Total Pageviews

Buffet Ramadhan Sedap Shah Alam 2023 : The Venue Shah Alam Di Seksyen 14

Tahun lepas, jujur aku katakan agak sedikit kecewa dengan hidangan yang disediakan oleh syarikat katering The Venue. Ini kerana ada beberapa makanannya yang mungkin perlu diperbaiki. 




Tetapi pada tahun ini, siapa sangka The Venue telah memperbaiki kelemahan mereka dan tidak keterlaluan jika aku katakan antara bufet Ramadan Shah Alam sedap. 

Untuk edisi 2023, The Venue telah bertapak di Astana Wedding Place Seksyen 14 Shah Alam bermula pada 23 Mac 2023 sehingga 20 April 2023. 

Harga nya pula cukup berpatutan iaitu RM88 nett untuk dewasa, RM60 untuk warga emas dan RM48 untuk kanak-kanak berumur 5 tahun hingga 12 tahun. Kanak-kanak bawah 5 tahun makan secara percuma. 

Pada mulanya aku macam tertanya-tanya juga adakah The Venue sudah ada improvement? Ternyata bila cuba hampir semua makanannya, memang sedap! 













Pilihan juga banyak, korang boleh lihat senarai menu di bawah. 


















Satu lagi yang wajar diberi pujian adalah Apam Balik mereka. Setakat ini aku dah pergi 17 hotel dan restoran tetapi Apam Balik disini yang terbaik bagi tahun ini. 

Selain itu, dekorasi tempat ini pun cantik dan selesa. Dilengkapi ruang parkir yang luas, dekat sini juga ada kemudahan surau untuk para pengunjung. 

Berita baik untuk korang yang buat tempahan berbuka disini, korang berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah sebuah motorsikal tau. So mana tahu rezeki korang kan? 

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh rujuk poster di bawah: 







No comments: