Total Pageviews

Pawagam TGV Yang Mewah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 


Buat kaki wayang semua , dah pernah masuk pawagam mewah TGV yang pertama? Kalau belum, silalah ke Indulge bertempat di TGV Cinemas , 1 Utama

Kalau sebelum ni , kita pernah dengar mengenai TGV Beanie ,Luxe IMax kali ini mereka telah melancarkan Indulge. 





Sebenarnya pelancaran ini telah berlangsung pada april yang lalu . Maklumlah dengan sibuk semua , tak sempat nak ke Indulge. 





Jadi baru - baru ini , Budak Pacak telah diberi pass masuk ke TGV Indulge untuk merasai sendiri pengalaman menonton filem di dalam Indulge. Pertama kali menjejak kaki ke dalam Indulge korang akan disambut alunan muzik jazz. Pilihan filem Fault In Our Stars pulak, tahan macho je tak nak nangis kehkehkeh...


 Di sini terdapat lounge yang membolehkan korang menunggu waktu filem korang dengan keadaan yang tenang dan juga selesa . Bertemakan warna ungu mewah , disini terdapat pelbagai menu western menanti korang. Menariknya korang boleh menikmati makanan ini di dalam pawagam atau di lounge. 



Di dalam pawagam, korang tak payah memanggil petugas untuk memesan makanan. Kerana di setiap kerusi mempunyai butang yang berfungsi memesan makanan dan minuman yang korang nak. Hebat bukan ?

Bukan itu sahaja, semua kerusi di sini flexible , korang boleh baring dan aturkan posisi yang korang nak dengan butang automatik disebelah kerusi. Di setiap kerusi , mempunyai selimut. 



Jadi di Indulge , keselesaan pelanggan adalah keutamaannya.

Bayangkan tengok filem di atas kerusi yang fleksibel sambil berselimut , makanan pula dihidangkan. Like a boss !! 

TGV Indulge mempunyai dua hall mewah yang boleh menempatkan 32 dan 40 orang dalam satu masa. Dan untuk pembelian tiket Indulge adalah RM 45 untuk satu orang, bergantung kepada filem yang ada pada waktu itu. Kalau Budak Pacak sudah, korang bila lagi ?

untuk maklumat lanjut boleh ke

website - http://www.tgv.com.my/cinemas/halls/indulge.html

p /s ; Rasa nak tinggal lama - lama dalam tu..

5 comments:

Ismi Ana said...

Kene mencube ni. Thanks info. Hihi

Hafiz Hafizol said...

Budak Pacak ada orang spons . x aci ah... haha

khai artzfar said...

@Ismi Anakena cuba sekali nihhh

khai artzfar said...

@Ismi Anakena cuba sekali nihhh

khai artzfar said...

@Hafiz Hafizolhaha tgv bagilah. terima kasih TGV