Total Pageviews

As - Salam kepada semua pembaca blog aku  yang tegar mahupun tak tegar. Ramadhan datang lagi! aicewah dah macam background lagu "Tora" pulak yang sebut "Tora datang lagi! "jadi sempena kedatangan bulan yang mulia ni , moh la sama  - sama kita panjatkan kesyukuran kepada -Nya kerana sekali lagi diberi peluang untuk merasai keberkatan bulan yang mulia ini.jadi camne? korang dah ganti ke puasa ganti korang sebelum - sebelum ni? haaa jangan tak ganti pulak.nanti tak pasal - pasal kena double - triple lak. 



tahun ni merupakan tahun kedua aku akan  berpuasa di tempat orang,  so rasanya tak ada banyak bezanya pun puasa di tempat orang dengan tempat sendiri. cuma ketiadaan keluarga disisi tu jer.aiceh aku cakap macam kita dah mula puasa pulak, kan? biasa lah bila perasan #retisss camni ler jadinya. jadi sempena bulan puasa yang akan menjelma ni , buatlah amal ibadat banyak - banyak , yang mana rasa kurang semester  tahun lepas , kita top - up balik tahun ni, yang tak pergi terawih tu kalau boleh tahun ni rajinkan diri korang buat terawih.rugi oowh tak buat semua ni sebab bulan ramadhan hanya setahun sekali , bulan ni kalau buat amal kebaikan , insyallah pahala berlipat ganda,aminnn! puasa kali ini pun aku dengan member - member aku akan berniaga dekat bazar ramadhan kolej kiteorang, harap - harap murah rezeki ler bisnes kiteorang , amin. jadi sebelum kite berpisah, aiceh ayat minta tumit je, sebelum aku tamatkan entry ni , aku dedikasikan video ini buat korang semua yang masih lagi setia dengan blog aku. #I lap you lah cam ni...selamat berpuasa yer kepada semua rakan - rakan , keluarga , fasilitators , jurulatih , pensyarah, Teslians, dan sewaktu dengan nya. puasa jangan tak puasa!! chow bebeh!!

 


::bebot menderum :: excited menunggu bulan puasa

:: BULAN RAMADHAN MENJELMA LAGI ! ::

by on 30.7.11
As - Salam kepada semua pembaca blog aku  yang tegar mahupun tak tegar. Ramadhan datang lagi! aicewah dah macam background lagu "Tora...


Hari ini tatkala aku sedang sibuk dengan kuliah dan kerja - kerja lain. aku dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa sahabat karib aku yang terkenal dengan nama manjanya Baby. hampir semua orang mengenali Baby, bak kata orang kami umpama belangkas.aku dengan Baby amat rapat , kemana saja aku pergi mesti dia ada ,tidur pun kadang - kadang hampir sekali. biarlah orang melabel aku Gay ke apa, janji dapat puaskan nafsu dengan Baby. bukannya apa , aku rasa Baby ni best sangat sebab dia pengubat hati aku,peneman aku tatkala berjalan sorang - sorang. tapi kini semua tu hampir tinggal kenangan. ini semua salah aku.kalau tidak disebabkan aku yang terlalu cuai tadi mengabaikan Baby , tentu beliau tidak akan jadi macam ini. aku terkejut melihat keadaan sahabat aku yang terlalu parah.aku terpikir sejenak , kalau dia tak ada nanti , macam mana dengan aku? sapa nak hiburkan hati aku? sapa nak teman aku ke mana-mana nanti? dan dengan siapa aku nak tidur? arghh kenapa Baby? kenapa ko nak pergi di saat aku memerlukan ko disisi aku? aku masih tak dapat terima kenyataan yang dia pergi meninggalkan aku, aku tau walaupun ko koma tapi kalau tak boleh nak mengeluarkan suara terpaksa aku menyuruh doktor pakar meluluskan teknik euthanasia.walaupun agak kejam,tetapi daripada membiarkan ko hidup dalam keadaan terseksa..... cukup memang aku tak sanggup melihat keadaan mu begitu sahabatku..bersemadilah kamu dengan aman, mungkin satu hari nanti aku dapat mencari pengganti yang serupa denganmu....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
keadaan baby yang nazak :(


 

::bebot menderum :: nak kena beli baby baru...mana nak cekau rm300

:: BERSEMADILAH KAMU DENGAN AMAN::

by on 27.7.11
Hari ini tatkala aku sedang sibuk dengan kuliah dan kerja - kerja lain. aku dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa sahabat karib a...
As - Salam kepada semua yang rajin membuka entry aku kali ini. baru hari ini dapat menghentak keyboard balik . so semalam setelah berjimba  dengan facebook , terghairah pulak rase nak buka twitter. bila dah buka macam biasa menggedik tweet orang sana - sini. bila dah puas, timbul pula nak buat status , dalam tengah mencari idea tetiba terperasan benda nih...


  dah kenapa dengan ayat ni..kalau muslims mestilah rujuk kepada umat islam. so sekali lagi aku klik benda alah tu nak tengok apa yang terjadi di sebalik maksud ayat #blamethemuslims. bila dah klik, aku beristighfar beberapa kali, heih dah melampau ni bila ada orang memburukkan pasal martabat islam ni. aku pun tak faham yang dorang buat status memburukkan martabat agama orang. twitter ni pun satu ,patutnya semalam celebrity day, yang pergi naikkan status #blamethemuslims tu kenapa? racist!! 






aku perasan banyak pengguna yang tweet , retweet agama Islam adalah sebaik - baik ajaran dan ada juga yang suruh block #blamethemuslims tapi tak ada tindakan apa - apa pun dari pihak twitter. kalau boleh berat sebelah , kenapa tidak kita naikkan trends #blametwitter takpun #blametheracist. pastu kita tengok berapa ramai yang marah.

 macam mana keadaan tu nanti samalah juga dengan keadaan orang Islam sekarang.benda - benda camni amat sensitif untuk disentuh tambah - tambah lagi membabitkan maruah , agama dan bangsa. so ikut suka hati korang nak takrifkan twitter ni sebagai apa. ini cuma dari segi penglihatan dan perspektif aku. sekian saja entry kali ini , chow bebeh!

::bebot menderum ::saya sayang agama , bangsa dan negara saya 

TWITTER BERAT SEBELAH?

by on 25.7.11
As - Salam kepada semua yang rajin membuka entry aku kali ini. baru hari ini dapat menghentak keyboard balik . so semalam setelah berjimba...
salam kepada readers , bloggers , braders dan sistah sekalian. entry kali ini merujuk kepada perihal diri aku.. kepada sebelum ni yang asyik bertanya tentang aku.hari ini segala - galanya bakal aku ceritakan..bajet macam novel le pulak aku tulis so meh le merajinkan diri anda membacanya.

Ada apa dengan 22 Julai?



a.arh ade ape sebenarnya dengan hari ni? hari jadi justin timberlake ke? hari - hari ke? sebenarnya saja menggedik pilih hari ni dah aku suka dengan angka 22. hampir keseluruhan dalam hidup aku ada kaitan dengan no 2. birthday aku sendiri pun 22 hb 2, pukul 2 pagi , dan juga 2 emak...err ok yang tu belum lagi...so hari ini sempena dengan angka 22, boleh jadi aku nak umumkan berita baik atau boleh jadi berita buruk.teruskan membaca...gedik tak? -_-'

Tawaran Majlis Sukan Negara

pasal tawaran ni , actually aku dari dulu memang menunggu tawaran dari MSN.tunggu punya tunggu sampailah aku semester 3 dekat KPTM ni , barulah dapat jawapan dari MSN. alhamdulillah aku ditawarkan sebagai jurulatih tahap 1 untuk salah satu sukan yang aku pilih masa di bangku sekolah. tapi kenapa baru sekarang? aku dah "heaven" sikit kat kolej ni baru dorang nak bagi tawaran. aku dah tanya pendapat semua orang tentang tawaran ni. tapi jawapan yang aku dapat semuanya 50 - 50 dan tetap tak menyakinkan aku. kalau masa semester 1, aku dah tolak tawaran  belajar untuk jawatan medical assistant. sekarang dengan berat hatinya aku terpaksa sekali lagi menolak tawaran yang  barangkali muncul sekali dalam seumur hidup. mungkin aku patut dapatkan terlebih dahulu diploma.yer la at least ade la juga kredit dalam hidup. so sekarang aku cuma berharap agar rayuan untuk jadi jurulatih separuh masa diluluskan. doakan aku erk..

Si Dia yang bergelar Cik Tajama

buat anda yang terasa digelar Cik Tajama tu , baik anda copy paste ayat ni. haha buat korang yang tak tahu Cik Tajama ni sebenarnya S dekat kolej aku. so ikut suka korang la nak pikir S tu ape, Snake ke, , secret , spy atau senduk pun boleh. ade member aku, si Justin Timberlake tu suka betul dekat Cik Tajama tu. tak tau la Cik Tajama tu suka dekat dia atau tak. Al - maklumlah dengar cerita Cik Tajama nak balik menetap semula di kampung beliau. tapi aku kesiankan JT sebab dia sibuk sesangat dekat tempat dia belajar tu sampai ada yang melabel sombong gara - gara akibat kesibukan beliau.so tak sempatlah dia nak berjimba dengan Cik Tajama tu. cuma kalau Cik Tajama baca entry ni, aku nak wakilkan apa yang JT pesan...

  • kalau dah suka sama suka , bagilah beliau peluang mengenali Cik Tajama dengan lebih mendalam, Cik Tajama pun kena kenal JT dengan mendalam juga dan jangan terlalu ghairah -,-
  • faham situasi  dan tanggungjawab JT
  • kalau hari - hari biasa , JT adalah milik tempat beliau belajar, hari cuti adalah hari untuk hari Cik Tajama
rasanya yang tu je lah yang aku ingat. JT pun ada pesan kalau dia ingat nanti dia tambah dalam entry khas. so Cik Tajama , jawapan anda macam mana ? sudi ke terima JT ? tu jer la motif entry aku kali ini. saja menggedik, cerita pasal aku. nak baca atau tak nak baca, ikut suka korang, yang penting aku punya suka.gedik tak? ok boleh bagi tumit dah sebenarnya. sekian saja entry kali ini, chow bebeh!!
 


::bebot menderum :: sangat penat hari ni main dengan fizikal dan emosi,.perlukan rehat yang banyak



:: 22 JULAI ::

by on 22.7.11
salam kepada readers , bloggers , braders dan sistah sekalian. entry kali ini merujuk kepada perihal diri aku.. kepada sebelum ni yang asyi...






 ::bebot menderum :: Mantan pengetua SMK POKOK SENA , KEDAH

:: WORDLESS WEDNESDAY : JASAMU DIKENANG::

by on 20.7.11
    ::bebot menderum :: Mantan pengetua SMK POKOK SENA , KEDAH
Dikala suatu malam tatkala justin timberlake tengah beristirehat sambil melayari facebook...tetibe pluippp!! bunyi IM alert dari facebook. Si justin timberlake ni pun layanlah dengan ghairahnya sebab yang mesej tu pula kawan lama beliau.. sampailah bila diajukan part video ,justin timberlake tertanya diri sendiri , video ape lagi yang pernah dia buat selain video porno? mungkin video yang diprank oleh member beliau. 



so dengan ghairahnya dia menekan link video tersebut dan keluarlah gambar ini,



Klik gambar untuk tumbesaran 

pada ketika itu justin timberlake bertambah pelik kerana hampir 2 ribu lebih orang yang melihatnya.dahla tak boleh tengok. sekali lagi dengan ghairahnya justin timberlake ni pergi upgrade dia punye adobe tapi still tak boleh tengok.

bila diteliti balik dekat bahagian komen, jurulatih justin timberlake pun ade komen , sebelum ni seingat beliau , jurulatihnya tidak pernah bercakap dalam bahasa inggeris dengan beliau. justin timberlake bertambah bingung sampailah member beliau bagitau, "WOI TU VIRUS DOE!!!"

haa!! memang betul itu adalah perangkap terkini dalam facebook yang cuba menyalurkan virus melalui IM korang.melalui maklumat yang didapati kalau korang klik je link tu, profile akaun korang akan diambilalih dan diceroboh masuk. tentang kebenaran fakta ini masih lagi tak dapat disahkan kebenarannya. 

tapi yang sure laptop si justin timberlake tu dah jadi macam kura - kura mati bini. jadi daripada korang ambil risiko , baik tukar password akaun korang dengan segera!! jangan jadi macam justin timberlake tu, ape pun tak boleh!! T_T

::bebot menderum :: korang kenal tak justin timberlake tu? sian dia kan

AWAS DENGAN VIRUS DARI FACEBOOK

by on 18.7.11
Dikala suatu malam tatkala justin timberlake tengah beristirehat sambil melayari facebook...tetibe pluippp!! bunyi IM alert dari facebook....
As - salam kepada semua pembaca , kaki bloggers , braders dan sistah. dikala hari minggu ni sungguh aman sambil makan angin hingga perut kembung. so whats up today? kali ini aku bawakan korang semua tentang transformasi watak filem Harry Potter. entry kali ini tak ada apa pun sebenarnya just nak tunjuk gambar watak - watak tersebut daripada zaman telan hingus sampai udoh besor yer.  sekarang moh kite cuci mata jap tengok perubahan yang dialami oleh watak - watak ini

DANIEL RADCLIFFE SEBAGAI HARRY JAMES POTTER 

 EMMA WATSON SEBAGAI HERMIONE GRANGER
RUPERT GRINT SEBAGAI RON WEASLEY 

EVANNA LYNCH SEBAGAI LUNA LOVEGOOD

TOM FELTON SEBAGAI DRACO MALFOY

MATTHEW LEWIS SEBAGAI NEVILLE LONGBOTTOM

BONNIE WRIGHT SEBAGAI GINNY WEASLEY

haaa itulah antaranya watak - watak dalam Harry Potter , udah besor semuanya. tapi tahukah korang , ada satu watak dalam cerita harry potter ni asalnya orang Malaysia. aku pun agak terkejut bila mendengarnya.tak silap dia ada pegang watak penting dalam cerita Twilight juga. jom kite tengok siapakah dia orangnya....















KHAI PATTINSON
tak taulah pula dia duduk Malaysia..sememangnya aku bangga pelakon - pelakon di Malaysia ni hebat - hebat belaka. so kalau jumpa dia jangan lupa minta tanda tangan. maklumlah #Retisss kan!!!!


::bebot menderum :: baru nak tengok

:: TRANSFORMASI WATAK FILEM HARRY POTTER ::

by on 17.7.11
As - salam kepada semua pembaca , kaki bloggers , braders dan sistah. dikala hari minggu ni sungguh aman sambil makan angin hingga perut ke...
Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A’zam. Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.


Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Tau tak bilakah Istiwa A’zam berlaku?
Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Okay gini caranya

Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh korang mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, korang boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam korang mengikut waktu piawai yang betul.

Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.

Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.

Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
Dan pastikan juga korang boleh melihat matahari dari kedudukan tempat korang  pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.

Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:

Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.

Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)

Tandakan arah qiblat.

Selepas.

Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.

Hadapkanlah tubuh korang ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini boleh memberikan manfaat buat tkorang yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…

Korang juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas



::bebot menderum ::info yang menarik

FENOMENA ISTIWA MATAHARI DI ATAS KAABAH PADA 16 JULAI 2011

by on 16.7.11
Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A’zam. Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara sy...