Tekak Aku Rasa Burnin' Pit Lagi Sedap Dari Mena....

Aku ini kalau ikutkan bukanlah penggemar daging sangat. Kalau makan cukup hanya ada satu lauk berasaskan daging pun dah puas. 





Lebih Sedap Daripada Restoran Steak Terkenal


Tetapi bila cuba sajian ‘Ramadan Platter’ daripada restoran Burnin’ Pit terus aku bercakap dalam hati sedapnya semua makanan diorang. Malah tidak keterlaluan jika aku cakap lebih sedap daripada sebuah restoran terkenal yang menyajikan hidangan steak. Kenapa aku bandingkan kedua-dua restoran ini? Sebab restoran yang terkemuka itu pun menu yang hampir sama, cuma kelebihan diorang banyak pilihan. 


Pelbagai Menu Dalam Set Berbuka




Berbanding Burnin’ Pit yang sudah tersedia dengan set Ramadan.  Dalam set  Ramadan Platter ada pelbagai menu sedap seperti : 


  • Ayam Percik Meletop (sangat sedap, memang pure rasa dia. Tapi aku lagi suka kalau dorang sediakan kuah percik extra)


  • Shawarma Kaki Kambing Salai(aku tak makan kambing tapi kawan aku makan cakap sedap)
  • Briskit Daging Lembu Salai khas Burnin’ Pit (sedap ye yang ini sebab lembut dan smoky!)




  • Pelbagai sos dan acar- Yogurt Limau Nipis, Muhammara, Sambal Bajak dan Acar Rampai (aku suka semua haha sampai simpan buat untuk breakfast)


  • Roti Rata buatan sendiri (roti sangat besar puas makan weh!)
  • Beras Pilaf (Nasi dia memang terasa and boleh ratah macam tu je)
  • Makaroni Cili Api (first time rasa and sangat sedap. Housemate aku sampai habiskan tak sempat aku nak makan 2nd round hrmmmmm) 

Harga ‘Ramadan Platter’


Harga  pilihan untuk kuantiti hidangan (termasuk aneka sos, roti, nasi dan makaroni) : 


Set 2 Orang RM 95.00


  • 200 gram Briskit Daging Lembu Salai
  •  200 gram Shawarma Kaki Kambing Salai 
  •  dua paha Ayam Percik Meletop pada harga 
Set 4 Orang RM180.00

  • 300 gram Briskit Daging Lembu Salai
  • 400 gram Shawarma Kaki Kambing Salai
  • empat paha Ayam Percik Meletop
Kalau korang nak tambah pesanan pun boleh je. Setengah Ayam Percik Meletop bahagian paha pada harga RM 90.00 dan Nasi Pilaf Lebanon pada harga RM 40.00. (Kesemua harga ini tidak termasuk cukai dan penghantaran). 



Menariknya lagi, Burnin’ Pit boleh menyediakan Radaman Platter mengikut jumlah orang yang korang peruntukkan menikmati setiap hidangan.

Aku difahamkan ini semua air tangan Chef Eksekutif Burnin' Pit, Eugene Cheam yang dapat ilham masa bekerja di Timur Tengah suatu ketika dahulu. No wonder la rasa dia very pure!

Penghantaran Menggunakan UMAI


Kalau korang rasa nak makan aneka daging dan makanan timur tengah boleh lah ke Burnin’ Pit . Incase korang nak gunakan delivery service pun boleh sebab diroang menggunakan perkhidmatan penghantaran oleh UMAI. Aku sebelum ini hanya makan di rumah, and of course aku akan singgah ke restoran diorang jika berkesempatan. 




Sebelum aku terlupa, pujian juga harus diberikan buat restoran ini kerana menggunakan pembungkusan plastik tanpa BPA serta bungkusan yang premium. 







Sehingga artikel ini ditulis, kotak bungkusan masih rapi dalam stor rumah aku dan tidak dihurung sebarang serangga biarpun menjadi simpanan makanan buat seketika sebelum ini. 


Alamat : No. 24, Jalan 24/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur


Instagram : https://www.facebook.com/burninpit 


Facebook : https://www.instagram.com/burninpit/ 


Waktu Operasi : Setiap hari 10:00AM to 10:00PM


Tel +60 13 399 3920


email : burninpit@gmail.com


website : https://letsumai.com/widget/the-burnin-pit 



12 comments:

Ezna Khalili said...

Sis pun kurang makan daging ni. Makan juga la tapi kuantiti tak banyak. Ni first time dengar Burnin' Pit ni.

Fadima Mooneira said...

Oh wow..........the food looks so awesome! You make me wanna try it. Thank you for sharing your review.

saidila said...

Aiyakkkk best pulak tengok , tertarik dengan packaging dia yang vaccum pack so memang selamat dan fresh. Boleh beli simpan dan bila nak makan baru bukak. Nak order sekarang mesti tak cukup sebab keluarga besar, Tunggu lepas habis puasa kita terjah terus ke sana...

Rawlins GLAM said...

Setuju dengan apa yang baby tulis tu - ianya lebih sedap dan ada rasa berbanding M la. Harga pun mampu milik sangat kan. So bila lagi nak makan berdua nie?

Nadia Johari said...

Baru tau pasl purn it ni..kita ni suka makan daging. boleh try ni..tengok bungkusan dia bagus sangat, vacum pack ni. Nanti boleh try

Tekkaus said...

Wow the way you described this made the chicken feel so delicious and spicy which of course suit my taste buds. Would want to try these lip-smacking dishes.

halimah muhiden said...

Ramadan Platter byk menu2 doa yg menarik, siap dgn packagingnya yg tahan lama

Mahamahu said...

Memang sedap giler kot makanan Burnin' Pit ni walaupun ia delivery dapat rasa lagi masakan asal seperti yang dimasak direstoran dengan cara pembungkusan dan penghantaran yang cepat ni hehehe.. Nanti ada masa boleh datang restoran pulak kan hehehehehe...

AyuArjuna BiGoshh said...

Ni kalau dapat kat dedet suka dia. Sejenis peminat makan berdaging hehe

Kitkat Nelfei said...

Wahhh burnin pit tak pernah cuba lagi... Kena plan la weekend ni ke! Rm90 for 2 quite reasonable kan?

Sis Lin said...

Perghh kalau dapat kat Sis satu set tu, memang heaven laaa time berbuka Sis oiii... nikmatnyaaaaa

Ika.S said...

Wahh menarik. Festime tahu pasal Burnin Pit ni. nak kena cuba ni :)