Total Pageviews

Semakan SPP & Perkara Yang Perlu Tahu Selepas Isi Permohonan Pengambilan Guru 'One-Off' 2021

Ketika artikel ini ditulis, aku percaya ramai yang tengah isi permohonan pengambilan guru secara 'one-off'  selepas kerajaan mengumumkan akan mengambil guru baharu bagi mengisi kekurangan dan keperluan guru di seluruh Malaysia pada Oktober kelak. 




Permohonan Kini Dibuka

Sejak talian permohonan mula dibuka pada 7 Julai 2021, pautan web Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) 'sesak teruk' sampai susah nak buka! Malah sehari sebelum itu sebenarnya website ini dah mula 'down'.

Nasib usai Subuh tadi, aku boleh masuk dan kemaskini apa yang patut. Rupa-rupanya permohonan ini sama seperti permohonan sebelum ini cuma ada beberapa perkara yang korang perlu buat selepas mengisinya. Jadi berdasarkan pengalaman aku isi dan baca keseluruhannya ini yang patut korang tahu mengenai pengambilan kali ini.  

Siapa yang boleh mohon? 
  • Mereka yang berminat dengan kerjaya sebagai guru 
  • Graduan lepasan pendidikan 
  • Graduan lepasan bukan pendidikan (betul! percaya atau tidak sama ada korang lepasan teater, masscom atau muzik sekalipun boleh mohon)
  • Mereka yang sedang bekerja bukan di sektor kerajaan dan berminat untuk menjadi guru 

Tarikh Permohonan Dibuka : 7 Julai 2021 
Tarikh Permohonan Ditutup : 21 Julai 2021 (11:59 malam) 

Langkah 1 : Mohon Di Website SPP 

Pautan Permohonan : https://myspp.spp.gov.my/login

Lepas dah mohon itu sahaja ke? Tidak ya, sebab ramai yang terlepas pandang. Selepas dah mohon, korang kena muatnaik dokumen dan pengenalan diri berkaitan pula.

Langkah 2 : Muatnaik Dokumen Panggilan Temuduga

Scan dokumen dalam satu folder yang sama. Dokumen itu korang kena namakan mengikut nombor IC dan singkatan nama Opsyen. (Senarai Opsyen boleh lihat di ruangan terakhir dekat bawah). 

Buat yang tidak tahu, Opsyen itu bermaksud subjek apa yang korang berminat untuk mengajar atau mempunyai kemahiran subjek tersebut. Cara namakan dokumen - Nombor IC_Singkatan Nama Opsyen : 930123010234_PKBI 




Penting! Perlu diingatkan, semua dokumen yang korang scan perlu BERWARNA! Kalau hitam putih kemungkinan besar tidak akan diterima. Jadi korang kena scan salinan asal segala transkrip berkaitan. 

Langkah 3 : Namakan fail di dalam folder seperti yang ditetapkan 

Selain itu, pastikan setiap fail tersebut mempunyai palang dua garisan lurus seperti di bawah : 


Langkah 4 : Muatnaik (Upload) di Google drive

  • Pergi ke Google drive seperti biasa, kemudian muatnaik (upload) folder yang mengandungi semua file korang tadi
  • Selepas dah upload, pastikan 'setting' folder tersebut ditetapkan pada sesiapa sahaja/everyone with link (rujuk gambar)
  • Copy link tersebut dan paste pada email 


Langkah 5 : Format email 

Pastikan korang menulis email seperti rujukan di bawah 





Langkah 6 : email pada urusetia pengambilan sebelum 21 Julai 2021 (11:59 malam) 

Pastikan subjek/tajuk email ditulis seperti berikut - Nombor IC_Singkatan Nama

Contoh :  930123010234_PKBI

Senarai Opsyen 



Langkah 7 : Semak Semula Semula Salinan 

Sebelum hantar, korang perlu semak semula semua salinan lengkap atau tidak. Semakan boleh lihat pada pautan SINI

Setakat ini itu sahaja yang korang perlu tahu untuk permohonan pengambilan guru 'one-off' kali ini. Semoga berjaya! 

Sumber : SPP

15 comments:

Ezna Khalili said...

Bagus juga post macam ni Khai. Sekurang kurangnya ada info boleh rujuk. Bagus la nak tambah guru. Sekolah anak sis ramai guru bersara, pindah sekolah dan ada juga yang meninggal.

Fadima Mooneira said...

Good information sharing, bro. My friend is a teacher. I should share this information with him. Thank you for sharing.

Tiara Sapphire said...

sangat lengkap infonya. semoga memudahkan urusan mereka yg nak apply guru ni. nice sharing :)

AyuArjuna BiGoshh said...

Siapa nak apply bidang perguruan bolehlah cuba . Dengan keadaan ekonomi ni skrg.. bgs juga masuk bidang ini

saidila said...

Artikel yang bagu, sesuai untuk jadikan rujukan pada yang berminat. Nanti akan nak share juga pada keluarga dan kawan-kawan. Paling tidak yang nak mohon boleh bersedia tahu apa nak buat selanjutnya.

Sis Lin said...

Memang betul yaaa kita ni kekeurangan guru.. Sis ada gak beri info ni pada kawan, kotlah dia mohon sebab tau kelayakann dia..

Ruby said...

Fuhhh akak teringin nak jadi cikgu. Tapi itulah dah busy kedaung. Camana la nak mengajar di sekolah pula. Usia pun dah banyak nombor ni. All the best Cikgu Khai. Semoga dapat tempat di sekolah. Pekerjaan yang membawa ke syurga sebab mengajar anak bangsa kan.

Wai Yee aka Rane said...

good information to all the teachers out there. thanks for sharing ya. Good luck to all teachers

w said...

terima kasih info yang bags

w said...

terima kasih info yang bags

Unknown said...

ni kena buat satu kali kah atau perlu tunggu kelulusan dri pihak Myspp

Anonymous said...

Keputusan temuduga bila ye?

Nur Juwaina said...

Nak tanya, kita boleh hantar email permohonan untuk satu opsyen sahaja ke? Atau boleh lebih daripada satu opsyen?

Ika.S said...

All the best buat semua yang apply. terimakasih atas perkongsian ini. Baru tahu pasal ni huuu.

Anonymous said...

Sy sedih....sy bru baca blog ni. Sy first time nk Mohon gne SPP ni, jd sy mmang terlepas pandang. Sy ingtkn Mohon dekat website Tu saja. Salah sy juga tak buat research betul2 dlu. Sy harap akan ad lg peluang seperti ini lg.