Total Pageviews

HILANGKAN TEKANAN

salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian. harap korang sihat sentiasa. kali ini entry aku muncul dengan tips release tension tapi kali ini khai artzfar punya stail sebab aku tahu kebanyakan petua yang ada sesetengah orang boleh ikut dan ada juga yang tidak boleh ikut terutamanya golongan remaja macam aku. memang tidak dinafikan memang aku selalu tension , so aku nak share macam mana aku boleh cool bila tension.otak aku gila-gila sedikit so cara nak solve dia pun agak mental.  .so kali ini jom review macam mana aku selesaikannya.


  •  dengar lagu atau muzik kegemaran kita dengan rentak yang kita inginkan
  • jangan tunjuk depan orang  yang kita sedang alami masalah
  • sentiasa cool
  • kalau tengah berdiri, eloklah duduk dan ambil nafas dalam - dalam
  • cuba kunyah chewing - gum atau menghisap gula - gula
  • tuliskan masalah yang dihadapi diatas kertas selepas itu buang atau bakarkannya agar orang lain tidak boleh baca apa yang kita sedang hadapi ( blog pun salah satu tempat yang kita boleh luahkan apa yang terjadi tapi pastikan kita menjaga tatabahasa penulisan )
  • luahkan masalah yang dihadapi kepada rakan atau individu yang rapat dengan kita
  •  lepak dengan kawan - kawan korang
  • tengok movie kegemaran korang
cara diatas korang boleh lakukan bila ada masa lapang. sebab bila kita dalam dilema dan  stress, kita perlukan masa untuk hilangkannya, bukan? selain itu, bila korang ada masalah , jangan lupa pula pada yang Maha Esa. so cara dibawah korang patut lakukannya sekerap yang mungkin.

  • sentiasa tersenyum pada orang lain walaupun ketika itu kita mempunyai masalah
  • berserah kepada yang Maha Esa
  • beristiqarah
  • berzikir
  • makan makanan yang manis seperti kismis dan kurma
  • mengambil wudhuk
 so ingat walau sebesar mana pun masalah korang , jangan jadi individu lain sebagai tempat korang lepaskan geram korang. kelak menyesal pula. lagi satu ingat, ketika kita susah dan mempunyai masalah, ada insan lain yang lagi susah dan mempunyai masalah yang lagi besar daripada kita. Allah tidak akan menguji hamba-Nya sekiranya hamba-Nya itu tidak boleh mengatasi masalah yang dihadapi.



::bebot menderum:: ada berita buruk dan berita baik yang diterima hari ini :(

yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL