Total Pageviews

Hari Umrah Malaysia Tawar Pakej Umrah Murah

Buat julung kalinya, Hari Umrah Malaysia (HUM) telah diadakan bagi menawarkan pakej Umrah murah buat semua rakyat Malaysia.



Dinspirasi dari sebuah pameran percutian peringkat antarabangsa, MATTA fair (The Malaysian Association of Tour and Travel Agents), program yang berlangsung selama 3 hari itu bermula dari 17 November 2023 sehingga 19 November 2023 di perkarangan Malakat Mall, Cyberjaya itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung.


Difahamkan, program anjuran Fakulti Pengajian Antarabangsa di bawah YEG Academy dengan kerjasama Kolej Antarabangsa Innovatif, Suara Belia, Malakat Mall dan Brainy Bunch itu berjaya menghimpunkan lebih 20 buah agensi pelancongan di Malaysia.


Antara agensi yang terlibat adalah Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dan Al-Haramain Travel & Tours Sdn Bhd dan banyak lagi. Menariknya mengenai intipati HUM, agensi yang terlibat menawarkan pakej umrah dengan harga ‘rahmah’ dan istimewa kepada pelanggan.

Lebih telus, semua agensi yang terlibat menjanjikan 'sifar scammer',  berdaftar dan mempunyai kredibiliti dalam industri pelancongan islamik.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1bh6R75Nb9n1m6bvV5DBJYPa_guIZbDB9


Bagi memupuk kesedaran kepada orang ramai, program ini turut membincangkan tentang isu- isu penipuan pakej haji dan umrah yang kerap berlaku sepanjang tahun menerusi sebuah forum bersama Pengurus Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nazim, seorang Mutawwif DIY (Do it yourself) dan wakil pegawai penyiasat (Investigation Officer) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1RvG9Rma-TFxEElzZFOqZNSaHYjXiw5M_


Difahamkan, program yang berlangsung selama tiga hari itu telah dihadiri seramai 10,000 pengunjung.

Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang HUM seperti ceramah perdana daripada PU Riz, forum perdana bersama Al-Habib Syeikh Dr. Omar dan pertandingan Pencetus Umah Muda.

Melihatkan pada sambutan yang diterima, HUM akan dijadikan sebagai acara tahunan.



1 comment:

Illya LeYa said...

Menarik dan bagus juga program seperti ini didedahkan selalu kepada masyarakat.