Total Pageviews

Nando's Perkenalkan Ayam Peri - Peri Perisa Lemon And Lime

Bagi peminat Nando's ini adalah saat - saatnya yang ditunggu! Mana tidaknya, kalau sebelum ni hanya 4 perisa Ayam Peri - Peri sahaja yang tersedia dan diimport dari South Africa ; Lemon & Herb, Mild , Hot and Extra Hot. 




Kini, selepas 19 tahun bertapak di Malaysia, sempena dengan tahun baru 2017, Nando's melakar sejarah dengan memperkenalkan perisa terbaru Ayam Peri - Peri iaitu Mango & Lime. Perisa terbaru ini diperkenalkan khas buat korang yang sukakan something yang manis dan pedas 



Kalau nak tahu , Nando's ni memang all time favourite la bagi aku. Boleh dikatakan hampir setiap bulan, mesti akan menjejakkan kaki di Nando's yang berdekatan. Of course aku dah cuba perisa yang terbaru ini. So far, perisa baru ini win! Berjaya tambat selera aku 




Gabungan Lemon dan lime memang kena weh. Bayangkan rasa manis limau dan bau wangi lime digabung dalam satu perisa. Fuhh sedap weh! Serius korang kena cuba 


Selain Ayam Peri - Peri perisa baru, turut didatangkan sempena tahun baru ini adalah Tropical Fruitea. Gabungan jus oren dan teh lemon melengkapkan minuman terbaru ini. Fresh and cool! 



Ingatkan ayam dan minuman je yang baru, tak cukup dengan itu, sos Nando's pun ada yang terbaru. Iaitu Extra Extra Hot dan Sweet Spicy. So far aku suka yang Sweet Spicy tu sampai boleh makan dengan roti macam tu je 

ni pun sedap! Sweet potato fries 


Ayam Peri - Peri Mango & Lime menjadi pilihan ramai di serata dunia termasuk United Kingdom dan Australia. Dan kini kita tengok menu ini adakah bakal menjadi pilihan? Kalau aku, YES! 



So jangan lupa ya untuk mencuba perisa terbaru Nando's ini di cawangan berdekatan. Nando's is bae !

No comments: