Sedapnya! Korang Wajib Try Maltato, Coco Jar Horlicks Pertama Di Malaysia

Macam yang korang tahu, aku masih jalankan review secara percuma buat peniaga-peniaga yang nak promosikan produk diorang di sosial media. Ini termasuklah buat rakan media aku yang nak minta tolong promote produk dia. 




Terima Review Coco Jar Horlicks 

Memandangkan produknya adalah produk makanan, jadi aku mintalah dia hantar sebab boleh aku pose cantik sikit untuk up di Instagram. Tapi bila dia bagitau produk dia berasaskan Horlicks, aku dah serba salah lepas itu terus beritahu dekat dia yang sebenarnya aku tak minum Horlicks dan tak ingat dah bila kali terakhir minum atau makannya.

Maltato Coco Jar Horlicks Pertama Di Malaysia 



Aku ikutkan tak minum susu sebab tak tahan bau dia jadi aku pun assume Horlicks sama macam itu sebab warnya putih. Tapi yang peliknya coklat Malties yang Horlicks itu aku makan. Jadi disebabkan niat aku nak tolong kawan-kawan, aku pun cakap dekat dia okay demi nak tolong kawan-kawan aku sanggup nak cuba Maltato, jenama Coco jar terbaharu yang kini mencetuskan fenomena nya tersendiri di media sosial. 

Happy Box Sertakan Bersama Keychain Itik 

Aku difahamkan Maltato merupakan Coco Jar pertama di Malaysia yang mempunyai flavour Horlicks. Menariknya lagi, bukan sahaja diselaputi dengan White Chocolate malah packaging dia sangat menarik siap ada keychain patung itik lagi. 




Penghantaran pun bagus, kemas dan tak rosak. Masa nak cuba makan itu, aku sebenarnya dah mula risau yer lah takut muntah ke apa. Aku kalau tak suka atau suka something, memang beritahu jujur sebab aku tak suka tipu pembaca aku. 

Jadi bila dah taburkan serbuk Horlick sebagai topping yang turut disertakan bersama aku mula calit sedikit  Horlicks tu sebab risau! Hahaha jadi bila dah rasa macam oooh okay tak rasa susu. Aku pun terus gaul semua Maltato tu dan ngap! 

Sedap Sangat!

Uiii!! Sedap weh! Hahahahaha first time aku makan Coco Jar sedap macam ini. Jujur aku cakap ini adalah Coco Jar yang ke 5 atau 6 aku cuba untuk review. Kalau ikut skala, Maltato ini berada di nombor satu berbanding semua Coco Jar yang aku pernah try. Tak terlalu manis, lemak berkrim dan crunchy, just perfect! 



Aku pun terkejut sebenarnya boleh suka dengan Maltato ini maklumlah sebab aku tak suka Horlicks. Jadi buat korang yang suka Horlick, suka Coco Jar atau teringin nak rasa wajib try Maltato ini. 

Nasihat aku baik korang beli yang Happy Set sebab dapat 2  Maltato, percuma 1 sachet Horlicks dan percuma 1 keychain patung itik. Harganya pun murah seperti tertera di bawah. Dah try nanti bagitau okay!



Untuk pembelian : 

Whatsapp - LINK 

6 comments:

Ezna Khalili said...

Horlicks tu zaman sis kecik pun dah ada. Sis suka makan gula2 Horlicks tu yg bulat2. Nama coco jar ni pun unik.

Tiara Sapphire said...

nampak macam sedap juga coco jar horlicks ni. macam nak beli satu dan rasa sedap ke tidak :)

Rawlins GLAM said...

Menarik gak nie. Boleh buat gifts kan sebab ada combo yang ada paperbag tu. Menarik betul sebab I suka Horlicks.

AyuArjuna BiGoshh said...

ala khai.. nak juga.. nampak sedap dan menarik.. boleh try nanti.. btw keychain tu cute

Sis Lin said...

Nampak sedap, tapi..... maaf lerr Sis tak minum horlicks hahahaha.. lagi kan choc gini, tak tau kenapa, tak boleh cium baunyaa..

Ruby said...

Wah kreatif mereka buat kepelbagaian choco jar. Kat rumah akak pun ada peniaga jual choco jar pelbagai perisa, campuran baby coco crunch tu rangup yang tambah lg sedap kan. Horlicks subs kepada Chocolate ngam jugaaaa. Nyummsss. Hehee.