Pengalaman Kena Rasuk & Berubat Secara Islam Di Shah Alam

Sebelum ini, buat siapa yang baca blog aku mesti tahu yang aku diuji dengan pembatalan majlis aku disaat akhir berikutan mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19. 


Tak Tahu Diganggu Makhluk Halus 

Tetapi hanya kawan rapat sahaja yang tahu yang sebelum puasa aku terlebih dahulu diuji dengan benda lain. Betul aku mendapatkan rawatan secara Islam secara tidak sengaja. Aku anggap benda ini sebagai hikmah, kalau tidak sampai sekarang aku tak tahu yang aku diganggu oleh makluk-makhluk halus. 

Sekitar bulan 2-3 macam itu aku demam panas secara tiba-tiba. Demam yang buat aku sampai meracau, mengigau dan tak dapat tidur seharian. Masa itu aku ingat cuma demam biasa. Sampailah housemate aku tiba-tiba panggil ustaz dan dia cakap nak buat doa selamat. 

Rupa-rupanya sebelum itu, dia dah kena kacau dengan makhluk halus. Korang bayangkan dia tidur katil single, tetapi ada sekujur tubuh yang keras baring sebelah dia. Tetapi masa itu dia tak nak cerita, mungkin tak nak kiteorang takut. Masa itu pun, kiteorang tak tolak faktor rumah ini dah lama tinggal dan kiteorang pula masuk pindah. Ingatkan segalanya dah selesai pada hari itu namun tidak ya....

Teman Orang Berubat Tapi Diri Sendiri Yang Kena 

Lebih kurang dua minggu sebelum puasa, housemate aku kirimkan limau minta tolong belikan dalam 30 biji. Aku tanya dia balik kenapa nak beli banyak-banyak dia cakap ada lah nanti balik baru cerita. Jadi aku pun beli je malas nak tanya banyak. Sampai di rumah aku terus bagi limau tu then tanya dia kenapa.




Dia cakap nak pergi berubat dekat kawasan Airport Subang nak minta tolong ustaz 'tengokkan' kalau ada yang berdengki dengan keluarga dia. Masa itu dia tanya aku nak ikut tak? Aku pun macam dilema kalau pergi nanti yang sorang lagi duduk rumah tak ada sapa pula nak teman, kalau tak pergi pula nanti kawan aku yang berubat ni jadi apa-apa siapa pula nak drive ke apa? 

Penyudahnya ikut kata hati, aku setuju nak teman dia. Kiteorang jumpa ustaz tu dekat dalam masjid selesai sahaja solat Isyak. Masa sampai itu ada dua lagi orang yang nak berubat sama. Masa bertemu Ustaz itu, dia pelawa aku nak berubat sekali ke? 




Aku pun macam okay je dah alang-alang datang manalah tahu kot ada yang berdengki dengan aku. Sebelum mula rawatan, ustaz tu minta kiteorang termasuk dua orang lagi tu untuk duduk sebaris dan luruskan kaki. 

Waktu itu, dia terus baca ayat-ayat tertentu. Orang lain semua steady je duduk tetapi aku dah menggelupur tak senang duduk. Ada masanya rasa macam perut kena cucuk. Aku fikir positif je sebab ingatkan dah lama tak workout maybe sebab itu rasa sakit-sakit. 

Agak lama juga lah dia baca tetapi aku still tak tenang. Sampai je dia habis baca aku okay balik. Masa itu dia pergi dekat sorang-sorang baca ayat tertentu dan tekan dekat bahagian belakang rambut (pusat rambut). Lepas tu dia tekan pula dekat bahagian belakang telinga. 

Rasa Sakit 

Orang lain semua okay je tak ada apa-apa bila kena dekat aku, terus aku cakap..

"Sakit ustaz" 

Terus ustaz itu cakap ada something dekat badan aku. Yang lain semua dah selesai, ustaz itu nak fokuskan dekat aku ja. Dia mulakan rawatan dengan tekan ibu jari kaki aku. Terus aku menjerit cakap sakit , ustaz itu tak peduli sangat terus dia baca ayat tertentu dan tekan sampai hilang rasa sakit. Sampaikan bergema satu masjid

Habis je di hujung jari kaki, ustaz itu sekali lagi picit di belakang telinga aku. Dalam posisi kaki melunjur tadi terus aku menggelupur jerit cakap sakit. Time itu separa sedar, Yang aku sedar suara aku dah lain jadi macam perempuan merintih dan asyik cakap sakit. 

Badan aku pun terangkat sikit minta ustaz tu lepaskan. Sampailah suara aku jadi halus nipis baru ustaz tu lepaskan aku. 

Tapi cerita dia tak habis dekat situ ya, sebelum nak minta diri balik ke rumah, tiba-tiba aku rasa sakit balik badan, terus aku cakap dekat ustaz tu yang aku sakit. 

Dia minta aku duduk balik dan terus berubat, ternyata 'benda' tu masih ada di kaki sebab time dia picit terus aku mengerang sakit. Sebelum itu, dia ada cakap kemungkinan 'benda' ini dah lama dengan aku. Boleh jadi sebab dia 'berkenan' , perbuatan orang atau aku ada lalu dekat mana-mana kawasan, dia tak nak dedahkan. 

Cuma dia nasihat aku, untuk mandi dengan air berubat tu, banyakkan berehat dan tenangkan fikiran. Kesan sakit tu agak lama sebenarnya dalam seminggu lepas itu baru hilang. 

Simptom Diganggu Makhluk Halus 

Kalau ditanya apa simptom aku, ini antaranya : 

  • selalu sakit kepala especially time maghrib dan tengah malam 
  • selalu resah 
  • sukar tidur malam 
  • kadang-kadang rasa diperhatikan 
  • nampak benda-benda yang pelik 
  • cepat rasa sedih 
Mulanya aku tak percaya, tapi bila dah jadi macam ini aku tak tolak mungkin ada benarnya. Pesan aku, kuatkan iman dan aku percaya setiap agama ada pegangan dan kepercayaan masing-masing kan. Apa pun, aku doakan agar korang yang baca artikel ini terlindung daripada segala perkara yang tidak diingini.

Actually, sebelum ini pun aku pernah diganggu korang boleh baca disini : 


13 comments:

Ezna Khalili said...

Alamak nasib baik baca post ni siang. Kalau malam mau terasa rasa diperhatikan je. Moga cepat sembuh ya....

Rawlins GLAM said...

Allahu. Nanti sambung lagi ye story nie. Boleh belajar juga. And semoga dipermudahkan your days ye.

Ruby said...

Alhamdulillah Khai dah berubat. Proses nak tahu kita kena gangguan atau tak, memang agak lama dan makan masa. Khai kena kuat, jangan beri ruang untuk benda-benda lekat. Kadang ada yang suka ngikut sebab Khai kan bujang. Haha. Solat 5 waktu jangan tinggal, sedekah selalu dan amalkan surah-surah yang boleh melindungi Khai. Hafal surah tu. Surah ‘Mu’awwidataini’ (Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas). Semoga kita semua dilindungi oleh Allah s.w.t.

Aerill Hassan said...

Searang macam mana ? Dah okay ke? Pengalaman macam ni untuk diri sendiri belum pernah lagi, cuma orang terdekat je yg pernah kena.

Bae Roslan said...

satu lagi tanda ada gangguan, jadi malas nak solat/beribadah. istiqomah baca almathurat ye khai.

Sunshine Kelly said...

Omg.. aku baca setiap words. I never come across that got mahluk asing dalam badan. Hopefully now semua dah ok.

Ummi | Ummi Goes Where? said...

Seram pulak baca kisah ni. Saya belum pernah lagi ada kawan2 atau sedara2 yg pernah experience first hand.

Ana Suhana said...

Kena amal doa pelindung makhluk jahat 3x setiap pagi dan petang serta 3 qul. Mudah2an Allah sentiasa lindungi awak.

Zayani Zulkiffli said...

Itu la kadang benda macam ni kita tak perasan dan tak sangka akan berlaku kat kita. Stay safe!

AyuArjuna BiGoshh said...

Sebenarnya akk nak tanya khai thn lps.. tapi akk rs mcm takut pula nak tanya... Takpela.nanti bila akk jumpa khai. Akk cerita

siennylovesdrawing said...

ohh my...learnt much more about Muslims customs here, thanks for sharing more. cheers, siennylovesdrawing

Sis Lin said...

Uiii meremang bacaaa.. hrtu dha baca dah guna handphone, ni baca lagi kat laptop sambil komen ni pun seramm rasa, sebab kita pernah rasa, jadi trauma tu tetap ada bila baca kisah orang lain...

Ika.S said...

Fuh berdebor baca. hmm semoga semuanya baikbaik saja. Tapi perkara macamni sekarang bukanlah satu perkara baru. hm hope seua org baik baik