Salam kepada geng kipas susah mati sekalian. hari ini 31/12/2010 merupakan penamat atau penghujung bagi setiap tahun.so bila dah habis tahun lama datanglah pula tahun baru dengan azam baru,semangat baru. cakap pasal azam ini kadang-kadang aku pun 'ter'interrupted dengan agenda-agenda yang membuatkan aku lupa azam tahun baru. bila masuk tahun 2008 azam aku nak laksanakna azam 2007, bila masuk 2009 nak laksanakan azam tahun 2008.bila masuk tahun 2010 nak laksanakan azam 2009. pening bukan?? so aku harap sangat tahun 2011 ini azam aku semua tercapai dan berharap sangat tahun 2011 mampu kembalikan senyuman dan harapan aku, aku selalu ingat yang aku ini macam 'black sheep' dalam kalangan semua orang.forget about it sekarang jom kita review azam dan harapan aku tahun 2011:::


♪♫•*¨*• aku harap sangat aku dapat membahagiakan ibu bapa aku◈

♪♫•*¨*• nak tersenarai sebagai penerima anugerah dekan◈

♪♫•*¨*• mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa◈

♪♫•*¨*•hari-hari yang dilalui dipenuhi dengan kegembiraan◈

♪♫•*¨*•study hard + study smart = result kebaboom!!◈

♪♫•*¨*•kurangkan belanja◈

♪♫•*¨*•saving is loving◈

♪♫•*¨*•lebih ramai yang mengenali khai artz-far kerana bakat dan kebaikan yang dibuat ☻◈

♪♫•*¨*•update selalu my bebot blog◈

♪♫•*¨*•balancekan antara sosial life dan students life!◈

♪♫•*¨*•boleh hadapi segala masalah dan rintangan dengan tabah◈

♪♫•*¨*•dapat kawan yang betul-betul 'kawan'◈

♪♫•*¨*•ketepikan sementara masalah orang dan try to find who am i◈

♪♫•*¨*•get car license◈

♪♫•*¨*•make up my bebot supaya lebih ranggi atas jalan◈

♪♫•*¨*• get "fit"◈

♪♫•*¨*•dapat beli this item-DSLR Nikon,new phone,new swatch,new purse,KHI◈

♪♫•*¨*•lebih ramai yang follow blog ::K:H:A:Z::◈

 ♪♫•*¨*•jumpa seorang insan yang digelar wanita yang vetul-vetul memahami diriku,hormat orang tua,caring,solehah dan pandai masak dan mampu memberi aku anak!!woaahhhh!!◈

♪♫•*¨*•tinggalkan segala yang buruk dan kembali pada jalan yang benar◈

♪♫•*¨*• menjadi seorang pendengar yang baik◈

♪♫•*¨*•be strong◈

♪♫•*¨*• penuhkan azam 2010(tak ingat pulak dah!!)

♪♫•*¨*•tubuhkan my own scouts and shooting team◈

♪♫•*¨*•menjadi seorang beliawan,boyfriends kepada seseorang,abang,adik,anak,pelajar,musician,teslians yang adorable, charming, and caring◈

♪♫•*¨*•kurangkan sifat baran dan tingkatkan senyuman☻◈

♪♫•*¨*•kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi!!◈

♪♫•*¨*•take all problems 'se' cool yang boleh...◈

 ♪♫•*¨*•mendewasakan bebot blog

 ♪♫•*¨*•menjadi seorang yang baru dengan azam baru dan penampilan baru

◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈
░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░
░█░░░█░█▀░░░█▀░░▄▄░░█░░█▀█░█░░▀▄░
░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░
◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈


aku harap dengan membuatl list azam dan harapan ini aku dapat menempuhi hari-hari yang berikutnya dengan tenang, di kesempatan ini aku ingin meminta maaf kepada semua yang mengenali diriku dan kepada blogger-blogger sekalian thank you a lot because follow me walaupun aku tahu blog aku tidaklah se'Gah" blog-blog rakan-rakan lain. so lepas ini 0-0 erk jangan ada simpan dalam hati any problems just tell me the truth and don't try to hiding it ok!!

HARI BERGANTI,BULAN BERGANTI,TAHUN PUN BERGANTI
TAHUN BARU,HARAPAN BARU,SEMANGAT BARU
MASA LALU ADALAH KENANGAN,
HARI ESOK ADALAH HARAPAN
SELAMAT TINGGAL KENANGAN
SELAMAT DATANG HARAPAN
HAPPY NEW YEAR 2011 TO ALL BLOGGERS

yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL


::bebot menderum:: azam ini ditulis dengan ikhlas,happy,sedih,gemuruh,semua rasa ada complete in 10☻::
salam to all geng kipas susah mati sekalian.pejam celik pejam celik dah nak melabuhkan tirai 2010 so buku lama pun kita tutup kita buka buku baru dengan azam baru,dan semangat baru. di kesempatan ini aku nak review sikit segala sorotan kegembiraan sukan 2010 memandangkan aku pun atlet dan tahun depan bakal terikat balik dengan sukan menembak.so check this out...

:: 5 Mac 2010::


:: Anuar Manan yang mewakili pasukan Geumsan Ginseng mencipta sejarah apabila muncul sebagai pelumba tempatan pertama memenangi gelaran Raja Pecut di perlumbaan Le Tour De Langkawi. Anuar juga turut memenangi peringkat kelima perlumbaan itu.Bravo,Bravo!!

::16 Mac 2010::


:: Datuk Lee Chong Wei memenangi Kejohanan Seluruh England edisi ke 100. Datuk LCW turut memenangi lima lagi kejohanan; Kejohanan Super Series,Korea,Malaysia,Indonesia,Jepun dan Hong Kong selain turut memenangi pingat emas Sukan Komanwel


:: Alex Liew menghadiahkan dua pingat emas buat kontinjen negara di sukan Asia Guangzhou.pemuda yang berusia 34 tahun ini memenangi pingat emas pertama bersama Adrian Ang dan kemudian memenangi All Events 
::2 April 2010::

::Mohamed Fairuz Fauzy mencipta sejarah dan rekod peribadi apabila dipilih menjadi pemandu ketiga dan uji pasukan Lotus Racing untuk formula satu 2010

::8 Oktober 2010 ::


:: Datuk Nicol Ann David memenangi pingat emas pertama di temasya sukan komanwel. Datuk Nicol turut melakar sejarah peribadi apabila mucul juara dunia kali kelima berturut-turut dan kekal sebagai pemain nombor satu di dunia untuk lima tahun berturut-turut.

::11 Oktober 2010::


:: Atlet terjun ,Pandela Rinong Parng mendapat satu pingat emas untuk acara 10m platform individu di sukan komanwel,dia juga mendapat pingat perak bersama Leong Mun Yee dalam acara platform seirama.

::13 Oktober 2010 ::


:: Elaine Koon menyumbangkan pingat terbanyak negara dalam sukan komanwel asia dengan memperolehi satu emas, satu perak dan tiga gangsa .dan dia juga memperolehi penerima ganjaran tertinggi RM 180,000 bagi atlet individu di temasya tersebut


:: Dua gandingan  mentorku; Nor Suryani dan Nor Ayuni mencipta kejutan dengan menyumbangkan dua pingat emas dalam acara 10m Air Rifle dan Bibiana Eng memenagi acara 10m pistol

::17 November 2010 ::


:: Azizulhasni Awang memenangi pingat emas sukan asia sekaligus melenyapkan kehampaannya dalam sukan komanwel kerana kemenangannya dibatalkan dipercayai mengayuh secara merbahaya.tahniah bro lepas ini boleh belanja lagi kot.

::24 November 2010  ::


:: Pasukan hoki Malaysia mencipta sejarah apabila layak ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam sejarah sukan asia. walaubagaimanapun pingat emas terlepas ke tangan pakistan 0-2.

::18 Disember 2010::


::Pasukan Malaysia membuat kejutan dengan layak ke pusingan kedua Sukan Asia buat pertama kali dan mara ke ke perlawanan akhir piala suzuki selepas menewaskan juara bertahan, Vietnam

::29 Disember 2010::


:: Penutup terindah 2010 dengan menyaksikan pasukan bola sepak Malaysia memenangi piala suzuki buat pertama kali sejak diperkenalkan pada tahun 2006.walaupun kalah di tempat lawan namun kejayaan di tempat sendiri telah melayakkan Malaysia dinobatkan sebagai Raja Asia Tenggara setelah membenamkan Indonesia dengan agregat 4-2.Tahniah diucapkan

sekian berita dilaporkan oleh Khai Artz-Far untuk berita GT 128


pesanan penaja: bersedia untuk membidik musim hadapan. Air Rifle wait for me!!

:: SOROTAN SUKAN 2010::

by on 30.12.10
salam to all geng kipas susah mati sekalian.pejam celik pejam celik dah nak melabuhkan tirai 2010 so buku lama pun kita tutup kita buka buku...
salam to all geng kipas susah mati sekalian.aku saja pilih entry ini sebab nak bagi kesedaran dan untuk kita fikirkan sejenak tentang perkara inin.sebab dalam kesibukan kita mencari harta dunia. harta akhirat wajib kita cari kalau tidak.......... so sekarang jom baca sedikit pun jadilah walaupun ianya panjang berjela.. sebelum itu jom ramai-ramai baca doa ini sebelum mula...(bacalah selalu doa di bawah ini selepas solat Fardhu, di akhir tahiyyat sebelum salam, insya Allah, kita selalu dalam lindungan-Nya.)
 
"ALLAHUMMA INNI 'AUDZU BIKA MIN ADZABIN JAHANNAM, WA MIN ADZABIN QABRI, WA MIN FITNATIN MAHYA WA MAMAAT, WA MIN SYAHRII FITNATIN MAHSYIHIL DAJJAL"

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka Jahannam, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, kuberlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian serta kuberlindung kepadaMu dari kejahatan dan fitnah Al-Masih Dajjal”

Inilah sebagian dari tanda-tanda akhir zaman. Bahawa telah muncul "Dajjal" bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan. Merujuk pada riwayat hadist dari Jamiu at Tirmidzi,
"Rasulullah SAW bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini di bahagian timur bernama Khurasan" 
 Maka boleh jadi yang dimaksud Rasulullah SAW tersebut ialah benar adanya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi SAW. bersabda: "Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "

kata-kata sai baba kepada pengikutnya :- 
panggilah aku dengan nama kalian sukai akulah krishna, akulah Allah dan akulah al masih!!

Tuhan harus bermanifestasi sebagai manusia, bergerak di antara orang-orang supaya di dengarkan, di kontak, di cintai, di turuti kata-katanya dan di hargai.Dia harus berbicara dalam bahasa manusia dan bertingkah laku sebagai manusia.kalau tidak, dia kan di sangkal, tidak di pedulikan, di takuti @ bahkan di hindari.

apa yang di kehendaki harus terjadi, apa yang kurencanakan harus berhasil.akulah kebenaran dan kebenaran tak perlu sangsi, gentar atau tunduk


 


Dan Sai Baba ini bisa jadi adalah salah satu dari 30 dajjal-dajjal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal nantinya akan berperang dengan Imam Mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa bin Maryam).

SIAPA SAI BABA ITU DAN BAGAIMANA CIRI-CIRI DAJJAL MENURUT RASULULLAH SAW?

-Lelaki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,
-Menyembuhkan orang lumpuh dan buta,
-Bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya.
-Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap,
-Menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang Bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama.
Saat ini lelaki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut.



"Dajjal adalah seorang lelaki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)

"Di awal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kamu  tidak dapat melihat Rabb kamu sehingga kamu mati (HR.Ibnu Majah)


BEBERAPA PERSAMAAN DAJJAL DAN SAI BABA:
*gambar ini dihantar oleh salah seorang geng kipas susah mati dalam e-mail aku dan didalam bulatan tersebut adalah signature dari fans club dia zoomkan sendiri yer


-Dajjal seorang lelaki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo. 

-Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali. 

-Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.  





-Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata. 


-Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.



-Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.



-Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut-pengikutnya.



-Dajjal akan menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.



-Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengaku bahawa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.



-Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majlis darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.


-Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanker.



-Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun projek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).



-Dajjal boleh mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, mini injil dan berbagai bentuk apa-apa berlafaz ALLAH dalam sekejap. 



-Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba boleh menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.


-Dajjal boleh berpindah jasad dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba boleh  berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan bentuk lain dirinya. 


-Dajjal boleh membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuah pesawat terbang. 



-Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, dia juga boleh berjalan ke pasar, rumah sakit dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia. 



-Dajjal boleh  memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh-tumubuhan dan air. Sai baba boleh mengeluarkan air dengan hentakan kakinya. 


-Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, dia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).
-Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan teologi zionis. 



-Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mengatakan bahawa dia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan.

*berlagak macam suci konon(panas je tengok)
Kesimpulan: Bahwa sifat Dajjal dan Sai Baba yang diutarakan diatas adalah bagian dari sifat salah satu 30 dajjal-dajjal kecil (pendusta-pendusta akhir zaman) yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal besar).

Yang ciri-cirinya menurut riwayat hadits shahih adalah sebagai berikut :

-Dajjal buta sebelah seperti buah anggur.
-Kedua matanya ada tulisan kafir yang dapat dibaca oleh orang beriman.
-Dajjal tinggal di bumi selama 40 hari, 1 hari seperti setahun, 1 hari berikutnya seperti sebulan, 1 hari berikutnya seperti seminggu, 1 hari berikutnya seperti hari biasa.
Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada satu negeri yang tidak dimasuki Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah, dan tidak ada satu jalan di Madinah, kecuali terdapat malaikat yang berbaris menjaganya. Maka Dajjal singgah di daerah rawa, kemudian Madinah bergoncang tiga kali goncangan, sehingga seluruh orang kafir dan munafik keluar dari sana menuju ke tempat Dajjal."

Rasulullah SAW bersabda : “Bukankah sesungguhnya ia itu bermata sebelah, dan tertulis di antara kedua mata dajjal itu kata kafir, yang dapat dibaca oleh setiap Mukmin.” (Muttafaqun ‘alaih) Dan dalam riwayat yang lain dinyatakan: “Tertulis diantara dua matanya huruf kaf, fa’, dan ra’.”(HR. At-Tirmidzi)

Hadist riwayat Muslim, dari Nawwas bi Sam’an: Rasullulah SAW mengatakan, "Dajjal adalah seorang pemuda berambut keriting, matanya sebelah kanan celek, aku menyerupakannya dengan Abdul Uzza bin Qathan (lelaki Quraisy yang hidup di zaman Jahiliyah). Maka barang siapa yang menemuinya bacalah surat Al-Kahfi. Ia keluar dari sebuah jalan antara Syam dan Iraq, lalu ia berbuat binasa kesana kemari ”

ALLAHU AKBAR! LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL "ALIYUL ADZHIM….

***Konspirasi Dajal bersifat matrialistik sekuler, dia datang dan "berdakwah" dengan membawa perumpamaan air, namun pada hakikatnya adalah api. Syurga yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah neraka. Neraka yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah syurga.

Gaya bicara Dajjal, tidak lain adalah seorang pendusta besar! Solat adalah buang-buang waktu, Alquran dan agama hanyalah simbol, bahkan ia kerap mendustakan keberadaan para nabi-nabi terdahulu dan mengadakan fitnah didalam cerita/kisah rasul-rasul terdahulu.

Itulah sebahagian sifat dari Dajjal laknatullah alaihi! Tujuannya hanya ingin mengkafirkan penduduk bumi dan memurtadkan orang-orang Islam agar keluar dari agamanya dengan dalih, Islam adalah agama setan dan masih banyak lagi. Naudzu billahi min dzalik!

Padahal Allah telah menjelaskan dalam Quran:
"Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (Ali-’Imran:18-19)

Waspadalah wahai kaum muslimin sekalian dan nak share atau copy beritahu dahulu ya takut nanti salah tafsiran pula..





Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah melakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”


Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
 
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

#Pesanan penaja: silakan jika mahu share atau copy.sebarkan...
Kali ini aku nak tunjuk entry ini! yes i'm Kedahan and proud to be one of his childrens. hoi orang kampung meh follow aku balik!! inilah serba serbi mengenai Putera Tesl 

::Nama: Khai Artzfar

::Status: Bujang(ada kosong lagi!!)
::Cara hubungi:: 
facebook:: Khai Artz-far
                  ::Khai Artz-far II
                      :: E-mail     :: mrblackspace92@yahoo.com 
  ::No-fon    :: tanya aku sendiri
::Daerah yang sewaktu dengannya:: Pokok Sena-Kota Star
::Tempat tinggal::Pokok Sena

::Tempat Menarik: Rumah aku penjara so datanglah!!,
                                                        yang terdekat Pekan Rabu, Balai Seni, banyak lagilah

 untuk join juga teman senegeri korang cuma klik banner ini
#pesanan penaja::pendek kata datang terjah aku then follow teman senegeri muahahaaha....
Salam kepada geng-geng kipas susah mati sekalian, hari ini aku nak sentuh sedikit pasal mandi. Bukan mandi nak pergi berkelah tapi pasal cara mandi wajib yang betul.ramai yang amik pusing saja benda ini tapi ilmu ini amatlah penting. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul


Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir dan didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya korang punya mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh..Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah aku menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah aku menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah aku nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

TIPS PUTERA TESL :
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”


PESANAN JUNJUNGAN KITA:“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

# pesanan penaja:: boleh share yerr

::MANDI WAJIB::

by on 28.12.10
Salam kepada geng-geng kipas susah mati sekalian, hari ini aku nak sentuh sedikit pasal mandi. Bukan mandi nak pergi berkelah tapi pasal car...