Total Pageviews

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !



Gambar Samsung S5 didedahkan ? Buat pengguna android , mungkin ada yang tertunggu dengan kemunculan Samsung S5. Hari ini di Barcelona, telefon serta fungsi Samsung S5 telah didedahkan buat tatapan umum. 





Fungsi Samsung S5

Nampaknya Apple mempunyai saingan apabila Samsung turut mengumumkan antara fungsi  dalam Samsung S5 adalah mereka turut mempunyai fingerprint scanner. Didatangkan dengan empat warna pilihan - hitam , biru , putih dan emas, Samsung S5 ini turut mempunyai fungsi kamera 16 megapixel dan HDR . 


*kredit gambar dari Blog Serius*


walau bagaimanapun menurut sumber yang dipercayai, kualiti imej yang terhasil masih belum mampu tandingi HTC One dan iPhone 5S. Antara specification atau fungsi lain pada Samsung S5 ini adalah 
  • 5.1-inch full HD Super AMOLED display
  • 2800mAh battery
  • 21-band 4G LTE
  • 16-megapixel rear camera/2.1-megapixel front camera
  • 16GB or 32GB of storage
  • Qualcomm 2.5GHz quad-core processor
  • Android 4.4 KitKat
  • A new "ultra power saving mode"
  • water and dust resistant 
mengenai tarikh samsung S5 dipasarkan masih belum dapat dipastikan namun menurut samsung, S5 akan mula dilancarkan pada 150 negara bermula 11 April ini.Samsung S5 turut didatangkan dengan jam pintar terbaru dari mereka The Gear 2, Gear Neo dan Gear Fit

Jadi apa pendapat korang ? Yeay atau Nay ? 

p/s  : ada orang samakan Samsung S5 dengan plaster #eh 

Gambar Samsung S5 Didedahkan

by on 26.2.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Gambar Samsung S5 didedahkan ? Buat pengguna android , mungkin ada yang tertunggu d...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Kereta Kuda Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur . Haa biar betul Kereta Kuda ada di Kuala Lumpur kan? Betul kawan - kawan semua,  sempena Tahun Melawat Malaysia , inilah tarikan terbaru di Kuala Lumpur



Baru - baru ini Khai telah dijemput oleh Tourism Kuala Lumpur untuk meyaksikan sendiri pelancaran 'The Horse And Carriage Ride " dimana pada masa yang sama telah diadakan Kuala Lumpur Chinese New Year Culture. Ramai pelancong yang telah hadir untuk sama - sama saksikan tarikan terbaru ini. Makanan pun tak kurang banyaknya, nama pun open house bukan. Memang langkah kanan la jawabnya



Majlis yang telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur , Datuk Seri Ahmad Phesal Bin Hj Talib diiringi Menteri Wilayah Persekutuan , Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor , YB. Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz , Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan H.E Ugur Dogan, Duta Besar Turki di mana mereka semua telah dibawa  menaiki kereta kuda ini pertama kalinya di Kuala Lumpur 

Kuda spesis Friesian yang berumur dalam lingkungan 4 hingga 5 tahun ini telah dibawa khas dari Belgium manakala carriage nya pula diimport dari Istanbul,Turki.



 Bagaikan kembali pada tahun 1800, buat korang yang nak merasai menaiki kereta  kuda ini , berikut adalah butiran atau maklumat yang korang perlu tahu 

Harga Kereta Kuda 

Per Person :  RM 50.00
Whole Carriage : RM 200.00 
* maksimum 4 ke 5 penumpang dewasa

Sesi

Pagi : 10 hingga 11.30 pagi
Petang : 3 hingga 4.30 petang 

Tempat Jualan Tiket 

Kaunter Kuala Lumpur City Gallery 

Kawasan perjalanan 

Bermula di  Kuala Lumpur City Gallery , melalui jalan Mahkamah Persekutuan - Bangunan Abdul Samad - Masjid Jamek , Panggung Bandaraya dan melintasi Jalan Raja berhadapan dengan St Mary Church . Kereta Kuda ini kemudiannya akan berpatah balik ke  Kuala Lumpur City Gallery sebagai pengakhiran destinasi 

Jadi tunggu apa lagi , jom cuba naik Kereta Kuda, bukan senang keliling kawasan menarik di Kuala Lumpur dengan Kereta Kuda !

p / s  : tak pernah naik kuda 






Kereta Kuda Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

by on 25.2.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Kereta Kuda Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur . Haa biar betul Kereta Kuda ada di Kuala...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Aku Akan Muncul , sebuah filem sulung di bawah syarikat produksi RM Vision Film Production yang boleh khai kategorikan sebagai produksi yang masih muda. Kalau korang peminat filem seram, ini adalah sebuah  karya dan  filem yang padat dengan adegan penuh debaran , misteri serta tidak dilupakan pengajaran buat korang peminat filem diluar sana. 



Nasihat Khai bila korang tengok filem ini, tengok dengan hati terbuka kerana ini merupakan filem sulung mereka , jadi kekurangan itu adalah perkara biasa buat produksi yang baru bertatih dalam industri perfileman negara. 



Membariskan ramai pelakon - pelakon baru seperti Angah (Kumpulan Bocey) , Syafiq, Megat Samsuddin, Alfie , Firah , Syairah dan Larra Rahmat adalah satu cabaran buat filem Aku Akan Muncul untuk ketengahkan filem ini lebih ke depan .

Namun begitu , pujian harus diberi kepada pengarah , Roy kerana berani menampilkan muka - muka baru untuk filem pertama mereka. Selain itu , filem yang mengambil masa hampir dua tahun penghasilannya turut menampilkan pelakon - pelakon popular tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan , Julia Ziegler , Allahyarhamah Maimon Talib, Liza Abdullah, Zulkifli Ismail, Noor Akma, Zaibo dan Musly Ramly.



Jadi jangan lupa untuk saksikan sendiri filem Aku Akan Muncul di panggung wayang berdekatan bermula 27 Februari 2014 !

Rating Blog Budak Pacak : 3 Bintang 


Sinopsis Aku Akan Muncul

Mengisahkan tentang Kesuma yang mempunyai raut wajah yang cantik, tetapi gemar membandingkan kecantikkannya itu dengan rakannya Mawar sehingga membuatkan rakan-rakannya yang lain seperti Manja, Melor, Putih dan Melati berasa bosan dengan tingkah lakunya.

Bagaimanapun, kecantikan yang dimiliki Kesuma itu tidak bertahan lama apabila dia terlibat dengan kemalangan ketika mencari inai bersama Manja. Akibatnya, wajah Kesuma telah menjadi buruk. Bagi memulihkan wajahnya itu, Kesuma meminta pertolongan Mak Yam yang cukup terkenal sebagai seorang dukun yang hebat.

Namun begitu, usaha untuk memulihkan wajahnya itu bukanlah mudah kerana Mak Yam meletakkan syarat supaya Kesuma membunuh seorang anak dara dan tiga orang kanak-kanak perempuan yang tinggal di kampungnya iaitu Kampung Ledang yang terletak di kawasan Gunung Ledang.

Untuk memenuhi permintaan tersebut, Kesuma bertindak kejam dengan membunuh rakannya, Mawar serta dua orang kanak-kanak perempuan, tetapi hasratnya mahu membunuh seorang lagi kanak-kanak iaitu anak kepada Ramlee tidak kesampaian apabila dihalang oleh Arjuna yang juga merupakan adiknya sendiri dan kekasih kepada Mawar.

Ketika mahu menahan perbuatan kakaknya itu, Arjuna sendiri terbunuh, tetapi sebelum mati dia sempat berpesan kepada Ramlee yang merupakan anak kepada penghulu kampung supaya menyelematkan anaknya daripada disembelih Kesuma.

Kemudian, Ramlee bersama penduduk Kampung Ledang menangkap dan membunuh Kesuma dengan membakarnya. Namun begitu, jantung Kesuma tidak terbakar dan Pak Tam, ayah kepada Ramlee mengarahkan supaya jantung Kesuma yang ditikam dengan kerisnya dibungkus dan ditanam di tepi tasik di kawasan Gunung Ledang.

40 tahun kemudian sekumpulan pelajar kolej yang diketuai Zack membuat penyelidikan tentang kajian geologi di Gunung Ledang bersama rakan-rakannya yang lain iaitu Jeff, Angah, Diana, Tasha, Linda dan Farah.  Pada masa sama, Datuk Kamaruddin bersama isterinya, Datin Rozita dan dua orang anak mereka, Fatin dan Hadi turut pergi ke rumah baru mereka yang terletak di kawasan Gunung Ledang.

Ketika melakukan kajian berkenaan, pemandu sampan berpesan kepada semua pelajar kolej tersebut supaya tidak melakukan sesuatu kubur di mana jantung Kesuma ditanam. Bagaimanapun, Tasha tidak menghiraukan pesanan itu dan mengoreknya serta membuat jantung berkenaan ke dalam tasik. Ternyata perbuatannya itu telah menghidupkan semula Kesuma.

Kemudian Kesuma mula mengganggu penghuni yang berada di sekitar kawasan tersebut serta ingin menculik Fatin yang ingin dijadikan mangsa terakhirnya bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Mak Yam kepadanya dahulu.

Sebelum mahu melakukan perkara tersebut, Kesuma terlebih dahulu mahu melakukan siri pembunuhan yang melibatkan para pelajar kolej berkenaan. Tujuannya berbuat demikian kerana ingin membalas dendam terhadap Ramlee yang bertindak membunuhnya sebelum ini.

Promo Filem Aku Akan Muncul 


p /s : Suka tengok lawak kumpulan Bocey 

Review Filem Aku Akan Muncul

by on 24.2.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Aku Akan Muncul , sebuah filem sulung di bawah syarikat produksi RM Vision Film Produ...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Pak Nil lancar pakej Pelayaran Star Cruises ke Penang - Langkawi - Phuket untuk kali kedua !Siapa yang tak kenal Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Nil yang merupakan pengacara Nombor 1 negara disamping telatahnya yang mencuit hati di kaca tv.

 Baru - baru ini bertempat di Saloma Bistro,  Pak Nil sekali lagi melancarkan pakej pelayarannya  untuk belayar bersama - sama peminat . Selain Pak Nil, turut hadir pada pelancaran tersebut adalah Encik Cooper Huang, Pengarah Urusan Malaysian Harmony Tours and Travel 



Atas kejayaan dan sambutan yang mengalakkan pada tahun lepas, tahun ini sekali lagi menyaksikan Pak Nil akan mengulangi sejarah dan kenangan untuk bercuti bersama - sama peminatnya pada 6 April - 9 April 2014 . Pelayaran anjuran Star Cruises, Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd dan Santai Travel ini merupakan satu usaha untuk memperkenalkan percutian di atas kapal yang mampu diikuti semua golongan serta sebagai satu penghargaan Pak Nil sendiri kepada para peminatnya. 

Pak Nil bersama para peminatnya pada Pelayaran Bersama Pak Nil edisi lepas 


Mana tidaknya, pada percutian yang lepas, rata- rata peminat Pak Nil yang mengikuti pelayaran ini sangat gembira kerana dapat meluangkan masa hampir 24 jam dengan Pak Nil sendiri di atas pelayaran Star Cruise. Malah terdapat banyak kejutan yang disediakan oleh Pak Nil sendiri untuk semua peminatnya. Sebagai contoh Pak Nil telah membuat sendiri kek untuk para peminatnya. 



Untuk pengetahuan korang , untuk pelayaran bersama Pak Nil ini, Superstar Libra yang merupakan kapal mewah milik Star Cruise menyediakan pelbagai kemudahan . Korang mesti tertanya dan terfikir, restoran dalam kapal ini halal ke ? 

Jangan risau ! Kerana dalam kapal ini dilengkapi dengan sebuah restoran makanan halal yang telah menerima sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) . Jadi bab makan jangan risau yer kawan - kawan, sebab semuanya halal dan untuk korang yang nak join trip ini nanti, pihak Superstar Libra akan menghidangkan makanan kepada korang empat kali sehari !

Pak Nil dan Superstar Libra menjadi penghias muka depan Santai Travel Edisi September 2013

Jadi buat rakan pembaca semua , rebut peluang ini kerana tempat adalah terhad dan yang pasti Pak Nil akan meluangkan masanya selama 4 Hari 3 Malam dengan korang di samping beliau menjanjikan akan ada pelbagai  aktiviti dan kejutan khas buat peminatnya! 

Kalau korang berminat bolehlah hubungi Khai seperti butiran berikut !


*KLIK UNTUK TUMBESARAN*

atau untuk maklumat lanjut boleh hubungi 
Malaysian Harmony Tour & Travel 
03 - 2142 9266

Video Pak Nil ajak peminat bercuti 

p /s : Kemudahan dan suasana di atas Libra Star Cruises memang satu pengalaman yang menakjubkan. Khai berani janji dengan korang. Nak tahu kenapa ?Nantikan entry akan datang mengenai pengalaman Khai di atas  Superstar Libra 


Pak Nil Lancar Pakej Pelayaran Star Cruise ke Penang - Langkawi - Phuket

by on 23.2.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !  Pak Nil lancar pakej Pelayaran Star Cruises ke Penang - Langkawi - Phuket untuk kali k...



Pengalaman menjadi Pramugara AirAsia telah Budak Pacak ikuti baru - baru ini di bawah naungan AirAsia Bloggers Community ( AABC ) . Budak Pacak bersama - sama lagi 8 orang rakan blogger secara eksklusifnya telah dijemput oleh pihak AirAsia ke AirAsia Academy untuk merasai sendiri bagaimana proses untuk menjadi seorang pramugara dan pramugari AirAsia. 



Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant. Jadi atas sebab - sebab tertentu , beliau terpaksa menolak. Bagi Khai pula, fikirkan nak habiskan degree ni, baru apply jadi Pramugara atau lebih dikenali sebagai Flight Attendant

Oh ya , untuk pengetahuan korang nampak macam senang je bukan ? tapi hakikatnya banyak cabaran dan ujian perlu ditempuhi sebelum korang layak bekerja di awan biru. Kalau nak tahu macam mana , kenalah baca sampai habis, kehkehkeh...

Welcome on Board Sir.....



Ketibaan kami telah disambut mesra oleh Mr Ashman Mahfuz, kakitangan di unit komunikasi AirAsia dan Mr Elson, Instructor di Asian Aviation Centre of Excellenc (AACE) . 

Mr Elson , seorang yang berpengalaman hampir 17 tahun dalam bidang ni 


Mr Elson ni memang berpengalaman di awan biru malah beliau juga pernah menjadi seorang Flight Attendant.Sepanjang latihan ini, beliaulah yang melatih kami . Terima kasih Mr Elson atas perkongsian ilmu dan pengalaman bersama kami. 

pentas yang menyaksikan Flight Attendant dan Juruterbang AirAsia dinobat


Mr Elson sedang memberi taklimat mengenai bilik yang tersimpan segala manual Flight Attendant dan Juruterbang AirAsia

pejabat operasi Akademi AirAsia 

Kelas Grooming 

sebahagian dari alat make up untuk kelas grooming 

Kami telah dibawa melawat keseluruhan akademi ini, termasuklah hadir ke kelas grooming bersama - sama bakal pramugara dan pramugari AirAsia . 



Selain itu kami juga telah dibawa ke beberapa bilik khas termasuklah Pilot Lounge yang merupakan tempat eksklusif bagi juruterbang AirAsia untuk berehat .



 Sepanjang kami dibawa melawat ke bangunan AirAsia Academy , kami telah berjumpa dengan ramai Flight Attendant dan juruterbang AirAsia.

bersama - sama bakal pramugara dan pramugari Thailand AirAsia X



Ternyata setiap kali berjumpa , mereka tidak pernah kedekut untuk senyum dan bertanya khabar. Agaknya disinilah kelainan akademi ini, kerana terasa nilai - nilai murni dan ketimuran telah diterapkan dalam jiwa mereka. 



Dengan kemesraan, kesopanan, kecantikan ,ketampanan Flight Attendant dan juruterbang AirAsia disini  tidak hairanlah AirAsia Academy ini merupakan salah satu akademi penerbangan yang terbaik.



Untuk latihan kami yang pertama adalah Safety Demonstration dimana dalam latihan ini kami wajib mengetahui alat - alat bantuan kecemasan , cara memberi ucapan dan pengumuman dalam pesawat dan melakukan sendiri demonstrasi keselamatan . 


Safety Demonstration


Pendek cerita bagi korang yang pernah naik kapal terbang , kan ada demonstrasi yang dibuat oleh pramugara dan pramugari sebelum kapal terbang berlepas, jadi kami wajib hafal dan lakukan demonstrasi tersebut sebagai permulaan latihan kami pada hari itu. 



Seterusnya adalah latihan Door Drill dimana ini adalah latihan untuk mengetahui cara buka dan tutup pintu kapal terbang di dalam penerbangan biasa atau kecemasan. Sebagai seorang Flight Attendant , pintu ini adalah menjadi satu kewajipan dan dibawah tanggungjawab mereka sepenuhnya. 

Nampak macam pintu biasa tapi hakikatnya penuh dengan teknologi sehingga terleka sekejap dengan fungsi yang sedia ada .

Selesai dengan Door Drill, kami di bawa ke tempat latihan Slide Drill. Di dalam latihan ini, kami diajar cara  terjun dan menggelongsor menggunakan tilam gelongsor sekiranya mendarat secara kecemasan. 



Untuk pengetahuan, sekiranya kecemasan adalah menjadi tanggunjawab bagi seorang Flight Attendant untuk pastikan tidak ada seorang pun yang terkecuali termasuk juruterbang di dalam pesawat dan Flight Attendant adalah orang yang terakhir akan keluar dari pesawat. Mencabar  bukan ? 



Akhir sekali adalah Wet Drill. Ini adalah latihan sekiranya pesawat mendarat kecemasan di kawasan yang berair seperti laut. Dalam latihan ini, kami dikehendaki terjun ke dalam kolam renang yang dalamnya dikhaskan untuk latihan ini. 


selfie tanda kejayaan, eh ? hahaha


Kesemua calon Flight Attendant dan juruterbang wajib tahu cara menyelamatkan penumpang sekiranya dalam kecemasan. Dari turun ke pesawat sehinggalah cara untuk menggerakkan pelampung kecemasan menggunakan tangan diajar kepada kami. Memang latihan yang terakhir ini menggunakan banyak tenaga fizikal.

Ternyata segala kesusahan yang dialami semasa latihan sangat berbaloi apabila berada di awan biru nanti. Bagi Khai sendiri ini adalah satu peluang dan hadiah hari jadi dari pihak Air Asia. 





Mana taknya berpeluang merasai sendiri menjadi sebahagian dari AirAsia All Stars bukan semua orang boleh dapat. Ini satu peluang yang susah untuk dapat di mana - mana tempat . Terima kasih tidak terhingga kepada AirAsia dan AirAsia Bloggers Community ( AABC ) atas kesudian menjemput Khai ke Akademi AirAsia. Sampai masa jemput lagi !


"FLIGHT ATTENDANT IS NOT ONLY A JOB, IT'S A LIFESTYLE"

p /s : Mimpi jadi Realiti. 

Pengalaman Menjadi Pramugara AirAsia

by on 17.2.14
Pengalaman menjadi Pramugara AirAsia telah Budak Pacak  ikuti baru - baru ini di bawah naungan AirAsia Bloggers Community ( AABC )...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Rose2Rose Walk For Humanity merupakan walkathon event amal yang akan berlangsung tak lama lagi di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Badan NGO AQSA SYARIF BERHAD melalui sekretariat Rose2Rose (R2R)



Event amal ini menyasarkan hampir 2000 penyertaan daripada pelbagai pihak dan bagi menjayakan Rose2Rose Walk For Humanity program amal kemanusiaan ini mereka memerlukan sokongan kepada semua media dan blogger supaya turut serta untuk meriahkan lagi event tersebut. Program amal ni adalah Sekretariat Rose2Rose di bawah Aqsa Syarif Berhad dengan itu mereka memerlukan kutipan derma untuk disalurkan kepada setiap negara iaitu Palestin, Syria dan Rohingya.

Jadi buat korang yang berminat bolehlah rujuk butiran di bawah. 

TARIKH
16 Mac 2014, Ahad
LOKASI
Padang Merbok, Jalan Parlimen, KL
ANGGARAN PENYERTAAN
2000 orang dari semua kategori meliputi semua lapisan masyarakat dan bangsa.
DUTA KESIHATAN & KECERGASAN
Kevin Zahri
TEMA WALKATHON
“Walk for Humanity”
OFFICIAL FB PAGE: https://www.facebook.com/myrose2rose
EVENT FB: https://www.facebook.com/events/1418416978403669/
WEBSITE: http://aqsasyarif.org.my/
INSTAGRAM: @rose2roseofficial
HASHTAG: #walk4humanity
BORANG PENDAFTARAN: http://bit.ly/r2rwfh-form
Bayaran atau sumbangan boleh dibuat kepada:
AQSA SYARIF BERHAD
Maybank : 5515 7500 4299
CIMB : 1216 0000 452101

Ayuh sama - sama kita bantu dan tingkatkan kesedaran tentang isu kemanusiaan di Palestin, Syria dan Rohingya supaya kita dapat membantu saudara islam kita disana.

p/ s : kawan - kawan semua jom sama - sama kita sebarkan walkathon amal ni

Rose2Rose Walk For Humanity

by on 15.2.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Rose2Rose Walk For Humanity merupakan walkathon event amal  yang akan berlangsung tak la...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


B'Ramping Kopi Untuk Kurus Dengan Senang ? Mesti korang tertanya - tanya betul ke dengan kopi boleh kurus ? Nak tahu betul atau tidak baca sampai habis yer. Dengan pengambilan B'Ramping Kopi secara sistematik , Insyallah hasilnya korang akan kurus dengan mudah . Mana tak nya selalu korang cari produk untuk kuruskan badan rata - ratanya mesti pil bukan ? Nak ambil pun takut - takut je rasa .



Nak tahu macam mana nak kurus dengan mudah ? jawapannya dengan minum B'Ramping Kopi ni lah. Buat korang yang selalu amalkan diet tetapi kerap rasa lapar, dengan kopi ini hasilnya akan membuatkan korang diet tanpa lapar .

Buat korang yang mempunyai masalah gemuk , produk  B'Ramping Kopi ini dapat membantu membakar lemak yang tersembunyi dalam badan.  B'Ramping Kopi ini juga merupakan produk untuk lelaki dan perempuan . Khai sendiri gunakan produk  B'Ramping Kopi ini dalam penggunaan harian. Khai akan minum kopi ini 30 minit sebelum work out. Pendek citer Khai gantikan fat burner dengan kopi ini . 

Mengenai kandungannya pula , jangan risau sebab ini adalah produk kelulusan KKM dan merupakan produk kurus yang selamat. Yang paling penting tiada kesan sampingan. Sebab itu Khai berani minum  B'Ramping Kopi. Minum macam kopi biasa je,  yang membezakannya  B'Ramping Kopi ini ada khasiatnya sendiri kehkehkeh..



Untuk pengetahuan korang, selain kuruskan badan , antara khasiat lain dalam  B'Ramping Kopi ini adalah melancarkan pergerakan usus  dan merupakan produk untuk buang angin dalam badan ! Ini kerana kopi ini mengandungi ekstrak tumbuhan semula jadi dan ianya merupakan produk halal dan selamat .

Jadi buat korang yang tercari - cari produk untuk perut buncit ,  B'Ramping Kopi adalah jawapannya. Setelah minum kopi ini , lemak bukan sahaja akan berkurangan malah badan korang akan rasa lebih ringan dan bertenaga . Sekali pandang dah macam 3 in 1 kopi ini bukan ? Banyak betul khasiat dia. Yer la siapa yang tak nak badan kurus ye dak ? 



Jangan risau yer kawan - kawan semua kerana  B'Ramping Kopi ini sesuai untuk semua  lapisan umur tapi kanak - kanak tidak digalakkan la sebab ada ke kanak - kanak yang digalakkan minum kopi ? errr... Mengenai cara pengambillannya pula, adalah digalakkan untuk ambil 30 minit sebelum makan . 1 hari 1 sachet kalau nak rasa lebih , jadikannya dua kali pengambilan dalam sehari. Jadi tunggu apa lagi ? dapatkan sekarang  B'Ramping Kopi produk  kurus yang murah dan selamat pada butiran berikut !

Details mengenai Klient Shop:

N AND N MINI SHOP ( STOKIST MELAKA AND JOHOR)

* COD @ SELECTED AREA FOR MELAKA AND JOHOR BAHRU
* FREE GIFTS GIVEN
* WHATSAPP: 0137157572
* BLOGSHOP : www.nadiasecreto.com
* HOTLINE 0197727572
* INSTAGRAM OWNER:@naddyshaira

p /s : pakai pula dengan belvya, fuhhhh mantop hasilnya kehkehkeh 


B'Ramping Kopi Untuk Kurus Dengan Senang

by on 14.2.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! B'Ramping Kopi Untuk Kurus Dengan Senang ? Mesti korang tertanya - tanya betul ke ...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 

Syarat Untuk Menjadi Pramugara Dan Pramugari ? Nak tahu caranya baca sampai habis ya. Sempena pengambilan Pramugara dan Pramugari AirAsia yang akan diadakan tak lama lagi Khai nak kongsi dengan korang tips dan info untuk menjadi sebahagian dari  AirAsia All Star 



Info di bawah ini adalah hasil dari temu bual Khai bersama - sama Mr Elson,  Flight Attandent  Trainer AirAsia juga merangkap sebagai Pramugara yang telah berkhidmat selama 17 tahun dalam bidang kerjaya di awan biru ini .

Syarat Untuk Menjadi Pramugara Dan Pramugari
  • 19 tahun dan ke atas
  • SPM :  Kredit dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris  dan Matematik
  • Ketinggian minimum : lelaki -  170cm , perempuan - 160cm 
  • Mempunyai kulit yang baik ( tidak berparut ) 
  • Berupaya untuk berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik
  • Berperwatakan menarik ( good smile etc ) 
Sesi Temuduga 

Mempunyai 5 peringkat

1. Pemeriksaan Ketinggian dan Berat 
  • Sertakan dokumen seperti salinan Sijil Kelahiran , Kad pengenalan , Sijil Peperiksaan SPM dan tertinggi , lain - lain dokumen berkaitan
2. Catwalk dan Pemeriksaan fizikal
  • Pemeriksaan fizikal disini hanya melibatkan kawasan yang mudah dilihat 
3. English Test
  • Individu yang berkebolehan dalam membuat pembentangan yang baik adalah satu kelebihan 
4.  Temuduga bersama Panel
  • Isu semasa termasuk mengenai peringkat temuduga yang telah dilalui oleh calon
5. Pemeriksaan Perubatan
  • Pemeriksaan dan persediaan akan dibuat oleh pihak AirAsia 
Carrier Path 
  • Flight Attendant 
  • Senior Flight Attendant
  • Executive Flight Attendant 
  • Flight Attendant Management / Flight Attendant Trainer 
Info Tambahan 

Training 
  • Latihan selama 2 bulan setengah* di Akademi AirAsia 
  • Latihan bermula dari 9 pagi sehingga 6 petang
  • Kelas dan latihan kadang - kadang termasuk hari minggu dan cuti am 
  • Asrama hanya disediakan buat mereka dari luar negara sahaja 
  • Elaun disediakan ( rujuk laman web AirAsia ) 
Working 
  • Sanggup terima pertukaran tempat bekerja ( accept transfer ) 
  • Antara Elaun yang disediakan seater allowance , hourly / meal  allowance, night stop allowance ( hanya untuk mereka yang bekerja di  penerbangan AirAsia X ) , sales commission 
  • Anggaran kasar gaji = 4500 - 5500 



Jadi itulah antara info yang dapat Khai kongsi untuk kali ini . Insyallah jika ada masa Khai akan berkongsi syarat sebagai seorang juruterbang AirAsia pula. Kalau ada apa - apa soalan yang berkaitan boleh je komen dibawah . Nantikan entry seterusnya mengenai Pengalaman Khai menjadi Cabin Crew AirAsia ! 

p/ s : fly more , earn more :) 

Syarat Untuk Menjadi Pramugara Dan Pramugari

by on 14.2.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !  Syarat Untuk Menjadi Pramugara Dan Pramugari ? Nak tahu caranya baca sampai habis ya. Sem...