Total Pageviews

Teh Tarik DairyGo Sedap Dan Kurang Manis!

Kalau siapa yang kenal aku, mesti perasan tabiat aku kalau order air manis mesti akan order sekali air suam sebab aku jenis yang tak suka minum manis. So beli je mesti campur sekali dengan air suam. 



Teh Tarik DairyGo Sengaja Dibuat Kurang Manis! 

Dan korang mesti tahu rakyat Malaysia dengan Teh Tarik memang tak boleh dipisahkan. Kita semua tahu teh tarik yang kaw adalah yang manis kan? So siapa yang kurang suka minum manis bila campur air suam mestilah kurang umpph. Untuk itu, DairyGo telah menghasilkan minuman teh tarik yang sedap dan kurang manis sebab owner dia sendiri tak suka minum manis LOL ! 



Ramuan Premium!

Menariknya lagi, Teh Tarik DairyGo telah dipek khas dalam packaging yang menarik dan direka berkonsepkan grab and go. Makna nya korang boleh beli buat stok dan simpan dalam jangka masa yang panjang.  Apa yang membezakan Teh Tarik DairyGo dengan teh tarik yang lain?  



Aku tau mesti korang akan fikir baik beli Teh Tarik dekat mamak je kan? Teh Tarik DairyGo ini menggunakan susu yang diimport dari New Zealand jadi sebab itulah dia berkhasiat dan sedap. Berbanding teh tarik dekat mamak dan sebagainya mereka menggunakan susu sejat pekat sebab itulah dia manis dan tidak bagus untuk kesihatan. 

Menjalani Kawalan Yang Ketat 

Apa yang aku boleh katakan harganya agak sedikit mahal iaitu RM4.00 untuk satu botol. Tapi korang perlu ingat Teh Tarik DairyGo ini diklasifikasikan sebagai Teh Tarik premium. Selain dari menggunakan susu yang diimport, Teh Tarik DairyGo ini juga telah menjalani kawalan pemeriksaan yang ketat. Malah menurut pengasasnya, mereka mengambil masa lebih kurang setahun lebih sebelum memasarkan produk ini yang kini mendapat permintaan yang sangat menggalakkan.

Pengalaman Minum Teh Tarik DairyGo 



Sebelum itu, aku nak ucapkan tahniah buat Teh Tarik DairyGo kerana telah dilancarkan secara rasminya baru-baru ini. So aku pun berkesempatan untuk merasa sendiri teh tarik ini. Rasanya memang kurang manis, dan bau dan rasanya ada sedikit rasa macam green tea atau Teh daripada Thailand. Ala-ala jasmine macam tu haa. Sekarang bulan puasa kan? Why not korang dapatkan produk ini simpan buat stok, nak berbuka terus hidangkan ikut selerak korang. Senang dan jimat masa! 

Siapa Pengasas Teh Tarik DairyGo

Dari tadi aku cakap pasal pengasas Teh Tarik DairyGo bukan dan sudah pasti korang nak tahu siapakah pengasasnya? Familiar dengan jenama Bella Ammara? 




Yes itulah pengasasnya, Puan Bell Alyahya yang kini tampil dengan produk Teh Tarik DairyGo pula. 

Dimana Boleh Dapatkan Teh Tarik DairyGo? 

Untuk korang yang ingin dapatkan Teh Tarik DairyGo, buat masa ini korang boleh beli secara online di instagram DairyGo @dairygo_ dan dikhabarkan DairyGo bakal luaskan produk mereka di i 7-Eleven dan pasaraya yang terkenal. Dah try nanti bagitau komen korang ya!

1 comment:

My New Blogger said...

wow...tambah lagi teh tarik!