Total Pageviews

1st bila aku ternampak entry ini dekat salah seorang geng kipas susah mati terkejut juga sebab tajuk macam ada yang hangat. so aku try lah blog sengal zone buka rupanya ada segmen untuk lelaki sahaja untuk meramaikan kenalan diantara blogger-blogger lelaki.betul lah asyik kaum Hawa yang menapak banyak bukan?? so aku dengan rasa berbesar hati sahut cabaran ini.cara masuk dia senang saja tapi aku nak tegaskan lagi ini untuk kaum Adam sahaja!!
syarat dia macam ini::

  1. letakkan entri korang bertajuk ::SENGAL ZONE: SAYA LELAKI ITU!
  2. tak perlu letak banner ,cuma letakkan link tuan tanah sengal zone
  3. letakkan gambar korang dan ini wajib!! tak boleh sesekali tinggal...
  4. describe kan diri korang dalam 3 perkataan SAHAJA! contoh::ensem,macho,ego
  5. postkan entry link korang ke ruangan komen entry tuan tanah sengal zone
segmen ini hanya untuk lelaki sahaja dan postkan entry korang sebelum hari JUMAAT ,12.30 TENGAHARI!! cepat jalankan tugas korang dan tuan tanah segmen ini cabar lelaki-lelaki diluar sana join segmen ini....

::SMART::COOL::CHARISMATIC::
ok siap!!!
#pesanan penaja: think positive untuk segmen ini, budak-budak sekarang fikir dekat  lain saja...

::SENGAL ZONE: SAYA LELAKI ITU ! ::

by on 23.12.10
1st bila aku ternampak entry ini dekat salah seorang geng kipas susah mati terkejut juga sebab tajuk macam ada yang hangat. so aku try lah b...
tergerak aku nak exposed pasal benda ini bila aku baca artikel saudari amani,so aku nak dedahkan rahsia yeos.....

tentang minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yang tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia. Pernahkah geng kipas susah mati sekalian dengar tentang keluaran produk minuman YHS yang terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dengan kacang hijau? Jika korang di Singapura, harap-harap baca dulu ya, bahan-bahan yang terkandung dalam minuman ini.
Kita sering membeli apa jua barang jua tanpa peduli apa kandungannya. Apa kah kandungan dalam GREEN BEAN SOY DRINK?
Rupa-rupanya E47 datangnya dari khnzir. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yang murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dengan pengguna2 Islam yang sememangnya ramai telah terbiasa dengan minuman yang mereka bekalkan atas jenama YHS???

baik minum susu je tapi bukan camnilah

adakah ini agenda masyarat di luar sana untuk masyarakat UMAT ISLAM?

APA E471??
  E471  ni lazimnya datang dari khinzir.tapi untuk mengaburkan mata sesetengah pihak mereka mengatakan E471 niu datangnya dari lemak soya yang telah dihidrat.tapi aku pernah ingat ketika guru biologi aku menceritakan tentang lemak2 haiwan dan sayuran; E471 boleh diambil dari lemak sayuran dan haiwan.haiwan tersebut lazimnya adalah khinzir. tapi jika ia tulis E471(LEMAK SOYA) itu boleh ditakrifkan sbagai halal tak pun kalau was2 kite tgok la ade lmbang halal tau tidak,kalau tak de makna haram la tu.tapi tak heran arh sebab belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!! lagi satu nak ingatkan pada makcik2 yang suka beli barang2 kuih tengok samada ada GELATINE atau tak..lazimnya bahan ni datangnya dari khinzir.
aku sempat baca artikel shahilla yang menyebut"
Kajian drp Dr Amjad Khan (Medical Research Institute, United States) menyatakan bukti kebanyakkan produk multinational mempunyai LELEMAK KHINZIR sebagai bahan2 dlm produk mereka.

Dibawah ini disenaraikan kod E yg perlu dijauhkan. ianya ada...lah :

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.
Sebagaimana yg kita sedia maklum KHINZIR adalah haram bagi umat Islam tidak kiralah ianaya dari daging, kulit, bulu, najis @ lemak' ..hrmm kalau korang tak percaya lagi tengok la gaambar2 tersebut ada yang terdapat lemak pada pembuka kotak...teruk bukan???
samada betul atau tidak wallahualam.. jadi pikir2 kan sejenak..kuasa pembeli di tangan anda..

#pesanan penaja: macam serik saja nak minum soya

::SOYA OH SOYA::

by on 22.12.10
tergerak aku nak exposed pasal benda ini bila aku baca artikel saudari amani,so aku nak dedahkan rahsia yeos..... tentang minuman ringan k...

Peramah ke aku?? don't judge a book by its cover. kalau korang kenal dengan aku memang sakit jiwa punya. Pencarian ini CIK MAS yang tag aku untuk join pencarian ini. thanks a lot Cik Mas so aku dengan berbesar hati nak tunjuk cara dan entry pasal pencarian blogger peramah 2011:

 Ahsfantasy24.com kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan dalamlist blog blogger peramah sesi 2011 sebelum 11/01/11

Apa yang perlu anda lakukan selepas dijemput atau ditag?
  1. Copy dan Paste entry ini beserta gambarnya ke dalam blog anda dengan menggunakan tajuk 'Pencarian Blogger Peramah 2011';
  2. Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan blogger anda yang peramah;
  3. Setelah menyiapkan entry tersebut, sila tinggalkan link entry anda di sini >http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html
  4. Tiada paksaan dalam menjadi follower ahsfantasy24.com namun berbesar hati jika ada yang sudi.
putera tesl tag:

#pesanan penaja: time inilah korang patut exposed blog korang pada umum

::PENCARIAN BLOGGER PERAMAH 2011::

by on 22.12.10
Peramah ke aku?? don't judge a book by its cover. kalau korang kenal dengan aku memang sakit jiwa punya. Pencarian ini CIK MAS yang ta...



korang pernah tak dapat mesej berantai??hati aku tergerak untuk tulis entry ini sebab dah banyak mesej aku dapt hope entry ini dapat selesaikan segala kerumitan melanda....ok2 sekarang kita terus ke msej tersebut..

Surat tersebut ditandatangani oleh seorang fa'il khair (pembuat kebaikan, dermawan) yang berisi wasiat Syekh Ahmad, juru kunci makam (kubur) Rasulullah saw., yang ditujukan kepada segenap kaum muslimin di dunia timur maupun barat. Juga berisi macam-macam nasihat.

Pada bahagian akhir surat tersebut dikatakan, "Di Bombay terdapat seseorang yang memperbanyak surat tersebut dan membagi-bagikannya kepada tiga puluh orang, lalu Allah memberikannya rezeki sebanyak dua puluh lima ribu rupiah;ada pula yang membagi-bagikannya lalu ia mendapat rezeki dari Allah sebanyak enam ribu rupiah. Sebaliknya, ada pula orang yang mendustakan wasiat tersebut, sehingga anaknya meninggal dunia pada hari itu."

Dalam surat tersebut dikatakan bahwa orang yang telah memperoleh dan membaca wasiat itu tetapi tidak menyebarkannya kepada orang lain, akan ditimpa musibah besar 

JAWAPAN KEPADA SEMUA PERSOALAN TERSEBUT::
Memang ramai orang yang bertanya tentang wasiat tersebut. Dan sebenarnya kemunculan surat wasiat ini bukan saja baru-baru ini, tetapi aku dah tengok dan terima banyak kali.Surat tersebut dinisbatkan kepada seorang lelaki yang terkenal dengan sebutan Syekh Ahmad, juru kunci makam Rasulullah saw.

Untuk memastikan kebenaran berita yang disampaikan dalamsurat tersebut, ada pengkaji  pernah menanyakan kepada orang-orang di Madinah dan di Hijaz. Dia mencari informasi mengenai orang yang disebut Syekh Ahmad itu beserta aktivitisnya. Dari informasi yang didapat, ternyata tidak da seorang pun di Madinah yang pernah melihat dan mendengar berita mengenai Syekh Ahmad ini. Tetapi sayangnya, wasiat yang menyedihkan itu telah tersebar luas di negara-negara umat Islam.

Wasiat tersebut dengan segala isinya tidak ada erti dan nilainya sama sekali dalam pandangan agama. Di antara isi wasiat yang diasaskan pada pendapat Syeikh Ahmad yang katanya bermimpi bertemu Nabi saw. itu ialah tentang telah dekatnya hari kiamat.

Masalah berita kedekatan kiamat ini sebenarnya tidak perlu mengikuti pendapat Syeikh Ahmad atau Syeikh Umar, kerana AlQur'an telah mengatakan dengan jelas:

"... boleh jadi hari kebangkitan itu sudah dekat waktunya." (Al Ahzab: 63)

Begitu pula Nabi saw. telah bersabda:

"Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan) seperti ini. Beliau (mengatakan demikian) sambil memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya." (Muttafaq 'alaih dari hadits Anas dan Sahl bin Sa'ad)

Hal lain dari isi wasiat itu ialah bahawa kaum wanita sekarang sudah banyak yang keluar rumah, dan banyak yang telah menyimpang dari agama. Masalah ini pun sebenarnya tidak perlu mengambil sumber dari mimpi-mimpi, kerana kita sudah mempunyai kitab Allah dan sunnah Rasul yang sudah memuaskan untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman:

"... Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Kuridhai Islam menjadi agamamu ..." (Al Maa'idah: 3)

Orang yang beranggapan bahwa Din Islam yang telah disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenal itu, berarti dia meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Dinul Islam. Islam telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat apa pun.

Isi wasiat tersebut jelas memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut. Sebab, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakuti orang yang tidak mau menyebarluaskannya bahawa ia akan mendapat musibah dan kesusahan, anaknya akan mati, dan hartanya akan habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusia pun (yang normal fikirannya), terhadap kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Tidak ada perintah bahwa orang yang membaca Al Qur'an harus menulisnya setelah itu kemudian menyebarluaskannya kepada orang lain; dan jika tidak, akan terkena musibah. Begitu pula tidak ada perintah bahwa orang yang membaca Shahih Bukhari harus menulisnya dan menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau tidak, akan tertimpa musibah.

Kalau Al Qur'an dan Sunnah Rasul saja tidak begitu, maka bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal orang muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.

Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahwa si Fulan di negeri ini dan ini kerana telah menyebarluaskan wasiat tersebut ia mendapat rezeki puluh ribu ringgit. Semua itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam dari jalan yang benar dan dari mengikuti Sunnah serta peraturan Allah terhadap alam semesta. Untuk memperoleh rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan aturannya. Adapun bersandar kepada khayalan dan khurafat seperti dalam wasiat itu adalah merupakan usaha untuk menyesatkan dan meyelewengkan akal fikiran umat Islam.

Kita perlu menjaga dan mengawasi kaum muslimin agar tidak membenarkan dan percaya kepada khurafat seperti ini dan agar tidak mempunyai anggapan bahawa orang yang menyebarluaskan wasiat palsu tersebut akan mendapat syafaat dari Nabi saw. sebagaimana yang dikatakan oleh penulis surat yang batil itu.

Sesungguhnya syafaat Nabi saw. juga diperuntukkan bagi umatnya yang pernah melakukan dosa-dosa besar. Hal ini sudah disebutkan dalam hadith-hadith sahih (dan tidak perlu bersumberkan pada wasiat melalui mimpi)bahawa Rasulullah bersabda:

"Orang yang paling berbahagia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang telah mengikrarkan laa ilaaha illallah dengan perasaan ikhlas dan lubuk hatinya." (HR Bukhari)

Kami mohon kepada Allah Azza wa Jalla semoga Ia berkenan menjadikan umat Islam mengerti tentang agama mereka. Semoga memberi petunjuk dan bimbingan kepada mereka ke jalan yang lurus, serta melindungi mereka agar tidak mempercayai berbagai khurafat, khayalan, dan kebatilan.

 #Pesanan penaja: betulkan aku kalau silap

MESEJ BERANTAI

by on 22.12.10
korang pernah tak dapat mesej berantai??hati aku tergerak untuk tulis entry ini sebab dah banyak mesej aku dapt hope entry ini da...
Korang cari traffik? Kecewa dengan traffik korang yang sekejap naik sekejap turun, atau tak naik naik tu? Kita sama! Korang mesti kerap cari cara nak menaikkan traffik tu kan. Apa kata sekarang ni kita cuba cara lain pulak. Cara ni bagi Saya memang tak pernah tengok lagi, tapi best!Saya jumpa cara ni kat blog Magrib Aristo , Blog Luna , Blog Putera30 Jom try cara ni! Cara cepat menaikkan traffik blog korang! p/s : baca entri ni sampai habis dulu sebelum buat Cara nya begini: - Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik. - Korang hanya cuma perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web korang.

p/s : baca entri ni sampai habis dulu sebelum buat
Cara nya begini:
- Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
- Korang hanya cuma perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web korang.

  1. tengku nizam 
  2. mizz shizu 
  3. Myself V3 Me 
  4. Blog Hanz 
  5. Bimie's World 
  6. Farah Syafikah 
  7.  Qila Razak
  8. Cekla 
  9. Miss Yaty 
  10. Maghrib Menjelma 
  11. Bila Luna Berkata 
  12. Putra30 Photographer 
  13. Internet Tutorial 
  14. Cik Gadis 
  15. no sayuq 
  16. ::K:H:A:Z:: 
 
PERATURAN!!!
1. Sebelum korang meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korang, sila hapuskan link nombor 1.
2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.
3. Setelah itu masukkan link korang di urutan bawah (No.16).
***So urutannya jadi mcm nie… 

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625
 
#Pesanan penaja:: bila buat benda ini kena jujur jangan pikir diri sendiri ok!! sharing is caring,SELAMAT MENCUBA

::TIPS MINYAK PELINCIR UNTUK KELAJUAN TRAFFIC::

by on 21.12.10
Korang cari traffik? Kecewa dengan traffik korang yang sekejap naik sekejap turun, atau tak naik naik tu? Kita sama! Korang mesti kerap cari...

Apa sebenarnya peristiwa 11 september?? birthday aku ke?? hari aku nak bertunang ke?? tak sebenarnya untuk pengetahuan geng kipas susah mati sekalian peristiwa 11 september ini adalah peristiwa dimana  bangunan WTC runtuh kononya diserang oleh puak Taliban.
Konspirasi halus ini amat dahsyat sehingga mampu mengaburi mata kita pada itu. Sebenarnya hasil kajian mendapati peristiwa ini adalah konspirasi semata-mata dan ini turut diperakui oleh blogger-blogger kipas susah mati yang lain yang turut membuat kajian. aku tidak boleh tulis lebih sebab banyak mengaitkan dengan politik sama.cuma fikirkan sejenak adakah ini kebetulan atau konspirasi??? please have take a look at this
gambar di bawah ini pula dakwaan asap bangunan berkenaan menyerupai iblis 
::SEPINTAS LALU::

Fakta atau kebetulan ??
Fakta mengenai WTC
Tarikh serangan: 9/11 - 9 + 1 + 1 = 11
setiap bangunan mempunyai 110 cerita
selepas 11 september ada lagi 111 hari sebelum penghujung tahun
11 september ialah hari yang ke 254 bersamaan: 2 + 5 + 4 = 11
119 adalah kod kawasan iraq. 1 + 1 + 9 = 11,
Kebetulan??
KLCC  berdiri sebelah-menyebelah menyerupai angka 11
Jet pejuang yang melanggar WTC adalah pesawat FLIGHT 11
Daerah New York adalah daerah yang ke 11 dimasukkan ke dalam Negara itu
New York City mempunyai 11 huruf/abjad
Afghanistan juga turut mempunyai 11 huruf/angka
The Pentagon turut mempunyai 11 huruf/angka
Pesawat Flight 11 mmempunyai 11 crew yang mengendalikannya
Presiden Amerika George H.W Bush semasa berucap ketika persidangan Congress pada 11 September 1991 iaitu selepas selesai Perang Teluk, dia mengucapkan New World Order sebanyak dua kali: “Now, we can see a new world coming into view. A world in which there is the very real prospects of a new world order…”
Semasa persidangan yang sama; Bush sekali lagi mengulangi ‘niat’ untuk menundukkan dunia melalui perancangan utama, new world order.., Bush sekali lagi berkata: “The victory over Iraq was not waged as a war to end all wars, even the new world order cannot guarantee an era of perpetual peace.”
Ucapan Bush memberi makna yang cukup mendalam untuk memahami ‘secebis kecil’ makna keamanan yang dia maksudkan. Bush memaksudkan dunia akan aman sekiranya Amerika masuk campur dalam setiap pergolakan dunia dan menjadi ‘orang tengah’ untuk mendamaikan pergolakan. Daripada satu sisi, dunia melihat Nazi dan dasar Amerika adalah sebagai dua konsep pemerintahan yang bertentangan antara sesama mereka. Namun daripada satu sisi lain pula, jika benar mereka berbeza mengapa pula Hitler dan Bush menyuarakan hasrat yang sama iaitu ke arah mewujudkan New World Order.
::MASJID AL-AQSA::
 Sebenarnya dulu ramai orang tertipu dengan media massa yang menunjukkan gambar Masjid Al-Aqsa yang kononnya elok dan berwarna emas. Tapi hakikat sebenarnya fizikal masjid tersebut bukanlah begitu dan masjid yang media tunjuk itu adalah Dome of the Rock  dan itu hanyalah tipu helah mereka sahaja yang ingin merobohkan tempat suci tersebut.Begitu hitam hati mereka bukan??

 bukti sebenar
 Masjid Al-Aqsa



 Masjid Al-Sakhrah atau Dome of the rock
tujuan nya juga adalah untuk mengelirukan umat islam ini semua angkara zionis yang idiot tu.ye la tujuan dia bila kita nampak Al-Aqsa yang comel kita rasa bangga lah sebab nampak elok bukan?? so kalau Al-Aqsa yang original runtuh dan lenyap tiada siapa boleh meratapinya sebab kita ingat Al-Aqsa yang original masih kekal utuh bukan??(berapa banyak bukan daa)
#pesanan penaja:: betulkan aku kalau ada silap dimana-mana

RAHSIA PERISTIWA 11 SEPTEMBER & MASJID AL-AQSA

by on 20.12.10
Apa sebenarnya peristiwa 11 september?? birthday aku ke?? hari aku nak bertunang ke?? tak sebenarnya untuk pengetahuan geng kipas su...
Kali ini aku nak share sikit pasal ilmu konspirasi yang wajib korang tahu sebelum korang nak siasat sama ada peristiwa atau individu itu berkait rapat dengan konspirasi.jika tidak semua geng kipas susah mati aku sekalian akan terjerumus dalam kekeliruan demi kekeliruan dan hasilnya korang  menjadi sebahagian dari statistik mangsa-mangsa konspirasi antarabangsa.Ya la dalam keserabutan garisan yang bersilang-silang pasti ada titik pertemuannya, jadi titik pertemuan itu yang kita cari..Janganlah menolak atau menerima sesuatu fakta itu secara membuta tuli, kajilah terlebih dahulu. Dalam mencari kebenaran itu mintalah petunjuk dari Allah..Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui..betul tak?? so inilah entry 'The Trafficker Code' nya:




1-Bukan semua yang ada di dalam dunia ini adalah konspirasi,hasil konspirasi ataupun bersangkut paut dengan konspirasi.Jika korang bertemu dengan satu fakta bahawa terdapat konspirasi pada A,maka tidak semestinya B dan C juga ada kaitan dengan konspirasi.Jangan anggap pokok,kucing anda dan ibu bapa korang adalah ciptaan konspirasi.Ini adalah pandangan yang ekstrim.

Yang penting,korang mesti tapis dahulu maklumat itu.Jangan terima bulat-bulat atau menolaknya tanpa mengkaji dahulu.Fikirkan baik-baik.

2-Tidak dinafikan,sebahagian besar sumber Teori Konspirasi adalah dari para pengkaji Barat.Jadi terdapat dua kategori pengkaji Barat ini.Pertamanya mereka yang memang benar-benar jujur mahu mencari kepastian kepada misteri yang terjadi di sekeliling mereka.Mereka sedar terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sistem sosial masyarakat mereka dan apa yang mereka tahu selama ini.Mereka pun mula mengkaji dan mengkaji.Dalam hal ini,mungkin 80% kajian mereka boleh diterimapakai,kerana mereka mengkaji berdasarkan kesan-kesan konspirasi yang dialami oleh mereka sendiri.Selebihnya perlu ditapis dan dipadankan dengan sumber kita sendiri.

Keduanya para penulis yang diupah oleh The Elite sendiri atau para Orientalis yang menulis dengan tujuan tertentu bagi menghasilkan kesan-kesan yang negatif terhadap khalayak.Antaranya dengan tujuan mahu menimbulkan panik atau kesan bahawa manusia tiada gunanya melawan mereka,kekuatan The Hidden Hand amat gagah dan telah mempengaruhi segenap kehidupan mereka.Jadi mereka mahu 'brainwash' khalayak supaya tunduk berserah diri pada kekuatan mereka,menganggap 

The Hidden Hand ini sebagai 'Tuhan' yang dapat menaburkan mereka kekayaan.Lihat,pertamanya mereka menulis segala konspirasi yang berlaku,kemudian mereka akan selitkan seolah-olah Tuhan langsung tidak berkuasa dan jika mahu selamat,berserah diri sahaja pada The Hidden Hand ini.Berhati-hati dengan penulis seperti Zecharia Sitchin atau Alberto Rievera mahupun penulis The Vatican Assassin yang dalam menceritakan pelbagai konspirasi,boleh meleret-leret sehingga Nabi Muhammad dan agama Islam juga dikatakan hasil konspirasi juga!Ini dinamakan merepek dan ada juga di antara mereka yang menganggap makhluk asing adalah punca segala konspirasi ini dan tujuan para 'zombi' ini adalah untuk menduduki bumi dan memperhambakan manusia!

Moralnya,jangan terperangkap dengan permainan penyelidik konspirasi upahan The Hidden Hand mahupun yang berjaya mengelirukan diri sendiri.

3-Apa jua konspirasi mereka,perancangan atau pelan,bagaimana hebat atau dasyat sekalipun perancangan konspirasi mereka,semuanya masih jauh untuk mengatasi PERANCANGAN DAN TAKDIR ALLAH AZZA WA JALLA.

Bagaimana sekalipun hebat mereka merancang dan bertindak,Allah s.w.t adalah Pemenangnya dan hanya Dialah yang layak untuk menang selama-lamanya.Ini kerana semua konspirasi dan pembuat konspirasi itu sendiri adalah makhluk-Nya dan semua itu berada di dalam Ilmu-Nya.

Gunakan kod panduan di atas ketika membaca atau mengkaji pelbagai teori konspirasi di merata-rata sumber.Dalam hal ini,adalah penting untuk belajar ilmu AlQuran dan Hadis Rasulullah s.a.w supaya kita lebih celik dan jelas membaca segala konspirasi musuh-musuh Allah.Ini kerana di dalam kedua-dua sumber inilah telah diceritakan tanda-tanda konspirasi mereka ini.Orang yang asing dengan AlQuran dan Hadis adalah cenderung untuk panik dan terkejut dengan apa yang mereka baca.Mereka juga cenderung untuk menganggap hal-hal konspirasi yang mereka baru baca itu adalah ilmu baru dan amat luabiasa,padahal di dalam AlQuran dan Hadis sendiri banyak menceritakan segala konspirasi dan pembohongan golongan Yahudi,Nasrani dan The Hidden Hand. 


#pesanan penaja::Ingat tiga poin penting ini,alah tiga saja pun bukan 3 ribu,alamat rumah mak mentua ingat pulak...
KREDIT TO:

PANDUAN MEMAHAMI ILMU KONSPIRASI

by on 20.12.10
Kali ini aku nak share sikit pasal ilmu konspirasi yang wajib korang tahu sebelum korang nak siasat sama ada peristiwa atau individu itu b...
Salam to all bloggers sekalian. Dah lama aku tak buat entry baru sibuk sikit sejak kebelakangan ini dengan kenduri kahwin, jadi driver, ada benda yang buat aku frust so terpaksa tolak ketepi kejap dunia online ini untuk settlekan semua masalah itu. So entry aku kali ini mesti ada sesetengah yang tidak tahu bukan?? tak apa teruskan membaca dan follow entry ini sebab aku akan kupas dan bongkarkan persatuan iblis ini one by one ok! dan untuk entry kali ini aku akan bahagi kepada tiga part,::

::part 1::Freemansory dan illuminati::(tujuan dan matlamat persatuan ini),
::part 2:: panduan memahami ilmu konspirasi::, 
::part 3:: peristiwa 11 september& masjid Al-Aqsa::


Untuk makluman korang freemason dan illuminati sekarang ini mempunyai banyak maksud dan fahaman yang sukar dirungkai.Namun kedua-duanya cuba menjatuhkan umat akhir zaman dengan menghapuskan semua agama dan fahaman dan menubuhkan New World Order atau pemerintahan satu dunia/ E Pluribus Unum(bukan satu malaysia yer) di bawah kepimpinan yahudi.

Apa yang boleh aku beritahu dekat sini hasil pencarian aku illuminati adalah nama satu kumpulan yang mengamalkan ajaran freemason atau New World Order. Sebenarnya freemason adalah agama terdahulu dan kini illuminati merupakan kesinambungan nya..semuanya berjalan dengan mengamalkan konspirasi!

kepada geng kipas susah mati sekalian, untuk makluman korang juga,perkataan illuminati bermula ketika menyedarkan orang ramai di Latin, di mana ia adalah secara semulajadi daripada beberapa kumpulan sejarah yang tidak berhubungan yang identifikan sebagai Illuminati.Maksud illuminati juga adalah cahaya.
Pergerakan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishaupt (meninggal dunia pada tahun 1830M) pada tahun 1776M yang merupakan seorang professor theologi di University Angold Stadt, Jerman yang menganut agama Atheisme.sebenarnya ada pihak yang mengatakan dorang inilah yang memperkenalkan perkataan dan maksud yunani,
politik'( theosophy,philosophy (termasuk menghasilkan para ahli falsafah seperti Plato, Socrates, dan lain-lain.), sistem pemerintahan, ketenteraan, pendidikan, (menyelewengkan) agama, pemisahan, hierarki, pendek kata peradaban barat lah senang.

Baiklah sekarang kita terus ke matlamat dorang sebab kalau aku cerita pasal meaning dia kat korang semua pun panjang berjela cukup hanya nak bagi korang faham kalau tak faham juga beritahu aku ok..antara matlamat dorang ialah::
1. Menghapuskan semua kerajaan-kerajaan kebangsaan yang berpelembagaan.2. Menghapuskan sistem warisan harta pusaka nenek moyang kita3. Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian.4. Menghapuskan semangat nasionalisme.5. Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang perseorangan dan kehidupan berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada ketamadunan manusia.6. Apa yang paling penting ialah menghapuskan semua agama yang sedia ada di dunia terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideologi internasionalisme.


#pesanan penaja: nauzubillah...semua nya sedang di berlaku di mata kita sekarang,,,cuma kita yang menentukannya sama ada anda percaya atau tidak terpulang pada anda(macam host ripleys believe it or not pula).....

(ada maklumat yang mengatakan ahli falsafah terdahulu kebanyakan gay,betul ke?)

FREEMASONRY & ILLUMINATI

by on 20.12.10
Salam to all bloggers sekalian. Dah lama aku tak buat entry baru sibuk sikit sejak kebelakangan ini dengan kenduri kahwin, jadi driver, ad...