Total Pageviews

::WEDDING OF THE YEAR::

salam kepada semua geng-geng kipas susah mati sekalian.rasa macam setahun tak buat entry baru padahal baru dua hari. maaflah sibuk sedikit dengan majlis perkahwinan sepupu. dalam pada itu terlintas nak tulis entry pasal wedding. sekarang ini sibuk pula orang nak status wedding of the year,bagi aku cukuplah sekadar menyambut dan mengadakan kenduri kecil-kecilan. tapi bagi dorang yang duit banyak tu boleh teruskan niat korang...sekarang kita check-list senarai majlis perkhwinan yang pernah mendapat jolokan Wedding of the Year Malaysia::

::Mawi& Ekin::

Perkahwinan dua artis ini pernah mendapat jolokan wedding of the year pada tahun 2008
.Mana tidaknya perkahwinan raja Sms.tapi perkahwinan ini tidak ada undian sms,jangan silap pula.perkahwinan mereka pada ketika itu mendapat liputan meluas media. keseluruhan majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM 5 juta!!

::Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza::


penyanyi kesayangan ramai ini berkahwin dengan ahli perniagaan  pada 28/8/2006 dengan tema perkahwinan dalam taman. majlis perkahwinan ini turut mendapat tumpuan media dalam dan luar negara.jumlah keseluruhan majlis ini dirahsiakan tapi dianggarkan melebihi RM 500,000.
untuk ke majlis ini pun bukan calang-calang orang yang boleh pergi kerana difahamkan untuk meletak kenderaan dikawasan perkahwinan Datuk Siti 'owner' kenderaan tersebut mestilah mempunyai pelekat VIP. walaubagaimanapun majlis perkahwinan Datuk Siti ini memang superb dan mencetuskan idea kepada masyarat untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan tema dalam taman.


 ::Serina Redzuawan & Gavin::


Majlis perkahwinan anak kepada Chef Wan ini diadakan secara besar-besaran sehingga memakan masa selama tiga hari tiga malam. Ia melibatkan enam acara berbeza yang dimulakan dengan acara merisik yang diadakan di Royale Chulan Hotel pada 31 Disember 2009. Sebelum bernikah pasangan ini diraikan dalam acara berinai kecil di J.W Marriott, Kuala Lumpur. Acara acara akad nikah pula diadakan pada 1 Jan 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan dan ini diikuti dengan beberapa acara lain sehinggalah ke majlis resepsi yang dihadiri oleh tetamu-tetamu VIP di Royale Chulan Hotel.
Pada malam kemuncak persandingan pasangan ini, Serina tampil menggayakan aksesori barangan kemas daripada Habib Jewels bernilai RM2.5 juta.

::Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Harlina:: 

 majlis perkahwinan gilang-gemilang ini patut dikreditkan kepada mereka berdua kerana populariti mereka mengatasi para artis. pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 10/10/10 dengan bertemakan pahlawan melayu di istana kayangan.


majlis ini dihadiri lebih dari 1000 kenamaan terdiri daripada kerabat diraja.menteri-menteri serta 80 orang angkasawan yang dijemput khas dari seluruh negara .ditambah pula majlis ini turut dikatakan sebagai wedding of the century

::Jimmy Shanley & Suhaila::


pasangan ini baru saja mendirikan rumahtangga namun desas desus mengatakan retak menanti belah namun bukan itu yang dipersoalkan. difahamkan kos majlis ini melebihi RM 500.000 melibatkan empat majlis resepsi,
Jimmy adalah artis kedua yang bersanding di KLCC selepas Datuk Siti Nurhaliza.Jimmy telah membawa mas kahwin dan duit hantaran sebanyak RM31,186, bersamaan tarikh lahir Suhaila iaitu pada 31 Januari 1986.

::Datuk Sani& Fatimah Dalilah::

Majlis pernikahan dan persandingan pemilik syarikat bas Sani Express, Datuk Wan Mohamad Sani Salleh, 34, dengan Fatimah Dalilah Omar, 30, juga tidak kurang hebatnya.Memilih tarikh yang sama dengan angkasawan negara, pasangan ini telah melangsungkan pernikahan di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
Kehadiran mereka di masjid ini diiringi oleh konvoi lebih 10 kereta mewah termasuk Ferrari dan Lamborghini.Pihak pengantin lelaki menyediakan 13 dulang hantaran termasuk cek bernilai RM100,000 dan sebuah Mercedes Benz CLK manakala pihak perempuan membalas dengan 15 dulang.Majlis persandingan pasangan ini diadakan pada sebelah malam di Cindai Ballroom, Ri-Yaz Heritage / Marina Resort and Spa membabitkan hampir 1,000 orang jemputan.

::Nur Nadiah SM Nasimuddin & Hamzah Alang::




 perkahwinan anak gadis pemilik Naza Holdings ini boleh dikatakan cukup sempurna. malah segalanya mengikut tema  citarasa mewah.
pasal perbelanjaan memang tidak dinafikan memang tinggi.semuanya diatur dengan rapi dan tetamu terdiri daripada golongan terdekat dan VIP sahaja.

::SM Nasaruddin & Marion Counter::

Perkahwinan pengacara E-News Asia, Marion Rose Caunter bersama usahawan SM Nasarudin SM Nasimuddin sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat hiburan tanahair. Bagaimanapun, pasangan yang selamat bernikah pada 16 Disember lalu ini tidak membenarkan pihak media membuat liputan tentang majlis perkahwinan mereka.


Semua acara diadakan secara tertutup dengan dihadiri oleh tetamu jemputan sahaja, majlis resepsi yang diadakan di Ballroom utama Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada 17 Disember lalu diadakan dalam suasana yang cukup mewah.Bukan itu sahaja, pasangan ini turut mengadakan satu majlis resepsi di kepulauan Maldives di mana hanya tetamu tertentu diterbangkan ke sana.
 sekarang kita check list antara perkahwinan sensasi 2010 memandangkan 2010 bakal melabuhkan tirainya::
 
  1. Bintang Raja Lawak 2, Along Cham atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 27, dengan bintang Akademi Fantasia 4, Zila Seeron, 21.
  2. Anak produser filem Raja Azmi, Puteri Suraya Mohd Jalani, 24, dengan pengarah filem Mohd Shadan Hashim, 34.
  3.  Pelawak, pelukis terkenal, Abdul Rahim Muda, 50 atau Imuda dengan Zabarina Haja Mushadi Ali, 28.
  4. Pelakon, penyanyi, Datin Paduka Umie Aida, 37, dengan usahawan, Datuk Paduka Khairudin Abu Hassan, 47
  5. Aktor Zizan Nin dengan penyampai TV9, Fazilah Hani Harun
  6.  Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, 45, dengan Faizal Sazali Zulkifli, 44
  7.  Pengarah filem Aziz M Osman, 48, dengan pelakon, Puteri Lily Lokman, 21
  8.  Pelakon, WafaTan Sri Abdul Kadir, 44, dengan jurutera Tajul Faizal Tamimuddin, 44
  9.  Bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 35 dengan Mohd Yassin Ben @ Abd Rahim, 23.
  10.  Aktres Aida Aris dengan Ketua Pramugara Husfarid Shaikh Ali@Shaikh Hussain
  11. Pengacara Jimmy Shanley dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy
  12.  Pensyarah dan penyanyi Dia Fadila dengan Redza Tan Sri Hj Abdullah Sanusi
  13. Penyanyi Bienda atau Norrazlinda Razli, 25, dengan Kamarul Zariman Abd Rahman atau Boy
  14.  Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muzzafar Shah Shukor dengan Dr Harlina Mohd Yunos
  15.  Pelakon, penyanyi, Aqasha atau Firdee Aqasha Rosli dengan kakitangan Astro, Baizura Sabri
  16.  Penyanyi, Siti Saerah dan Saiful Anuar
  17.  Pelakon, Raja Farah Raja Aziz , 22, dengan ahli perniagaan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25.
  18.  Penyanyi, Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 23, & Khairul Anuar Hussin, 35.
  19.  Pelawak, pelakon, Zaibo atau Zainal Ariffin Abd Hamid, 54, dengan Siti Hawa Shawal, 45
  20.  Pengaraca E! News Asia, Marion Rose Caunter dengan usahawan SM Nasaruddin
 
 #pesanan penaja: sedang menunggu tarikh yang sesuai.

2 comments:

Unknown said...

uwaaa..sonok tengok wedding org...

khai artzfar said...

misz sheyla bila lg