Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Baru - baru ini pada 3 Mac 2014 , restoran makanan segera , Burger King diserang Ninja Hitam . Ini kerana restoran makanan segera yang terkenal ini dipercayai telah memperkenalkan produk terbaru mereka kepada pelanggan sehingga menjadi amukan para ninja .
Hello semua , jangan terkejut yer kerana ini merupakan gimik untuk produk terbaru dari Burger King, memperkenalkan Burger Ninja !
Menariknya mengenai Burger Ninja ini adalah kerana rotinya setebal 4 inci yang berwarna kehitaman, kelazatan sos teriyaki yang istimewa serta hirisan bawang - bawang yang telah digrill menjadikan Burger Ninja sangat unik . Ditambah pula dengan pilihan ayam atau daging yang sangat mengancam. Fuhhh ! memang terangkat habis bila makan.
Selain Ninja Burger, Burger King juga memperkenalkan Burger King Ninja Jumbo Frank. Dimana sosej ayam bersaiz jumbo disajikan bersama kelazatan sos teriyaki , bawang yang telah digrill rangup dimakan bersama roti yang sangat lembut.
Dengan pilihan itu tadi menjadikan kesemuanya adalah 4 jenis set Burger NINJA yang telah diperkenalkan iaitu Burger King Ninja Chicken , Burger King Ninja Beef, Burger King Ninja Hotdog dan Burger King Ninja Deluxe Whopper.
Dah terliur semua ?Cepat dapatkan dekat Burger King sekarang . Harga bermula pada RM 5.95 dan Burger Ninja ini hanya ada untuk masa yang terhad sahaja tau. Jadi tunggu apa lagi, jom cari Burger King berdekatan dan rasai sendiri kehebatan Burger Ninja ini
p /s : Daging dia sangat juicy ! best gilos
Burger King Diserang Ninja Hitam
by
khai artzfar
on
8.3.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Baru - baru ini pada 3 Mac 2014 , restoran makanan segera , Burger King diserang Ninja...





+and+Keith+Loh+(Director+of+Marketing)+at+launch+of+Burger+King+Ninja!.jpg)







.jpg)













