Total Pageviews

Syurga Kuih Melayu Di Popia Kuih Che Abang Uniten Bangi

Kalau budak-budak UNITEN Bangi, orang Bangi, Putrajaya, Kajang atau kawasan sekitar mesti tahu dengan Bazar Bulatan UNITEN yang menghimpunkan ramai penjaja yang menjual aneka makanan dan minuman menarik. 


Berniaga Di UNITEN Sejak 11 Tahun Lalu

Dalam banyak-banyak gerai, terdapat sebuah gerai yang cukup terkenal menjual aneka kuih-muih sedap setiap hari. Gerai yang dimaksudkan adalah Popia Kuih Che Abang, Encik Mohammad Akbar Ramli,54 dan isterinya Puan Norizah Hasan@Aziz,48 yang telah mengusahakan perniagaan aneka kuih-muih Melayu sejak 11 tahun yang lalu.




Hampir 30 Jenis Kuih Dijual Setiap Hari 

Kalau korang nak tahu diorang bermula dengan hanya menjual dua jenis kuih, Popia Basah dan Popia Goreng sekitar tahun 2011, kini terdapat hampir 30 aneka kuih-muih dijual pada setiap hari. Selain di Bazaar Bulatan Uniten,  Popia Kuih Che Abang turut mempunyai sebuah lagi cawangan di Cheras Jaya, Selangor.




Nak tahu rahsia kesedapannya? Ia merupakan resipi turun-temurun dan bagi Norizah pula setiap hari seawal pagi dia akan menyediakan kulit popia dan kuih Tepung Talam sebelum sedia untuk dijual bermula jam 11 pagi hingga 6 petang. Bagi ingin memastikan kualiti dan rasa asli pada setiap menu tersebut,  hanya  bahan-bahan yang bermutu tinggi selain mendapatkan bekalan bahan mentah yang segar akan digunakan. 


10 Kilogram Tepung Kulit Popia Setiap Hari 


Mengikut rekod jualan,setiap hari diorang mampu menghasilkan 8 hingga 10 Kilogram tepung bagi kulit Popia manakala bagi kuih Tepung Talam pula tersedia hampir 23 talam bersaiz besar.




Penangan keenakan kuih-muih Che Abang, tidak hairanlah ia sentiasa mendapat sambutan dan permintaan yang menggalakkan daripada para pelanggan pelbagai latar belakang dan kaum. Dedah Akbar, kuih-muih mereka sering kali ditempah untuk pelbagai acara termasuklah menyediakan kuih Kole Kacang di Dewan Parlimen yang menjadi kegemaran ramai ahli politik negara sejak bertahun-tahun dahulu.


Jom Bantu Peniaga Kecil Pada PKP 3.0

PKP 3.0 ni aku percaya ramai yang terkesan sebab pelanggan tak boleh dine-in, ada limit malah kena WFH. Jadi bila dah WFH, of course orang akan kurang datang bukan?


Jadi buat masa ini diorang operasi macam biasa dan mengalu-alukan sebarang tempahan.  Aku dah rasa memang sedap weh! Especially popia dia boleh buat ketagih. Dia punya rasa sedap tu sampai aku sanggup bayar balik kalau korang cakap tak sedap. 









So orang yang berdekatan, jangan lupa untuk cuba tau! Kita support peniaga kita! 


POPIA KUIH CHE ABANG
Lot 20 Bazaar Bulatan Uniten
Jln Uniten, 43009 Kajang, Selangor
+60 19-222 7939

 #popiakuihcheabang


Waktu perniagaan : 11.30 pagi – 6.30 petang (TUTUP SETIAP AHAD)

9 comments:

Qeela said...

Wow dah 11 tahun mereka meniaga, lama betul tu, confirm servis bagus dan kuih muih pon nampak sedap2 belaka! Moga maju jaya hendaknya, siapa yang duduk berdekatan tu bolehlah pergi support mereka yeaa 😍

SalinaJohari said...

Bila tengok je kuih muih ni terus teringat kampung. Ya Allah ...rindunya dengan suasana kampung. Banyak betul kuih yang dijual ya . ada rezeki nak gak terjah area sana. Moga pandemik yang melanda tak 'merentap' semua kebehagiaan yang kita pernah kecapai suatu ketika dulu

Bae Roslan said...

memang suka beli makanan kat area uniten tu. gerai ni ada banykkk kuih2 tradisional. nanti nak singgah. mco ni dioarang ada jualan jugak eh?

Ruby said...

Tempoh perniagaan harian dari 11.30 hingga 6.30 tu lamaaaaaa. seriuslah best ada kedai camni. Akak suka Kole Kacang! Susah sangat nak cari juih tradisional ni sekarang!

siennylovesdrawing said...

ohh woow...so tempting delicious these colourful kuih & love the wide varieties. am now hungry craving for some. cheers, siennylovesdrawing

Kitkat Nelfei said...

Sedapnya kuih2! if dekat ngan Setapak sure dah order ni! ohh Popia Che Abang ada kat Cheras Jaya ye! kena check available tak for delivery :)

Sis Lin said...

Ya Allah rindunya nak makan kuih Melayuu huwaaaa... kecur sungguh Sis nengok semua kuih-muih tu.. kat area rumah Sis ni agak sukar nak cari kecuali dari seller homemade yang bt iklan di group huhuhu

Wai Yee aka Rane said...

wa all the kuih look so yummy there! I love kuih but I can't go Bangi now so will try later ya

Sunshine Kelly said...

Oh yumsss! all the kuih muih look so tempting, kalau boleh sis nak try juga.