Total Pageviews

Hotel Murah Dan Cantik Di Jogja Adhisthana Yogyakarta Insta Friendly !

Baru - baru ini aku berjaya juga menjejakkan kaki ke tempat yang dah lama aku teringin sejak sekolah lagi iaitu Yogyakarta ataupun Jogja. 



Mesti korang fikir, ni mesti sebab Ada apa dengan Cinta nih. Kalau ya, sorry guys, aku tak tengok langsung cerita tu, cuma layan lagu dia je. Dan nak dijadikan cerita hotel yang aku stay ni merupakan hot spot bagi penggambaran AADC dan juga spot bagi korang yang suka gambar - gambar OOTD nih 




Selama 3 Hari 2 Malam aku dan rakan - rakan menginap di sini. Macam kiteorang haritu amik Deluxe Double Room, so ada dua katil. Harganya adalah Rp328,000.00 bersamaan dalam RM100++ camtu lah







Kira okaylah tu sebab share dua orang kan? Yang bestnya lagi , katil dan tilam dia sumpah best. Besar dan empuk.Tidak keterlaluan jika aku katakan Hotel Adhisthana antara hotel yang berjaya menambat hati aku. Adhisthana ni kalau korang nak tahu dalam bahasa Sanskrit bermaksud kediaman yang dirahmati. Haa kemain. Tapi serius tenang je bila menginap di sini. 







Macam yang aku cakapkan  tadi, Hotel Adhisthana ni instagram friendly, hampir keseluruhan hotel ni korang boleh jadikan port untuk bergambar.  Hotel ini berkonsepkan Javanese yang digabungkan  dengan seni bina China dan Europe bagi menaikkan lagi imej hotel ni haaa.Menarik! 



Bila dah menginap di Hotel Adhisthana, jangan lupa untuk menjamu selera di kafe Lawas No 613Di sebelah malamnya pula korang boleh lepak dekat Sellie Cafe yang juga  merupakan tempat shooting Ada Apa Dengan Cinta 



So far aku boleh katakan yang Hotel Adhisthana ni merupakan hotel yang terbaik untuk menginap di Jogja. Dah la cantik , harga berpatutan dan tempatnya juga sangat strategik. Malah untuk korang yang datang berkumpulan, pun ada bilik khas macam dorm tu haa serendah RM30 



Terletak di kawasan Prawirotaman , kalau sebut je mesti orang tahu tempat ni famous dengan kafe, restoran , dan sebagainya, Dari Hotel Adhisthana ke Taman Ratu Sari,  Stesen Keretapi hanya mengambil masa beberapa minit sahaja 

Malah nak ke airport pun senang dalam 30 minit camtu dah sampai. Kalau korang nak cari hotel di Jogja yang strategik, aku highly recommend Hotel Adhisthana


Untuk maklumat lanjut korang boleh terjah butiran berikut : 

Adhisthana Hotel 

Jl Prawirotaman II No 613
Mergangsan Yogyakarta 55153

Contact : +62-274-413888

Email : info@adhisthanahotel.com

Facebook :  Adhisthana Hotel Yogyakarta

 Twitter : @adhisthana613

 Instagram : @adhisthana

1 comment:

Unni anje said...

WAH BEST NYA DA P JOGJA.. MEMANG NK PI SGT TMPAT NI, REZEKI JE X MAI2