Total Pageviews

Ewal Juara Akademi Fantasia 2014 ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Ewal Juara Akademi Fantasia 2014 ? Biar betul , konsert pun belum lagi, dah buat statement cakap Ewal sebagai Juara Akademi Fantasia bagi musim ini.




Entry yang ditulis ini bukanlah nak kata berat sebelah ataupun apa. Cuma dengan bakat dan kredibiliti  yang ada pada Ewal mampu mengangkat beliau sebagai Juara .




Agak mengecewakan sedikitlah pada musim ini sebab rata - ratanya pengundi masih buta untuk memilih bakat yang sepatutnya. Kalau diperhatikan. banyak yang mengundi hanya kerana rupa paras. Agak tak keterlaluan untuk Budak Pacak cakap ada di antara pelajar Akademi Fantasia kali ini yang nyanyiannya hanya taraf budak sekolah. 


Kredit : Iqwal 


Berbalik kepada Ewal, sebenarnya Budak Pacak dan rakan - rakan blogger yang lain kenal dengan beliau kerana Ewal sering mengikut kiteorang untuk ke sesetengah acara atapun trip menerusi Sahabat Media. Malah Ewal sendiri ada blog yang dikenali sebagai Iqwal The Singing Traveller

Biodata Ewal AF2014 





Nama penuh Ewal AF 2014: Iqhwal Hafiz Bin Ismail
Umur: 22 tahun
Ciri-ciri peribadi Ewal AF 2014: Periang, bercita-cita tinggi, komited
Muzik kegemaran: Pop, R&B, Soul, Jazz
Penyanyi kegemaran: Michael Jacksons, Luther Vandros, Sudirman
Pelakon kegemaran: Johnny Depp, Leonardo DiCaprio

Alhamdulillah, dengan Akademi Fantasia 2014 akhirnya orang bakat yang ada padanya lebih terserlah. Tidak hairanlah Ewal pernah dinobatkan sebagai  
  • The Best International Artiste Award in World Best Talent Los Angeles 
  • Gold Medals In World Championship of Performing Arts In Hollywood, Los Angeles 
  • The Most Promising Artiste In ASEAN In 'ASEAN Golden Melody Festival 2011 
  • Malaysia Book Of Records : The First Artiste To Record 1Malaysia Songs in 6 Languages
dan banyak lagilah! Selepas Konsert Akhir Akademi Fantasia 2014 , menang atau kalah bukanlah taruhan utama. Yang penting kerjaya mereka selepas ini lebih berkembang dan orang nampak bakat yang ada pada mereka. 




Kepada pengundi diluar sana, ingat pilihlah berdasarkan bakat dan bukannya hanya pada rupa paras semata - mata. Ambil contoh peristiwa Adel yang terkeluar gara - gara undi yang rendah. Nasib ada AFSerap

Jadi kepada Ewal dan semua finalis Akademi Fantasia 2014 , buat yang terbaik dan semoga maju jaya kelak!

Untuk mengundi finalis Akademi Fantasia 2014, taip AFUNDI10 atau AFUNDI20<Nama Peserta> dan hantarkan ke 32777 

Jadi siapakah Juara Akademi Fantasia 2014 ? Sama - sama kita nantikan ! 

Ramalan Budak Pacak mengenai Keputusan Konsert Akhir Akademi Fantasia 2014

Juara : Ewal
Naib Juara : Adel
Tempat Ketiga : Firman
Keempat : Nuha
Kelima : Aman 

 p /s : Ewal ni orangnya humble, selalu rendah diri. Harap diteruskan begitu :) 

2 comments:

budakbandunglaici said...

tahniah ewal..dia memang layak menang

Miera Nadhirah said...

tahniah Ewal ... semoga sentiasa terus berjaya...