Total Pageviews

realme Malaysia Lancar realme GT Master Edition ! Lantik 3 Selebriti Sebagai Duta 5G!

Hari ini, realme Malaysia berbesar hati melancarkan model terbaharu telefon bimbit mereka, realme GT Master Edition selain turut mengumumkan pelancaran lagu baru untuk jenamanya yang berjudul 'Kena Check', dengan kerjasama artis hip-hop pemenang anugerah Joe Flizzow dan bintang rap muda, Hullera serta rapper berhijab yang terkenal, Bunga. 



Kolaborasi Pertama Tiga Rapper 

Lagu tersebut adalah kolaborasi pertama di antara tiga rapper berbakat di Malaysia sempena Festival realme Fan 2021 yang berlangsung pada 28 Ogos 2021. Di samping itu, Joe Flizzow, Hullera dan Bunga juga telah dilantik sebagai Duta realme 5G. 


"Pada bulan Januari tahun lepas ketika kami mengadakan kolaborasi dengan HAA TEPOK Remix bersama Meerfly, MK & Kidd Santhe. Lagu tersebut terbukti berjaya menarik perhatian ramai kerana video remix rasmi di YouTube telah mencapai sehingga 1.4 juta tontonan. Kali ini, pasukan realme Malaysia sangat teruja untuk bersama Joe Flizzow, Hullera dan Bunga dalam meraikan Festival realme Fan 2021 bersama kami. 

"Kami gembira bekerjasama dengan mereka kerana mereka memiliki semangat 'Dare to Be You’ (‘Berani Menjadi Diri Sendiri') baik dalam pekerjaan atau kehidupan peribadi sesuai dengan tema kami tahun ini. Kami berharap peminat realme akan suka dan boleh menerima lagu ini,” kata Tiffany Teh, Pengarah Jenama realme Malaysia.


‘Kena Check’ tercipta hasil kolaborasi hebat Joe Flizzow, Hullera dan Bunga. Trek hip-hop yang dicipta bersama oleh Joe Flizzow dengan mesej utama ‘Dare to Be You’ berusaha untuk memberi inspirasi kepada peminat dalam mencipta gaya tersendiri mereka, juga untuk melangkah maju dalam hidup tanpa batasan. Lagu tersebut bersama video muzik telah dikeluarkan pada 30 Ogos 2021 lalu.

GT Master Edition Kini Di Malaysia 



Mengenai realme GT Master Edition, telefon ini mendapat sentuhan eksklusif pereka Jepun terkenal, Nauto Fukusawa untuk edisi Master Edition. Harganya? Ia dijual dengan bermula RM1,499 untuk varian 8GB/128GB manakala bagi varian 8GB/256GB pula berharga RM1,699.




Terdapat dua pilihan warna yang tersedia seperti Voyager Gray dan Daybreak Blue. Ada diskaun tau untuk jualan pertama bermula pada 9 September 2021 menerusi Lazada. Harganya cuma RM1,399! 




Realme GT Master Edition dilengkapi skrin berukuran 6.43-inci Samsung AMOLED FHD+ bersama 120Hz. Dipadankan dengan cip Snapdragon 778G bersama memori 8GB RAM (dengan tambahan 5GB RAM), storan dalaman pula tersedih sehingga 256GB dan bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan 65W SuperDart.

Fungsi lain 

  • sistem tri-kamera dengan tetapan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 32-Megapixel (Makro). 
  • Kamera menyokong fungsi DIS Snapshot, Instant Focus dan Film Simulation Color 
Beli di sini : 




Lazada : 128GB
Lazada : 256GB

No comments: