Total Pageviews

As - salam brader, sistah, blogger dan readers sekalian .hari ini aku nak kongsi sedikit cerita pasal tajuk entry di atas. memang agak panas sedikit so untuk korang yang tak tahan panas better berambus cepat sebelum diri korang hangit hehee.Ye anwar hadi ( AH ) babi . oops jangan cepat melatah atau membuat andaian sebab itu adalah salah satu bait lirik pihak yang membuat video pasal " KAMI BENCI ANWAR HADI " .


aku agak pelik kenapa ada makhluk- makhluk diluar sana yang dengki sangat dengan AH ni. dah tu yang maki dan membencinya pun orang melayu sendiri pula tu. macam mana nak bangunkan anak bangsa sendiri kalau yang menjatuhkan maruah dorang pun adalah kaum  kita sendiri dan tanpa segan silunya juga mencarut secara mem'babi' buta.aku bukan nak sentuh sensitiviti perkauman atau masyarakat. tapi ini adalah buat mereka yang busuk hati kepada individu yang berjaya . 

gaya mentaliti orang yang cetek ilmiahnya

pada pandangan aku , sebagai pihak ketiga yang menonton video dia , aku akan berkata yang dia ni buat video ini sebagai pandangan dia terhadap gaya anak - anak muda sekarang. dan dia persembahkan video ini kepada umum melalui gaya dia tersendiri. malah turut menggunakan loghat dia tersendiri. so memang ada logiknya kan?

 aku turut menunjukkan video ini kepada dekan aku dan dia pun bersetuju yang AH ada pemikiran tersendiri dan ingin menyampaikannya kepada umum melalui trend terkini iaitu YOUTUBE. buat pembikin video and the geng yang terlibat, korang dengarkanlah bait celoteh aku nih...


  • aku rasa korang yang mengutuk dia ni nak populariti  murahan . dia ada trademark dan fenomena tersendiri. KORANG ADE?
  • biarlah dia anak mak pun ada kacau hasil titik peluh korang? tak pun kan agaknya "aweks" korang dah mula berkenan kat AH kot ? 
  •  korang kutuk dia berbahasa " omputih" kan ? korang boleh ke cakap dengan lancar" beromputih"? aku agak korang mesti tak boleh kan atau tidak keterlaluan aku katakan yang korang agak bebal dan cetek dari segi pemikiran dan ilmiah 
  • kalau korang ada masalah dia berbahasa inggeris, let me tell you something dude. dia adalah seorang TESLIANS atau erti kata lain dia adalah seorang pelajar yang mengambil jurusan TESL . korang tahu ke TESL tu ape ? tu la dulu time cikgu mengajar korang main - main kat belakang, sibuk mencarut pe semua . sekarang dia dah nak jadi cikgu, korang jadi apa ? tukang karut ? for your information  TESL standing for " Teaching English Second Language ". so thats mean dia bakal mengajar bahasa inggeris. ada paham ?
  • kenapa perlu tutup muka korang kalau korang rasa betul ?ni mesti takut mak korang tau kan ? thats why korang tutup muka, atau nak tunjukkan dengan korang tutup muka populariti korang meningkat? sorry la nyah i rase mentaliti you agak kurang, tambah lagi bile you kate yang banyak lelaki memberi pandangan mengenai video dia. sorry orang - orang tersebut adalah orang yang ingin belajar sesuatu bukan mencarut sesuatu, ok!
  • lepas ini aku rasa korang patut tambah ayat ni dalam video korang , 
 " "Kami tak suka Anwar Hadi sebab kami tak pandai cakap English macam dia!" ,
 
"Kami benci Anwar Hadi sebab kami tak reti buat video best macam dia!" ,
  • apa yang korang buat ni memang malukan agama dan bangsa la bhaii. kita orang melayu , kaya dengan budi bahasa bukan kaya dengan hasutan dan makian . malu i nyah you all mencarut depan umum.
hah! kan aku dah kata statement kali ni panas - panas. sape suruh korang baca lagi kan terasa bahangnya . hahaa. kalau dulu Cik Shida , Isu Vlog sekarang Anwar Hadi pula . buat haters di luar sana hentikan lah kerja korang yang buang masa ni, tak ada guna nya pun . buat Anwar Hadi aka anak pak man. hang sabaq sajalah noh , biaq kat depa nak kata apa pun kat ang. janji orang utagha mantop. hahaaha . buat bloggers dan readers sekalian keep it up support our people !! sekian saja. As- Salam... 
 
credit to this people : 


yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum ::
1 . salah satu aku sebab aku tergerak nak tulis entry ni sebab aku pun seorang TESLIANS. and we support each others .
2. abaikan je gaya penulisan aku nih sebab aku masih lagi cuba untuk tidak mixed bahasa percakapan aku baik dalam blog mahupun di luar sana .
3.  orang - orang utgha berbakat yer !

:: ANWAR HADI BABI ? ::

by on 13.3.11
As - salam brader, sistah, blogger dan readers sekalian .hari ini aku nak kongsi sedikit cerita pasal tajuk entry di atas. memang agak panas...
woot ~ woot..terhegeh - hegeh giler aku harini. as - salam to all brader dan sistah yang sudi lagi ziarah blog merapu aku ni . hari ini aku tergerak nak taip entry pasal blog - blog yang kalau tak singgah sehari macam tak up-to-date pula. blog - blog dorang bukan setakat mempunyai maklumat tapi kadang - kadang gaya dorang bercerita memang kelakar sampai satu tahap tu aku boleh mengilai sorang - sorang depan laptop. kalau korang perasan blog - blog yang menjadi tatapan aku setiap hari ada disebelah kanan korang yang tertulis "BLOG SIFU DAN TONGGA " alah yang dekat tepi tu...kalau korang tak perasan gak better korang buat medical check up cepat - cepat . ok cukup aku dah mengarut panjang dah ni. buat pengetahuan korang aku addicted dengan blog dorang ni bukan sebab dorang ni popular , tapi disebabkan gaya dorang bercerita memang dekat di hati. cewahhh iklan tv9 la pula.

ok aku mulakan dengan blog abang ben kite, iaitu blog ben ashaari .kenapa aku suka blog dia ? sebab dalam blog dia sarat dengan tips buat blogger - blogger baru dan lama. walapun dia punya followers beribu- ribu namun dia tetap maintain dan menganggap dirinya seperti blogger - blogger biasa juga .


 ternyata semua tu memang betul bila aku berkesempatan berjumpa dengan abang ben masa gathering cikgu blogger tempoh hari ( rujuk entry gathering cikgu blogger )  .orangnya memang peramah dan masa tu pun sempat lagi memberi kiteorang tips dan nasihat sebagai blogger. kalau korang tak percaya korang tengok salah satu entrynya yang bagi tips buat blogger.

antara tips dan pengalaman ben ashaari buat tatapan dan rujukan buat blogger.

pendek kata memang blog dia best dan penuh dengan informasi. buat korang yang tak tau sape dia. silalah serang blog beliau..mesti "terkezut" kejap. ok individu dan blog yang menjadi pujaan hatiku yang seterusnya adalah blog Bro Framestone . 1st bila jumpa dia perghh nampak macam cikgu disiplin. tapi bila dah kenal , sembang dengan dia barulah kita tahu yang dia ni peramah giler. dia ni pun macam ben ashaari jugak, tak kedekut kongsi pengalaman dan nasihat.


 kenapa aku minat blog dia? walaupun hanya dengan  "tweet" tapi isinya penuh dengan maklumat dan menyedarkan kita sesuatu benda . memang tak rugi kalau korang singgah dan berkongsi pendapat dengan Bro Framestone. melalui perbincangan inilah korang akan dapat something yang dipanggil pengetahuan. sebab tu aku kata blog dia menyedarkan kita sesuatu benda. blog Bro Framestone, wa caya sama lu... hahahaa....

Blog seterusnya yang menjadi mangsa aku serang setiap hari adalah blog Solihin Zubir . aku minat blog dia bukan sebab dia duduk " sedaerah" dengan aku tapi sebab hasil karya blog dia memang gempak! memang sesuai dengan tagline dia " ada masa kita melawak , ada masa kita serius " 


. ditambah pula dengan template hijau fuhh memang sejuk mata memandang. aku tabik dia sebab dalam diam , dia dah berjaya curi perhatian bloggers dan readers hanya dengan menggunakan taktik deria ke 6. hebat juga orang - orang utgha nih. blog dia memang kadang mengandungi  ayat - ayat kontroversi ,  kalau korang tak baca sampai habis korang tak akan tahu sebenarnya ayat kontroversi tersebut merupakan cerita atau pengajaran daripada beberapa patah perkataan sebab itu aku katakan yang solihin zubir berjaya tarik perhatian hanya dengan menggunakan taktik deria ke 6. satu perkataan yang boleh aku kata pasal blog solihin zubir ialah  "all in 1" sebab semua maklumat , perkembangan boleh didapati blog solihin zubir

solihin zubir menggunakan " attention grabber " untuk membuka pemikiran kita seluas - luasnya.



korang pernah tengok header kat atas tu? itulah header cik si lampu neon. aku tak tahu pun yang sebenarnya si lampu neon ini adalah seorang cik mek molek yang digelar perempuan ! aku baru tahu masa gathering tempoh hari bila dia memperkenalkan diri dengan mengatakan " nama url blog saya http://www.silampuneon.com/"tidakkkk dia adalah seorang perempuan . aku suka jenguk blog dia sebab penuh dengan pengajaran dan maklumat yang mengajar kita tempuhi liku - liku hidup . macam mana dia mengajar dengan penuh ketabahan boleh dilihat pada gambar yang diletakkan pada blog si lampu neon. yer la aku kan bakal menjadi seorang pendidik so melalui blog si lampu neon sedikit sebanyak aku memperolehi sesuatu, kan ? perkataan yang aku boleh terjemahkan untuk blog si lampu neon ialah ; menarik, bermanfaat dan kreatif dari segi intelektual . 

so sekian saja entry aku bahagian satu. kalau nak tau lebih lanjut korang terjah je blog dorang. sebab tangan aku ni tak larat dah nak taip entry maklumlah tangan sakit. so untuk next entry nantikan entry pasal darkbatman , kembatolo , afiq bukhari , dunia.ku.dunia.cikgu. sekian saja..As- salam....

yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: mood untuk blogging dah semakin pudar.huhuhhuhu


:: KENAPA AKU SUKA BLOG MEREKA PART 1 ::

by on 10.3.11
woot ~ woot..terhegeh - hegeh giler aku harini. as - salam to all brader dan sistah yang sudi lagi ziarah blog merapu aku ni . hari ini aku ...
As - salam to all geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian. ingat lagi tak entry pasal cikgu blogger tempoh hari? ( rujuk entry gathering cikgu blogger part 1 ) buat yang tak tahu atau buat - buat tahu actually satu gathering buat guru, bakal guru ,pelajar IPT  yang mengambil jurusan pendidikan telah diadakan di Times Square, Kuala Lumpur. sedar tak sedar kiteorang dah macam pernah kenal lama, boleh sembang- sembang macam selalu jumpa. padahal ini adalah 1st time jumpe dengan dorang.


 terima kasih kepada cik mas selaku penganjur gathering ini . so entry kali ini lebih berkisar kepada vlog yang telah siap dihasilkan oleh team 1tube. actually segmen vlog kali ini untuk segmen ben ashaari - santai bersama ben ashaari. masa itu photoshoot telah dijalankan untuk record kiteorang punye acting.agak lama juga kiteorang  prepare skrip dalam otak sebab bukan niat untuk cari populariti sebaliknya kualiti dan kepuasan mutu yang dicari.( bukan muthusamy erk) .so korang tengok dan komen sendiri vlog kiteorang,. kalau suruh aku komen nanti kata masuk bakul angkat sendiri. tapi serius lepas aku tengok video ni , aku gelak sampai sakit perut tengok acting aku sendiri. so you see, you judge okay!

vlog khai artzfar (aku), cik mas, cik si lampu neon dan shahazwan



untuk lihat vlog yang kawan - kawan yang lain cuma klik pada subtitle dibawah

vlog aida . shafiqah. aja. ikah. aishah

vlog norafidah dan amirah

vlog diorang pun best juga. masing - masing dengan gaya dan idea tersendiri. jangan lupa untuk lawat dorang di blog masing - masing . sekian saja entry kali ini. moga gathering tempoh hari merapatkan ukhwah tali silaturrahim sesama kita..aminn... As- salam!!!!

:: CIK MAS ::
::BRO FRAMESTONE ::
::KHAIZARIEN ::
:: BEN ASHAARI ::
:: KREW 1 TUBE ::
:: IKAH ::
:: AJA ::
:: AISHAH ::
:: AIDA 4EVA ::
:: SYAFIQAH ::
:: AMIRAH IZZATI ::
:: AKMAL HILMI ::
:: YUYU ZULAIKHA ::
:: SHAHAZWAN ::
:: SI LAMPU NEON ::


yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum ::
1:pedulikan kalau ade typo words..maklumlah tngan kiri je guna hahahaa 

:: UPDATE GATHERING CIKGU BLOGGER PART 2 + VLOG::

by on 7.3.11
As - salam to all geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian. ingat lagi tak entry pasal cikgu blogger tempoh hari? ( rujuk entry g...
As - salam to all geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian. huarghhh sakittttt!!!! yup memang betul tangan aku patah lagi dan yang ini masuk kali ke 8 . sejak aku mula patah tangan sejak umur aku 5 tahun. cerita dia macam ini.  hari ini aku balik ke kedah, tiket aku tertulis di situ pukul 10 pagi bertolak dari bukit jalil. 


tapi last minute, driver beritahu yang kiteorang kena tumpang bas ke teluk intan sampai ke stesen jalan duta. aku pun ikut sajalah. tepat pukul 10.30 kiteorang pun turun sebab dah sampai jalan duta nanti kalau stay tak pasal lepas ke teluk intan. bila dah turun mestilah bawa beg sekali dan kebetulan beg aku terletak dibahagian meletakkan beg dan barang. aku pun mengagahkan tulang empat kerat aku untuk membuka koc bahagian barang.bila dah terbuka mestilah nak capai beg aku. tiba - tiba .....



" BOOMMM" pintu koc tu tertutup sendiri, and guess what ? pergelangan tangan aku tersepit dalam itu!! . so apa lagi time tu, menari joget lambak la sebab sakit sangat. tapi time tu aku kuatkan diri, buka balik pintu koc  dan tarik balik pergelangan tangan aku yang tersepit. tangan aku dah terkulai layu dan masa itu cepat - cepat aku cari tempat nak belek tangan aku. masa tengah belek - belek, aku mula rasa mual dan rasa nak pitam 

.time tu aku berkata pada diri aku sendiri " Khai ko tak boleh pitam dekat sini , tiket bas ko dah bayar nanti tak pasal kena beli lain" .Alhamdulillah nasib tak pitam. masuk saja dalam bas , aku terus duduk dan waktu itu dah macam ulat beluncas , tergedik - gedik aku menahan sakit sampai tersalah duduk tempat orang. 

berbekalkan pengalaman 7 kali patah tangan, aku kuatkan semangat untuk terus bertahan. masa itu , mulut aku hanya mampu berzikir untuk kurangkan kesakitan. tepat pukul 4.30 petang , bas yang aku naiki sudah selamat sampai di stesen bas shahab perdana , alor star. selang 20 minit kemudian parents aku datang menjemputku. masuk saja kereta , terus aku suruh bapak aku drive ke hospital sebab tak tahan sangat , bayangkan 6 jam lebih menahan kesakitan.

dalam kereta itu, aku sempat dengar leteran parents aku sebab yer la bulan lepas tangan yang sama retak.mestilah bising sebab ingat aku cuai. 

tangan raksasa yang disimen

time itu , aku hanya terbayangkan suasana hospital yang sejuk sambil diapit oleh nurse dan doktor yang cantik.hehehehehe lawak je. sampai saja bahagian kecemasan hospital, aku terus diperiksa sehinggalah selesai semuanya pada pukul 8 malam. 

nasib tak kena tahan dekat wad kalau tak kempunan aku nak rasa daging masak hitam yang mak aku buat. so aku dapat mc selama sebulan dan tangan kanan aku disimen. lepas ni makan dan basuh baju pun susahlah. untuk gambar, entry yang lain sajalah aku tunjukkan sebab aku nak rehat. so sekian saja entry kali ini . take care guys! wassalam.

TANGAN AKU PATAH LAGI BUAT KALI KE 8

by on 4.3.11
As - salam to all geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian. huarghhh sakittttt!!!! yup memang betul tangan aku patah lagi dan yan...
As - salam to all geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian . macam mana hari korang? hope everything was good. aku tergerak hati untuk menulis entry ini apabila buat hafazan tadi. sebelum itu, hati 
mengatakan , alamak ada hafazan pula dahlah ada assignment lagi. pastu malam tadi semasa aku membuka Al- Quran, tiba- tiba hati aku menjadi sayu apabila mengenangkan zaman " kanak - kanak" yang dulunya fasih menghafal surah - surah suci Al - Quran dan ketika ini meniti zaman remaja semua itu kian dilupakan dek terlalu mengejar duniawi. 


aku terasa begitu hina apabila mengenangkan semua ini. so aku fikir balik semua ini ada hikmahnya ustaz aku mengadakan hafazan pada ketika ini. jika tidak pasti aku tidak akan sedar kelalaian aku selama ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. so entry kali ini aku ingin kongsi bersama korang tentang keindahan dan rahsia Al- Quran. setiap yang membacanya pasti hati akan menjadi tenang so jom checklist tentang rahsia Al-Quran 


BISMILLAH  (Dengan nama Allah)

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.  Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca
.
SURAH  AL-FATIHAH  (Pembukaan)

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.  Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut se dalam hadith yang lain

Barangsiapa membacanya  ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
 Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan:Barang siapamembacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)

Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan 
dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

SURAH AN-NISSA’ (Perempuan)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)

Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak  yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini,  keatas  air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak)

Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi)

Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

SURAH AL- ANFAL (Rampasan)

Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat  iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

SURAH YUNUS (Yunus)

Barangsiapa  membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari  mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

SURAH AL-HUD (Hud)

Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap  sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

SURAH YUSUF (Yusuf)

Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan 
kepada anak-anaknya.

SURAH AR-RA’D (Petir)

Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.

SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)

Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

SURAH  BANI  ISRAIL (anak-anak Israil)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.  Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

SURAH AL-KAHF (Gua)

Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

SURAH MARYAM (Maryam)

Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH  THAAHAA (Hai Manusia)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)

Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .





SURAH  AL-HAJ (Haji)

Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH  AL-MU’MINUN  (Orang-orang  Mukmin)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

SURAH AN-NUUR (Cahaya)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

SURAH AL-FURQAN (Pembaca)

Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali  ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)

Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

SURAH AN-NAML (Semut)

Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)

Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan 
cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)

Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh.  Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

SURAH AR-RUM (Rum)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

SURAH LUQMAN (Luqman)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)

Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

SURAH  AL-AHZAB  (Golongan-golongan)

Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH SABA‘  (Saba‘)

Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

SURAH FAATHIR (Pencipta)

Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.

SURAH YAASIIN (Hai Manusia)

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..” Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi  sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.” Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia  mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar di! dapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)

Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

SURAH SHAAD  (Shaad)

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.”Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina.”
[Al-Mukmin: 60]


sekian saja entry aku kali ini. moga kita beroleh syafaat dari ilmu yang ditimba, aminn. wassalam... 

yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum ::
1. esok bergerak balik ke kedah yahoooooo.....doakan aku selamat pergi dan sampai erk

INDAHNYA AL-QURAN

by on 3.3.11
As - salam to all geng kipas susah mati blogger dan read ers sekalian . macam mana hari korang? hope everything was good. aku tergerak hat...
As- salam to all geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian . macam mana life korang hari ini. harap korang dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. sekarang aku tengah menduduki peperiksaan pertengahan semester untuk paper franche dan paper religious study so lepas ini boleh enjoy kejap. aku ingat nak amik kesempatan cuti 10 hari ini untuk balik ke kampung . lepaskan segala tekanan dekat sana sebab terlalu banyak masalah dan ujian yang aku hadapi disini. tapi sekejap rumah aku dekat kedah itu , mana boleh panggil  kampung sebab tak ada rupa kampung pun

ini area rumah aku, tapi dalam ini bukan tempat aku sebab aku bukan banduan cuma anak pegawai yang menjaga banduan 

. anggap saja aku tulis ini  sebagai SYNTAX ERROR!!. eh tapi kejap, tiket tak beli lagi , assignment tak siap lagi, hafazan pun belum buat lagi. macam mana nak balik?mesti korang bengang kan apa motif entry aku kali ini.. aku pun tak tau sebab tension amik exam. nampak gayanya malam ini aku terpaksa dating dengan semua benda ini sebelum boleh balik dengan tenang. so kepada korang yang tengah menduduki peperiksaan , semoga berjaya .
yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: sejak kebelakangan ni kepala aku agak mereng dengan menulis entry- entry pendek dan motif? aku pun tak tahu...sorry erk 

:: MOOD NAK BALIK KAMPUNG::

by on 2.3.11
As- salam to all geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian . macam mana life korang hari ini. harap korang dalam keadaan sihat seja...
As - salam to all geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian. so entry aku kali ini tentang sakit perut tapi kali ini bukan nak bagi tips tapi kali ini 1st time aku sakit perut rasa macam nak meraung guling - guling. sakit giler kot. actually cerita dia macam ini. semalam buat kali pertama , aku makan macam black hole atau istilah lain masuk saja apa yang ada. antara makanan yang sempat aku hentam dari pagi sampai ke malam ialah, kuih 5 biji, bubur nasi , sandwich, cup cake, keropok lekor dan akhir sekali nasi goreng cendawan. perghh memang jadi zomba   zombi semalam. nasib kawan aku si butat jagung tu tak aku telan sekali. so petang itu , kiteorang bertolak ke U.I.A ( UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA ) untuk tengok pementasan teater.


U.I.A

sebelum bertolak tak rasa apa- apa

 bila masuk dewan teater saja , perut aku dah mula meragam macam orang perempuan selalu kata , bayi menendang dalam perut. ingatkan sakit kejap - kejap saja .sekali berlarutan sampai habis teater. memang merosakkan mood aku malam tadi. aku sempat suruh member aku belikan ENO tapi tak ada kesan langsung. member - member aku semua kata " ko tidur erk time teater tu?" sorry bukan aku tidur tapi time tu aku terpaksa duduk dalam posisi macam itu sebab nak kurangkan sakit. teater tu habis pukul 11 malam dan pukul 11.45 kiteorang sampai rumah. time nak balik tu , aku kena papah sebab sakit giler nak jalan , serius macam perempuan nak bersalin. sampai saja rumah , sakit tak berhenti lagi. 

time ini ok lagi

puas aku cuba pelbagai posisi nak tidur tapi memang sakit giler, last sekali aku tertidur dalam keadaan duduk. itupun pukul 3 baru tidur. bayangkan 6 jam melawan kesakitan. masa ini aku terbayang macam ini ke rasanya  perempuan bila nak melahirkan anak ataupun macam ini ke rasa bila perempuan kena period pain? so bangun saja tadi Alhamdulillah, perut dah tak meragam, tak jadi nak pergi klinik. so moral of the story, korang jangan ikut nafsu ketika makan . makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. sekian saja entry aku kali ini sebab aku nak study. wish me luck for tomorrow. wassalam.

yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum ::wish me luck for tomorrow..

::SAKIT PERUT ! ::

by on 1.3.11
As - salam to all geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian. so entry aku kali ini tentang sakit perut tapi kali ini bukan nak bagi...

As - salam kepada geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian. harap korang berada dalam keadaan sihat walafiat . tiba - tiba hari ini rajin pula nak update sampai 2 , 3 entry tapi padahal cuak giler sebab rabu ini aku ada mid - term test. dah la paper french dengan agama pula tu. banyak benda kena hafal dan buat ulangkaji. tapi aku still macam si kosong yang teranaya. so apa kaitan entry aku kali ini? entry aku kali ini pasal vlogger atau v-log. korang tahu ke apa maksud v-log atau vlogger ini? kalau nak tahu korang klik balik entry aku yang lepas ( update gathering cikgu blogger part 1 ) . so aku baru saja cuba benda ini sebagai tanda sokongan. tapi semalam dunia blogger gempar kejap sebab ada makhluk asing yang mencemarkan pasal ini. lupakan hal itu , aku menyeru kepada semua blogger mari ramai - ramai menyokong team vlogger ini kerana rakyat kita, kebanggaan kita.so lepas ini korang bolehlah buat entry ini dan link kepada bro ben ashaari. boleh tak? kepada team vlogger keep it up. pedulikan saja anasir- anasir jahat sebab dorang cemburu tak boleh buat. semoga berjaya kepada korang semua. wassalam...

yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum ::
1. ini merupakan entry terpendek pernah aku buat
2. j0m ramai - ramai buat entry ini sebagai tanda sokongan
3 . doakan aku berjaya untuk exam nanti

:: SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA ::

by on 28.2.11
As - salam kepada geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian. harap korang berada dalam keadaan sihat walafiat . tiba - tiba hari i...