawarkan tu

Cerita Huda said...

wah menarik yer makan BBQ dalam taman. Mesti damai dan tenang jer berbuka suasana macam ni.. Tak pernah nampak pula kat mana hotel ni kat Putrajaya. Nanti nak cari la

AyuArjuna BiGoshh said...

Jauhnya khai ko gi berbuka. Hehe. Tapi nampak esklusif bila berbuka kat taman. Lain dr yg lain.. beriftar sambil
Menghirup udata yg segar 🤗

Sunshine Kelly said...

Oh wow konon nya Grande Putrajaya Hotel is actually the old Shangri-La Putrajaya. I like their food too.

Mek Onie said...

Ya Ampun wehhhh, sedapnya... eh dah tukar nama dah hotel ni, kenapa la ye... gambar ko pun cantik wehhhh! bestnyaaaa dapat buka kat hotel gebum ni....