Total Pageviews

TAFSIRAN MIMPI

Salam kepada semua geng kipas susah mati blogger sekalian. pernah tak korang semua bermimpi? mesti pernah bukan? kalau tak pernah itu namanya alien. so kali ini aku wujudkan segmen baru iaitu tafsiran mimpi. mimpi merupakan pengalaman tidur yang dialami semua orang . ada yang menggembirakan , menyedihkan dan tidak kurang, menyeramkan. so dalam segmen ini cuma tafsiran berdasarkan pandangan dari berbagai budaya dan cara hidup . tapi korang jangan terpengaruh pula dengan pandangan yang ada. kerana ada yang boleh jadi betul dan ada yang boleh jadi salah.just for fun ok! kali ini aku tunjuk petanda mimpi mengenai diri kita.


kalau bermimpi kepala timbul luka- luka yang banyak
= alamat akan memperolehi keuntungan

kepala keluar tanduk
=tandanya akan ada perselisihan faham yang akan dialami

bermimipi potong rambut atau bercukur
= ada di antara kaum keluarga yang akan terganggu kesihatan

rambut keguguran
= akan tiba kesedihan atau alamat kurang baik

rambut keputihan, beruban, keguguran
= kegembiraan akan beralih dengan kesedihan 

rambut  menjadi lebat
= kegembiraan akan menjelma atau bila dah berumahtangga akan beroleh anak

bermimpi rambut menutup mata
= dirinya akan dipandang serong atau nasib yang tidak baik

menyikat rambut atau mencuci muka
= kesedihan akan berubah menjadi gembira

melihat seseorang berambut merah
= akan berjaya dalam perniagaan

rambut berwarna merah
= akan menghadapi perasaan hati yang kurang senang


::bebot menderum:: ada yang boleh percaya dan ada yang tidak.chill ok...
yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 


3 comments:

Biey said...

selalu gak mimpi tpi takde pula mimpi yg berkaitan dngan rambut..

khai artzfar said...

@Bieysabar2 nnti ade entry lg pasal mmpi ni

cik mas said...

mimpi kena kejar antu.. :)