Total Pageviews

salam kepada semua geng-geng kipas susah mati sekalian.rasa macam setahun tak buat entry baru padahal baru dua hari. maaflah sibuk sedikit dengan majlis perkahwinan sepupu. dalam pada itu terlintas nak tulis entry pasal wedding. sekarang ini sibuk pula orang nak status wedding of the year,bagi aku cukuplah sekadar menyambut dan mengadakan kenduri kecil-kecilan. tapi bagi dorang yang duit banyak tu boleh teruskan niat korang...sekarang kita check-list senarai majlis perkhwinan yang pernah mendapat jolokan Wedding of the Year Malaysia::

::Mawi& Ekin::

Perkahwinan dua artis ini pernah mendapat jolokan wedding of the year pada tahun 2008
.Mana tidaknya perkahwinan raja Sms.tapi perkahwinan ini tidak ada undian sms,jangan silap pula.perkahwinan mereka pada ketika itu mendapat liputan meluas media. keseluruhan majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM 5 juta!!

::Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza::


penyanyi kesayangan ramai ini berkahwin dengan ahli perniagaan  pada 28/8/2006 dengan tema perkahwinan dalam taman. majlis perkahwinan ini turut mendapat tumpuan media dalam dan luar negara.jumlah keseluruhan majlis ini dirahsiakan tapi dianggarkan melebihi RM 500,000.
untuk ke majlis ini pun bukan calang-calang orang yang boleh pergi kerana difahamkan untuk meletak kenderaan dikawasan perkahwinan Datuk Siti 'owner' kenderaan tersebut mestilah mempunyai pelekat VIP. walaubagaimanapun majlis perkahwinan Datuk Siti ini memang superb dan mencetuskan idea kepada masyarat untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan tema dalam taman.


 ::Serina Redzuawan & Gavin::


Majlis perkahwinan anak kepada Chef Wan ini diadakan secara besar-besaran sehingga memakan masa selama tiga hari tiga malam. Ia melibatkan enam acara berbeza yang dimulakan dengan acara merisik yang diadakan di Royale Chulan Hotel pada 31 Disember 2009. Sebelum bernikah pasangan ini diraikan dalam acara berinai kecil di J.W Marriott, Kuala Lumpur. Acara acara akad nikah pula diadakan pada 1 Jan 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan dan ini diikuti dengan beberapa acara lain sehinggalah ke majlis resepsi yang dihadiri oleh tetamu-tetamu VIP di Royale Chulan Hotel.
Pada malam kemuncak persandingan pasangan ini, Serina tampil menggayakan aksesori barangan kemas daripada Habib Jewels bernilai RM2.5 juta.

::Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Harlina:: 

 majlis perkahwinan gilang-gemilang ini patut dikreditkan kepada mereka berdua kerana populariti mereka mengatasi para artis. pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 10/10/10 dengan bertemakan pahlawan melayu di istana kayangan.


majlis ini dihadiri lebih dari 1000 kenamaan terdiri daripada kerabat diraja.menteri-menteri serta 80 orang angkasawan yang dijemput khas dari seluruh negara .ditambah pula majlis ini turut dikatakan sebagai wedding of the century

::Jimmy Shanley & Suhaila::


pasangan ini baru saja mendirikan rumahtangga namun desas desus mengatakan retak menanti belah namun bukan itu yang dipersoalkan. difahamkan kos majlis ini melebihi RM 500.000 melibatkan empat majlis resepsi,
Jimmy adalah artis kedua yang bersanding di KLCC selepas Datuk Siti Nurhaliza.Jimmy telah membawa mas kahwin dan duit hantaran sebanyak RM31,186, bersamaan tarikh lahir Suhaila iaitu pada 31 Januari 1986.

::Datuk Sani& Fatimah Dalilah::

Majlis pernikahan dan persandingan pemilik syarikat bas Sani Express, Datuk Wan Mohamad Sani Salleh, 34, dengan Fatimah Dalilah Omar, 30, juga tidak kurang hebatnya.Memilih tarikh yang sama dengan angkasawan negara, pasangan ini telah melangsungkan pernikahan di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
Kehadiran mereka di masjid ini diiringi oleh konvoi lebih 10 kereta mewah termasuk Ferrari dan Lamborghini.Pihak pengantin lelaki menyediakan 13 dulang hantaran termasuk cek bernilai RM100,000 dan sebuah Mercedes Benz CLK manakala pihak perempuan membalas dengan 15 dulang.Majlis persandingan pasangan ini diadakan pada sebelah malam di Cindai Ballroom, Ri-Yaz Heritage / Marina Resort and Spa membabitkan hampir 1,000 orang jemputan.

::Nur Nadiah SM Nasimuddin & Hamzah Alang::




 perkahwinan anak gadis pemilik Naza Holdings ini boleh dikatakan cukup sempurna. malah segalanya mengikut tema  citarasa mewah.
pasal perbelanjaan memang tidak dinafikan memang tinggi.semuanya diatur dengan rapi dan tetamu terdiri daripada golongan terdekat dan VIP sahaja.

::SM Nasaruddin & Marion Counter::

Perkahwinan pengacara E-News Asia, Marion Rose Caunter bersama usahawan SM Nasarudin SM Nasimuddin sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat hiburan tanahair. Bagaimanapun, pasangan yang selamat bernikah pada 16 Disember lalu ini tidak membenarkan pihak media membuat liputan tentang majlis perkahwinan mereka.


Semua acara diadakan secara tertutup dengan dihadiri oleh tetamu jemputan sahaja, majlis resepsi yang diadakan di Ballroom utama Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada 17 Disember lalu diadakan dalam suasana yang cukup mewah.Bukan itu sahaja, pasangan ini turut mengadakan satu majlis resepsi di kepulauan Maldives di mana hanya tetamu tertentu diterbangkan ke sana.
 sekarang kita check list antara perkahwinan sensasi 2010 memandangkan 2010 bakal melabuhkan tirainya::
 
  1. Bintang Raja Lawak 2, Along Cham atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 27, dengan bintang Akademi Fantasia 4, Zila Seeron, 21.
  2. Anak produser filem Raja Azmi, Puteri Suraya Mohd Jalani, 24, dengan pengarah filem Mohd Shadan Hashim, 34.
  3.  Pelawak, pelukis terkenal, Abdul Rahim Muda, 50 atau Imuda dengan Zabarina Haja Mushadi Ali, 28.
  4. Pelakon, penyanyi, Datin Paduka Umie Aida, 37, dengan usahawan, Datuk Paduka Khairudin Abu Hassan, 47
  5. Aktor Zizan Nin dengan penyampai TV9, Fazilah Hani Harun
  6.  Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, 45, dengan Faizal Sazali Zulkifli, 44
  7.  Pengarah filem Aziz M Osman, 48, dengan pelakon, Puteri Lily Lokman, 21
  8.  Pelakon, WafaTan Sri Abdul Kadir, 44, dengan jurutera Tajul Faizal Tamimuddin, 44
  9.  Bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 35 dengan Mohd Yassin Ben @ Abd Rahim, 23.
  10.  Aktres Aida Aris dengan Ketua Pramugara Husfarid Shaikh Ali@Shaikh Hussain
  11. Pengacara Jimmy Shanley dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy
  12.  Pensyarah dan penyanyi Dia Fadila dengan Redza Tan Sri Hj Abdullah Sanusi
  13. Penyanyi Bienda atau Norrazlinda Razli, 25, dengan Kamarul Zariman Abd Rahman atau Boy
  14.  Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muzzafar Shah Shukor dengan Dr Harlina Mohd Yunos
  15.  Pelakon, penyanyi, Aqasha atau Firdee Aqasha Rosli dengan kakitangan Astro, Baizura Sabri
  16.  Penyanyi, Siti Saerah dan Saiful Anuar
  17.  Pelakon, Raja Farah Raja Aziz , 22, dengan ahli perniagaan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25.
  18.  Penyanyi, Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 23, & Khairul Anuar Hussin, 35.
  19.  Pelawak, pelakon, Zaibo atau Zainal Ariffin Abd Hamid, 54, dengan Siti Hawa Shawal, 45
  20.  Pengaraca E! News Asia, Marion Rose Caunter dengan usahawan SM Nasaruddin
 
 #pesanan penaja: sedang menunggu tarikh yang sesuai.

::WEDDING OF THE YEAR::

by on 27.12.10
salam kepada semua geng-geng kipas susah mati sekalian.rasa macam setahun tak buat entry baru padahal baru dua hari. maaflah sibuk sedikit d...

yeah aku tak tidur lagi...sempat buat entry terakhir before get my pillow. senang saja segmen kali ini.ikut arahan ini ye::
  1. letak header ben ashaari blog !
  2. tajuk : 200 blog ! dan linkkan ke entri segmen 200 blog!
  3. senang bukan?? then...tinggalkan url di ruang entri abg ben ashaari ok! 
  4. mula dari sekarang hingga tengahari esok tapi ingat 200 link atau blog saja...
so apa lagi???terjah sifu punya blog!!!

#pesanan penaja:: hari-hari kena insomnia.....

:: 200 BLOG !::

by on 24.12.10
yeah aku tak tidur lagi...sempat buat entry terakhir before get my pillow. senang saja segmen kali ini.ikut arahan ini ye:: letak header b...
Aku saja tulis entry ini dedicated untuk geng junior aku yang dapat result hebat-hebat itu sebab hari ini hari bersejarah bagi kanak-kanak(kanak-kanak????) yang lahir pada tahun 1995. Hari ini dorang amik result PMR. teringat zaman muda-muda dulu. tapi entah kenapa aku pula yang rasa berdebar padahal dorang yang nak amik result.aku sempat tanya pada junior-junior sekolah aku yang aku kenal. Alhamdulillah bumi pokok sena berwarna kembali dengan kejayaan adik-adik aku dengan dapat result gempak punya.Aku rasa kali ini dorang berjaya pecah rekod abang dan kakak dorang sebab result kali ini memang happening gila termasuk la beberapa adik-adik aku ini, cik timah,cik cahaya fila,cik hafiz dan cik farhimi.





cik timah ini aku kenal time dia form 1 lagi dan kakak dia pun memang aku kenal(bukan berkenan) yang aku tabik kat dia ini sebab dia ini banyak main tapi akademik gempak giler siot.otak dia pun kalau korang kenal memang gila-gila.janji dia maintain....so lepas ini korang bolehla jenguk blog dia dan wish dekat dia.lagi satu cik cahaya fila ini..dari dulu aku tengok geng-geng dia semua senyap ja tapi result  dorang memang cool. cayalah korang..


 ::CIK CAHAYA FILA DAN CIK TIMAH::

yang ini memang aku tak expect adik aku seorang ini boleh dapat 8A. memang aku berbangga gila dengan dia even parents duduk berjauhan tapi still berdikari dan buat mak bapak bangga..huhu tapi yang syoknya duit aku lepas ini pun kering sebab aku dah janji dengan dia kalau dia boleh beat markah aku,aku belikan dia mp4 atau mp5,memang tak jangka keputusan dia dapat cemerlang macam itu.
::HAFIZ,FARHIMI, dan ????::

 so dah habis cerita pasal diorang sekarang ada senarai sekolah dan aliran terbaik untuk geng-geng kipas susah mati yang menduduki pmr tahun ini membuat pilihan.

sekolah harian terbaik::

  •  SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi
  • SMK Mak Lagam, Kemaman,Terengganu
  • SMK Sultan Badlishah,Kulim,Kedah
  • SMK Sultanah Asma,Alor Star,Kedah
  • SMK Aminuddin Baki.Kuala Lumpur
sekolah Agama Terbaik::
  • SM Imtiaz,Besut
  • SM Imtiaz,Kuala Berang
  • SMA Bestari, Subang Jaya
  • SMA Persekutuan Kajang
  • SMA Persekutuan Labu
sekolah teknik terbaik:
  • SMT Alor Star(ASTECH)
  • Sekolah Menengah Vokasional Seri Manjung (VOKASMA)
  • Sekolah Menengah Teknik Gombak (SEMTEG)
    sekolah berasrama penuh terbaik::
    • Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
    • Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru
    • Sekolah Dato Abdul Razak
    • Kolej Tunku Kurshiah Seremban
    • SM Sains Tengku Abdullah, Raub
    MRSM terbaik
    • MRSM Serting
    • MRSM Gerik
    • MRSM Kubang Pasu
    senarai yang diberi adalah antara sekolah terbaik yang korang boleh masuk selain dari pencapaian akademik dorang maintain. selain itu korang pun boleh masuk ke sekolah berikut::
    • Sekolah Berasrama Penuh
    • MRSM
    • Sekolah Berprestasi Tinggi
    • Maktab Tentera
    • sekolah teknik dan vokasional
    dah dapat result,korang kena pilih aliran yang betul-betul korang minat dan faham untuk masa hadapan kerana memilih aliran ini penting sebagai merangka kerjaya korang pada masa hadapan.antara aliran yang korang boleh pilih:
    • aliran sains tulen
    • aliran sains sastera
    • aliran agama
    • aliran kemahiran dan vokasional
    • aliran teknikal
    • aliran vokasional
    so pilihlah yang bersesuaian dengan jiwa dan kerjaya korang dan ingat jangan sesekali pilih aliran kerana kawan korang!kelak menyesal tidak ada guna.so kepada calon-calon PMR SMK Pokok Sena dan calon PMR 2010,Tahniah diucapkan dan kepada yang tidak berjaya jangan putus asa you still have SPM waiting for you....

    #pesanan penaja: kepada calon-calon PMR jangan ingat tahun depan tahun honeymoon korang!!

    ::SEKITAR PMR::

    by on 23.12.10
    Aku saja tulis entry ini dedicated untuk geng junior aku yang dapat result hebat-hebat itu sebab hari ini hari bersejarah bagi kanak-kanak(k...
    1st bila aku ternampak entry ini dekat salah seorang geng kipas susah mati terkejut juga sebab tajuk macam ada yang hangat. so aku try lah blog sengal zone buka rupanya ada segmen untuk lelaki sahaja untuk meramaikan kenalan diantara blogger-blogger lelaki.betul lah asyik kaum Hawa yang menapak banyak bukan?? so aku dengan rasa berbesar hati sahut cabaran ini.cara masuk dia senang saja tapi aku nak tegaskan lagi ini untuk kaum Adam sahaja!!
    syarat dia macam ini::

    1. letakkan entri korang bertajuk ::SENGAL ZONE: SAYA LELAKI ITU!
    2. tak perlu letak banner ,cuma letakkan link tuan tanah sengal zone
    3. letakkan gambar korang dan ini wajib!! tak boleh sesekali tinggal...
    4. describe kan diri korang dalam 3 perkataan SAHAJA! contoh::ensem,macho,ego
    5. postkan entry link korang ke ruangan komen entry tuan tanah sengal zone
    segmen ini hanya untuk lelaki sahaja dan postkan entry korang sebelum hari JUMAAT ,12.30 TENGAHARI!! cepat jalankan tugas korang dan tuan tanah segmen ini cabar lelaki-lelaki diluar sana join segmen ini....

    ::SMART::COOL::CHARISMATIC::
    ok siap!!!
    #pesanan penaja: think positive untuk segmen ini, budak-budak sekarang fikir dekat  lain saja...

    ::SENGAL ZONE: SAYA LELAKI ITU ! ::

    by on 23.12.10
    1st bila aku ternampak entry ini dekat salah seorang geng kipas susah mati terkejut juga sebab tajuk macam ada yang hangat. so aku try lah b...
    tergerak aku nak exposed pasal benda ini bila aku baca artikel saudari amani,so aku nak dedahkan rahsia yeos.....

    tentang minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yang tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia. Pernahkah geng kipas susah mati sekalian dengar tentang keluaran produk minuman YHS yang terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dengan kacang hijau? Jika korang di Singapura, harap-harap baca dulu ya, bahan-bahan yang terkandung dalam minuman ini.
    Kita sering membeli apa jua barang jua tanpa peduli apa kandungannya. Apa kah kandungan dalam GREEN BEAN SOY DRINK?
    Rupa-rupanya E47 datangnya dari khnzir. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yang murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dengan pengguna2 Islam yang sememangnya ramai telah terbiasa dengan minuman yang mereka bekalkan atas jenama YHS???

    baik minum susu je tapi bukan camnilah

    adakah ini agenda masyarat di luar sana untuk masyarakat UMAT ISLAM?

    APA E471??
      E471  ni lazimnya datang dari khinzir.tapi untuk mengaburkan mata sesetengah pihak mereka mengatakan E471 niu datangnya dari lemak soya yang telah dihidrat.tapi aku pernah ingat ketika guru biologi aku menceritakan tentang lemak2 haiwan dan sayuran; E471 boleh diambil dari lemak sayuran dan haiwan.haiwan tersebut lazimnya adalah khinzir. tapi jika ia tulis E471(LEMAK SOYA) itu boleh ditakrifkan sbagai halal tak pun kalau was2 kite tgok la ade lmbang halal tau tidak,kalau tak de makna haram la tu.tapi tak heran arh sebab belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!! lagi satu nak ingatkan pada makcik2 yang suka beli barang2 kuih tengok samada ada GELATINE atau tak..lazimnya bahan ni datangnya dari khinzir.
    aku sempat baca artikel shahilla yang menyebut"
    Kajian drp Dr Amjad Khan (Medical Research Institute, United States) menyatakan bukti kebanyakkan produk multinational mempunyai LELEMAK KHINZIR sebagai bahan2 dlm produk mereka.

    Dibawah ini disenaraikan kod E yg perlu dijauhkan. ianya ada...lah :

    E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.
    Sebagaimana yg kita sedia maklum KHINZIR adalah haram bagi umat Islam tidak kiralah ianaya dari daging, kulit, bulu, najis @ lemak' ..hrmm kalau korang tak percaya lagi tengok la gaambar2 tersebut ada yang terdapat lemak pada pembuka kotak...teruk bukan???
    samada betul atau tidak wallahualam.. jadi pikir2 kan sejenak..kuasa pembeli di tangan anda..

    #pesanan penaja: macam serik saja nak minum soya

    ::SOYA OH SOYA::

    by on 22.12.10
    tergerak aku nak exposed pasal benda ini bila aku baca artikel saudari amani,so aku nak dedahkan rahsia yeos..... tentang minuman ringan k...

    Peramah ke aku?? don't judge a book by its cover. kalau korang kenal dengan aku memang sakit jiwa punya. Pencarian ini CIK MAS yang tag aku untuk join pencarian ini. thanks a lot Cik Mas so aku dengan berbesar hati nak tunjuk cara dan entry pasal pencarian blogger peramah 2011:

     Ahsfantasy24.com kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan dalamlist blog blogger peramah sesi 2011 sebelum 11/01/11

    Apa yang perlu anda lakukan selepas dijemput atau ditag?
    1. Copy dan Paste entry ini beserta gambarnya ke dalam blog anda dengan menggunakan tajuk 'Pencarian Blogger Peramah 2011';
    2. Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan blogger anda yang peramah;
    3. Setelah menyiapkan entry tersebut, sila tinggalkan link entry anda di sini >http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html
    4. Tiada paksaan dalam menjadi follower ahsfantasy24.com namun berbesar hati jika ada yang sudi.
    putera tesl tag:

    #pesanan penaja: time inilah korang patut exposed blog korang pada umum

    ::PENCARIAN BLOGGER PERAMAH 2011::

    by on 22.12.10
    Peramah ke aku?? don't judge a book by its cover. kalau korang kenal dengan aku memang sakit jiwa punya. Pencarian ini CIK MAS yang ta...



    korang pernah tak dapat mesej berantai??hati aku tergerak untuk tulis entry ini sebab dah banyak mesej aku dapt hope entry ini dapat selesaikan segala kerumitan melanda....ok2 sekarang kita terus ke msej tersebut..

    Surat tersebut ditandatangani oleh seorang fa'il khair (pembuat kebaikan, dermawan) yang berisi wasiat Syekh Ahmad, juru kunci makam (kubur) Rasulullah saw., yang ditujukan kepada segenap kaum muslimin di dunia timur maupun barat. Juga berisi macam-macam nasihat.

    Pada bahagian akhir surat tersebut dikatakan, "Di Bombay terdapat seseorang yang memperbanyak surat tersebut dan membagi-bagikannya kepada tiga puluh orang, lalu Allah memberikannya rezeki sebanyak dua puluh lima ribu rupiah;ada pula yang membagi-bagikannya lalu ia mendapat rezeki dari Allah sebanyak enam ribu rupiah. Sebaliknya, ada pula orang yang mendustakan wasiat tersebut, sehingga anaknya meninggal dunia pada hari itu."

    Dalam surat tersebut dikatakan bahwa orang yang telah memperoleh dan membaca wasiat itu tetapi tidak menyebarkannya kepada orang lain, akan ditimpa musibah besar 

    JAWAPAN KEPADA SEMUA PERSOALAN TERSEBUT::
    Memang ramai orang yang bertanya tentang wasiat tersebut. Dan sebenarnya kemunculan surat wasiat ini bukan saja baru-baru ini, tetapi aku dah tengok dan terima banyak kali.Surat tersebut dinisbatkan kepada seorang lelaki yang terkenal dengan sebutan Syekh Ahmad, juru kunci makam Rasulullah saw.

    Untuk memastikan kebenaran berita yang disampaikan dalamsurat tersebut, ada pengkaji  pernah menanyakan kepada orang-orang di Madinah dan di Hijaz. Dia mencari informasi mengenai orang yang disebut Syekh Ahmad itu beserta aktivitisnya. Dari informasi yang didapat, ternyata tidak da seorang pun di Madinah yang pernah melihat dan mendengar berita mengenai Syekh Ahmad ini. Tetapi sayangnya, wasiat yang menyedihkan itu telah tersebar luas di negara-negara umat Islam.

    Wasiat tersebut dengan segala isinya tidak ada erti dan nilainya sama sekali dalam pandangan agama. Di antara isi wasiat yang diasaskan pada pendapat Syeikh Ahmad yang katanya bermimpi bertemu Nabi saw. itu ialah tentang telah dekatnya hari kiamat.

    Masalah berita kedekatan kiamat ini sebenarnya tidak perlu mengikuti pendapat Syeikh Ahmad atau Syeikh Umar, kerana AlQur'an telah mengatakan dengan jelas:

    "... boleh jadi hari kebangkitan itu sudah dekat waktunya." (Al Ahzab: 63)

    Begitu pula Nabi saw. telah bersabda:

    "Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan) seperti ini. Beliau (mengatakan demikian) sambil memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya." (Muttafaq 'alaih dari hadits Anas dan Sahl bin Sa'ad)

    Hal lain dari isi wasiat itu ialah bahawa kaum wanita sekarang sudah banyak yang keluar rumah, dan banyak yang telah menyimpang dari agama. Masalah ini pun sebenarnya tidak perlu mengambil sumber dari mimpi-mimpi, kerana kita sudah mempunyai kitab Allah dan sunnah Rasul yang sudah memuaskan untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman:

    "... Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Kuridhai Islam menjadi agamamu ..." (Al Maa'idah: 3)

    Orang yang beranggapan bahwa Din Islam yang telah disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenal itu, berarti dia meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Dinul Islam. Islam telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat apa pun.

    Isi wasiat tersebut jelas memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut. Sebab, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakuti orang yang tidak mau menyebarluaskannya bahawa ia akan mendapat musibah dan kesusahan, anaknya akan mati, dan hartanya akan habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusia pun (yang normal fikirannya), terhadap kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Tidak ada perintah bahwa orang yang membaca Al Qur'an harus menulisnya setelah itu kemudian menyebarluaskannya kepada orang lain; dan jika tidak, akan terkena musibah. Begitu pula tidak ada perintah bahwa orang yang membaca Shahih Bukhari harus menulisnya dan menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau tidak, akan tertimpa musibah.

    Kalau Al Qur'an dan Sunnah Rasul saja tidak begitu, maka bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal orang muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.

    Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahwa si Fulan di negeri ini dan ini kerana telah menyebarluaskan wasiat tersebut ia mendapat rezeki puluh ribu ringgit. Semua itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam dari jalan yang benar dan dari mengikuti Sunnah serta peraturan Allah terhadap alam semesta. Untuk memperoleh rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan aturannya. Adapun bersandar kepada khayalan dan khurafat seperti dalam wasiat itu adalah merupakan usaha untuk menyesatkan dan meyelewengkan akal fikiran umat Islam.

    Kita perlu menjaga dan mengawasi kaum muslimin agar tidak membenarkan dan percaya kepada khurafat seperti ini dan agar tidak mempunyai anggapan bahawa orang yang menyebarluaskan wasiat palsu tersebut akan mendapat syafaat dari Nabi saw. sebagaimana yang dikatakan oleh penulis surat yang batil itu.

    Sesungguhnya syafaat Nabi saw. juga diperuntukkan bagi umatnya yang pernah melakukan dosa-dosa besar. Hal ini sudah disebutkan dalam hadith-hadith sahih (dan tidak perlu bersumberkan pada wasiat melalui mimpi)bahawa Rasulullah bersabda:

    "Orang yang paling berbahagia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang telah mengikrarkan laa ilaaha illallah dengan perasaan ikhlas dan lubuk hatinya." (HR Bukhari)

    Kami mohon kepada Allah Azza wa Jalla semoga Ia berkenan menjadikan umat Islam mengerti tentang agama mereka. Semoga memberi petunjuk dan bimbingan kepada mereka ke jalan yang lurus, serta melindungi mereka agar tidak mempercayai berbagai khurafat, khayalan, dan kebatilan.

     #Pesanan penaja: betulkan aku kalau silap

    MESEJ BERANTAI

    by on 22.12.10
    korang pernah tak dapat mesej berantai??hati aku tergerak untuk tulis entry ini sebab dah banyak mesej aku dapt hope entry ini da...
    Korang cari traffik? Kecewa dengan traffik korang yang sekejap naik sekejap turun, atau tak naik naik tu? Kita sama! Korang mesti kerap cari cara nak menaikkan traffik tu kan. Apa kata sekarang ni kita cuba cara lain pulak. Cara ni bagi Saya memang tak pernah tengok lagi, tapi best!Saya jumpa cara ni kat blog Magrib Aristo , Blog Luna , Blog Putera30 Jom try cara ni! Cara cepat menaikkan traffik blog korang! p/s : baca entri ni sampai habis dulu sebelum buat Cara nya begini: - Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik. - Korang hanya cuma perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web korang.

    p/s : baca entri ni sampai habis dulu sebelum buat
    Cara nya begini:
    - Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
    - Korang hanya cuma perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web korang.

    1. tengku nizam 
    2. mizz shizu 
    3. Myself V3 Me 
    4. Blog Hanz 
    5. Bimie's World 
    6. Farah Syafikah 
    7.  Qila Razak
    8. Cekla 
    9. Miss Yaty 
    10. Maghrib Menjelma 
    11. Bila Luna Berkata 
    12. Putra30 Photographer 
    13. Internet Tutorial 
    14. Cik Gadis 
    15. no sayuq 
    16. ::K:H:A:Z:: 
     
    PERATURAN!!!
    1. Sebelum korang meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korang, sila hapuskan link nombor 1.
    2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.
    3. Setelah itu masukkan link korang di urutan bawah (No.16).
    ***So urutannya jadi mcm nie… 

    4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
    Bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1
    Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
    Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
    Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
    Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
    Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
    Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
    Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
    Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
    Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
    Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
    Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
    Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
    Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
    Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625
     
    #Pesanan penaja:: bila buat benda ini kena jujur jangan pikir diri sendiri ok!! sharing is caring,SELAMAT MENCUBA

    ::TIPS MINYAK PELINCIR UNTUK KELAJUAN TRAFFIC::

    by on 21.12.10
    Korang cari traffik? Kecewa dengan traffik korang yang sekejap naik sekejap turun, atau tak naik naik tu? Kita sama! Korang mesti kerap cari...