Total Pageviews

  Seluar jeans( bukan jin ifrit,jin kazama dan yang lain -lain yer) selalunya sinonim dengan lelaki tapi sekarang baik lelaki mahupun perempuan kedua - duanya boleh pakai. selalunya orang pakai jeans ni orang yang meminati jenis casual. jenis seluar jeans ni pula banyak, antaranya adalah loose cut, straight cut, boot cut, super skinny, dan slim leg cut. tapi tahukah korang sejarah dan senarai jeans yang popular di dunia? sekarang jom kita terjah senarai jeans popular dan fakta disebaliknya.

Calvin Klein
Abercrombie & Fitch 



Lee


Diesel

Gap


Guess


Levi's 


Versace


Wrangler


True Religion


dah tengok senarai dia kan? sekarang jom checklist trivia dia pula...

  • berdasarkan suvey yang dilakukan oleh Motherhood Moms, responden lelaki kebiasaanya akan mencuba 5  hingga 6 kali untuk mendapatkan jeans terbaik, bagi wanita pula , lebih dari 10 kali percubaan
  
  • Di India , jeans atau denim yang dipakai kelasi berbangsa Dhunga dikenali sebagai 'dungaress'

  • Jeans mula dipopularkan di Amerika Syarikat oleh seorang pedagang pakaian bernama Levi Strauss ketika beliau berumur seawal 20 -an . ketika itu, beliau menjadi peniaga di sekitar San Francisco 

  • Pada awalnya jeans tidak diperbuat dari kapas. perdagangan dan pertanian kapas yang semakin meledak sekitar abad ke 18 menjadi kapas sebagai pilihan utama . para pekerja menggunakan fabrik jeans kerana diperbuat dari tahan lasak iaitu dari sejenis tanaman berwarna indigo yang ditanam di Amerika dan India 

  • Tekstil jeans yang asli telah dicipta pada tahun  1560 - An di Geneo , Itali

  • 20 Mei setiap tahun merupakan ulang tahun kelahiran Blue Jeans 

  • Aktor Hollywood terkenal James Dean telah mempopularkan trend pemakaian jeans ketika dia membintangi sebuah filem berjudul Rebel Without Cause. Sejak itu, jeans menjadi simbol pemberontakan dan pergaduhan para remaja pada tahun 1950

  • Seluar Jeans rekaan awal yang pertama mempunyai 5 poket. 2 poket besar pada kedua - dua belah bahagian belakang dan depan. Satu poket lagi adalah di bahagian depan sebelah kanan

  • Jeans pernah dipakai oleh tentera Amerika untuk berperang bermula pada tahun 1872

  • Panggilan sebenar untuk jeans atau denim ialah 'Bleu De Genes' oleh seorang yang berketurunan Perancis yang membawa maksud Biru Genoa

jadi korang dah tau semua fakta dan jenis disebalik jeans ni kan? terpulang kepada korang yang mana menjadi pilihan janji ianya bersesuaian dengan bentuk badan korang.jangan ikut sedap je pilih nanti tak pasal kena usha pelik. tu je entry kali ini, chow bebeh.ok~bai!

sumber dan kredit : maskulin edisi ogos

::bebot menderum ::  selalunya time raya baru dapat beli jeans baru dan murah

JEANS POPULAR DI DUNIA

by on 11.8.11
  Seluar jeans( bukan jin ifrit,jin kazama dan yang lain -lain yer) selalunya sinonim dengan lelaki tapi sekarang baik lelaki mahupun pere...



  ::bebot menderum :: future tuuut...kekekeeke

:: WORDLESS WEDNESDAY ::

by on 10.8.11
  ::bebot menderum :: future tuuut...kekekeeke
Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah 8 hari kita berpuasa. harap semua puasa penuh jangan nak tinggal - tinggal pulak. cakap pasal puasa, mestilah ada raya, cakap pasal raya,mesti semua nak balik kampung kan? haa..buat anak - anak perantau sekalian, sudahkah korang beli tiket bas bagi yang memilih alternatif  untuk pulang ke kampung? *kening - kening



jangan main - main sebab kebanyakan tiket bas ada yang sudah habis dijual. semalam masa aku still kat kedah. aku pergi  untuk beli tiket, rata - rata dah habis semuanya. jadi kebetulan  hari ni aku dah ada dekat kuala lumpur, terpaksa pergi lagi terminal puduraya untuk beli tiket , alhamdulillah ada lagi tempat. tu pun bas biasa - biasa je.bas yang selalu aku naik tu pun tiket dah habis dijual.



nasib ada lagi, kalau tak beraya lah aku keseorangan dekat sini. buat korang yang tak beli lagi tiket untuk balik tu rajin - rajinkan diri korang untuk ke terminal bas berdekatan untuk beli tiket sebab selalunya waktu perayaan camni ada je bas tambahan tapi awal atau cepat tu tak berani aku nak confirm nanti kalau salah aku bagitau  tak pasal aku kena serang dengan tumit - tumit kasut yang berdekatan. jadi carilah alternatif lain selain bas kalau korang tak nak naik bas la, tapi kan ade je keretapi , kapal terbang. kalau semua naik bas siapa nak naik pengangkutan ini. ye idok? tapi yang ini pun tetap sama kena tempah tiket dulu. jadi pandai - pandai korang buat pilihan yer. baik cepat korang beli nanti tak pasal tak boleh balik beraya kat kampung. ok~ bai!

::bebot menderum :: jom balik sekali pada 26hb nanti

TIKET BAS HABIS DIJUAL

by on 8.8.11
Assalamualaikum.. Alhamdulillah dah 8 hari kita berpuasa. harap semua puasa penuh jangan nak tinggal - tinggal pulak. cakap pasal puas...
As - Salam kepada semua yang membaca blog aku. maaf sebab lama tak menghentak blog, biasalah kalau mood dah lari, berukband broadband tak bayar lagi , line macam siput memang akan menghairahkan aku untuk tidak tatap blog ini. sian kamu kan wahai incik blog.ok dah nanti mengarut lagi. sekarang  jom aku nak share info tentang kelebihan sunat terawih mengikut malam. yer la mungkin ada antara korang yang tak tahu pasal ini kan? jom kite review kejap..



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

dah baca kan? jadi rajin - rajinkan diri korang untuk ke surau atau masjid berdekatan yer, bulan puasa ni setahun sekali, rugi kalau tak manfaatkannya. sekian saja motif kali ini. selamat berpuasa, chow bebeh!!

::bebot menderum :: selamat berpuasa!

KELEBIHAN SUNAT TERAWIH MENGIKUT MALAM

by on 7.8.11
As - Salam kepada semua yang membaca blog aku. maaf sebab lama tak menghentak blog, biasalah kalau mood dah lari, berukband broadband tak ...
Salam ramadhan buat semua yang tengah membaca motif entry aku kali ini.ok dah habis intro.gedik kan? actually entry kali ini aku nak cerita perihal lesung batu pipit. sebelum tu , aku nak tanya, sapa ada lesung pipit angkat tumit! haa aku pun salah sorang individu yang ada lesung pipit. #kening-kening


 kalau korang perhatikan gambar ni, mesti korang dapat mengagak yang camni la asal usul lesung pipit dapat nama. kalau sapa - sapa yang ada lesung pipit tu kalau nak tau waktu korang - korang kecik mak bapak korang lekatkan dua benda tu kat pipi korang maka terhasilah lesung pipit ! ok aku auta kat situ. auta je tapi tak tipu erk. sebenarnya ‘Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, faktor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi' ( sumber wikipedia )


haa faham tak? korang tengok balik gambar kat atas ni kalau nak tau otot mane yang terlibat. memang secara am nya digelar cacat , tapi cacat kecantikan. malah ada yang sanggup buat pembedahan semata - mata nak ada lesung pipit. 




menurut kajian juga, lesung pipit ini ada genetik,makna nya diturun secara gen dominan. sapa - sapa yang berkahwin dengan pasangan yang ada lesung pipit, secara keberangkalian anak tersebut akan mewarisi lesung pipit tersebut adalah 20-50 .part ni aku agree! sebab bapak aku pun ada lesung pipit. bonding tak kiteorang? haha kau hade? so camtulah al - kisahnya pasal lesung pipit.simple,dimple,pimple... chow bebeh!!

::bebot menderum :: aku ada dominan genetik lesung pipit. untung sape jadi bini aku.kekeke

:: MOTIF ADA LESUNG PIPIT ::

by on 2.8.11
Salam ramadhan buat semua yang tengah membaca motif entry aku kali ini.ok dah habis intro.gedik kan? actually entry kali ini aku nak cerita...
As - Salam kepada semua pembaca blog aku  yang tegar mahupun tak tegar. Ramadhan datang lagi! aicewah dah macam background lagu "Tora" pulak yang sebut "Tora datang lagi! "jadi sempena kedatangan bulan yang mulia ni , moh la sama  - sama kita panjatkan kesyukuran kepada -Nya kerana sekali lagi diberi peluang untuk merasai keberkatan bulan yang mulia ini.jadi camne? korang dah ganti ke puasa ganti korang sebelum - sebelum ni? haaa jangan tak ganti pulak.nanti tak pasal - pasal kena double - triple lak. 



tahun ni merupakan tahun kedua aku akan  berpuasa di tempat orang,  so rasanya tak ada banyak bezanya pun puasa di tempat orang dengan tempat sendiri. cuma ketiadaan keluarga disisi tu jer.aiceh aku cakap macam kita dah mula puasa pulak, kan? biasa lah bila perasan #retisss camni ler jadinya. jadi sempena bulan puasa yang akan menjelma ni , buatlah amal ibadat banyak - banyak , yang mana rasa kurang semester  tahun lepas , kita top - up balik tahun ni, yang tak pergi terawih tu kalau boleh tahun ni rajinkan diri korang buat terawih.rugi oowh tak buat semua ni sebab bulan ramadhan hanya setahun sekali , bulan ni kalau buat amal kebaikan , insyallah pahala berlipat ganda,aminnn! puasa kali ini pun aku dengan member - member aku akan berniaga dekat bazar ramadhan kolej kiteorang, harap - harap murah rezeki ler bisnes kiteorang , amin. jadi sebelum kite berpisah, aiceh ayat minta tumit je, sebelum aku tamatkan entry ni , aku dedikasikan video ini buat korang semua yang masih lagi setia dengan blog aku. #I lap you lah cam ni...selamat berpuasa yer kepada semua rakan - rakan , keluarga , fasilitators , jurulatih , pensyarah, Teslians, dan sewaktu dengan nya. puasa jangan tak puasa!! chow bebeh!!

 


::bebot menderum :: excited menunggu bulan puasa

:: BULAN RAMADHAN MENJELMA LAGI ! ::

by on 30.7.11
As - Salam kepada semua pembaca blog aku  yang tegar mahupun tak tegar. Ramadhan datang lagi! aicewah dah macam background lagu "Tora...


Hari ini tatkala aku sedang sibuk dengan kuliah dan kerja - kerja lain. aku dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa sahabat karib aku yang terkenal dengan nama manjanya Baby. hampir semua orang mengenali Baby, bak kata orang kami umpama belangkas.aku dengan Baby amat rapat , kemana saja aku pergi mesti dia ada ,tidur pun kadang - kadang hampir sekali. biarlah orang melabel aku Gay ke apa, janji dapat puaskan nafsu dengan Baby. bukannya apa , aku rasa Baby ni best sangat sebab dia pengubat hati aku,peneman aku tatkala berjalan sorang - sorang. tapi kini semua tu hampir tinggal kenangan. ini semua salah aku.kalau tidak disebabkan aku yang terlalu cuai tadi mengabaikan Baby , tentu beliau tidak akan jadi macam ini. aku terkejut melihat keadaan sahabat aku yang terlalu parah.aku terpikir sejenak , kalau dia tak ada nanti , macam mana dengan aku? sapa nak hiburkan hati aku? sapa nak teman aku ke mana-mana nanti? dan dengan siapa aku nak tidur? arghh kenapa Baby? kenapa ko nak pergi di saat aku memerlukan ko disisi aku? aku masih tak dapat terima kenyataan yang dia pergi meninggalkan aku, aku tau walaupun ko koma tapi kalau tak boleh nak mengeluarkan suara terpaksa aku menyuruh doktor pakar meluluskan teknik euthanasia.walaupun agak kejam,tetapi daripada membiarkan ko hidup dalam keadaan terseksa..... cukup memang aku tak sanggup melihat keadaan mu begitu sahabatku..bersemadilah kamu dengan aman, mungkin satu hari nanti aku dapat mencari pengganti yang serupa denganmu....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
keadaan baby yang nazak :(


 

::bebot menderum :: nak kena beli baby baru...mana nak cekau rm300

:: BERSEMADILAH KAMU DENGAN AMAN::

by on 27.7.11
Hari ini tatkala aku sedang sibuk dengan kuliah dan kerja - kerja lain. aku dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa sahabat karib a...
As - Salam kepada semua yang rajin membuka entry aku kali ini. baru hari ini dapat menghentak keyboard balik . so semalam setelah berjimba  dengan facebook , terghairah pulak rase nak buka twitter. bila dah buka macam biasa menggedik tweet orang sana - sini. bila dah puas, timbul pula nak buat status , dalam tengah mencari idea tetiba terperasan benda nih...


  dah kenapa dengan ayat ni..kalau muslims mestilah rujuk kepada umat islam. so sekali lagi aku klik benda alah tu nak tengok apa yang terjadi di sebalik maksud ayat #blamethemuslims. bila dah klik, aku beristighfar beberapa kali, heih dah melampau ni bila ada orang memburukkan pasal martabat islam ni. aku pun tak faham yang dorang buat status memburukkan martabat agama orang. twitter ni pun satu ,patutnya semalam celebrity day, yang pergi naikkan status #blamethemuslims tu kenapa? racist!! 






aku perasan banyak pengguna yang tweet , retweet agama Islam adalah sebaik - baik ajaran dan ada juga yang suruh block #blamethemuslims tapi tak ada tindakan apa - apa pun dari pihak twitter. kalau boleh berat sebelah , kenapa tidak kita naikkan trends #blametwitter takpun #blametheracist. pastu kita tengok berapa ramai yang marah.

 macam mana keadaan tu nanti samalah juga dengan keadaan orang Islam sekarang.benda - benda camni amat sensitif untuk disentuh tambah - tambah lagi membabitkan maruah , agama dan bangsa. so ikut suka hati korang nak takrifkan twitter ni sebagai apa. ini cuma dari segi penglihatan dan perspektif aku. sekian saja entry kali ini , chow bebeh!

::bebot menderum ::saya sayang agama , bangsa dan negara saya 

TWITTER BERAT SEBELAH?

by on 25.7.11
As - Salam kepada semua yang rajin membuka entry aku kali ini. baru hari ini dapat menghentak keyboard balik . so semalam setelah berjimba...