Total Pageviews

Komik Boboiboy Galaxy X Lawak Kampus : Superior Kini Dilancarkan!

Apa komik kegemaran korang? Kalau aku dari dulu lagi suka baca komik lawak kampus keluaran Kadokawa Gempak Starz. Tak pernah tak ketawa sebab kelakar dan best! 




Boboiboy Dan Lawak Kampus Dalam Edisi Superior

Macam mana pula dengan Boboiboy? Seperti yang kita ketahui kedua-dua jenama ini mempunyai peminat setianya tersendiri. Jika Boboiboy mendominasi pilihan kanak-kanak di Televisyen, Lawak Kampus pula sudah menceriakan pembacanya menjangkau usia 15 tahun! 



Malah sempena dengan ulang tahun ke-15 Lawak Kampus, Kadokawa Gempak Starz telah bekerjasama dengan Animonsta Studios bagi menghasilkan Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy : Superior. Excited weh! 






1000 Naskah Terawal

Dalam edisi istimewa ini, sebanyak 1000 naskhah bakal diterbitkan mengikut pesanan awal peminat. Dan mereka yang memesan awal komik ini bakal menerima hadiah eksklusif dan boleh mendapatkan komik ini bermula 31 Ogos 2018. Harganya pula cuma RM25! Kira sangat berbaloi sebab macam-macam korang dapat tau 



Ada Hadiah Menanti! 

Yes! Untuk korang yang nak menang hadiah ada mini contest mudah tau dekat Atria Shopping Mall Petaling Jaya. Caranya cuma bergambar dengan poster 3D watak Lawak Kampus disana dengan kreatif dan muat naik di social media korang! 





Aku dah baca sinopsis komik ini memang awesome dan tak sabar nak dapatkan satu! Tahniah buat team Boboiboy dan Lawak Kampus! 


20 comments:

Yanty Lee said...

Boleh cari satu ni , bawa balik kampung nanti layan dengan anak-anak buah . MEsti derang suka , sambil -sambil tu release tention layan komik kartun walaupun dah tua bangka.

Suria Amanda said...

Akak membesar dengan komik Ujang, MOY Publications..sekarang dah tak baca komik dah la..tapi anak- anak akak suka ngan komik..bagi je la komik citer apa pun memang diorang suka..Tahniah Boboiboy dan Lawak Kampus dan semakin maju...

Rawlins GLAM said...

Nowadays, my only comic is Lawak Kampus, always. Bila nak belikan baby nie?

Emily said...

HHmmm I hve not heard of Lawak Kampus before but have enjoyed BoBoiboy. With this collaboration, I believe it is going to be a blast. Keen to check out this edition!

Hasif Hamsyari said...

Interestingnya... Boboiboy dan Lawak Kampus ni masing-masing legend kot dalam legasi masing-masing - kartun animasi dan komik animasi. Kalau dah keluar komik, hopefully nanti ada juga kartun yang menggabungkan kedua-duanya. Mesti gempak!

nurmisnan said...

apo pasal gambar kurus bebeno semua.. kekekeke
duku suka juga layan boboi ni tp dah senja ni
x melayan dah lepas anak sedara dah beso sekolah

nanti nak grab juga utk hadiah anak sedara den

Mimie said...

Mesti lagi best. Sebelum nih baca lawak kampus memang kelakar. Kalau plus dengan boboiboy galaxy mesti lagi havoc dan lawak

adianiez AIDA said...

Aida ada belikan anak-anak lawak kampus ni.
Tebal kan. Anak-anak suka.
Ni kalu kuar, ada plak boboiboy, hmmmmm mesti diorang merayu aida beli kan hi hi...

Mahamahu said...

Dah lama tak tengok keluaran komik kelakar macam ni mesti seronok dan mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu hehehe... Tapi kanak-kanak sekarang modern semua ada kuasa macam mana...

dr-Life said...

this comic look so much interesting. tak pernah baca lagi. memang nak baca sangat... hhehe...

Nurhasanah Ismail said...

Tau boboiboy je sebab anak suke tengok. Dulu membesar baca penyiasat remaja n detektif conan. Huhu nampaknya industri ni makin berkembang dan maju beberapa tahun ni. Animasi pun bukan calang2 hebatnya.

Jia Shin Lee said...

I've read this comic before, spent my childhood with it actually and now it's 15 years already, time really flies.

Emi said...

Emi dah lama sangat dah tinggalkan hobi membaca komik ni. Mungkin ini salah satu sebab untuk kembali baca komik? Hmmm

Wawa Ashihara said...

Selalu gak melayan komik lawak campus.. Ada lg edisi2 yg dulu2 kat rumah.. Hahaha.. Sekarang dh jrg beli sebab abah marah.. Hihi.. Tapi kalau bosan sekali sekala beli oklah kan... Tp mmg best la lawak2 dia.. Skrg dia bergabung ngn boboiboy ke? Wah bolehlah cuba yg baru ni... Dah lama xmembaca komik ni..

Zharif Azis said...

zaman2 sekolah dulu mmg rajin baca komik. maklumlah tension x tahu nak buat apa. plus handphone pon masa tu tak "in" sangat. tak mcm skrg nie. okay, nak dptkan jugaklah naskah yg terawal tu. dgr cerita banyak free gift dapat

Alia Farhan said...

Lama dah akak x baca komik..last one baca yg time gempak tengah femes dulu tu...sebelum2 tu ujang la gila2 la..now ada kmik baru ye...nanti nak cari la

Alia Farhan said...

Komik baru eh?ke dah lama...akak lama da tak baca komik..last baca masa spm dlu tu..time tu femes dengan komik gempak tak silap nama dia...best jugak lama2 sekali baca komik kan

Lia Hasty said...

Memang suka baca Lawak Kampus, layan je kan, Kelakar dengan watak katak hijau tu. Nak beli lah naskh baru RM25 tu. Boboiboy layan juga kalau adik bongsu buka TV, kita pun tengok sekali lh.

Huda Halid said...

Wah gabungan yang menarik. Nak dapatkan gak la komik lawak kampus X Boiboiboy Galaxy ni,hadiah untuk anak-anak yang memang peminat tegar boboiboy

mrspuex said...

selalu akak belikan buku color color boboboi je untuk anak bujang akak.. ni dah ada komik ni at least boleh asah skill membaca untuk dia plak..