Total Pageviews

Peluang Untuk Memenangi Kamera Canon Berjumlah RM20,000 Dengan Canon Get Closer

Peluang Untuk Memenangi Kamera Canon Berjumlah RM20,000 Dengan Canon Get Closer |  Baru - baru ini Budak Pacak telah ke Pulau Pinang bagi menyaksikan sendiri pelancaran Kempen Canon Get Closer anjuran Canon Marketing Malaysia Sdn Bhd






Khabarnya melalui kempen ini, pemenang bertuah bakal memenangi Kamera Canon Bernilai RM 20,000. Perghh gempak habis! Tapi sebelum itu, let me explain what is Canon Get Closer about 

Canon Get Closer adalah satu kempen dimana ianya memberi peluang kepada penduduk setempat dan para pelancong untuk melihat dengan lebih dekat rahsia tarikan Pulau Pinang menerusi lensa kamera. 

Kenapa Pulau Pinang? Negeri yang kaya dengan bahan peninggalan sejarah serta menjadi tumpuan pelancong ini telah memberi peluang kepada Canon untuk membuka ruang maya ke dalam sejarah silam . 




Menerusi Projektor Canon Get Closer, korang yang lalu lalang dan mengambil imej di tempat warisan terpilih ini akan merakamkan detik indah kawasan berkenaan suatu ketika dahulu. 




Bagi Budak Pacak, ini adalah satu usaha yang sangat digalakkan. Menerusi teknologi canggih ini generasi sekarang dapat melihat kembali keindahan warisan di Pulau Pinang suatu ketika dahulu

Bagaimana cara untuk memenangi Kamera Canon Bernilai RM 20,000 ini? 



Kempen Canon Get Closer yang terbahagi kepada dua kategori ini bermula dari 28 Februari sehingga 28 Mac 2015 ini akan berada di beberapa kawasan tumpuan pelancong sekitar Pulau Pinang bermula dari jam 5 petang sehingga 10 malam. Jadi apa yang korang perlu buat? 


salah seorang peserta Canon Get Closer 

  1. Melawat kesemua lapan lokasi setiap secara mingguan 
  2. Rakamkan gambar korang menggunakan projektor sejarah Canon yang disediakan 
  3. Letak caption korang secara kreatif bertemakan sejarah 
  4. Like dan Upload gambar korang di Facebook Canon Camera Malaysia 
Lokasi Kempen Canon Get Closer

Minggu Pertama 
28 Februari - 6 Mac : Fort Cornwallis dan Jalan Masjid Keling Kapitan 

Minggu Kedua 
7 Mac - 13 Mac : Peranakan Mansion dan Lebuh Cannon

Minggu Ketiga 
14 Mac - 20 Mac : Lebuh Armenian dan Penang Hill

Minggu Keempat 
21 Mac - 28 Mac : Gurney Paragon St Jo dan Canon Imaging Square-CIS 


Jadi tunggu apa lagi? kepada korang terutamanya orang Pulau Pinang rebut peluang ini dan menangi hadiah hebat dari Canon!! 

p/s : akan datang cerita penuh mengenai Media FAM Trip Canon Get Closer 

7 comments:

KamilSalleh said...

Tak berpeluang menang sebab tak tinggal di Pulau Pinang. Semoga berjaya buat anak tempatan Pulau Pinang.

Ruby said...

Untungnya jika berada di Pulau Pinang!!!! Hahahaha.

Fadzi Razak said...

Ruginya. Penang jauh kot. Mungkin Canon perlu buat kontest yang lebih releven untuk semua penduduk Malaysia.

khai artzfar said...

@kamilsalleh dengar cerita akan datang di lain lokasi. nak tahu kemana nantikan

khai artzfar said...

@ruby.my kan sangat untung

khai artzfar said...

@fadzirazak betul tu, nanti saya cadangkan kepada canon

Sally Samsaiman said...

Susah la nak ulang alik dr KL ke Penang...hmmmm