Total Pageviews

As - Salam to all geng kipas susah mati bloggers, readers, braders dan sistah sekalian. hah! mesti korang terkejut kan dengan tajuk entry aku kat atas tu kan. kalau dulu kita tengok Anwar Hadi( rujuk entry Anwar Hadi Babi? ) jadi mangsa kutukan sehingga dicaci demikian rupa. sekarang kita tengok cikgu shida dari parit jadi mangsa kritikan. sebelum tu meh kita tengok komen yang dilontarkan kepada beliau.


nampak dop? pandai - pandai korang zoom untuk besarkan yer. kalau sebelum ni, entry pasal orang kritik Anwar Hadi memang aku lontarkan pandangan aku secukupnya. tapi pasal cikgu Shida ni , aku terkelu kejap sebab nak kata  sokong dia pun bukan , tak sokong dia pun bukan. cuma aku rasa dia punya video tu ada baik dan buruknya. bagi aku kebaikan yang dia buat video tu sebab mungkin cara itu boleh mendidik anak - anak muridnya jadi berani dan mungkin video ni salah satu "grab attention students" dia. keburukan yang aku rasa pasal video ni, sebab video ni terlalu over, kalau setakat 2, 3 video boleh tahan lagi tapi kalau sampai berpuluh - puluh dan berpakaian yang agak serabut memang tak sesuai bagi profesion seorang guru.



aku sempat terbaca komen yang dilontarkan dalam blog Cik Abbyfunny aka Cik Lekit. memang hampir keseluruhannya tak suka dengan cik shida ni.dalam entry nya ada menyebut cikgu Shida hanya balas komen pujian saja dan komen kritikan , nasihat tak pernah dibalas. yer la macam aku kata dulu. mula-mula memang orang suka tapi lama - lama orang jadi benci. tak semua orang suka dengan apa yang kita buat. aku rasa Cikgu Shida perlu keluar buat kenyataan pasal isu ini. perghh sekali lagi aku jadi wartawan Melodi kali ini. so aku tak nak membebel panjang. sebelum aku mengundur diri korang lihat sendiri komen - komen pasal Cikgu Shida di bawah ni.sekian saja, merci, As - Salam!!.

*klik sini untuk ke blog lekat- lekit story( cerita pasal status agama Cikgu Shida diragui)
*sumber: http://lekatlekitgurl.blogspot.com/





yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum::kalau aku mengajar nanti buat cam cikgu shida, ada orang hentam tak? kekekeeke 

:: CIKGU SHIDA BABI?? ::

by on 26.3.11
As - Salam to all geng kipas susah mati bloggers, readers, braders dan sistah sekalian. hah! mesti korang terkejut kan dengan tajuk entry ak...
As - Salam braders dan sistah sekalian. hari cuti ni mesti ada yang kesempatan pergi bercuti , tengok wayang pe semua tapi aku duduk rumah je siapkan kerja yang mana tak siap. hari ini 26 hb mac iaitu hari "Earth Hour".cakap pasal Earth Hour ni teringat pula kenangan masa duduk kat asrama. waktu tu, macam biasa pukul 8.30 kan waktu prep ( study ) bagi budak asrama. pastu kononnya waktu tu kami tak nak study so dengan megahnya aku pergi tutup bekalan elektrik satu blok. lepas tu warden tersedar.apa lagi kena kejar dengan rotan la jawabya.hehehe.




  apa maksud Earth Hour ni? jam Bumi ke? tak, sebenarnya "Earth Hour" ni merupakan satu kempen dunia yang dijalankan sebagai tanda kita menyokong masalah perubahan iklim. korang tau tak, kalau tahun lepas , 6 juta rakyat Malaysia telah terlibat dalam kempen ni. Ini dibuktikan lagi dengan kenyataan Tenaga Nasional Berhad bahawa dalam tempoh tersebut, penggunaan tenaga elektrik telah berkurangan sebanyak 550 megawatt elektrik. Ini bersamaan dengan 14 juta lampu fluorescent yang menggunakan 40 watt.




 Earth Hour  bukan hanya membawa maksud bagi simbolik menutup lampu selama sejam dalam setahun itu sahaja. Ia sebenarnya satu langkah untuk menyedarkan orang ramai tentang isu perubahan iklim dan kesannya ke atas manusia. Oleh itu, kita semua  perlu melakukan perubahan gaya hidup untuk mengurangkan kesan tersebut. so korang tunggu apa lagi tepat pukul 8.30 malam ni jom sama - sama kita tutup lampu sebagai sokongan kepada kempen ni. sekian saja entry kali ini, merci! As - Salam...

yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum:: jangan tunggu hari ni je nak berjimat eletrik, hari lain pun kenalah berjimat sama yer...

:: EARTH HOUR ::

by on 26.3.11
As - Salam braders dan sistah sekalian. hari cuti ni mesti ada yang kesempatan pergi bercuti , tengok wayang pe semua tapi aku duduk rumah j...
As - Salam to all geng kipas susah mati blogger, readers, braders dan sistah sekalian. korang rasa nak dapat duit dan hadiah free tak ? kalau nak jom join contest ni yang dianjurkan oleh team Kami Cikgu Blogger. kalau dulu geng - geng kami blogger utara ( KBU ) buat t - shirt,  sekarang team kami cikgu blogger pula. cakap pasal t - shirt KBU, memang cun weyh, cuma aku je tak sempat nak pakai sebab baju tu ada dekat kedah. berbalik pasal contest ini setiap pertandingan mesti ada syaratnya kan ? sekarang jom check list pasal syarat - syarat dia.

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut  :
  • wajib menggunakan perkataan 'CIKGU BLOGGER' atau 'KAMI CIKGU BLOGGER'
  • motto anda boleh pilih apa-apa perkataan sahaja. asalkan membangkit semangat seorang cikgu. contoh : Kami Inspirasi Negara. itu contoh sahaja ok.  
  • motif design Tshirt tersebut sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri seorang CIKGU. buatlah macam mana pun. 
  • design mestilah cantik, kemas, menarik dan kreatif.  
  • apabila dah siap designkan sila email details korang kepada kami (cikgublogger@yahoo.com) dan tinggalkan komen di entry ini. kalau korang rajin untuk buat entry, boleh buat dan bagitahu pihak kami. 
  • tarikh tutup 5 MEI 2011. semua design akan di approve pada 6 Mei di blog ini. selepas itu, admin akan minta rakan-rakan lain untuk undi design yang terbaik. undian majoriti adalah dikira pemenang. 
pesanan : 

  • sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk cik mas (boleh tanya di facebook juga)
  • pemenang yang dipilih adalah seorang sahaja. hadiah berupa 1 helai T-shirt rasmi CIKGU BLOGGER dan wang saguhati yang lumayan. pasti berbaloi dengan usaha keras anda. 
  • sebarkan maklumat tentang contest ini dengan membuat entry atau post di wall FB. supaya rakan-rakan anda yang lain boleh join sama. terima kasih.
*sumber :  kami cikgu blogger

hah! tunggu apa lagi? jom masuk ramai - ramai. keluarkan bakat terpendam korang dengan cipta design t- shirt untuk team ni. hadiah pun agak lumayan. harap korang sebarkan berita ini yer. sekian saja. merci! , As - Salam


yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum::alhamdulillah, semua kerja dah siap, lepas ni boleh berfoya - foya dengan blog kejap.hehehe

:: CONTEST DESIGN T - SHIRT " KAMI CIKGU BLOGGER " ::

by on 25.3.11
As - Salam to all geng kipas susah mati blogger, readers, braders dan sistah sekalian. korang rasa nak dapat duit dan hadiah free tak ? kala...
As - salam to all geng kipas susah mati blogger , readers , braders dan sistah sekalian. sorry guys lama tak update entry sebab sibuk sikit dengan kuiz pe semua.subject french make me sick!! ok lupakan pasal tu sebab bukan tu yang aku nak cerita hari. tapi hari ni aku nak memperkenalkan korang kepada Last Minute Crew( LMC ). LMC ni merupakan sebuah band indie yang baru.dorang ni sebenarnya students lagi dan merupakan coursemate aku. so aku diberi penghormatan oleh dorang untuk memperkenalkan band dorang ini melalui medium blog! dorang terdiri daripada hafiz (vokalis ), mirza (vokalis ),su ( gitaris ) , shawn ( bassis ) dan shyfun ( drummer ).

klik gambar untuk terjah ke page fans dorang!


cakap pasal indie band ni sebenarnya ramai yang tak suka. sampai ada kempen f**k indie. mungkin orang tak suka sebab sesetengah band tu terkinja- kinja dan bawa imej buruk kepada masyarakat. tapi percaya dan lihatlah sendiri yang dorang ni sebenarnya lain dari yang lain.untuk kali ini aku sempat ambil recording dorang tempoh hari. tapi yang ini cuma " trial recording".


 kalau korang nak tengok full show dorang pastikan korang datang ke " Dakode Gig Concert " pada 14 mei 2011 pada jam 2 petang. selain dorang, indie band dan artis  yang akan turut serta pada GIG  kali ini ialah Hello Screen , Dayana Idola Kecil , Wart and The Opera, Couple, Aliff Azizi , Lies Left Untold dan ramai lagi. so tunggu apa lagi tempah la tiket sekarang sebagai tanda sokongan korang kepada anak - anak tempatan. untuk tempahan  tiket korang boleh hubungi nombor di bawah:


Shawn : 010 - 4324832
Hafiz : 012 - 7448853 
*harga tiket per session RM 16 ( full session RM 30 )


yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum::tahniah kepada calon SPM yang berjaya, yang tidak berjaya jangan sesekali berputus asa. 

:: PRESENTING, LAST MINUTE CREW( LMC ) ::

by on 24.3.11
As - salam to all geng kipas susah mati blogger , readers , braders dan sistah sekalian. sorry guys lama tak update entry sebab sibuk sikit ...
As- Salam to all geng kipas susah mati blogger , readers, braders dan sistah sekalian.syok betul hari ni menghentak keyboard sambil mengirup udara segar.heheehe esok merupakan tarikh keramat bagi manusia yang lahir pada tahun 1993 thats mean calon SPM 2010.


 mesti dorang cuak tahap dewa sekarang. aku dulu pun memang cuak giler sampai tak tidur malam. rileks dulu jangan terlampau nervous sebab sekali korang nervous semua benda jadi serba tak kena. bak kata orang, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak nyenyak.so kali ini aku sertakan tips buat korang yang nak ambil result esok.

  • sebelum mengambil keputusan tu, eloklah korang buat sembahyang hajat dan minta restu doa mak bapak korang.
  • beri semangat kepada diri korang sendiri dengan mengatakan "aku boleh"
  • gunakan mindset berani gagal. kerana perasaan gugup akan hilang secara perlahan - lahan
  • cuba relaks dan senyum apabila berjumpa dengan member korang. jangan tunjukkan yang korang nervous kerana itu akan menambahkan "kenervousan" korang. ( ada ker ayat tu? pedulikan je..)
  • tarik nafas sedalam- dalamnya dan masa itu fikirkan tentang yang positive je

"Ingatlah sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."


aku rasa itu antara tips yang aku boleh share dengan korang. sekiranya korang berjaya, Alhamdulillah korang telah membuat ibubapa korang bangga. buat yang tidak berjaya, jangan risau kerana sekali gagal bukan bermakna selamanya kita akan gagal.Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.rezeki itu ada dimana-mana. so banyak - banyakkan doa dan berhati - hati di jalan raya semasa nak ambil result esok.sekian saja, merci! As - Salam!!

yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum::goodluck buat calon SPM 2010!!


    TIPS BUAT LEPASAN SPM

    by on 22.3.11
    As- Salam to all geng kipas susah mati blogger , readers, braders dan sistah sekalian.syok betul hari ni menghentak keyboard sambil mengiru...
    As - salam kepada semua geng bloggers, readers, braders dan sistah sekalian. tadi sepatutnya aku ada kelas sampai pukul 3 petang tapi memandangkan demam aku tak kebah - kebah sejak seminggu yang lalu aku decide pergi ke klinik. kat sana aku sempat beli surat khabar. 1st time beli surat khabar sejak duduk kat k.l . nampak sangat teruk aku ni.pastu tenampak muka hadapan surat khabar yang tertulis " Libya Bermandi Darah " . tapi bukan itu yang aku ingin ketengahkan. pasal isu itu, sama - sama kita doakan supaya peperangan ini dihentikan secepat mungkin dan negara kita terselamat daripada kejadian yang tidak diingini. namun tadi bila aku buka t.v untuk menonton berita, aku terkejut sebentar apabila pembaca berita menyatakan bonda tiri Yang Dipertuan Agung mangkat pagi tadi.  sama - sama kita sedekahkan Al- Fatihah..untuk berita selanjutnya korang boleh baca di bawah ni * credit to Bernama



    .


    KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor pada pukul 1.22 pagi Isnin.

    Kemangkatan baginda, 78, diumumkan Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan di sini Isnin.

    Mohd Zuki turut memaklumkan bahawa jenazah almarhum akan dibawa pulang ke Kuala Terengganu melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

    Jenazah almarhum berlepas dari pengkalan itu kira-kira 10.45 pagi ini menggunakan pesawat C130 TUDM.

    Mengiringi jenazah ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang berlepas dari pengkalan itu dengan pesawat khas.

    Antara yang turut berada di Pengkalan TUDM ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

    Jenazah akan dibawa ke Istana Maziah, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pengebumian.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu hari ini, rakyat jelata diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir bermula pukul 1 petang sehingga 2.30 petang.

    Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja di perkarangan Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang petang ini.

    Almarhum Tengku Bahriya yang diputerakan pada 31 Ogos 1933 di Klang Selangor berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud yang pada masa itu bergelar Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda pada 22 Mac 1952 di Kuala Lumpur.

    Almarhum selepas itu dikurnia gelaran Tengku Puan Muda oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 7 April 1954 dan dilantik menjadi Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 20 September 1979.

    - BERNAMA

    so sama - sama kita mendoakan agar roh baginda dicucuri rahmat. tak lupa juga kepada mangsa - mangsa peperangan di Libya. harap negara kita terlindung dari segala malapetaka dan kejadian yang tidak diingini. Aminn.sekian saja, Merci! As - Salam!!


    yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

    ::bebot menderum::
    1. begitu banyak peristiwa dan petanda akhir zaman telah muncul. doakan supaya diri kita berada dalam golongan beriman hendaknya 

    :: BONDA TIRI YANG DIPERTUAN AGUNG MANGKAT ::

    by on 21.3.11
    As - salam kepada semua geng bloggers, readers, braders dan sistah sekalian. tadi sepatutnya aku ada kelas sampai pukul 3 petang tapi memand...
    Ohoii orang kampung! Assalamualaikum kepada semua bloggers , readers , brader dan sistah sekalian.tak jawab "berdoza" tau. anggap je perkataan tu syntax error ntah kenapa hobi aku sekarang suka buat perkataan syntax error. ok kalau hari tu aku ada buat entry pasal" KENAPA AKU SUKA BLOG MEREKA PART 1" sekarang moh kite gerak ke part 2 pula dimana kali ini aku akan membebel kenapa aku suka blog Kemba│Tolo , Darkbatman | Lelaki. Kacak. Maskulin ,dunia.ku.dunia.cikguAfiqBukhari.com
    bak kata orang kalau sehari tak flying - kick blog dorang ni memang tak sah. dorang semua ada karisma, idea dan pengayaan tersendiri kiranya memang tak rugi la kalau korang baca entry yang sama berkali - kali. 

    so untuk review kali ini aku mulakan dengan brader izuddin rahim aka blog kemba tolo. aku suka terjah blog dia sebab dalam blog ni buat aku hilang stress . ye la sebab gaya penulisan dia memang sempoi kadang- kadang sampai aku tergelak sorang - sorang depan laptop.serius memang kelakar giler dia bercerita. tambah pula dia selalu letak gambar dia dengan kembar dia bagi menghias skrin entry beliau.


    sila klik untuk mengendap dorang 


     so kadang kadang hati aku berkata " owh camni ke duduk kat negara orang" sedikit sebanyak dorang ni share pengalaman dengan pembaca alam maya seperti aku ni hehehe. buat brader's kemba tolo blog korang memang sempoi dan gempak ! * nak sign!!! hahaahaa...

    mangsa seterusnya adalah AfiqBukhari.com. aku suka blog dia sebab daripada blog ni lah aku belajar sedikit sebanyak pasal blog. sebab dalam blog ini ada pelbagai maklumat terutamanya pasal tutorial.

    antara tutorial yang disertakan dalam blog beliau

    aku ingatkan brader ni dah berhenti daripada dunia blog sebab dah lama tak update blog.rupa-rupanya dia sibuk dan ada komitmen lain. ye la sesetengah orang itu akan sibuk bekerja .macam aku mestilah sibuk dengaan belajar. so pendek kata baik korang pergi terjah sendiri blog afiq bukhari sebab macam - macam informasi korang boleh dapat dan belajar terutamanya pasal tutorial. terima kasih tuan tanah atas maklumat yang dikongsi bersama.

    seterusnya adalah Darkbatman. siapa dia ni? adik batman ke? tak sebenarnya dia ni boleh dikatakan sebagai peminat fanatik batman, nak kata adik batman pun boleh.



    dalam blog dia penuh dengan informasi terkini. dia ni salah satu otai blogger dan banyak tips yang boleh dikongsikan bersama terutamanya pasal kucing.pergh kalau cakap pasal kucing memang no 1 pada darkbatman. sebab dia ni cat lovers. baka kucing kucing dia pun semua bagus- bagus sampai satu tahap tahap "kejealousan" aku sampai ke kemuncak tapi apakan  daya nanti aku bela tak pasal jadi macam bini popeye. so kesimpulan untuk blog darkbatman, enjoyable dan berinformasi..*perghh macam wartawan je aku ni.

    mentor aku yang seterusnya ialah cik mas aka owner blog dunia.ku.dunia.cikgu. buat pengetahuan korang cik mas ni banyak berjasa kepada aku. bilalah aku mampu membalas jasa baiknya. dia ni lah yang membuat header aku, yang membuat template aku, yang mengajar aku tips berblogging dan yang memberi aku pelbagai nasihat baik dalam blog mahupun diluar.




     1st aku tertarik dekat blog cik mas bila tebaca salah seorang punya entry dan terlihat komen beliau. masa itulah aku tertarik dan kau memang d'boom dekat blog cik mas. kat sini juga aku belajar mengenai pengalaman seorang guru.so lepas ni boleh la praktikkan sedikit , masa praktikal nanti heheehe. pe pun korang better terjah blog cik mas kalau tak aku sula!! haahaha...terima kasih cik mas!

    so setakat itu saja ngomelan aku kali ini. mereka adalah orang- orang yang aku ambil sebagai contoh dan panduan sepanjang bergelar blogger mahupun pelajar. itu pendapat akulah tak tahu la pula korang,,lain orang lain pendapat kan? sekian saja..merci! As- salam!!!

    yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

    ::bebot menderum:: : semalam pergi tonton wayang cerita merong mahawangsa..memang gempak habis!!

    :: KENAPA AKU SUKA BLOG MEREKA PART 2 ::

    by on 20.3.11
    Ohoii orang kampung! Assalamualaikum kepada semua bloggers , readers , brader dan sistah sekalian.tak jawab "berdoza" tau. anggap ...
    As- salam to all geng kipas susah mati blogger, readers, brader dan sistah sekalian. merci ! sebab sudi jelajah blog aku yang usang lagi buruk tahap gaban ni. so apakah yang terjadikah dengankah entri aku inikah? ok kesengalan aku dah datang. abaikan gaya penulisan aku tu sebab bila tension jadi camni la . heih ada ke patut makhluk sorang ni kata aku bawa bad luck ! hello, nampak sangat awak tu cetek ilmu pengetahuan ! tak de manusia yang dicipta untuk membawa nasib malang ni kepada diri sendiri mahupun orang lain. lagipun kalau aku bawa nasib malang pun, kau mampu? haahaha mana ada orang bawa nasib malang la der. itu semua adalah ujian dari yang Maha Esa dan itu adalah salah satu tanda yang Dia sayang kita .

    perghh siap ada tagteam lagi. tapi ingat tak ada orang yang bawa nasib malang dalam dunia ni

     ok aku mengaku memang banyak benda yang terjadi macam aku kena pukau , patah tangan , rumah kena pecah masuk dan lain - lain. tapi aku tak pernah pun anggap itu sebagai nasib buruk malah aku menganggap itu sebagai satu kerahmatan bagi aku. mesti pelik kan kenapa aku kata rahmat bagi aku? sebagai contoh,  aku ambil insiden kejadian pecah rumah yang berlaku di rumah aku hujung tahun lepas. itu sebagai peringatan yang lepas ni rumah tu mestilah dikunci rapi , barang berharga pastikan tidak ditinggalkan sewenang- wenangnya. hah! tengok bukan ke satu rahmat kerana Allah dah bagi petunjuk dengan memberi ujian sebegitu. memang la mula - mula agak tension dan sedih kerana ditimpa musibah macam ni .tapi aku rasa benda tu hanyalah sementara kerana setiap yang terjadi ada hikmahnya!. so buat korang diluar sana yang kata aku ni si pembawa malang, terima kasih banyak - banyak kerana korang meningkatkan tahap kesabaran aku. yang aku hairannya dorang kisah sangat aku bawa nasib malang kenapa? sikit pun tak kena dorang. maybe sebab abang khai "hot" kot,, hahaah mula dah riak aku ni,.,lawak je tu nanti tak pasal kena tarik nikmat. so sekian saja entry aku kali ini . take care guys! as- salam...

    always be patient in facing all the challenges and obstacles ALLAH has predetermined to you.only He knows whats best for you.its okay  shed river of tears in this battle seeking knowledge but never give up your hope soon you'll embrace victory and success

    yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

    ::bebot menderum:: :

     1: teringin pula nak  header baru dengan template baru  tapi tak reti nak buat
    2. frust markah mid term exam teruk huhuhu

    :: AKU BAWA NASIB MALANG, KAU MAMPU?::

    by on 18.3.11
    As- salam to all geng kipas susah mati blogger, readers, brader dan sistah sekalian. merci ! sebab sudi jelajah blog aku yang usang lagi bur...