Total Pageviews

Tirai filem  ini dibuka dengan masa depan Bumi yang  musnah , dimana hampir semua mutan termasuk beberapa anggota X-Men dihapuskan oleh Sentinels .



Hal ini telah disedari oleh seorang mutan iaitu Kitty Pryde, ahli X-Men termuda yang mempunyai kebolehan menembusi objek dan ke masa depan. 



Sejak peristiwa Grand Stand yang lepas, sekumpulan kecil mutan (termasuk Kitty Pryde , yang dimainkan oleh Ellen Paige ) , yang diketuai oleh Charles Xavier dan Magneto 

Mereka telah bersepakat untuk menghantar Wolverine kembali ke dalam badannya pada zaman 1973 bagi  menghentikan Mystique (Jennifer Lawrence ) yang akan membunuh Bolivar Trask (Peter Dinklage ) individu yang mencipta Sentinel sekaligus antara punca perang masa depan berlaku. 



Sepanjang filem ini , turut diperkenalkan beberapa mutan baru dengan kebolehan mereka sendiri malah unsur -unsur jenaka serta graphic filem yang terbaik menguatkan lagi jalan cerita filem ini .





 Pengakhiran filem ini adalah sesuatu yang sangat tak dijangka, adakah ini filem terakhir X-Men , siapakah anggota X-Men yang terkorban ? korang kena tengok sendiri yer, kejap lagi Budak Pacak bagitau korang cakap spoil pulak, ni pun dah spoil sikit kat korang , hehehe apa pun ini adalah filem wajib korang tengok. Rating Blog Budak Pacak untuk filem ini adalah 

4 Bintang 

Terima Kasih kepada Nuffnang dan Kisah Tatie untuk jemputan Tayangan Perdana Filem X - Men : Days Of Future Past ini, Walaupun minggu exam , sempat juga lari ke panggung wayang. Filem kegemaran punya pasal apa ada hal , kehkehkeh 





P / S ; dari dulu minat Cyclops dengan Iceman

Review Filem X - Men : Days Of Future Past

by on 21.5.14
Tirai filem  ini dibuka dengan masa depan Bumi yang  musnah , dimana hampir semua mutan termasuk beberapa anggota X-Men dihapuskan oleh Se...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Siapa pengguna P1 dekat sini ?  Baru - baru ini , Budak Pacak telah dijemput oleh Pihak P1 ke majlis P1 - E Social Relaunch . Selain itu antara tujuan utama acara ini adalah untuk bersama - sama mengeratkan lagi hubungan antara rakan media dan pengguna P1 sendiri. 





Sepanjang majlis berlangsung terdapat beberapa aktiviti menarik menunggu kami. Selain daripada aktiviti perkongsian maklumat daripada pihak Google dan P1 sendiri, aktiviti treasure hunt turut diadakan dimana kumpulan Budak Pacak iaitu The Four Musketeers telah muncul sebagai pemenang. Terima kasih P1 . 



Untuk pengetahuan korang , P1 turut memperkenalkan wajah terbaru blog mereka yang lebih mesra pengguna. Di dalam blog mereka , terdapat beberapa kolum khas untuk pembaca dan pengguna . 



Antaranya adalah kolum P1 Buddy , Scoop , It , Life dan BizBuzz. Menarik bukan ? 



Jadi kalau korang belum join P1 - E social jomlah join sekarang, rakan - rakan blogger dan media pun boleh mendaftar tau di bawah  P1′s Online Media Associates (OMA). Budak Pacak salah seorang P1 OMA , korang pula bagaimana Terima kasih yer  P1 sebab menjemput Budak Pacak . 

Jangan lupa singgah Blog P1http://blog.p1.com.my/


p /s ; Buang yang keruh , ambil yang jernih. hehehe 

P1 - E Social Relaunch

by on 20.5.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Siapa pengguna P1 dekat sini  ?   Baru - baru ini , Budak Pacak telah dijemput oleh Piha...
Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Koleksi Cadar Murah dan Berkualiti ? Nak tahu nak dapatkan di mana ? Baca sampai habis yer kawan - kawan . 



Baru  - baru ini , Budak Pacak sempat review online shop pemborong cadar yang menjual cadar murah , iaitu cadar quilt. Cadar cotton ini diimport dari China jadi tidak hairanlah material kainnya sangat berkualiti. Untuk pengetahuan korang , cadar ini adalah dari Gred 'A' dan ianya bukan campuran polyester dan merupakan cotton 100 peratus.  



Selain daripada berkualiti, ianya juga didatangkan dengan pelbagai pilihan corak menarik , tapi korang kena ingat kerana corak - corak yang menarik ini hampir setiap minggu bertukar, jadi kalau korang berkenan dengan satu - satu corak itu, baik ambil terus takut pada masa akan datang corak tersebut tidak ada lagi. 



Bak kata orang corak ini limited edition. Coraknya yang pelbagai amat sesuai untuk korang yang ingin mencari cadar kartun , cadar vintage malah boleh juga dibuat sebagai cadar pengantin



Cadar - cadar ini didatangkan dengan pelbagai saiz seperti Saiz Queen dan Single. Untuk korang yang ada katil saiz King, boleh juga gunakan cadar ini , tetapi cadar tersebut akan sedikit tergantung. 



Budak Pacak berani cakap , corak dia sangat cantik malah ada pelbagai kelebihan tahu kalau guna cadar ini antaranya adalah

  • Senang dibasuh
  • Depan dan belakang cadar boleh diguna pakai. - multi user 
  • tak perlu kemas
Jadi kalau korang jenis yang sibuk bekerja , cadar ini adalah pilihan yang sesuai kerana sangat menjimatkan masa. Sempena raya yang hampir tiba , kalau rasa nak tukar cadar baru , bolehlah dapatkan sekarang sebab harga promosi untuk cadar ini telah dijalankan.

Kebiasaanya cadar ini dijual dengan harga RM 160 . tapi promosi sekarang adalah RM 140 termasuk postage di seluruh Malaysia. Kalau korang yang tinggal berhampiran Sungai Petani ataupun Pokok Sena , Kedah boleh buat Cash On Delivery . Sambil - sambil itu bolehlah tengok yang mana berkenan di hati kan ?

Disebabkan permintaannya yang sangat laris , korang kenalah tempah dahulu kalau tidak nanti dah habis tak pasal kempunan. Jadi untuk tempahan dan segala pertanyaan bolehlah hubungi 

Puan Hasniza Mohamed 
Whatsapp - 013 - 5305007 


p/ s ; yang bujang tu , sesuai sangatlah pakai cadar ni.hehehe...

Koleksi Cadar Murah Dan Berkualiti

by on 19.5.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera . Koleksi Cadar Murah dan Berkualiti ? Nak tahu nak dapatkan di mana ? Baca sampai habis yer kaw...

Day 6 

Hari keenam kami ataupun hari terakhir kami di Terengganu sebelum bertolak balik ke ibu kota keesokan harinya lebih kepada jalan - jalan sekitar bandar Kuala Terengganu yang kaya dengan warisannya. 

Kalau sebelum ini Budak Pacak dah ke Taman Panorama , Taman Tamadun Islam , Kilang Perusahaan Tembaga , Perusahaan Batik STR dan Kilang Keropok pada entry Tempat Menarik Di Kuala Terengganu

Kali ini Budak Pacak nak kongsi Senarai Tempat Menarik Di Kuala Terengganu sebagai tambahan pada entry yang lepas. 

Kompleks Kraf Noor Arfa 


Untuk pengetahuan korang,batik jenama Noor Arfa adalah antara perusahaan batik yang popular di Malaysia.

Di kompleks ini, korang boleh dapat pelbagai barangan yang bermotifkan batik dengan harga yang murah. Malah selain jualan barangan batik , disini juga terdapat demonstrasi membuat batik khas untuk para pengunjung 

Masjid Terapung 

Masjid Terapung atau masjid Tengku Tengah Zaharah adalah salah satu ikon pelancongan di Negeri Terangganu, nak tengok keunikannya kenalah datang sendiri ke sini okay.



 Di kawasan sini juga  terdapat tempat untuk berekreasi bersama keluarga 

Pasar Payang

Orang Terengganu cakap tak sah kalau ke Terengganu kalau tak ke Pasar Payang.Keunikan Pasar Payang ini terletak pada segala jenis kraftangan , makanan tempatan boleh dapat disini dengan harga paling murah. 




Jadi kalau nak cari keropok lekor, batik tak payah cari jauh - jauh datang je ke sini boleh dapat semua benda. 

Muzium Negeri Terengganu 

Muzium Negeri Terengganu merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara . Terdapat pelbagai artifak menarik malah Batu Bersurat yang terkenal turut dipamerkan.





 Kunjungan kami di sini lain dari kebiasaan kerana kami melawat muzium ini disebelah malam , malah kami turut diraikan dengan kenduri seperti warisan dahulu kala. 

***************************************************************

Jadi itulah serba sedikit cerita mengenai Budak Pacak berkampung di Terengganu sempena Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2014

Pada malam terakhir disini, kami telah ke kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu untuk menikmati jamuan makan malam bersama beliau. 


bersama - sama rakan Media dari Thailand 




Gambar yang telah memenangi hadiah sebagai gambar Instagram Harian Terbaik

Malah pada malam tersebut, Budak Pacak telah diumumkan sebagai salah seorang pemenang untuk Gambar Instagram Harian Terbaik . Terima kasih sebab pilih Budak Pacak sebagai pemenang. 



Di kesempatan ini , Budak Pacak ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu , Tourism Terengganu , PDRM Terengganu , RELA serta organisasi lain yang telah menjaga kebajikan kami disini. Tidak dilupakan, terima kasih dan tahniah kepada Gaya Travel kerana menjemput kami serta menjayakan acara ini. 

Bagi Budak Pacak ini adalah antara trip yang terbaik pernah Budak Pacak sertai. Dan buat korang yang tercari - cari lokasi menarik untuk bercuti , Budak Pacak cadangkan Negeri Terengganu yang penuh dengan warisan negara. 

Sekian sahaja entry mengenai Negeri Terengganu , buat yang terlepas entry sebelum ini, boleh klik di Day 1 |  Day 2  |   Day 3 | Day 4 | Day 5  untuk catatan pengalaman Budak Pacak di sini. 


Untuk sebarang aktiviti dan produk pelancongan di Terengganu boleh lawati 



Tourism Terengganu
77A Jalan Sultan Sulaiman,
Kuala Terengganu, Malaysia
No Telefon :
09-6231553
Email :
tourism@terengganu.gov.my
Facebook :
Tourism Malaysia Terengganu
Website :
Terengganu Tourism





p /s ; Rindu Terengganu dah.....

Senarai Tempat Menarik Di Kuala Terengganu | Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu

by on 13.5.14
Day 1  |   Day 2   |    Day 3  |   Day 4   |   Day 5  Day 6  Hari keenam kami ataupun hari terakhir kami di Terengganu sebelum ber...

Day 5 

Hari ini aktiviti kami lebih di Pulau Redang salah satu pulau yang terkenal dengan keindahan laut dan pasirnya yang putih mulus. 

Bagi Budak Pacak ini antara yang aktiviti dan tempat yang sangat ingin dilawati. Mana taknya kalau sebelum in dengar orang cakap je mengenai keindahan Pulau ini, tapi hari ini impian tercapai. Syukur ,Alhamdulillah. 




Kami bertolak dari Jeti Syahbandar , Kuala Terengganu dengan menaiki dua feri setinggi tiga tingkat yang ditempah khas. Perjalanan yang memakan masa hampir satu jam ini ternyata sangat berbaloi apabila dari jauh sudah kelihatan keindahan Pulau Redang.





Malah sepanjang perjalanan pergi dan balik , Budak Pacak dan rakan yang lain ambil peluang ini untuk ' meneroka isi' feri ini. Tatkala orang semua letih , kami ke ruangan dek untuk menghayati keindahan laut sekitar Pulau Redang. Untuk pengetahuan , Kami juga diberi peluang masuk ke dek kapten. Terima kasih kapten. 





Sampai sahaja di Pulau Redang , terpegun sebentar melihat lautnya yang sangat jernih sehingga boleh nampak ikan bermain - main di dalam laut. Aktiviti kami di sini adalah snorkeling. Buat korang yang tercari - cari tempat snorkeling di Malaysia, Budak Pacak ingin cadangkan Pulau Redang sebagai pilihan korang. 

Selesai taklimat mengenai Pulau Redang dan tatacara keselamatan , kami terus lakukan aktiviti snorkeling. Nasib Kisah Tatie ada bawa go pro beliau , jadi bolehlah kami ambil gambar di dalam dasar laut.






 Ternyata kagum seketika dengan ciptaan-Nya yang sungguh indah . Alangkah ruginya kalau laut yang cantik ini dicemari dengan sisa yang memudaratkannya. Jadi kepada korang diluar sana , kalau lakukan aktiviti snorkeling atau ke laut jangan sesekali cemarkannya kerana adalah menjadi satu kesalahan kepada individu yang melakukannya. 



Selepas penat bersnokeling , kami ke Laguna Redang Island Resort untuk jamuan tengahari yang terletak berhampiran Pulau Redang . sekali lagi Budak Pacak tergamam sebentar dengan keindahan  pemandangan resort ini . Pasir pantainya jauh lebih putih dan halus malah resort yang menghadap laut ini memukau pandangan setiap pengunjung yang hadir. 




Buat korang yang berkahwin dan nak cari tempat honeymoon yang menarik , bolehlah ke sini, Untuk korang yang nak cari ketenangan pun boleh ke sini. Budak Pacak highly recommend this place . Sangat best tahu. 




Selepas kenyang menjamah makanan, terasa macam rugi pulak kalau tak merasa mandi disini. Walaupun panas terik dan jam menunjukkan pukul 2 waktu itu , Budak Pacak dan rakan - rakan yang mengambil keputusan untuk terjun sekali lagi ke dalam laut. Dan hasilnya terserlah kehitaman yang memukau setiap yang melihatnya sehingga ke hari ini. 

kredit, kisah tatie 


Sebelum Budak Pacak akhiri entry kali ini , nak tinggalkan korang dengan satu soalan, perlu ke melancong ke luar negara, sedangkan negara kita kaya dengan khazanah flora dan fauna, hehehe 


p /s ; masih terbayang kecantikan Pulau Redang, Best trip ever..

Tarikan di Pulau Redang

by on 12.5.14
Day 1  |   Day 2   |     Day 3  |   Day 4 Day 5  Hari ini aktiviti kami lebih di Pulau Redang salah satu pulau yang terkenal den...

Day 4 

Untuk hari keempat kami disini, aktiviti dimulakan dengan melawat Islamic Civilization Park ataupun Taman Tamadun Islam , Kuala Terengganu. Disini terdapat beberapa monumen Islam yang bersejarah di seluruh dunia.

 Bagi Budak Pacak ini adalah kali kedua kunjungan di sini . Jadi kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai waktu operasi Taman Tamadun Islam dan sebagainya boleh rujuk entry Budak Pacak yang lepas di SINI



Kali ini , Budak Pacak ingin bercerita mengenai Riyaz Heritage Marina Resort yang menjadi lokasi aktiviti mencandat sotong kali ini. Untuk pengetahuan korang , disini selalunya diadakan Monsoon Cup disebabkan lokasinya yang agak strategik dan cukup menarik . 


kalau korang pandai cuba teka ini apa , kehkehkeh 



Dan untuk hari ini, kami akan berlepas dari sini untuk mencandat di perairan Pulau Kapas yang dikatakan sebagai ' lubuk' sotong. Seperti yang lepas , kami ditempatkan dalam satu bot 4 orang tetapi kali ini Budak Pacak hanya bertemakan Emily

bersama Emily 



Berbeza dengan Pulau Chepu, ombak di kawasan sini agak ' ganas ' . Belum pun sampai ke lokasi yang ditujui Budak Pacak dah give up sebab mabuk laut. Agak teruk berbanding hari tu sebab dari awal sehingga akhir aktiviti mencandat, Budak Pacak hanya baring dan perhatikan anak kapal mencandat. Kena pulak bot yang dinaiki kami antara yang terakhir pulang yang mengambil masa hampir dua jam lamanya. 




Walau bagaimanapun Budak Pacak gembira melihat anak kapal yang tak menang tangan mencandat sebab apa yang Budak Pacak perhatikan, kali ini sotong banyak naik ke permukaan, Jadi boleh lihat dengan jelas keadaannya. Kena pula pada malam itu, bulan sedang mengambang penuh. 



Kata orang , kalau bulan mengambang, sotong banyak naik ke permukaan. Ternyata telahan tersebut benar belaka. Terdapat hampir 40 ekor sotong berjaya dinaikkan dan antara jenis sotong yang kami dapat adalah sotong jenjarum , sotong katak , sotong hantu dan sotong torak .


Daripada pukul 5 bertolak ,  pada jam 11 malam kami mula bertolak pulang ke Riyaz Heritage Marina Resort untuk sesi pengadilan dan jamuan makan malam. Ternyata pengalaman mencandat sotong di Terengganu tak akan dilupakan. 

Ketika ini barulah tahu bagaimana susah senang kehidupan seorang nelayan untuk mencari rezeki. Terima kasih kepada tekong dan anak kapal yang membawa serta memberi kami tips untuk mencandat sotong. Andai ada rezeki , kita berjumpa lagi. 


Untuk sebarang aktiviti dan produk pelancongan di Terengganu boleh lawati 



Tourism Terengganu
77A Jalan Sultan Sulaiman,
Kuala Terengganu, Malaysia
No Telefon :
09-6231553
Email :
tourism@terengganu.gov.my
Facebook :
Tourism Malaysia Terengganu
Website :
Terengganu Tourism


p /s ; nantikan entry seterusnya mengenai pengalaman snorkeling di Pulau Redang 

Riyaz Heritage Marina Resort Lokasi Aktiviti Mencandat Sotong | Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu

by on 7.5.14
Day 1  |   Day 2   |     Day 3  Day 4  Untuk hari keempat kami disini, aktiviti dimulakan dengan melawat Islamic Civilization...