Total Pageviews



As - Salam kepada korang yang berumur 17 tahun sekarang atau yang lahir pada 1994 bolehlah membuat semakan kemasukan PLKN 2012. pada mulanya ada laman web yang dikhaskan untuk menyemak kemasukan korang (klik sini). tapi disebabkan laman web tersebut mengalami kesesakan yang teruk, jadi agak susah untuk korang serve in ke dalam web tersebut.kesesakan trafik ke laman web tersebut hanya sementara sahaja tetapi jangan risau kerana ada cara lain yang boleh korang semak untuk kemasukan PLKN bagi tahun 2012.caranya begini.
untuk semakan SMS, taipkan  PLKN (jarak) SEMAK (jarak) nombor Mykad dan hantar ke 15888. Semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-40274747. 
 jadi korang bolehlah semak sekarang untuk panggilan seterusnya. cepat!

::bebot menderum :: sangat jelez sebab tak terpilih menyertai PLKN 

:: SEMAKAN KEMASUKAN CALON PLKN 2012 ::

by on 12.7.11
As - Salam kepada korang yang berumur 17 tahun sekarang atau yang lahir pada 1994 bolehlah membuat semakan kemasukan PLKN 2012. pada ...
Assalamualaikum kepada braders dan sistah sekalian. berkenaan tajuk entry di atas , ya sumbangan korang amat diperlukan bagi membantu keluarga Puan Norma membiayai perbelanjaan perubatan Puan Norma yang menghidap penyakit kanser. aku terbaca berita pasal Puan Norma melalui geng - geng KBU 
(kami blogger utagha) yang membuat entry pasal beliau. hati aku terdetik macam mana perasaan keluarga beliau , tambah - tambah lagi buat suami beliau. harap dapat menempuhi semua ini dengan tabah. serius buat pertama kalinya aku baca entry orang , air mata aku  mengalir. terlalu sebak bila baca tentang kisah mereka sekeluarga.kalau aku yang rasa sebak macam mana pula dengan keluarga dorang?? mesti lagi sedih bukan?



jadi dikesempatan ini , geng - geng KBU akan tubuhkan tabung khas dana untuk membantu Puan Norma Sekeluarga dan sumbangan korang akan diserahkan oleh wakil KBU kepada keluaga beliau.jadi buat sesiapa yang ingin menyumbang boleh bank-in kan kepada bendahari Cik Syakira Yaakob..

NAMA            : Nur Syakira bt Yaakob
NO AKAUN   : 158172923744 (MAYBANK)

Geng - geng KBU akan mengumpulkan sumbangan sehingga 31 Julai 2011 ini dan kemudian akan diserahkan kepada keluarga Puan Norma melalui wakil KBU. jadi tunggu ape lagi, kita sebarkan berita ini kepada seberapa ramai yang mungkin agar kita sama - sama dapat meringan beban dan membantu keluarga Puan Norma membiayai perbelanjaan perubatan beliau. segala cadangan dan pendapat lain korang boleh utarakan disini  atau lawati page BLOG K.H.A.Z supaya nanti boleh aku usulkan kepada wakil KBU. Sama - sama kita doakan kesihatan dan kesejahteraan untuk Puan Norma dan sekeluarga.
terima kasih yaw!!
*** KBU, WE CARE***

::bebot menderum ::susah - susah kita , ingat ada lagi yang hidup susah daripada kita.

:: SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN ::

by on 12.7.11
Assalamualaikum kepada braders dan sistah sekalian. berkenaan tajuk entry di atas , ya sumbangan korang amat diperlukan bagi membantu kelua...
Tidak semua tangisan itu negatif dan tidak semua insan yang menangis itu lemah.

Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?

1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah
2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga dan berusaha untuk memperbaikinya.
3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan berusaha untuk membantu.
4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah melampau.
5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana
6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya
7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian lama hanyut di dalam kesesatan.


Tangisan-tangisan ini adalah kehebatan kerana orang yang menitiskan air matanya kerana Allah, adalah orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,

"Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali masuk ke dalam puting..." (H.R Tirmidzi)

Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para sahabat, beliau bersabda," Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka menangis. (Muttafaq 'Alaihi)
Pada suatu hari Rasulullah saw telah mendengar seorang sahabat Baginda yang sedang membaca al Quran. Apabila sampai ke ayat yang bermaksud:

"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah" Surah ar Rahman – 37

Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya:"Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh nasibku ini." Rasulullah saw berkata kepadanya:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."

Jawapan yang sama telah diberikan oleh Rasulullah saw kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan sembahyang Tahajjud.

Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?" Kata Abdullah:"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titian sirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."

Subhanallah, kehebatan yang terserlah dengan linangan air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.

Malah di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ini keras hatinya ialah apabila dia sukar untuk menangis di hadapan Ilahi.

Bilakah kali terakhir daku menitiskan air mata keranaMu ya Ilahi?

SUMBER : I LUVISLAM

::BILAKAH KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS? ::

by on 9.7.11
Tidak semua tangisan itu negatif dan tidak semua insan yang menangis itu lemah. Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan? ...
assalamualaikum..ini adalah gambar - gambar sekitar Kuala Lumpur yang "dijangkiti kulat " perhimpunan haram BERSIH 2.0. merosakkan imej negara!!! 





















lagi gambar klik SINI
 sumber dan kredit : AZLAN ZAMHARI

::bebot menderum :: AMAT MENYUSAHKAN ORANG

GAMBAR TERKINI KEADAAN PERHIMPUNAN HARAM BERSIH

by on 9.7.11
assalamualaikum..ini adalah gambar - gambar sekitar Kuala Lumpur yang "dijangkiti kulat " perhimpunan haram BERSIH 2.0. merosakk...
Assalamualaikum....
kepada pembaca sekalian,terima kasih sebab buka lagi blog aku.aicehh dah macam surat cinta pula.ok dah lama tak menggedik tulis macam ni. pasal tajuk kali ini. memang sesuai bebenor kita story - mory. status di facebook ramai yang dah tau fungsinya. ada yang post sebab nak luahkan perasaan ,ceritakan isu semasa dan lain - lain.oh yer ramai yang tertanya - tanya kenapa orang "like" status facebook ni kan? sebenarnya ada banyak tanggapan masing - masing terhadap status orang itu. korang nak tau antara sebab - sebab dorang ni "like" bebenor status korang atau orang lain? jom kite tengok...

  • status korang ayatnya sangat best , berguna dan mantap 

buat korang yang buat status cemerlang , gemilang dan terbilang tu, confirm ramai yang "like". tak kiralah korang reka atau copy ayat tu, tetap akan menarik perhatian orang untuk membacanya. tambah - tambah lagi kalau buat status yang berilmiah. aku mengaku aku sendiri suka "like" status yang sedemikian rupa.sebab status itu sangat berguna!

  • korang cantik atau hensem

buat mereka  yang mempunyai rupa yang menarik tu, memang tak hairanlah sikit punya status pun, mesti ada yang like punya. yer la muka dah segak , buat status tengah lipat baju pun mesti ada yang 'like'.  baik lelaki hensem , perempuan cantik , dua - dua jenis individu ni mesti ramai yang 'like' status dorang.

  • kawan - kawan facebook korang memang kaki "like"

kalau dah kawan - kawan facebook korang mencecah 2,3K lebih ,jangan hairan kalau korang terkena, korang buat status, dia 'like' , korang komen pun dia 'like'. boleh dikatakan hampir semua yang korang buat di facebbok tu dia akan 'like'. kalau orang yang berlainan yang 'like' masih boleh diterima lagi , tapi kalau dah orang yang sama je, memang dia layak diberi anugerah 'like' terbanyak atau mungkinkah dia minat kat korang????

  • korang seorang selebriti



haaa kalau yang ini memang tak dinafikan. kalau korang retiss artis macam justin bibir , popular di sekolah, tempat kerja ataupun dikolej memang akan ramai yang 'like'. maklumlah bila dah popular mesti ramai yang minat nak tahu perkembangan , status terkini dari orang yang #hotsetuff kan??



pendek kata. sebenarnya tak ada impak keburukan pun bila kita 'like' status orang, bergantung kepada setiap orang bagaimana tanggapan 'like' tu, dah nama pun 'like' mesti la orang suka kan.



dalam berfacebook tu jangan sampai lalai pula. utamakan yang penting dahulu barulah online. alang - alang dah baca tentang 'like'  tu apa kata korang 'like' page aku. boleh kan?  sekian saja entry aku kali ini.As - Salam. chow bebeh!!


::bebot menderum ::I LOIKEE!!

KENAPA RAMAI YANG "LIKE" STATUS FACEBOOK KORANG ?

by on 8.7.11
Assalamualaikum.... kepada pembaca sekalian,terima kasih sebab buka lagi blog aku.aicehh dah macam surat cinta pula.ok dah lama tak meng...
Mak nyah , pondan , bapuk , semua ini adalah panggilan atau gelaran untuk lelaki lembut yang menyerupai wanita tak kira sama ada dari segi penampilan atau tingkahlaku. tapi hari ini bukan untuk menghina kaum ini tetapi  aku hanya ingin memuji dari segi positive nya iaitu dari dari segi bakat dan kebolehan mereka.

bukan bakat untuk berbuat TUUTTT yer tetapi mereka dilahirkan dengan 1001 bakat.yang aku puji ni hanya golongan lembut tetapi dalamnya normal dan bukannya 100% lembut sampai sanggup tukar jantina, malam - malam menyundal. hurh!!!! dosa weyh. 

mungkin ada pihak diluar sana asyik menghentam mereka. tetapi mereka tidak sedar kerana ada lelaki yang hanya lembut tetapi masih normal menyukai kaum wanita dan ada lelaki normal tetapi pada hakikatnya menyukai kaum sejenis. bagi mereka yang lembut tetapi normal, sebenarnya ini terjadi kerana genetik keluarga atau faktor sejarah keluarga.

 barangkali mungkin kerana sewaktu mereka kecil , ibubapa mereka terlalu inginkan anak perempuan sehingga memakaikan anak lelaki mereka pakaian kanak - kanak perempuan. bagi yang nampak nampak normal tetapi hakikatnya menyukai kaum sejenis, sejarah mereka mungkin disebabkan pergaulan bebas di asrama ataupun mempunyai sejarah hitam tersendiri ( rujuk entry sebelum ini ). menurut kajian pula golongan lembut atau maknyah ini boleh dibahagikan kepada 4 peringkat 



Tahap satu, boleh terjadi kepada sesiapa sama ada bersifat sementara atau jangka panjang. Ia tidak mendatangkan masalah dan sukar dikenali pada peringkat awal. Ia boleh pulih semula setelah disedari atau ditegur oleh rakan atau mereka pada tahap ini akan meneruskannya jika mendapat sesutu dorongan.

 Salah satu bentuk dorongan ialah apamila mendapati rakan wanita selesa dan selamat untuk bergaul dengannya. Biasanya hampir semua wanita rasa selamat setiap kali bergaul dengan lelaki lembut pada tahap satu. 

Dorongan lain adalah seperti layanan ibu bapa terhadap anak lelaki seperti melayan anak perempuan atau adik-beradik atau rakan-rakan kejiranan yang didominasi oleh perempuan sejak kecil. Tahap ini bukanlah satu masalah, tetapi disebabkan gangguan peringkat akut terhadap penghasilan hormon testrogen.


 
Tahap dua, ciri-ciri tahap satu masih ada tetapi cara pemikiran dan spikologi lebih kepada menyukai sesuatu yang disukai wanita. Selesa melakukan kerja-kerja ringan seperti yang mampu dilakukan oleh wanita. Rasa selesa dan selamat bergaul dengan wanita berbanding lelaki. Mahu suka kelihatan seperti apa yang wanita suka pada dirinya seperti suka kelihatan cantik, ayu, sopan dan lemah lembut.

Tahap tiga, hormon testosterone benar-benar berkurang dan menyebabkan daya tarikkan seksual tersongsang. Lebih tertarik dengan lelaki yang berbadan sasa. Jarang berlaku tahap tiga ini tertarik dengan lelaki bertubuh biasa. Hilang minat untuk menyukai wanita walaupun organ seksualnya boleh berfungsi seperti normal dan memiliki sperm yang subur. 

Penampilan fizikal biasanya ada ciri-ciri seperti wanita seperti pemakaian aksesori wanita. Mereka dapat dikenali dengan jelas pada peringkat ini. Gejala gay atau seks luar tabii adalah keadaan pada tahap tiga walaupun keadaan fizikal tidak nampak bercirikan seperti wanita.



Tahap empat, menerima hakikat diri dan berani mengikhtiharkan diri sebagai “Mak Nyah”. Kecetekkan pengetahuan agama menjadikan mereka berani mengambil dadah estrogen supaya ciri-ciri seks sekunder muncul seperti suara tidak garau, halqum tidak timbul, bulu roma pada wajah seperti misai, janggut dan jambang tidak muncul( muka jambu dikecualikan -,- ). Malah estrogen ini merampingkan perut dan menjadikan dada dan punggung berisi. 

 Selain estrogen, suntikan kimia untuk merencatkan testosterone juga diambil supaya badan tidak menjadi sasa. Pengambilan perencat testosterone amat berisiko tinggi kerana bahan tersebut bersifat kolestrol tepu yang boleh menyebabkan strok, serangan jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang. Tanpa kesedaran ilmu agama yang sempuna, lelaki lembut pada tahap empat akan menjalani pembedahan yang paling tidak beretika (yang dikendalikan oleh rawatan klasik (allopathic) yang sememangnya tidak beretika) iaitu dengan menukar atau membuang organ seks lelaki dan mengubahsuai menjadi seperti organ seks wanita. 

Namun begitu, pembuangan ini tidak memungkinkan mereka mengandung kerana mereka tidak memiliki rahim dan ovari yang boleh menghasilkan ovum.



tu adalah penerangan bagi kajian,. tapi bagi aku ada betul dan salahnya.apa yang aku sempat baca tentang golongan ini, sebenarnya mereka inginkan kebebasan melakukan sesuatu di luar bidang mereka. sebagai contoh memasak , menjahit baju , mengemas rumah. masyarakat kita sewenang - wenangnya melabel orang tak tentu arah .

 bagi mereka, hanya skop kerja - kerja berat sahaja bagi golongan lelaki. kerja - kerja orang perempuan langsung tak boleh dibuat oleh golongan lelaki. apa boleh buat? mentaliti zaman sekarang. tetapi buat mereka yang beriltizam kuat, mereka sanggup dicemuh, dicaci semata - mata untuk merealisasikan impian mereka untuk menceburi bidang masakan dan sebagainya. korang jangan sesekali ingat golongan yang menceburi bidang ini hanya suka - suka. ada diantara mereka yang sanggup buat semua ini hanya untuk menyara keluarga mereka. 

yang kita ni tak pasal tuduh dia bukan - bukan , dah dapat dosa free.so selepas ini ubahlah mentaliti pemikiran kita , kerana aku percaya mereka pun tidak minta dilahirkan sedemikian rupa. kita patut  membantu dorang dari pelbagai sudut (perubatan, psikologi, bimbingan, nasihat, kaunseling) dalam membantu dalam kembali kepada orientasi seksual yang sebenarnya.

jangan di persalahkan kepada dorang sahaja semata-mata, kita kena buat kajian yang mendalam untuk mengetahui punca dan juga rawatan sama ada untuk medical atau juga psikologi. sesungguhnya kita juga tidak sesempurna mereka, kerana kita asyik menyatakan bahawa mereka tidak kena itu dan ini..tapi, sedarkah setakat mana kesempurnaan kita dalam diri kita sendiri dengan apa yang kita ada? 


::bebot menderum :: pendapat korang mengenai lelaki yang senang mengeluarkan air mata?

:: GOLONGAN "NYAH" ISTIMEWA? ::

by on 7.7.11
Mak nyah , pondan , bapuk , semua ini adalah panggilan atau gelaran untuk lelaki lembut yang menyerupai wanita tak kira sama ada dari segi...





yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 


::bebot menderum :: memori lama - lama


:: WORDLESS WEDNESDAY ::

by on 6.7.11
yang memberontak dengan ekzos ::  Khai Artz-Far @ Putera TESL  ::bebot menderum :: memori lama - lama
Salam kepada braders dan sistah yang membuka dan membaca blog aku ni.*blushing kejap. untuk kali ni dikira sebagai random punya entry sebab aku update ni dalam keadaan keterghairahan nak update. pandai - pandailah korang pikir camner punya keadaan. sorry sebab lama tak update. maklumlah macam yang aku bagitau dalam page aku, sibuk dengan orentasi. habis je dengan orentasi UITM hari tu kali ini dengan orentasi batch homegrown , professional dan ijazah pula.



phewitt semester ini jadi fasilitator. bukan glamour yang dicari tapi pengalaman yang ingin aku temui kali ini. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun kena "sembur " dengan pelbagai karenah. untuk intake kali ini jumlah student yang mendaftar memang melebihi jangkauan , aku ingat cuma dalam lapan ratus lebih je yang mendaftar , sekali bila tiba hari pendaftaran, jumlah yang mendaftar hampir 1400 orang. sebenarnya untuk orentasi kali ini student - student baru dibahagi kepada dua kumpulan mengikut tarikh pendaftaran. so aku ditugaskan untuk menjaga student diploma dan ijazah dimana jumlah kumpulan ini agak besar berbanding kumpulan satu lagi. 







alhamdulillah , walaupun jumlah fasilitator tak setanding dengan jumlah student yang mendaftar, tapi berkat tunjuk ajar jurulatih kami , 'bonding' antara fasilitator , kami berjaya menjalankan orentasi ini dengan jayanya.so dikesempatan ini, kalau ada student - student baru yang membaca blog aku, nasihat aku kepada korang, tolong praktikkan modul - modul yang korang belajar dalam kehidupan seharian korang sebagai seorang pelajar. janganlah jadi hipokrit dalam orentasi saja korang praktikkan , bila diluar masing - masing ego, berpuak - puak dan tidak bertegur sapa. ingat korang akan bersama - sama harungi suka duka selama tiga tahun, jadi tak manislah kalau korang tak bertegur sapa atau sombong. 


 fasilitator KPTM Kuala Lumpur

so bermulalah perjalanan korang sebagai pelajar IPT, jangan jadi kejutan budaya pula. pandai - pandailah pilih kawan sebab yang baik insyallah akan membawa kepada kebaikan , yang buruk pula akan membawa kepada keburukan. hidup di dunia IPT amat berbeza dengan dunia sekolah. jangan segan - segan dapatkan nasihat daripada yang berpengalaman. nak minta nasihat daripada kiteorang pun apa salahnya.kiteorang pun masih lagi dalam proses pembelajaran, tak salah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan. so cukup setakat ini saja ulasan aku. mulakan hari baru dengan azam baru dan semangat baru!!


** kredit gambar untuk abg AF!

**lagi gambar sila terjah sini
BLOG K.H.A.Z
DAUS AKA SI AFRO SEPARA BUTA




yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 


::bebot menderum :: dekan untuk semester ini, insyallah

:: TSUNAMI ORENTASI ::

by on 4.7.11
Salam kepada braders dan sistah yang membuka dan membaca blog aku ni.*blushing kejap. untuk kali ni dikira sebagai random punya entry sebab ...