Total Pageviews

Review Filem Zombi Kilang Biskut

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Ada peminat filem Mamat Khalid dekat sini ? Seperti yang sedia maklum filem Mamat Khalid yang sebelum ini Zombi Kampung Pisang dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. 



Kali ini, filem terbaru beliau , Zombi Kilang Biskut akan mula ditayangkan di 88 lokasi pawagam di Seluruh Malaysia bermula 20 Mac ini. Filem yang menelan belanja sebanyak RM 1.7 Juta ini membariskan pelakon - pelakon terkenal seperti Awie, Usop Wilcha , Shuk SYJ , Dalimawati, Eina Azman, Soffi Jikan, Adam AF dan ramai lagi . 



 Baru - baru ini Budak Pacak sempat hadiri pada malam tayangan perdana filem ini.Bagi Budak Pacak , ini adalah satu filem komedi ringan yang sesuai untuk ditonton bersama keluarga mahupun teman - teman. Cuma pendapat Budak Pacak , filem ini agak kecewa sedikit daripada filem - filem Mamat Khalid yang lepas kerana dari segi penceritaannya agak tergantung dan kurang menyengat dengan lawaknya. 

Namun begitu , filem ini dikuatkan lagi dengan pelakon - pelakon yang pernah membintangi filem Mamat Khalid sebelum ini selain ada beberapa part yang lawaknya sangat menghiburkan !



Jadi kepada korang yang follow cerita zombi dari Mamat Khalid sebelum ini, jangan lupa untuk ke pawagam untuk tengok sendiri apa yang terjadi dengan Husin, serangan zombi yang semakin liar dan kemunculan hantu baru

Rating Blog Budak Pacak : 3 Bintang 


Adam AF promosikan Filem Zombi Kilang Biskut 


Sinopsis Zombi Kilang Biskut 

Zombi Kilang Biskut menceritakan mengenai Abang Din Mamu mengajak Usin untuk bekerja di Kilang Biskut. Usin bersetuju untuk bekerja di Kilang Biskut dan menjadi technician bersama - sama Wahab B. Dari Situ  bermula pengkisahan zombi ini setelah Usin bertemu dengan Dr Sofi.  

Di Kilang Biskut , mereka digemparkan dengan ramai pekerja yang pengsan dan mereka berasa pelik. Usin turut merasa pelik dan beliau pernah nampak kelibat yang berupa zombi di Kilang tersebut. Secara tidak langsung kampung mereka turut didatangi hantu  Kamariah yang ingin mencari Usop yang telah membunuh beliau. 

Kampung Pisang sekali lagi menjadi kucar - kacir dengan serangan Zombi Kilang Biskut . Usin , Usop , Sofea,  Wahab B dan Pian bersama untuk menentang zombi ini walau bagaimanapun mereka diserang oleh Hantu Kamariah . Apa yang terjadi seterusnya ? Adakah mereka berjaya ? Siapakah Hantu Kamariah sebenarnya? Kalau nak tahu korang kenalah tengok sendiri di pawagam berdekatan ! 

p /s : penggambaran dibuat dekat kampung teman ! 

8 comments:

Unknown said...

Banyak nye update dia...jenuh baca huhuhu

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. macam best je. suami sheila mesti nak p tengok ni. hehehe ~~~

edisi said...

lepas ni bole buat blogger zombi...haha

khai artzfar said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) haha sekadar perkongsian la katakan

khai artzfar said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) haha sekadar perkongsian la katakan

khai artzfar said...

@Sheila Salim kalau nak tahu apa yang terjadi dekat husin kenalah tengok kak sheila hehe

khai artzfar said...

@jamian sarifamboi blogger zombie kang mampus semua update pasal otakkkk haha

profhariz said...

3 bintang? Memang tak tontonla. hehehe

Ikhlas,
profhariz.com