Berbuka Sajian Bonda Di Ambassador Putrajaya

Aku rasa tahun ni aku banyak fokus pada tempat berbuka di Putrajaya sedangkan aku duduk di Shah Alam.  Kali ini aku nak berkongsi pula mengenai Ambassador Putajaya yang terletak di Presint 15 Putrajaya



Terkenal Dengan Acara Perkahwinan

Kalau korang nak tahu Ambassador Putrajaya ini sememangnya dikenali sebagai lokasi acara dan juga katering perkahwinan. Kelainan yang ditampilkan kali ini, dorang perkenalkan pula Buffet Ramadan bertemakan Air Tangan Bonda bermula seawal 18 mei 2018 hari kedua puasa.


Makanan Yang Sedap!




So apa yang menarik? Masa preview tempoh hari tak banyak yang dorang tunjuk tapi aku sempat cuba  daging salai masak cili padi, dan char koey tiaw dorang, sedap! Untuk bulan Ramadan nanti tersedia lebih dari 60 Jenis lauk pauk berganti hari dan menu yang menarik dan sedap iaitu :

  • KAMBING GRILL PERISA LEMON
  • CHICKEN WING
  • CHAR KUEW TIAW
  • CUCUR JAGUNG CUCUR IKAN BILIS CUCUR UDANG
  • DAGING + AYAM + UDANG + SOTONG YANG DI PERAP DAN DI GORENG A LA MINUTE .
  • PELBAGAI JENIS KERABU
  • PELBAGAI JENIS AIR BALANG
  • DESSERT STALL
  • ROTI JOHN
  • TEH TARIK & KOPI O
  • SAMBAL MELAYU ( SAMBAL BELACAN , BUDU , SAMBAL GESEK DAN LAIN2)
  • GULAI KAWAH
  • DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI + MANGGA MUDA
  • MEE + BEEHOON SUP
  • LAKSA PENANG
  • PAU MINI
  • DIM SUM
  • MINI MURTABAK







Harga Buffet Ramadan Di Ambassador Putrajaya

Nampak semua menu-menu sedap bukan? Untuk berbuka disini, harganya cuma

Dewasa :RM68
Kanak –Kanak : RM38

Berita baik untuk korang yang datang berkumpulan, tambah-tambah Putrajaya adalah pusat kerajaan bukan? Sebabnya dengan setiap pembelian 10 pax untuk 1 table, harga nya cuma RM58 je tau!  Kemudahan pula jangan cakaplah, laluan khas OKU, baby chair, ruang parkir dan surau juga tersedia. Jadi jangan lupa buat tempahan sekarang ya!



Ambassador Putrajaya

Hanana Group Sdn Bhd,

92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik, 

Persint 15, 62050 Putrajaya


Telefon:

Farah : 016 - 6700 457

Hanis : 016 - 6700 752

Rezza : 016 - 6700 473

Liana : 016 - 4318 434

19 comments:

Munirah Mustafar said...

Semua orang dah start post barang makanan...
Bestnya!!! Camne la nak berpuasa sambil diet ni???

Bella Enveeus said...

Ohh ni first time Bella dengar nama tempat Ambassador Putrajaya. Tak sangka pula ada jual makanan2 yang enak macam ni. Promo 10 org Rm58 tu memang bagus sangat la tu since total family Bella (+ maid) genap 10 orang. Ok la, boleh ke Ambassador Putrajaya ni Ramadan nanti!

Kylie wenn said...

syok nya dapat berbuka dengan makanan yang begitu enak sekali.. yummy! Selamat berbuka puasa!

AyuArjuna BiGoshh said...

Semua makanan kat sini memang nampak sedap dan menyelerakan. Kalau duk area putrajaya harus makan kat sini sekali time berbuka.. macam2 ada memang berbaloi

Amanda Suria said...

Eh murah la pakej berbuka kat sini...hidangan dan menu pun semua menarik tu ha...terliur akak tengok gambar makanan tu smeua Khai..berbaloi kalau akak bawak mak abah akak kan..sesekali bagi diorang happy..area putrajaya memang banyak tempat makan best

Sherry Saw said...

good to know this as we plan to go eat buffet. Just wondering where to eat, shall buzz my dear about this place now.

Hanny Abdullah said...

Hari tu dah pernah gi kat sini tapi berbuka puasa lom lagi. Nanti kalau sis lalu area sini bolehlah singgah untuk berbuka kat sini, kalau semata mata nak pergi berbuka jauh jauh tu tak lah kot..jauh sangat dari Kl.

Ezna Ahmad Khalili said...

Oh namanya ambassador. Bangunan kat corner lot ni memang tak lekang dengan majlis perkahwinan. Ada buat berbuka puasa jugak?. Baru tahu. Nak datang sini memang dekat ajer.

Ana Suhana said...

Pergh kalau dah dapat makan daging salai masak lemak tu memang tak pandang lauk lain dah. Boleh jadi bertambah nasi dibuatnya. Walau hanya 60 lauk tapi bagi ana dah lebih dari cukup.

Maha Mahu said...

Tak tahu pasal Ambassador ni baru tahu ada kat Putrajaya hehehe tempat nampak cantik dan selesa semua kemudahan ada cuma gambar makanan tu tak banyak nak tahu juga apa yang best hehehehe..

Lia Hasty said...

Selalu juga dengar Ambassador Putrajaya. Harga buffet pun berkemampuan dan berpatutan. Menarik je semua hidangan menu yang ada kat sini.

luqman zakaria said...

teringin nak pergi lagi la khai sebab takleh move on lagi dengan kambing grill dorang. Harga pon murah 68nett jer untuk dewasa!

Zharif Azis said...

Pasti terkenang bonda di kampung kalau berbuka di sini. Pasti mahu cepat2 nk pulang raya. Kemudahan di sini sangat bagus ya. Begitu menitikberatkan keperluan setiap insan. Bahkan dpt diskaun sepuluh ringgit utk tempahan satu meja. Berbaloi !!

tenku butang said...

susun atur serta environment kat sini nampak selesa dan kemas je.. no wonder la ramai orang buat majlis perkahwinan dekat sini yea.. luas dan cantik tempat nya.. Fuh Menu-Menu Buffet Ramadhan Warisan Bonda ni nampak menggiurkan .. hahaha.. menggiurkan yea.. sebab TB suka semua menu yang ada.. terutamanya kambing grill tu.. tapi nak tak pernah try kambing grill perisa lemon.. macam menarik je.. haha

emi said...

Semuanya nampak sedap dan menyelerakan. So far emi belum pernah buka puasa kat ambassador ni. Maybe emi boleh plan pergi buka puasa kat sini dengan kakak2 emi. Berbuka puasa sama2

Mawardi Yunus said...

Tak boleh move on lagi dengan kelazatan kambng grill dia. Dengan harga buffet yang diorang tawarkan memang bebaloi-baloi untuk mereka yang tinggal di putrajaya

dr-Life said...

i like the name ambassador so much. makes me feel the privilege of having my makan makan here. Puasa is less then 24 hours now... tak sabar to go buka puasa with my muslim friends

penaberkala nuar said...

Rugi tak dapat join aritu sebab balik kampung. Macam sedap je tengok Kambing Bakar tu, yummeh.

Selamat berpuasa Khai

Annur Syuhadah said...

Uih banyak betul pilihan makanan nye kat sini. Rasanya Annur kalau pegi confirm akan meratah lauk je