Total Pageviews

Kerana Rokok Mempengaruhi Kesihatan

Tak ramai yang tahu sebenarnya sebelum ini aku pernah merokok. Tapi bukanlah perokok tegar hanya sekadar perokok biasa, ibarat kalau ada aku hisap kalau tak ada tak apa dan tidaklah sampai ketagih. Malah, ‘cubaan’ tersebut juga hanya di zaman persekolahan. Biasalah nakal budak-budak dan ingin mencuba pelbagai benda. 





Tetapi percubaan tersebut juga lah yang membuatkan aku terus nak berhenti merokok. Walaupun agak sukar, aku berjaya juga berhenti. Macam sekarang aku tak nafikan yang aku masih merokok, cuma menggunakan alternatif lain dan boleh dikira berapa kali je aku menghisap rokok tersebut. 




Berbalik kepada pengalaman, sebenarnya aku pernah buat salah di mana sebuah bilik asrama terbakar. Puncanya adalah puntung rokok! Ya walaupun hanya sekadar puntung yang kecil, tapi kesannya sangat besar. Ini termasuklah asap yang dihasilkan atas proses pembakaran yang boleh membahayakan kesihatan. 

Aku percaya ramai yang tahu implikasinya malah walaupun korang tak merokok, asap rokok itu sendiri membahayakan orang sekeliling. Jujur aku katakan bahawa keluarga aku tiada seorang pun yang merokok. Bercakap pasal rokok ini juga, aku ada juga buat kajian menyeluruh. 

Bermula dengan tar, nikotin sehinggalah bahayanya merokok. Kalau lelaki, sangatlah bahaya sebab kesannya boleh menyebabkan mati pucuk serta lemah tenaga batin tau. Info ini adalah berdasarkan perkongsian dari kerajaan sendiri. Selain itu, asap rokok juga boleh menyebabkan kanser paru-paru dan banyak lagi. 

Tidak boleh tinggalkan rokok? Terlalu ketagih? Apa kata korang cuba beralih kepada trend sekarang yang menggunakan heat-not-burn technology. Apakah maksud terma ini? Ianya merupakan teknologi produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran yang boleh kurangkan kemudaratan merokok. 




Sebelum ini, aku pernah juga try beberapa produk yang menggunakan teknologi ini. Sama atau tidak rasanya dengan rokok asli? Nak kata 100% mungkin tidak tetapi sebenarnya hampir sama! Tidak hairanlah ia dikatakan sebagai pengganti rokok sebenar. 


Ada kelebihan ke kalau gunakan produk heat-not-burn technology ini macam IQOS? Jawapannya mestilah ada. Tujuan utama ia diwujudkan adalah untuk memanaskan tembakau tanpa proses pembakaran. Tanpa pembakaran, maka tiadalah api, abu atau asap. Dengan tidak melibatkan proses pembakaran, tahap bahan kimia berbahaya pun dikurangkan dengan ketara berbanding asap rokok. 




Memetik laporan Sinar Harian, kajian mendapati ada hubung kait positif antara pengurangan bilangan perokok tembakau dan penggunaan alternatif lain sejak ia diperkenalkan. 

Selain alternatif heat-not-burn, penggunaan vape juga mampu mengurangkan kemudaratan, kerana kedua-duanya iaitu vape dan alternatif heat-not-burn ni tidak menghasilkan asap. Oleh itu, vape dan alternatif heat-not-burn ni sering digunakan dalam strategi pengurangan kemudaratan tembakau (tobacco harm reduction, THR) untuk membantu perokok beralih kepada alternatif yang kurang memudaratkan. 

Jadi kalau korang atau kenalan mahupun ahli keluarga yang ada masalah merokok, mungkin boleh perkenalkan produk yang mempunyai teknologi seumpama ini dekat diorang pula! 

Memetik kata pakar kesihatan, Professor Dr Khayat; cigarette akan menyebabkan penyakit pernafasan dan juga barah paru-paru. Menurut Beban Global NCD 2016, terdapat 56.9 juta kematian akibat penyakit ini. Oleh itu, berhentilah merokok.

Tapi kalau korang masih memilih untuk terus merokok, apa kata beralihlah menggunakan teknologi bebas asap rokok seperti produk pemanasan tembakau tanpa pembakaran.. 

Rujukan: 
  • https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/43-bahaya-merokok.html 
  • https://www.healthline.com/health/smoking/effects-on-body 
  • https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/berhenti-merokok/kesan-merokok 
  • https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kajian-vaping-95-peratus-lebih-selamat-berbanding-rokok-pakar-68756 
  • https://www.sinarharian.com.my/article/111947/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Vape-penyelesaian-bagi-penghisap-rokok 
  • https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/09/868152/majoriti-rakyat-malaysia-setuju-strategi-kemudaratan-tembakau

9 comments:

Ezna Khalili said...

Nasib baik suami sis bukan perokok. Sis tak berkenan perokok sebab bau je dah satu hal. Papa sis dulu perokok tegar dari muda. Bila dah berumur, walaupun dah berhenti merokok bila kena masuk hospital....Dr kata laluan paru2 dah sempit dan payah nak bernafas seperti orang normal. Jadi fikir elok2 kesihatan di kemudian hari....

putra87­™ said...

Saya tetap sokong kempen tanpa rokok. Lagipun kita tak nak jadi 2nd hand smoker, yang mana, sekarang ni, kebanyakkan kita dah terdedah. Tapi informasi ni bagus dan berguna. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Leezarewritten said...

Sejujurnya saya memang tak suka orang merokok ttp my husband seorang perokok dan berusaha untuk berhenti. saya tak benci cuma kalau pendapat sayalah rokok, vape atau ape yang seangkatan dengannya sama xperlu . Kalau kita fikir apa kepentingan antara merokok atau yng lainnya. Bagi saya better jalani healthy life and save your money for the right purpose.peace

Leezarewritten said...

saya pun tak suka orang yang merokok but im not hate them coz my husbnd perokok juga and sedang berusha utk stop. cuma bg saya better jalani hidup sihat and save money for the right purpose..

Bella Jamal said...

Baguslah dah berhenti smoking. Sekarang bnyak alternatif rokok kan untuk tdk bahayakan perokok pasif. Semoga lebih sihat tanpa asap ye.

AyuArjuna BiGoshh said...

bahaya sebenarnya rokok ni . so bg perokok boleh cr alternative lain rasanya esp melibatkan nikotin tu..

Nina Mirza said...

Betul3x, rokok membahayakan kesihatan. Umum pun tahu dan perokok pun sedar tapi depa ni 'hidayah' belum sampai kot kannn... payah nak dikata dah. Solusi tanpa asap atleast better effort

Sunshine Kelly said...

Hopefully this alternative can help the smoker to reduce smoking and health hazard.

Ruby said...

Rokok sinonim dengan kehidupan kita kan. Kalau kita tak smoke, mesti ada family, kawan or saudara mara merokok atau vape. Rata-rata ramai nak berhenti merokok, cuma tidak tahu cara dan tidak kuat tahan nikotin tu. Efek dia kuat juga. Semoga kita terus support mereka yang ingin berhenti merokok.