Total Pageviews

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Segmen Jom Makan kali ini Khai bawakan kepada korang kafe Sam's Deli bertempat di Mydin Mall , Seremban Negeri Sembilan yang baru saja dibuka baru - baru ini. 




Dekat Sam's Deli ni, korang cakap je nak makan apa semua ada dekat sini . Baik dari tradisional ke western, dari minuman berjus sehinggalah ke pelbagai jenis kopi dan dari pelbagai kuih tradisional sampailah ke pelbagai jenis kek termasuklah kek blue velvet




Eh Blue Velvet ? Ada sesiapa yang pernah dengar kek blue velvet ? Selalu dengar orang sebut red velvet bagai hari ini khai bawakan korang ke kafe yang menyediakan kek blue velvet yang sedap di Seremban ni. 





Haa bukan main jauh lagi kami datang dari Kuala Lumpur ke Seremban ni semata - mata untuk ke Sam's Deli yang dikatakan sebagai Syurga bagi pencinta makanan. 



Nampak macam eksklusif je kafe ni, mesti harga mahal kan ? Oh itu tidak sama sekali, sebab apa yang khai boleh cakap dekat korang. Cuba bawa satu jenis kopi di kedai kopi yang terkenal dan bandingkan dengan kopi di Sam's Deli. Rasa hampir sama dan ternyata harga di Sam's Deli jauh lebih murah


Affogato yang sedap gilos!


Kena pulak kunjungan kami ke sini dihidangkan oleh resipi Affogato yang mereka buat khas untuk kami sahaja ! Best habaq ang . Sampai sekarang masih terbayang kesedapan dia . 



macam kenal je mamat ni, rakus betul minum 

Hampir kesemua makanan disitu kami cuba sampaikan sempat bungkus untuk dibawa balik . Untuk pengetahuan korang , kafe ini adalah hasil usahasama seorang Chef Selebriti iaitu Chef Zam. Jadi kalau korang nak makan pelbagai jenis makanan , Sam's Deli adalah tempatnya. Jadi tunggu apa lagi jom ke Sam's Deli ! 

lokasi Sam's Deli 



kalau pilihan Khai di Sam's Deli adalah Ayam Panggang BBQ yang marvellous , jom terjah dorang ni. apa pilihan dorang pulak kan  ? 

Blog Kite Punye - http://kitepunye.com/
Blog Nazlan Nasir - http://www.nazlannasir.com/

p/ s : Mac : Bulan Naikkan Berat Badan, Marilah gemuk secara berjemaah 

Sam's Deli Syurga Pencinta Makanan

by on 11.3.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Segmen Jom Makan kali ini Khai bawakan kepada korang kafe Sam's Deli bertempat di M...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Ayuh Ke Karnival Syria Needs You #SyriaNeedsYou yang akan diadakan pada 15 Mac ini di Stadium Malawati , Shah Alam. Atas dasar tanggungjawab kemanusiaan, Malaysia Life Line for Syria(MLLFS)  dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia dan juga ABIM telah berusaha menganjurkan karnival seumpama ini untuk menyampaikan mesej dan mengumpulkan dana misi kemanusiaan MLLFS ke Syria.



Khai telah dijemput sendiri oleh pihak MLLFS ke majlis ramah mesra dan pelancaran Karnival Syria Needs You untuk sama - sama membantu mereka menyebarkan mesej keamanan ini . Untuk pengetahuan korang , tarikh 15 Mac ini dipilih sebagai lambang solidariti dimana pada 15 Mac 2011 telah menyaksikan konflik di Syria bermula. Sehingga kini , lebih dari 150, 000 nyawa mereka yang tidak berdosa telah diragut dan 11,000 daripadanya adalah kanak - kanak . 



Jadi di kesempatan ini, Khai nak ajak korang terutama yang berada di lembah kelang untuk turut bersama - sama menyokong dan hadir sendiri ke Karnival ini dimana pelbagai aktiviti dan slot menarik menanti buat para pengunjung antaranya
  • flashmob 
  • tayangan video 
  • pameran agensi kerajaan 
  • pameran kereta mini 
  • persembahan nasyid dari Kumpulan Rabbani dan Hafiz Hamidun
  • Slot Ahmad Ammar ( perkongsian pengalaman oleh Ibu Bapa Allahyarham Ahmad Ammar )
  • Hi - Tea Bersama Farah Asyikin dan Diana Amir 


sebenarnya banyak lagi aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut. Karnival yang akan bermula dari 7.30 pagi sehingga 11 malam ini mengharapkan pengisiannya dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang keadaan saudara kita disana. 



Jadi jangan lupa untuk hadir ramai - ramai ke Stadium Malawati 15 Mac ini untuk sama - sama kita sampaikan mesej keamanan kepada dunia. 

Untuk tempahan hi -tea

*setiap wang dihulurkan akan dimasukkan ke dalam tabung bantuan kemanusiaan Syria


 dan maklumat lanjut boleh ke page 

Malaysia Life Line for Syria(MLLFS)

p /s : Syukurlah negara kita bebas dari peperangan 

Ayuh Ke Karnival Syria Needs You

by on 10.3.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !  Ayuh Ke Karnival Syria Needs You #SyriaNeedsYou yang akan diadakan pada 15 Mac ini d...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Baru - baru ini pada 3 Mac 2014 , restoran makanan segera , Burger King diserang Ninja Hitam . Ini kerana restoran makanan segera yang terkenal ini dipercayai telah memperkenalkan produk terbaru mereka kepada pelanggan sehingga menjadi amukan para ninja .



Hello semua , jangan terkejut yer kerana ini merupakan gimik untuk produk terbaru dari Burger King, memperkenalkan Burger Ninja



Menariknya mengenai Burger Ninja ini adalah kerana rotinya  setebal 4 inci yang berwarna kehitaman, kelazatan sos teriyaki yang istimewa serta hirisan bawang - bawang yang telah digrill menjadikan Burger Ninja sangat unik . Ditambah pula dengan pilihan ayam atau daging yang sangat mengancam. Fuhhh ! memang terangkat habis bila makan. 



Selain Ninja Burger, Burger King juga memperkenalkan Burger King Ninja Jumbo Frank. Dimana sosej ayam bersaiz jumbo disajikan bersama kelazatan sos teriyaki , bawang yang telah digrill rangup dimakan bersama roti yang sangat lembut.



 Dengan pilihan itu tadi menjadikan kesemuanya adalah 4 jenis set Burger NINJA yang telah diperkenalkan iaitu Burger King Ninja Chicken , Burger King Ninja Beef, Burger King Ninja Hotdog dan Burger King Ninja Deluxe Whopper








Dah terliur semua ?Cepat dapatkan dekat Burger King sekarang . Harga bermula pada RM 5.95 dan Burger Ninja ini hanya ada untuk masa yang terhad sahaja tau. Jadi tunggu apa lagi, jom cari Burger King berdekatan dan rasai sendiri kehebatan Burger Ninja ini 

p /s : Daging dia sangat juicy ! best gilos 

Burger King Diserang Ninja Hitam

by on 8.3.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Baru - baru ini pada 3 Mac 2014 , restoran makanan segera , Burger King diserang Ninja...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Sambutan Ulangtahun Kedua Kidzania Kuala Lumpur baru - baru ini berlangsung dengan sangat meriah . Pemenang " Award - winning indoor family edutainment centre " ini telah menyambut ulangtahun  mereka bersama - sama dengan rakan industri , kanak - kanak dan ibubapa yang turut hadir memeriahkan majlis. 



Bertemakan " All Good Things come in 2s " rata - rata acara semuanya adalah berkaitan angka 2. Mana taknya , 200 pengunjung yang pertama telah diberi pas masuk secara percuma juga pada jam 2 petang sebanyak 200 pek bungkusan parti yang mengandungi pelbagai hadiah turut diberi kepada kanak - kanak yang hadir .



Kidzania Kuala Lumpur turut menjemput kanak - kanak dari Pusat Jagaan Kanak - Kanak Sayang dan Rumah Kasih Sayang sebagai tetamu istimewa mereka . 



Turut hadir merasmikan ulangtahun ini adalah Governor of Kidzania Malaysia , Yang Mulia Tunku Dato' Ahmad Burhanuddin merangkap Managing Director ,Chief Executive Officer of Themed Attraction and Resorts Sdn Bhd, Mr Andres Fabre selaku Chief Operating Officer of KidZania Central Government bersama - sama mereka adalah Encik Mohd Daud Mohd Arif , Secretary of Industry Development Division, Ministry of Tourism and Culture Malaysia ( MOTAC )  dan Tuan Haji Zainuddin Abas , Directo of Co-Curriculum and Arts Division, Ministry of Education . 

Buat korang yang tak tahu, mesti tertanya - tanya KidZania apa ? Untuk pengetahuan, KidZania ini merupakan Taman Tema mengenai dunia pekerjaan khas untuk kanak - kanak sebagai dedahan dan inspirasi mereka untuk memilih kerjaya pada masa akan datang. Pada tahun 2014 ini, pihak KidZania menjanjikan pelbagai aktiviti yang menarik khas untuk para pengunjung. Antaranya seperti KidZania CongreZZ dan Kids for a Greener World . 



KidZania CongreZZ ini merupakan platform untuk kanak - kanak berkongsi pendapat dan pandangan mereka mengenai KidZanian Community.  Kids for a Greener World pula adalah acara tahunan yang memberi inspirasi dan kesedaran kepada kanak - kanak dan ibubapa mengenai persekitaran .

Pendek cerita dengan segala aktiviti dalam KidZania dan program yang dirangka menjanjikan setiap keseronokan untuk para pengunjung ! Jadi tunggu apa lagi moh ke KidZania Kuala Lumpur 

Waktu Operasi KidZania Kuala Lumpur 
Masa : 10 pagi - 5 petang 
Ahad - Jumaat 

Hari Sabtu dan Cuti Umum
Sesi Pertama : 10 pagi - 3 petang
Sesi Kedua : 4 petang - 9 malam 

Harga Tiket 
Kanak - kanak : RM 75 
Dewasa : RM 50

Harga Tiket bagi Pemegang MyKad
Kanak - kanak : RM 60
Dewasa : RM 35

untuk maklumat lanjut boleh layari laman web KidZania Kuala Lumpur 


atau hubungi KidZania Careline di

1300 88 KIDZ ( 5439 )


p /s : time kecik - kecik dulu tak ada pun benda macam ni *jeles*



Sambutan Ulangtahun Kedua Kidzania Kuala Lumpur

by on 7.3.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !  Sambutan Ulangtahun Kedua Kidzania Kuala Lumpur baru - baru ini berlangsung dengan sa...
Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Tempat Percutian Menarik Untuk Keluarga ? Mesti korang tertanya - tanya tempat yang mana sesuai untuk bawa keluarga melancong bukan ? tambah - tambah lagi apabila musim cuti sekolah hampir tiba . Yang mana ada anak - anak masih bersekolah mesti dah risau takut anak - anak tanya nak bercuti ke mana untuk cuti sekolah ini. 

Sebenarnya Khai tertarik dengan artikel - artikel di dalam Virtual Malaysia dimana portal ini merupakan gedung informasi digital atau pusat informasi yang berkaitan dengan pelancongan di dalam negara . Jadi Khai nak ambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan korang tempat percutian menarik hasil dari percutian dan review Khai selama ini untuk slot Jom Makan Angin 

Desa Waterpark 



Kalau bab main air, cakaplah siapa yang tak suka . Jadi kalau korang plan untuk bercuti ke taman tema air , Khai cadangkan Desa Waterpark . Diakui memang negara kita semakin banyak Taman Tema yang telah dibangunkan dan jauh lebih terkenal. 

Tapi tahukah korang , Desa Waterpark antara Taman Tema yang terawal di Malaysia dan mempunyai tarikan sendiri, iaitu Thunder Bolt. Untuk pengetahuan , Thunder Bolt adalah Permainan Pertama yang menggunakan Kuasa Pancutan Graviti Air dan  Yang Terpanjang di Asia! Nak tahu apa lagi keunikan Desa Waterpark, Baca disini. 


Escape Pulau Pinang



Sukakan aktiviti yang lasak dan ekstrem ? Memperkenalkan Escape , tarikan terbaru di Pulau Pinang yang khusus untuk korang yang gemarkan aktiviti lasak. Lasak ? Tak sesuai dengan kanak - kanak ? Jangan risau kerana di Escape, mereka memang menyasarkan golongan kanak - kanak dan remaja untuk mencuba ke semua aktiviti di sini. 

Jadi kesemua kemudahan dan keselamatan disini telah direka khas untuk golongan ini. Ramai yang tidak tahu mengenai Escape ini yang terletak di Teluk Bahang Penang . Bila dah datang disini, wajib mencuba Atan's Leap ! 


Resorts World Genting (RWG)


Taman Tema Resorts World Genting antara pilihan lain dari Blog Budak Pacak untuk korang yang ingin luangkan masa bersama keluarga. Tapi bukan ke Taman Tema Resorts World Genting dah tutup ? Jangan keliru yer kawan - kawan semua. Yang ditutup untuk sementara waktu adalah untuk permainan Outdoor sahaja. Permainan Indoor masih dibuka seperti biasa.

 Untuk pengetahuan korang sepanjang penutupan permainan Outdoor , pihak RWG telah menganjurkan beberapa program khas untuk para pengunjung berdasarkan tempoh tertentu. Sebagai contoh baru - baru ini telah diadakan Fantastica , Pameran Transformers dan banyak lagi. Nak tahu apa program RWG yang menanti korang , kenalah rajin melawat laman web mereka. 


Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang Khai nak share kepada korang semua . Kalau cakap tempat untuk bercuti memang sampai esok pun tak akan habis. Jadi dikesempatan ini apa kata korang layari laman web Virtual Malaysia sebab disana banyak informasi mengenai pelancongan dan tempat bercuti untuk korang rancang sempena cuti sekolah ini .

 Oh yer jangan lupa bila pergi bercuti dan nak post ke social media korang , gunakan #virtualmalaysia . mana la tau, mungkin boleh berkongsi dengan kawan - kawan lain mengenai pengalaman korang melancong. 





p /s : teringin nak review pelancongan dalam dasar air 

Tempat Percutian Menarik Untuk Keluarga

by on 4.3.14
A ssalamualaikum dan salam sejahtera ! Tempat Percutian Menarik Untuk Keluarga ? Mesti korang tertanya - tanya tempat yang mana ses...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !


Siapa pernah naik Star Cruise ? Bagi Khai , pengalaman berada di atas pelayaran Libra Star Cruise baru - baru ini adalah yang pertama dan tak akan dilupakan . 


ihsan google 


Sahabat media 
kredit gambar : Potia 


Walapun hanya belayar selama 2 Hari 1 Malam tapi tetap berasa beruntung . Mana tak nya  Khai dan beberapa orang lagi Sahabat Media sebenarnya telah dijemput khas  bagi menyaksikan Anugerah Ejen Pelancongan yang telah diadakan atas kapal mewah ini , sekali gus menikmati sendiri pelayaran ini . 


all access untuk ke semua tempat dalam kapal ni. tak ada benda ni goodbye la jawabnya

Jadi dikesempatan entry ini, Khai nak ceritalah sedikit pengalaman di atas kapal mewah 10 tingkat ini sebagai  'sneak peak' untuk pelayaran bersama Pak Nil april nanti. Untuk pelayaran singkat ini, Libra Star Cruise ini memulakan pelayaran dari Pulau Pinang ke sempadan Malaysia (International point ) dan berpatah balik ke Pulau Pinang. 




Sepanjang kami berada di atas kapal ini pelbagai aktiviti telah disediakan. Selain menyaksikan sendiri anugerah ejen pelancongan , antara aktiviti lain yang kami hadiri adalah 'Welcome Cocktail' , makan malam yang bertemakan ' Hawaiian' , 'Magic Show' , Acrobatic dan macam - macam lagi. 

kredit gambar : Potia 










Makanan 

Sebenarnya acara lebih kepada makan , makan dan makan ! Oh yer buat korang yang tak tahu , makanan di atas Libra Star Cruise ini adalah halal dan diiktiraf oleh JAKIM. jadi jangan risau yer tentang makanan di sini. 




Makanan disini pula setanding dengan nama kapalnya, malam itu kami dihidangkan banyak makanan yang sedap -sedap belaka dan yang menariknya bertemakan Hawaiian . Jadi pada malam tersebut memang banyaklah buah - buahan segar dihidangkan .Sambil menikmati makan malam di atas ruangan atas kapal dan ditemani bayu laut memang terasa seperti di Hawai ! 

Kejutan Sambutan Hari Lahir 

Oh yer , secara kebetulannya Khai sertai pelayaran ini pada Hari Lahir yang ke 22. Khai anggap jemputan belayar bersama Libra Star Cruise  ini sebagai hadiah Hari Lahir. Jadi malam tersebut, kebetulan pula pergi ambil angin laut dekat atas deck , bila dah penat dan nak tidur, masuk je bilik tengok - tengok ada kek dalam bilik . Pada mulanya terfikir , birthday siapa pulak ni ? Maklumlah bila dah penat , lupa segala benda. 



Dekat kek itu disertakan sekali kad ucapan dari Manager Hotel.  Memang terkejut giler ! Terima kasih Libra Star Cruise atas kejutan yang tak disangka. Memang tahun ni, agak bertuah , sambutan atas kapal mewah dan hari lahir yang ke 22 , pada 22 / 2. Kena pulak dalam surat beranak tercatat lahir pada 2 pagi. Everything is TWO !  

Kemudahan di atas Libra Star Cruise 

Di dalam kapal mewah ini terdapat banyak kemudahan disediakan. Ibarat hotel di tengah lautan, setiap kemudahan menjaminkan kepuasan bagi setiap penumpang.  

Bilik yang kami dapat , Oceanview Stateroom with porthole . Bilik bukan main besar, duduk berdua je.Sangat flexible sebab katil dia boleh bukak atas, dan di bawah boleh jadi tempat duduk

pemandangan dari bilik 

Menyediakan 677 kabin , kapal  Libra Star Cruise ini boleh memuatkan 1,345 penumpang dan pengunjung dalam satu masa. Terdapat 7 jenis bilik yang korang boleh pilih bermula dari Inside stateroom sehinggalah ke Executive Suite . Selain itu , antara kemudahan lain di atas  Libra Star Cruise  ini adalah 
  • Restoran Halal ( Spices Restaurant and Blue Lagoon ) 
  • Ruangan Khas kanak - kanak bermain (  Children playroom ) 
  • Medical Centre 
  • Salon 
  • Gym 
  • Sauna and Massage 
  • Golf driving range 
  • Sun deck ( observation deck and sun- bathing ) 
  • swimming pool 
  • twin hot tubs ( jacuzzi ) 
  • sports deck ( basketball court , jogging track , shuffleboard 





sebenarnya Kalau Khai nak cakap satu demi satu kemudahan disini memang tak habis . Rasanya Khai sendiri tak sempat jelajah satu kapal ini sebab terlalu besar ! Jadi apa kata korang ambil peluang sertai Pelayaran Bersama Pak Nil april nanti jelajah dan alami sendiri pengalaman belayar merentasi lautan biru ini ! Best habaq ang ! Jom Belayar Bersama Pak Nil !

Nak tahu cara belayar bersama Pak Nil ? Baca DISINI 

P / s : ada rezeki , belayar lagi 




Pengalaman Di Atas Pelayaran Libra Star Cruise

by on 1.3.14
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ! Siapa pernah naik Star Cruise ? Bagi Khai , pengalaman berada di atas pelayaran Libra Star C...