Total Pageviews

Sijil SPM Hilang? Ini Cara Untuk Dapatkan Balik Cuma Sediakan Wang RM30 Sahaja

Nak dijadikan cerita masa aku nak apply SSP Pengambilan Guru Secara One-Off baru-baru ini, baru perasan yang aku terlupa letak mana sijil SPM aku.



Cara Dapatkan Sijil SPM Yang Hilang

Mana tak nya dah lama tak tengok or guna, dah terlupa letak mana. Jadi aku pun terfikir dengan kemajuan teknologi sekarang dan keadaan pandemik COVID-19 mesti boleh dapatkan salinan sijil SPM yang hilang secara online. 

Ternyata tekaan aku tepat! Rupa-rupanya memang boleh dapatkan salinan sijil SPM original yang hilang. Caranya aku kongsikan di bawah. 


  • Kemudian klik Perkhidmatan 
  • Klik Salinan Keputusan
  • Pilih SPM atau mana-mana peperiksaan yang korang nak 


  • Isi maklumat yang dikehendaki 
  • Then korang akan dibawa ke pautan bayaran. Caj RM30 dikenakan sekiranya korang ingin self collect dekat Lembaga Peperiksaan atau untuk pilihan postage korang kena tambah lagi RM10 so in total RM40


  • Tunggu sijil tersebut sampai di rumah (untuk pilihan postage)

Pengalaman Dapatkan Sijil SPM Hilang Secara Online 

Aku difahamkan, kalau secara online diorang akan hantar dalam masa 3-4 hari je tapi aku kecewa sebab dia ambil masa lebih lama daripada yang aku sangkakan. 




Mungkin kerana PKP atau sebaliknya tapi untuk pengetahuan korang aku dah tunggu lebih dari seminggu dan ketika artikel ini ditulis pun masih belum dapat sijil SPM tersebut. 




Nasib menyebelahi aku sebab aku terjumpa balik salinan sijil SPM yang asal. Tetapi kasihan dekat kawan-kawan yang nak dapatkan sijil tersebut tetapi masih belum dapat. Harap ada penambahbaikan selepas ini!  

15 comments:

Rawlins GLAM said...

Hilang sijil SPM ye? All the best ye untuk mendapatkannya semula. InsyaAllah dalam waktu terdekat tu

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Bagus juga ada sistem online macam ni lagi memudahkan kita , kalau dulu belum ada sistem macam ni apa-apa sijil yang hilang terpaksa pergi ke JPN

Ezna Khalili said...

Wahhh post yang bagus ni sebab ye lah mungkin perlukan sijil ni untuk minta mana2 ke kan. Sijil ni pun kekadang boleh hilang dalam kebakaran ke, masa pindah rumah ke....rupanya boleh dapatkan salinan yang baru.

azni said...

haaaa .. baguih share info ni.. hilang rasa sakit kepala nak cari sijil spm ni kalau ada sapa-sapa yang hilangkan

Coretan Masa said...

Alhamdulillah sis punyer sijil SPM masih ada dalam simpanan. Tapi perkongsian ni bagus untuk maklumkan pada sesiapa yang berkemungkinan besar ada kehilangan sijil SPM. Sijil ni sangat penting terutamanya fresh graduate atau pengalaman kerja tak bayak, walaupun korang dah ada degree sekalipun, biasa interviewer mesti nak tengok korang punya sijil SPM jugak.

Tiara Sapphire said...

mudah juga nak apply baru sijil spm yg hilang tapi tak best juga kalau delivery lambat macam ni..

dr-Life said...

good to know this! at least know where to go to get the certificate back!!!

Ruby said...

Wahhh dah mudah rupanya nak dapatkan Sijil SPM. Dulu, punya susah prosedur nak dpt sijil SPM ni. Siap wajib kena pi Putrajaya untuk mohon. Bagus betul kerajaan dah go digital. Hehee.

Wai Yee aka Rane said...

nice to know this. good info for ppl lost their SPM cert ya. Lucky I keep them safe n sound

Huda Halid said...

thanks sharing. sijil SPM kita pun hilang.tak tahu kat mana. sejak tak bekerja, mana entah letak. hehe...

marsha said...

Boleh akak cadangkan kat anak-anak murid yang hilang sijil spm. Kesian dorang cuak betul bila sijil spm hilang.

Ummi | Ummi Goes Where? said...

Oh mcm ni rupanya ya. Saya tertarik dgn pengambilan guru secara one off tu. Memang utk lepasan spm ke atau perlu kelayakan lain?

Zayani Zulkiffli said...

Uih, mudah rupanya nak dapatkan sijil ni. Ingatkan kena pergi sekolah balik untuk minta. Nasib baik ada online sekarang.

Sis Lin said...

Kalau sistem dah okay, senanglah semua orang nak dapatkan balik sijil.. nasib baiklah Sis sampai sekarang masih simpan slip UPSR, SRP dan SPM Sis hehehe... hebat tak hahaha

AyuArjuna BiGoshh said...

Bagus tips dan cara ni . Boleh hebahkan pd mereka yg mmg dah terhilangkan sijil spm hehe