Total Pageviews

PROGRAM VAKSINASI - HPV UNTUK WANITA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang ! 


Apa itu Program Vaksinasi  HPV ? haa! Program Vaksinasi HPV ( PVHPV) adalah satu program yang diusahakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara  (LPPKN) dan di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat(KPWKM). 



Objektif utama program vaksin ini adalah untuk mengurangkan beban penyakit sebagai penyebab Kanser pangkal rahim selama 20 tahun yang akan datang.

Matlamat utama vaksin ini adalah : 

memberi vaksin HPV kepada semua perempuan dari umur 18 dan 19 tahun  yang tergolong dalam "kumpulan sasaran"
• Untuk melindungi wanita Malaysia dari risiko jangkitan HPV
• Untuk mengurangkan risiko kanser pangkal rahim di kalangan wanita di Malaysia.

korang tau tak yang kanser pangkal rahim ni berbahaya buat kaum wanita kat luar sana? jadi di bawah inisiatif kerajaan, dari 2 Oktober hingga 16 November LPPKN akan pergi ke universiti-universiti terpilih di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak untuk memberi vaksin percuma kepada korang yang bergelar perempuan ataupun wanita...kekeke....

· Taylor's University College @Syopz - 2nd October 2013

· Tunku Abdul Rahman University College - 9th October 2013
· Universiti Islam Antarabangsa - 23 October 2013
· Universiti Putra Malaysia –2nd November 2013
· 1Borneo Mall - 12 November 2013
· UniMas Sarawak - 14 November 2013

 untuk jelajah pertama ni , LPPKN akan berada di Syopz @ Taylor's University College dan program vaksinasi ini akan bermula pada 9 pagi sehingga 4 petang 


*klik peta untuk tumbesaran*



oh yer kepada mahasiswi universiti dan kolej semua ! ada benda yang menarik menanti buat korang semua !

Bagi mereka yang menyelesaikan semua tiga dos, mereka akan diberikan pas percuma ke konsert artis-artis tempatan yang terkenal yang dijadualkan pada 2 Mac 2014

Dan dalam masa terdekat ini , peserta dari setiap universiti atau kolej yang mendaftar untuk vaksin dalam kumpulan yang terdiri dari lima orang atau lebih akan layak untuk cabutan bertuah.



 Hadiah tersebut cukup lumayan ! hadiah dan destinasi outing korang akan ditaja sepenuhnya pada Girls Day Out dan dengar khabar tempat tersebut amat menghiburkan. 

jadi tunggu apa lagi ge-girl sekalian? bersihat sambil korang berpeluang menangi hadiah yang hebat ! 


Untuk maklumat lanjut mengenai LPPKN Program Vaksinasi HPV untuk Wanita serta maklumat mengenai lokasi roadshow, korang boleh layari http://facebook.com/PVHPV

p/s : kalau lelaki apa masalah utamanya? kekekeke


2 comments:

Unknown said...

Jelesnyer, saya bukan seorang student lagi T_T

iKhRam said...

pencegahan itu lebih baik daripada merawat..

selalunya, kita terlalu ambil mudah akan kesihatan diri. Sehingga bila dah kronik, baru kita bersedia mengambil tindakan..

byk kemudahan ksiatan yg disediakan. namun terpulang kepada kita?