Total Pageviews

Tidak semua tangisan itu negatif dan tidak semua insan yang menangis itu lemah.

Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?

1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah
2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga dan berusaha untuk memperbaikinya.
3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan berusaha untuk membantu.
4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah melampau.
5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana
6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya
7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian lama hanyut di dalam kesesatan.


Tangisan-tangisan ini adalah kehebatan kerana orang yang menitiskan air matanya kerana Allah, adalah orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,

"Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali masuk ke dalam puting..." (H.R Tirmidzi)

Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para sahabat, beliau bersabda," Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka menangis. (Muttafaq 'Alaihi)
Pada suatu hari Rasulullah saw telah mendengar seorang sahabat Baginda yang sedang membaca al Quran. Apabila sampai ke ayat yang bermaksud:

"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah" Surah ar Rahman – 37

Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya:"Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh nasibku ini." Rasulullah saw berkata kepadanya:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."

Jawapan yang sama telah diberikan oleh Rasulullah saw kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan sembahyang Tahajjud.

Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?" Kata Abdullah:"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titian sirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."

Subhanallah, kehebatan yang terserlah dengan linangan air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.

Malah di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ini keras hatinya ialah apabila dia sukar untuk menangis di hadapan Ilahi.

Bilakah kali terakhir daku menitiskan air mata keranaMu ya Ilahi?

SUMBER : I LUVISLAM

::BILAKAH KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS? ::

by on 9.7.11
Tidak semua tangisan itu negatif dan tidak semua insan yang menangis itu lemah. Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan? ...
assalamualaikum..ini adalah gambar - gambar sekitar Kuala Lumpur yang "dijangkiti kulat " perhimpunan haram BERSIH 2.0. merosakkan imej negara!!! 





















lagi gambar klik SINI
 sumber dan kredit : AZLAN ZAMHARI

::bebot menderum :: AMAT MENYUSAHKAN ORANG

GAMBAR TERKINI KEADAAN PERHIMPUNAN HARAM BERSIH

by on 9.7.11
assalamualaikum..ini adalah gambar - gambar sekitar Kuala Lumpur yang "dijangkiti kulat " perhimpunan haram BERSIH 2.0. merosakk...
Assalamualaikum....
kepada pembaca sekalian,terima kasih sebab buka lagi blog aku.aicehh dah macam surat cinta pula.ok dah lama tak menggedik tulis macam ni. pasal tajuk kali ini. memang sesuai bebenor kita story - mory. status di facebook ramai yang dah tau fungsinya. ada yang post sebab nak luahkan perasaan ,ceritakan isu semasa dan lain - lain.oh yer ramai yang tertanya - tanya kenapa orang "like" status facebook ni kan? sebenarnya ada banyak tanggapan masing - masing terhadap status orang itu. korang nak tau antara sebab - sebab dorang ni "like" bebenor status korang atau orang lain? jom kite tengok...

  • status korang ayatnya sangat best , berguna dan mantap 

buat korang yang buat status cemerlang , gemilang dan terbilang tu, confirm ramai yang "like". tak kiralah korang reka atau copy ayat tu, tetap akan menarik perhatian orang untuk membacanya. tambah - tambah lagi kalau buat status yang berilmiah. aku mengaku aku sendiri suka "like" status yang sedemikian rupa.sebab status itu sangat berguna!

  • korang cantik atau hensem

buat mereka  yang mempunyai rupa yang menarik tu, memang tak hairanlah sikit punya status pun, mesti ada yang like punya. yer la muka dah segak , buat status tengah lipat baju pun mesti ada yang 'like'.  baik lelaki hensem , perempuan cantik , dua - dua jenis individu ni mesti ramai yang 'like' status dorang.

  • kawan - kawan facebook korang memang kaki "like"

kalau dah kawan - kawan facebook korang mencecah 2,3K lebih ,jangan hairan kalau korang terkena, korang buat status, dia 'like' , korang komen pun dia 'like'. boleh dikatakan hampir semua yang korang buat di facebbok tu dia akan 'like'. kalau orang yang berlainan yang 'like' masih boleh diterima lagi , tapi kalau dah orang yang sama je, memang dia layak diberi anugerah 'like' terbanyak atau mungkinkah dia minat kat korang????

  • korang seorang selebriti



haaa kalau yang ini memang tak dinafikan. kalau korang retiss artis macam justin bibir , popular di sekolah, tempat kerja ataupun dikolej memang akan ramai yang 'like'. maklumlah bila dah popular mesti ramai yang minat nak tahu perkembangan , status terkini dari orang yang #hotsetuff kan??



pendek kata. sebenarnya tak ada impak keburukan pun bila kita 'like' status orang, bergantung kepada setiap orang bagaimana tanggapan 'like' tu, dah nama pun 'like' mesti la orang suka kan.



dalam berfacebook tu jangan sampai lalai pula. utamakan yang penting dahulu barulah online. alang - alang dah baca tentang 'like'  tu apa kata korang 'like' page aku. boleh kan?  sekian saja entry aku kali ini.As - Salam. chow bebeh!!


::bebot menderum ::I LOIKEE!!

KENAPA RAMAI YANG "LIKE" STATUS FACEBOOK KORANG ?

by on 8.7.11
Assalamualaikum.... kepada pembaca sekalian,terima kasih sebab buka lagi blog aku.aicehh dah macam surat cinta pula.ok dah lama tak meng...
Mak nyah , pondan , bapuk , semua ini adalah panggilan atau gelaran untuk lelaki lembut yang menyerupai wanita tak kira sama ada dari segi penampilan atau tingkahlaku. tapi hari ini bukan untuk menghina kaum ini tetapi  aku hanya ingin memuji dari segi positive nya iaitu dari dari segi bakat dan kebolehan mereka.

bukan bakat untuk berbuat TUUTTT yer tetapi mereka dilahirkan dengan 1001 bakat.yang aku puji ni hanya golongan lembut tetapi dalamnya normal dan bukannya 100% lembut sampai sanggup tukar jantina, malam - malam menyundal. hurh!!!! dosa weyh. 

mungkin ada pihak diluar sana asyik menghentam mereka. tetapi mereka tidak sedar kerana ada lelaki yang hanya lembut tetapi masih normal menyukai kaum wanita dan ada lelaki normal tetapi pada hakikatnya menyukai kaum sejenis. bagi mereka yang lembut tetapi normal, sebenarnya ini terjadi kerana genetik keluarga atau faktor sejarah keluarga.

 barangkali mungkin kerana sewaktu mereka kecil , ibubapa mereka terlalu inginkan anak perempuan sehingga memakaikan anak lelaki mereka pakaian kanak - kanak perempuan. bagi yang nampak nampak normal tetapi hakikatnya menyukai kaum sejenis, sejarah mereka mungkin disebabkan pergaulan bebas di asrama ataupun mempunyai sejarah hitam tersendiri ( rujuk entry sebelum ini ). menurut kajian pula golongan lembut atau maknyah ini boleh dibahagikan kepada 4 peringkat 



Tahap satu, boleh terjadi kepada sesiapa sama ada bersifat sementara atau jangka panjang. Ia tidak mendatangkan masalah dan sukar dikenali pada peringkat awal. Ia boleh pulih semula setelah disedari atau ditegur oleh rakan atau mereka pada tahap ini akan meneruskannya jika mendapat sesutu dorongan.

 Salah satu bentuk dorongan ialah apamila mendapati rakan wanita selesa dan selamat untuk bergaul dengannya. Biasanya hampir semua wanita rasa selamat setiap kali bergaul dengan lelaki lembut pada tahap satu. 

Dorongan lain adalah seperti layanan ibu bapa terhadap anak lelaki seperti melayan anak perempuan atau adik-beradik atau rakan-rakan kejiranan yang didominasi oleh perempuan sejak kecil. Tahap ini bukanlah satu masalah, tetapi disebabkan gangguan peringkat akut terhadap penghasilan hormon testrogen.


 
Tahap dua, ciri-ciri tahap satu masih ada tetapi cara pemikiran dan spikologi lebih kepada menyukai sesuatu yang disukai wanita. Selesa melakukan kerja-kerja ringan seperti yang mampu dilakukan oleh wanita. Rasa selesa dan selamat bergaul dengan wanita berbanding lelaki. Mahu suka kelihatan seperti apa yang wanita suka pada dirinya seperti suka kelihatan cantik, ayu, sopan dan lemah lembut.

Tahap tiga, hormon testosterone benar-benar berkurang dan menyebabkan daya tarikkan seksual tersongsang. Lebih tertarik dengan lelaki yang berbadan sasa. Jarang berlaku tahap tiga ini tertarik dengan lelaki bertubuh biasa. Hilang minat untuk menyukai wanita walaupun organ seksualnya boleh berfungsi seperti normal dan memiliki sperm yang subur. 

Penampilan fizikal biasanya ada ciri-ciri seperti wanita seperti pemakaian aksesori wanita. Mereka dapat dikenali dengan jelas pada peringkat ini. Gejala gay atau seks luar tabii adalah keadaan pada tahap tiga walaupun keadaan fizikal tidak nampak bercirikan seperti wanita.



Tahap empat, menerima hakikat diri dan berani mengikhtiharkan diri sebagai “Mak Nyah”. Kecetekkan pengetahuan agama menjadikan mereka berani mengambil dadah estrogen supaya ciri-ciri seks sekunder muncul seperti suara tidak garau, halqum tidak timbul, bulu roma pada wajah seperti misai, janggut dan jambang tidak muncul( muka jambu dikecualikan -,- ). Malah estrogen ini merampingkan perut dan menjadikan dada dan punggung berisi. 

 Selain estrogen, suntikan kimia untuk merencatkan testosterone juga diambil supaya badan tidak menjadi sasa. Pengambilan perencat testosterone amat berisiko tinggi kerana bahan tersebut bersifat kolestrol tepu yang boleh menyebabkan strok, serangan jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang. Tanpa kesedaran ilmu agama yang sempuna, lelaki lembut pada tahap empat akan menjalani pembedahan yang paling tidak beretika (yang dikendalikan oleh rawatan klasik (allopathic) yang sememangnya tidak beretika) iaitu dengan menukar atau membuang organ seks lelaki dan mengubahsuai menjadi seperti organ seks wanita. 

Namun begitu, pembuangan ini tidak memungkinkan mereka mengandung kerana mereka tidak memiliki rahim dan ovari yang boleh menghasilkan ovum.



tu adalah penerangan bagi kajian,. tapi bagi aku ada betul dan salahnya.apa yang aku sempat baca tentang golongan ini, sebenarnya mereka inginkan kebebasan melakukan sesuatu di luar bidang mereka. sebagai contoh memasak , menjahit baju , mengemas rumah. masyarakat kita sewenang - wenangnya melabel orang tak tentu arah .

 bagi mereka, hanya skop kerja - kerja berat sahaja bagi golongan lelaki. kerja - kerja orang perempuan langsung tak boleh dibuat oleh golongan lelaki. apa boleh buat? mentaliti zaman sekarang. tetapi buat mereka yang beriltizam kuat, mereka sanggup dicemuh, dicaci semata - mata untuk merealisasikan impian mereka untuk menceburi bidang masakan dan sebagainya. korang jangan sesekali ingat golongan yang menceburi bidang ini hanya suka - suka. ada diantara mereka yang sanggup buat semua ini hanya untuk menyara keluarga mereka. 

yang kita ni tak pasal tuduh dia bukan - bukan , dah dapat dosa free.so selepas ini ubahlah mentaliti pemikiran kita , kerana aku percaya mereka pun tidak minta dilahirkan sedemikian rupa. kita patut  membantu dorang dari pelbagai sudut (perubatan, psikologi, bimbingan, nasihat, kaunseling) dalam membantu dalam kembali kepada orientasi seksual yang sebenarnya.

jangan di persalahkan kepada dorang sahaja semata-mata, kita kena buat kajian yang mendalam untuk mengetahui punca dan juga rawatan sama ada untuk medical atau juga psikologi. sesungguhnya kita juga tidak sesempurna mereka, kerana kita asyik menyatakan bahawa mereka tidak kena itu dan ini..tapi, sedarkah setakat mana kesempurnaan kita dalam diri kita sendiri dengan apa yang kita ada? 


::bebot menderum :: pendapat korang mengenai lelaki yang senang mengeluarkan air mata?

:: GOLONGAN "NYAH" ISTIMEWA? ::

by on 7.7.11
Mak nyah , pondan , bapuk , semua ini adalah panggilan atau gelaran untuk lelaki lembut yang menyerupai wanita tak kira sama ada dari segi...





yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 


::bebot menderum :: memori lama - lama


:: WORDLESS WEDNESDAY ::

by on 6.7.11
yang memberontak dengan ekzos ::  Khai Artz-Far @ Putera TESL  ::bebot menderum :: memori lama - lama
Salam kepada braders dan sistah yang membuka dan membaca blog aku ni.*blushing kejap. untuk kali ni dikira sebagai random punya entry sebab aku update ni dalam keadaan keterghairahan nak update. pandai - pandailah korang pikir camner punya keadaan. sorry sebab lama tak update. maklumlah macam yang aku bagitau dalam page aku, sibuk dengan orentasi. habis je dengan orentasi UITM hari tu kali ini dengan orentasi batch homegrown , professional dan ijazah pula.



phewitt semester ini jadi fasilitator. bukan glamour yang dicari tapi pengalaman yang ingin aku temui kali ini. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun kena "sembur " dengan pelbagai karenah. untuk intake kali ini jumlah student yang mendaftar memang melebihi jangkauan , aku ingat cuma dalam lapan ratus lebih je yang mendaftar , sekali bila tiba hari pendaftaran, jumlah yang mendaftar hampir 1400 orang. sebenarnya untuk orentasi kali ini student - student baru dibahagi kepada dua kumpulan mengikut tarikh pendaftaran. so aku ditugaskan untuk menjaga student diploma dan ijazah dimana jumlah kumpulan ini agak besar berbanding kumpulan satu lagi. 







alhamdulillah , walaupun jumlah fasilitator tak setanding dengan jumlah student yang mendaftar, tapi berkat tunjuk ajar jurulatih kami , 'bonding' antara fasilitator , kami berjaya menjalankan orentasi ini dengan jayanya.so dikesempatan ini, kalau ada student - student baru yang membaca blog aku, nasihat aku kepada korang, tolong praktikkan modul - modul yang korang belajar dalam kehidupan seharian korang sebagai seorang pelajar. janganlah jadi hipokrit dalam orentasi saja korang praktikkan , bila diluar masing - masing ego, berpuak - puak dan tidak bertegur sapa. ingat korang akan bersama - sama harungi suka duka selama tiga tahun, jadi tak manislah kalau korang tak bertegur sapa atau sombong. 


 fasilitator KPTM Kuala Lumpur

so bermulalah perjalanan korang sebagai pelajar IPT, jangan jadi kejutan budaya pula. pandai - pandailah pilih kawan sebab yang baik insyallah akan membawa kepada kebaikan , yang buruk pula akan membawa kepada keburukan. hidup di dunia IPT amat berbeza dengan dunia sekolah. jangan segan - segan dapatkan nasihat daripada yang berpengalaman. nak minta nasihat daripada kiteorang pun apa salahnya.kiteorang pun masih lagi dalam proses pembelajaran, tak salah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan. so cukup setakat ini saja ulasan aku. mulakan hari baru dengan azam baru dan semangat baru!!


** kredit gambar untuk abg AF!

**lagi gambar sila terjah sini
BLOG K.H.A.Z
DAUS AKA SI AFRO SEPARA BUTA




yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 


::bebot menderum :: dekan untuk semester ini, insyallah

:: TSUNAMI ORENTASI ::

by on 4.7.11
Salam kepada braders dan sistah yang membuka dan membaca blog aku ni.*blushing kejap. untuk kali ni dikira sebagai random punya entry sebab ...
" Saya lelaki berusia 19 tahun dan mempunyai kehidupan bahagia kerana semua permintaan saya dipenuhi keluarga.Namun masalah saya ialah saya mengamalkan hubungan sonsang,saya meminati rakan sejenis. hati dan nafsu saya lebih cenderung kepada lelaki.kadang - kala saya seronok dan gembira menjalin hubungan homoseksual. bukan saya tiada naluri menyukai perempuan tetapi pengalaman gagal dalam bercinta menyebabkan saya bosan dengan kaum perempuan. perubahan menjadi gay bermula sejak saya masuk kolej. disana ramai teman saya adalah golongan ini......"

petikan Metro Ahad , 12 jun 2011



haa jangan salah sangka pula. sebenarnya itu salah satu petikan rencana dalam Metro Ahad baru - baru ni. sekali lagi aku tertarik untuk bincang atau hurai tentang isu Gay ataupun Lesbian. sama je sebab dua - dua suka kaum sejenis. bagi aku tak ade istilah pengkid dengan pondan berbeza sebab bagi aku dorang ni tetap suka kaum sejenis yang membezakan mereka cuma cara berpakaian dan tingkah laku. ye ke tidok??? haaa maksiat kaum sejenis ni memang dah berleluasa kat negara kita. kalau dulu sebut Gay pun tak tau, sekarang hampir semua golongan tau apa itu Gay. sebelum aku buat entry ini , aku sempat tanya beberapa orang senior aku tentang Gay dan puncanya. jom kita review jap disebalik Gay ni...
  •  kebanyakan punca lelaki menjadi gay kerana selalu gagal dalam percintaan
  • sesetengah mereka menjadi gay kerana masa kecil mempunyai sejarah hitam dimana pernah diliwat atau sebaliknya
  • menurut kajian , pelajar yang duduk di asrama mahupun rumah sewa lebih cenderung kepada golongan gay ini kerana pengaruh daripada rakan - rakan sendiri.


haaa , dah tengok kan antara punca dia kan? adatlah  orang bercinta ada masa kita sedih dan ada masa kita gembira. yang korang sampai putus nafsu kat orang perempuan tu sape suruh? kemon lah! bunga bukan sekuntum, banyak lagi perempuan - perempuan disana untuk kaum lelaki,. cuba renungkan balik, haiwan pun tak pernah buat seks sesama jantina.pendek kata, golongan Gay ataupun Lesbian ini lebih rendah kedudukannya  daripada haiwan. sorry to say tapi inilah pahit yang korang kena telan. renungkan kembali kisah kaum Nabi Luth yang ditimpa bala akibat mengamalkan seks sejenis.lagi satu masa dalam rumah atau kat mana sekalipun , kalau boleh pakai la pakaian yang menutup aurat , tau la sama jantina pun tapi buat satu hari kawan korang tu tergila, macam mana? tak pasal hilang teruna hahahaa.. kalau rasa rimas nak tutup aurat , apa kata korang duduk afrika? better kan?

nasihat yang aku boleh bagi , kembali ke pangkal jalan dan bertaubatlah sebelum terlambat. kalau ada kawan korang dalam golongan ini , tinggalkan mereka kerana itu godaan terbesar buat korang. kalau ada niat nak join atau buat benda ini , istighfar banyak - banyak dan carilah kawan yang boleh memimpin korang ke jalan yang benar. kepada masyarakat di luar sana pula , janganlah terus melabel negatif kepada golongan ini termasuk golongan pengkid, pondan dan yang lain - lain kerana  secara fizikal, mereka nampak saja begitu, tetapi jika dibantu, hakikatnya mereka boleh berubah. untuk lagi tips dan pengalaman untuk berubah sila klik sini yer. sebelum aku tinggalkan korang aku nak tanya adakah betul golongan ini singgah ke blog aku ??? kekekekeke...As - Salam.. 



yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum ::
1.tadi blog kena hacked...geram gila seyh
2. esok dah mula bertugas semula sebagai fasilitator kolej untuk orentasi student baru

AKU SEORANG GAY

by on 26.6.11
" Saya lelaki berusia 19 tahun dan mempunyai kehidupan bahagia kerana semua permintaan saya dipenuhi keluarga.Namun masalah saya iala...
As - salam kepada braders dan sistah. hari ni tajuk agak panas sikit. tertimbul idea aku nak ulas pasal benda ni sebab terbaca satu keratan akhbar yang mengatakan saham maksiat makin meningkat sejajar dengan saham negara. heih. dunia oh dunia. 

apa yang pasti sekarang ni. punca maksiat ni tak boleh salahkan satu - satu pihak je. kena libatkan juga dua,tiga pihak. untuk itu pihak pertama iaitu diri kita sendiri. kenalah pandai tapis mana satu kawan yang bawa kebaikan dan keburukan.



 kalau dah buruk perangainya memang terikut sangatlah tambah - tambah lagi orang yang merantau ke negeri orang untuk sambung belajar. kebanyakannya dah jadi culture shock. tudung dibuang, nama ditukar, dan ada antara mereka jantina pun dah tukar. siang lelaki, malam jadi pra- perempuan. ewww!! 

tolonglah seyh ingat mak - bapak korang. menoreh getah , membanting padi, korang ingat semua itu saja - saja ke? semua itu untuk tampung korang belajar, bukan untuk tampung korang shopping , tukar jantina pe semua tu.ok full stop untuk bab itu.



sekarang aku nak cakap pasal pakaian atau trend zaman sekarang.sekarang trend ape? k-pop erk? tak salah kalau nak ikut trend semua tu tapi kenalah beringat aurat dan batas - batas korang terutama sekali golongan perempuan. sorry to say tapi inilah kenyataan. apa yang aku tengok dari dulu sampai sekarang trend baju kecik, seluar kecik, tudung kecik sampai nampak leher memang lagi mengecik saiz dia.

 kadang - kadang tu sampai ternampak lorong - lorong. pergh! memang giler stim kalau orang tengok! bila sebut pasal ini mesti ramai yang cakap " alah,rileks lah jangan sibuk boleh? kubur nanti asing - asing juga,dosa sendiri tanggung " pergh giler demand ko erk cakap camtu. nak tau? sebab kubur asing - asinglah kiteorang ambil berat, nak tau faktanya?? jom kita review....


  • menurut pendapat ulama , nafsu lelaki akan meningkat apabila aurat perempuan terdedah kepada mereka seterusnya secara tidak sedar akan mengeluarkan air mazi.kena pula kalau hari jumaat kaum lelaki pergi sembahyang jumaat pastu lalu pula perempuan seksi depan mata. tak pasal - pasal batal wuduk ,pakaian pun kena tukar akibat terkena air mazi yang dikategorikan sebagai najis .
  • buat mereka yang tidak tutup aurat  tu , ada di antara mereka yang sudah kehilangan ibu , bapa mahupun kedua - keduanya, tidakkah korang kasihan melihat mereka tersiksa dan menderita didalam kubur sana akibat perbuatan korang didunia?
  • di akhirat kelak, diri mereka akan dipersoalkan kenapakah mereka melakukan maksiat dan segala dosa,maka apabila mereka tidak dapat menjawabnya, satu demi satu individu yang rapat dengan mereka akan dipersalahkan.mula - mula bapa, ibu, abang,kakak,adik - beradik yang lain seterusnya masyarakat disekeliling.puncanya , akibat tidak mengendahkan dan tidak menasihati antara satu sama lain.

tapi pada masa yang sama kita kena jaga juga pandangan mata kita.sebab ada hadis yang menyeru kita menjaga pandangan mata daripada segala bentuk perkara yang mendatangkan keburukan.
  "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki-lelaki mukmin; hendaklah mereka menahan pandangan-pandangan mata mereka" (Surah an-Nur, ayat 30).

 "Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman; hendaklah mereka menjaga pandangan mata mereka" (Surah an-Nur, ayat 31).  

Sabda Nabi (bermaksud); "Apabila seorang lelaki muslim menahan pandangannya tatkala terlihat wanita cantik, Allah akan gantikan untuknya (bagi mujahadahnya menahan pandangan itu) dengan kemanisan beribadah"(HR Imam Ahmad dari Abi Umamah). 

jadi fikir - fikir sejenak . ramai yang cakap esok atau lusa baru nak bertaubat, tapi last - last niat itu terkubur macam tu je sebab terlalu seronok dengan duniawi.aku akui diri aku sendiri pun terlalu banyak dosa sampai kadang - kadang itu rasa diri aku terlalu hina akibat terjebak dengan benda - benda yang mendorong kepada dosa - dosa besar. 

jadi sama - sama kita ambil iktibar kerana mati tidak menunggu kita, dunia pun tidak akan bertahan lama cuma menunggu tibanya hari kiamat. wallahualam. 


yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: sedih tengok semakin ramai yang "rosak"

PERGH! GILER STIM(18SX)

by on 24.6.11
As - salam kepada braders dan sistah. hari ni tajuk agak panas sikit. tertimbul idea aku nak ulas pasal benda ni sebab terbaca satu keratan...