Total Pageviews

Terharu Pula Beli Makanan Pantang Dekat Adik Ini!

Buat korang yang baca blog aku mesti tahu sepanjang PKP ini aku ada buat review secara percuma buat peniaga-peniaga kecil yang memerlukan bantuan dari segi promosi. 




Bantu Ibu Cari Pendapatan 

Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat mengalakkan sampai aku terpaksa tangguhkan seketika termasuklah buat review adik ini. Kalau nak tahu, adik ini antara yang terawal mesej aku minta tolong untuk review bisnes ibu dia yang ada buat jualan makanan dalam pantang. 

Tetapi dia lost contact kejap sampailah baru-baru ini dia mesej balik. Beria minta maaf katanya sebab tak ada internet. Pada awalnya aku macam was-was juga, budak ini nak prank aku ke? Sampailah dia tanya aku step nak minta review bagai. Barulah aku percaya then bagi details, katanya ini pertama kali nak minta orang review. 

Jual Makanan Pantang Sedap!

Disebabkan untuk review di blog aku kena minta makanan, dia pun beri dua produk iaitu Peria Crispy dan Garlic Crispy. Masa itu, banyak kali dia tanya aku betul ke aku nak kedua-dua produk ini sebab dia risau aku tak makan. 

Aku memang tahu yang peria crispy ini memang sedap sebab selalu order dekat mamak. Yang Garlic Crispy ini aku dah lama sangat tak makan dah lupa apa rasa dia jadi aku cakap nak yang itu juga. Jadi bila dah sampai semua, aku pun cubalah rasa. 

RM20 Sebalang 




Penyudahnya Garlic Crispy itu habis aku makan seorang hanya dalam masa beberapa hari. Housemate aku pun pelik apa benda yang aku selalu makan campur dengan nasi bagai. Memang sedap guys! Kalau tak silap aku, ibu dia merupakan ejen bagi jenama ini. Harganya cuma RM20 sebalang. 

Berbalik pada kisah adik ini, rupa-rupanya dia senyap-senyap je tolong ibu dia untuk review. Aku baru dapat tahu yang umur nya baru dalam tingkatan 2/3 macam itu. Lagi yang membuatkan aku terharu, ibu dia baru je berpisah dengan bapanya dan dia pun ada adik yang masih kecil. 

Ramai Prihatin 

Kesian aku baca kisah keluarga diorang ini. Jadi aku pun saja la kongsikan dekat Twitter. Alhamdulillah ramai juga yang Retweet dan tak silap ada juga yang nak beli produk-produk jualannya. Selain daripada makanan dalam pantang, ibu dia ada juga jual tuala dan beberapa produk lain. 




Aku rasa mungkin ada yang mengenali ibunya. Jadi untuk korang yang nak support, jom beli produk-produk diorang! 

Whatsapp : wa.me/60176575102 

9 comments:

nurul aqidah azahar said...

wah..bagus. nampak sedap jugak tu. tak pantang pun boleh makan sebab menyihatkan..hehe

Fadima Mooneira said...

Wow.....snack utk org berpantang looks so healthy and tasty. Tringat pula kenang tolong cousin belikan snack2 nie utk isteri dia dulu. Hehehe!!!!!!!!

Rawlins GLAM said...

Dapnya garlic tu makan dengan nasi panas. Peria, I tak makan sebab tak suka rasanya tapi garlic tu boleh on! Moga dipermudahkan usaha u membantu orang, Baby

marsha said...

Masa pantang suka makan. Masa tak pantang lagi tak boleh pantang nak makan. Mau bertambah nasi. Nt akak tengok2 mana tau nak order nanti

Sunshine Kelly said...

Wah bagus juga ada yang jual ready to eat makanan pantang, senang bagi ibu ibu yang nak beli boleh order delivery.

Ruby said...

Sedap ni. Akak suka. Garlic tu buat stok makan bila demam gituh. Sudahnya habis semua suami akak makan. Memang sedap. Tp nak hasilkan bawang putih crispy ni rumit. Harga memang standard gitu. Nanti akak nak beli juga kat adik ni.

Kitkat Nelfei said...

Menarik ye makanan yang dia jual.. jarang jumpa especially the Garlic Crunchy.. selalu guna untuk masak jer.. now boleh eat as snacks juga.. (Y) boleh try ni.. baca benefit dia pun (Y)

Sis Lin said...

Ooo sama macam perjiranan Sis sini, ada jual gak makanan pantang goreng gini.. dan beberapa kali gak beli, lagi kalau peria goreng dan garlic, sedap oiiii meratah...

Suria Amanda said...

Terliur plak akak tengok peria crispy dan garlic crispy tu ..okey nak order la. ..