October 13, 2014

Night of Fright 2 : Malaysia Biggest And Scariest Festival of Fear

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 

Pernah pergi tak mana -mana fun fair? Kalau pernah Budak Pacak gerenti korang akan terjah rumah hantu dulu walaupun pada hakikatnya korang takut gilos kehkehkeh...



Apa kata cabar keberanian korang dengan ke Night of Fright 2 yang merupakan Malaysia Biggest And Scariest Festival of Fear yang kini kembali di Sunway Lagoon

Budak Pacak sempat ke ' Behind The Scenes ' pembikinan Night of Fright ini dimana para pelakon telah membuat latihan pada sesi yang digelar " Scare of School" sebelum berlakon pada hari tersebut. Antara latihan yang dibuat adalah sesi Ice Breaking antara pelakon, Horror Make Up Tutorial, Costume Fitting dan On-Set Rehearsals





Latihan yang dikelolai oleh Dominic McChesney selaku Director of Live Attractions Worldwide The Sudden Impact! Entertainment Company ini turut disaksikan oleh Lynton V Harris, Chairman & Chief Executive Officer The Sudden Impact! Entertainment Company dan John Gullidge, Attraction Manager And Director - Asia Pacific The Sudden Impact! Entertainment Company

muka - muka 'hantu' kehkehkeh 



Haa! bukan senang yer orang besar turun berkongsi pengalaman dan tips menjadi pelakon yang terbaik 



Promo Night of Fright 2 


Apapun buat korang yang mempunyai kelapangan, nak cuba pengalaman misteri terbaru yang lagi seram dan tergempak di Malaysia, korang wajib ke Night of Fright 2 yang akan menghantui Sunway Lagoon pada 17, 18, 24,25, 31 Oktober dan 1 November 2014 bermula pada 7.30 pm - 10.30 pm


Menjanjikan 6 zon Seram dan 25 tarikan misteri yang lain seperti Horrorwood Studio, Pontianak Theater of Fear , The Mummy Revenge, Escape from Pudu dan banyak lagi . Nak tau seram ke tak korang tengok sendiri bawah ni 




buat korang yang berminat boleh dapatkan tiket dengan harga Rm48 seorang di kaunter tiket Sunway Lagoon!

Dapatkan tiket sekarang,atau korang akan terlepas pengalaman di dalam Night Of Fright 2 : Malaysia Biggest And Scariest Festival of Fear ! Jumpa di sana ! 

Untuk maklumat lanjut boleh layari 


p / s : kalau Budak Pacak buat mini giveaway sepasang tiket ke Night of Fright 2 ada yang nak join tak ? 

2 Budak Rambut Pacak Komen:

Miera Nadhirah Tan said...

Nak... nak.... untuk Eazy Izzuddin.. hehehe... nak ramai2 pergi baru tak takut sangat... hehehe

Ismi Ana said...

Perghh..macam best je gi rumah hantu. Tapi ana ni lemah semangat kalau nampak pocong. Jap jap..ade pocong tak? Huhu. So scary...