Total Pageviews

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kali ini Budak Pacak nak sambung cerita mengenai   Media Familiarization Trip To Macau  anjuran Air Asia bersama - sama Macau Government Tourism Office (MGTO) . Kalau yang lepas dah bercerita mengenai Pilihan Hotel di Macau,- Rujuk SINI , entry kali ini mengenai Tempat Menarik di Macau yang harus korang lawati . 



Macau salah satu tempat yang terkenal dalam destinasi pelancongan. Dekat sini terdapat pelbagai tarikan yang boleh dikunjungi seperti peninggalan gereja, bangunan sejarah Portugis dan banyak lagi.  

Sebelum itu, bila korang ke Macau, bolehlah hubungi Macau Government Tourism Office sebab mereka menyediakan pakej khas untuk pelancong yang datang. Senang bukan? mudah dan dipercayai. Sepanjang kami disini, pakej yang telah ditawarkan kepada kami adalah A tour Of Arts and Culture dan A tour of Historical Trials

Sebenarnya terdapat lagi dua pakej iaitu A tour of East Meets West dan A tour of Nature and Creativity tapi disebabkan trip kami agak singkat , hanya dua pakej dipilih. Lepas ini pihak MGTO kena buat seminggu baru puas kehkehkeh...




Perjalanan kami selama 4 Hari 3 Malam ini penuh dengan pengalaman yang havoc dan awesome gilaSatu pengalaman manis yang tak akan dilupakan sampai bila - bila . Jadi di bawah ini adalah beberapa tempat yang Budak Pacak cadangkan untuk korang singgah 



Macau Fisherman's Wharf 



Kalau nak tau , tempat ni lebih kurang macam Laman Seni Shah Alam. Cuma yang membezakannya adalah disini menempatkan restoran , tempat hiburan , membeli belah , konvensyen dan sesuai untuk korang yang suka bergambar. 






Salah satu tarikan terkenal di Macau . Dekat sini ada restoran Indian tau, namanya Taste of India. Sedap juga makan di sini. 

Macau Giant Panda Pavilion 

Budak Pacak tak berkesempatan lagi untuk melihat beruang panda secara dekat di Malaysia.  Dekat sini terdapat dua ekor panda  gergasi yang menjadi tarikan Kai Kai dan Xin Xin. Eh sama pulak nick name kita hahaha. 


ni replika ye. panda yang betul asyik tidur je dalam rumah dia 


Beruang ini adalah hadiah dari tanah besar China sempena ulang tahun yang ke 10 Macau. Tiket untuk masuk di sini bersamaan RM 5 di negara kita. 

Grand Prix and Wine Museum 

Disini terletaknya himpunan kereta dan sejarah mengenai pelumba seluruh negara . Macau kan terkenal dengan litar grand prix


Arsenio Dodjie, salah seorang pemenang Grand Prix 


Kalau nak tau sejarahnya bolehlah kesini. Budak Pacak tak masuk pun bahagian wine, sebab bukan minum wine pun hehehe...

Leal Senado Building and  Senado Square 

Leal Senado ini adalah tempat yang selalu menjadi pilihan para pelancong kerana di sini terdapatnya seni dan bangunan lama yang masih kekal utuh. 






Di sini, ada beberapa lorong yang wajib orang bergambar kerana dikatakan disini adalah lokasi penggambaran di dalam beberapa filem termasuk Boys Of Flower

St Dominic Church 




Jangan terkeliru ye bila tengok bangunan ni kerana ada satu lagi peninggalan sejarah yang menyerupai gereja ini. Gereja ini telah dijumpai pada tahun 1587 yang merupakan gereka Dominician yang pertama di China. Pada waktu malam kebiasaannya akan ada pemuzik jalanan yang membuat persembahan di sini. 

The House of Dancing Water 

Okay nak cakap dekat korang, sini adalah tempat favourite Budak Pacak . Sampai sekarang boleh ingat kehebatan persembahan ini. 







The House of Dancing Water ni bukan setakat air sahaja yang berirama yer,sepanjang persembahan dua jam ini korang bakal melihat aksi akrobatik di dalam air dan di udara yang mantap gilos. serius cakap so far ini adalah live performance paling hebat pernah Budak Pacak tengok! 

The Dragon's Treasure Show

Kalau tadi dah tengok aksi bermain air, sekarang kita lihat persembahan magis naga - naga pulak. Tempat The Dragon's Treasure Show ni berada dalam satu bangunan dengan The House Of Dancing Water iaitu di City of Dreams




Dalam Dragon show ni korang bakal duduk dalam glob gergasi dan melihat naga - naga keluar sambil mengeluarkan asap dan magisnya tersendiri. 

Venetian Macau 

Di Macau ni memang terkenal dengan pembangunan hotelnya. Terlalu banyak hotel sepanjang jalan di Macau dan salah satunya adalah Venetian Macau yang merupakan pusat kasino terbesar di dunia dan tersenarai sebagai  salah satu tempat paling menarik di Asia




Menariknya di sini kesemua kemudahan  dan tarikan disini mempunyai seni reka yang berlainan dari tempat lain. 



Percaya tak langit ni hanya lukisan dinding semata - mata 


Disini juga korang tak akan merasa suasana malam kerana tempat ini sentiasa berada dalam keadaan siang. 







Sempat juga kami naik Venetian Gondola menyusuri sungai buatan yang terdapat di dalam hotel ini. 

Kun Lam Statue 

Patung Gergasi yang terdapat di tepi pantai ini merupakan dewi Kun Lam yang menjadi kepercayaan mereka di sini. 


kelihatan patung dewi Kun Lam dan Macau Science Center


Patung setinggi 20 meter ini diperbuat daripada gangsa dimana dibawahnya terdapat pusat informasi bagi penganut Buddha , Taoism dan Confucianism 

Macau Tower 

Menara Macau atau Macau Tower merupakan menara yang ke 10 tertinggi di dunia dan yang ke 8 di Asia . 






Disini buat penggemar aktiviti sukan lasak korang boleh membuat bungee jumping di sini yang merupakan 'World's Highest Bungy Jump'. Selain itu, korang juga boleh lakukan aktiviti lasak yang lain seperti Skyjump, Skywalk X dan Mast Climb. Kalau korang pernah tengok running man, dorang pernah lakukan semua aktiviti ini disini. 

Ruin of St Paul 

Ruin of St Paul ini adalah kesan peninggalan runtuhan gereja yang terdahulu. Yang masih kekal adalah pintu hadapannya yang masih berdiri utuh. Untuk pengetahuan korang, Ruin of St Paul adalah salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO




Ruin of St Paul ni berhampiran dengan tempat kami menginap. Satu tips untuk korang yang nak cari tempat membeli cenderamata murah di Macau adalah dekat sini. Cuba cari satu kedai pakcik di atas Ruin of St Paul. Pakcik ni boleh berbahasa melayu tau . tapi taklah fasih sepenuhnya. Kami borong disini je sebab harganya jauh lebih murah 


MGM Water Aurora. Banyak pulak gambar selfie di Macau nih. kehkehkeh 


Sebenarnya banyak lagi tempat yang Budak Pacak nak kongsi dengan korang seperti The Bubbles , Michael Jackson Gallery , Tree of Prosperity , Dragon of Fortune , Performance Lake , Macau Science Center , MGM Water Aurora dan banyak lagi. 

Kalau cerita semuanya memang tak habislah kan hehe.. Pada pandangan Budak Pacak, secara keseluruhan hotel - hotel di Macau ini kesemuanya mempunyai tarikan tersendiri. Memang mengagumkanTidak hairanlah ada hotel di Macau ini dinobatkan sebagai antara hotel yang terbaik di dunia

Jutaan terima kasih kepada pihak AirAsia dan Macau Government Tourism Office (MGTO) sebab sudi menaja trip kami ke Macau. Ada masa jemputlah lagi hehehe 

Nantikan bahagian terakhir mengenai perjalanan kami di Macau!

Untuk maklumat lanjut mengenai macau boleh ke page mereka 







AirAsia Kini memperkenalkan Premium Flex ! 


p /s ; Rezeki semakin terbuka selepas balik dari Macau . Alhamdulillah. 


Tempat Menarik Di Macau

by on 17.8.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Kali ini Budak Pacak nak sambung cerita mengenai     Media Familiarization Trip To Ma...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 


Buat kaki wayang semua , dah pernah masuk pawagam mewah TGV yang pertama? Kalau belum, silalah ke Indulge bertempat di TGV Cinemas , 1 Utama

Kalau sebelum ni , kita pernah dengar mengenai TGV Beanie ,Luxe IMax kali ini mereka telah melancarkan Indulge. 





Sebenarnya pelancaran ini telah berlangsung pada april yang lalu . Maklumlah dengan sibuk semua , tak sempat nak ke Indulge. 





Jadi baru - baru ini , Budak Pacak telah diberi pass masuk ke TGV Indulge untuk merasai sendiri pengalaman menonton filem di dalam Indulge. Pertama kali menjejak kaki ke dalam Indulge korang akan disambut alunan muzik jazz. Pilihan filem Fault In Our Stars pulak, tahan macho je tak nak nangis kehkehkeh...


 Di sini terdapat lounge yang membolehkan korang menunggu waktu filem korang dengan keadaan yang tenang dan juga selesa . Bertemakan warna ungu mewah , disini terdapat pelbagai menu western menanti korang. Menariknya korang boleh menikmati makanan ini di dalam pawagam atau di lounge. 



Di dalam pawagam, korang tak payah memanggil petugas untuk memesan makanan. Kerana di setiap kerusi mempunyai butang yang berfungsi memesan makanan dan minuman yang korang nak. Hebat bukan ?

Bukan itu sahaja, semua kerusi di sini flexible , korang boleh baring dan aturkan posisi yang korang nak dengan butang automatik disebelah kerusi. Di setiap kerusi , mempunyai selimut. 



Jadi di Indulge , keselesaan pelanggan adalah keutamaannya.

Bayangkan tengok filem di atas kerusi yang fleksibel sambil berselimut , makanan pula dihidangkan. Like a boss !! 

TGV Indulge mempunyai dua hall mewah yang boleh menempatkan 32 dan 40 orang dalam satu masa. Dan untuk pembelian tiket Indulge adalah RM 45 untuk satu orang, bergantung kepada filem yang ada pada waktu itu. Kalau Budak Pacak sudah, korang bila lagi ?

untuk maklumat lanjut boleh ke

website - http://www.tgv.com.my/cinemas/halls/indulge.html

p /s ; Rasa nak tinggal lama - lama dalam tu..

Pawagam TGV Yang Mewah

by on 15.8.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Buat kaki wayang semua , dah pernah masuk pawagam mewah TGV yang pertama? Kalau belum, ...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Baru - baru ini kalau korang yang pergi ke Burger King ada nampak tak iklan transformers ? kalau ada iklan tu bukan saja - saja ye nak letakkan disitu.

Sebabnya Burger King telah memperkenalkan Burger Double Take yang diilhamkan dari filem kegemaran ramai Transformers Age  Of Extinction dimana korang boleh membuat pilihan untuk memilih patty daripada ayam atau daging atau kedua - duanya sekali di dalam satu burger .



Budak Pacak telah dijemput oleh Burger King untuk merasai sendiri kenikmatan Burger Double Take ni , memang satu kepuasan kerana didalamnya terdapat patty yang dilapisi sos keju bersama sayuran segar. 



Bukan itu sahaja yang menjadikannya menarik adalah kerana di dalam Double Take terdapat juga Golden Potato Crunch yang apabila korang ' ngapp' sekali akan terasa kerangupannya. Terbaik!


konsep baru yang diperkenalkan sempena Bulan Ramadhan baru - baru ini 


Cuma apabila dah makan Burger Double Take ni,Budak Pacak nak cadangkan untuk masa hadapan apa kata pihak Burger King cuba letakkan pula kentang goreng di dalam burger mereka, mesti lagi ramai yang suka. 



Maklumlah bab kentang ni memang all time favourite hehehe. Selain Double Take Burger , promosi Blockbuster Deal turut memperkenalkan minuman epal fizzy berwarna biru yang dikenali sebagai Apple Bolt




Juga perkenalkan The Crunchy Jumbo Frank. Kalau tadi burger bersama patty, kali ini adalah pilihan sosej ayam . 

Buat korang yang belum berkesempatan untuk merasai hidangan hebat transformers ini, silalah ke Burger King berdekatan kerana promosi ini akan berakhir pada hujung ogos ini. 




Nanti dah habis promosi , melepas pulak. Jangan lupa juga rasai kek coklat hershey's sedap rasanya gempak dan harganya gilos murah. 

Terima kasih Burger King!


p / s ; harga kek tak sampai rm 5. sedap....

Burger Transformers Burger King

by on 14.8.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Baru - baru ini kalau korang yang pergi ke Burger King ada nampak tak iklan transform...
"ladies and gentlemen this is Captain Khairul Azfar , your captain speaking . We like to welcome you onboard this flight to Kuala Lumpur. flight duration is around 2 hours  and we are expecting a fairly smooth flight today. Once again we thank you for choosing to fly with us today and we hope you enjoy your flight"


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Ada gaya juruterbang bercakap tak ? hehehee... 


Nak jadi juruterbang bukan senang, perlu ada kepakaran dalam selok belok kapal terbang. Jadi untuk melatih juruterbang ini maka tertubuhlah akademi penerbangan. 

Buat korang yang tak tahu, di Melaka terdapatnya satu Akademi Penerbangan Malaysia atau MFA - Malaysian Flying Academy yang telah diiktiraf selama hampir 3 dekad lamanya. 



Baru - baru ini sepatutnya Budak Pacak ke sana untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman sebagai juruterbang namun disebabkan ada perkara yang tidak diingini berlaku,terpaksa lupakan niat untuk ke sana. 

Namun begitu, di kesempatan ini Budak Pacak nak berkongsi dengan korang mengenai MFA  dan juga syarat - syarat untuk menjadi juruterbang.

Pengetua Akademi Penerbangan Malaysia, Kapten Stephen Michael Terry 

Tahun ni genap 30 tahun penubuhan akademi penerbangan ni .Seramai 1400 orang kadet telah dilahirkan disini Bukan setakat Malaysia , malah ada kadet dari Australia, Portugal, France, Hungary, Maldives, Mauritius, Myanmar, Iraq, Iran, Libya, United Arab Emirates, India, Indonesia, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Hong Kong, Finland, Japan, Oman dan Yemen turut dilahirkan di sini. 

Malah yang membanggakan , disini juga terdapat kadet wanita yang bakal menjadi juruterbang wanita . Haaa, jangan tak tahu, perempuan tak berani bawa kapal terbang. Buktinya adalah 50 orang kadet wanita ni. 


Lim Ju Lian salah seorang kadet wanita  yang berasal dari Malaysia 


Untuk lulus menjadi juruterbang , setiap kadet perlu lulus Commercial Pilot License with Instrument Rating (CPL/IR) . Mesti korang tertanya apa benda pulak ni kan  

Sebagai info , Commercial Pilot License with Instrument Rating (CPL/IR)  ini melatih dan membolehkan seorang kadet mempunyai lesen untuk membawa kapal terbang komersil



Di MFA seramai 21 instructor yang bertauliah telah ditempatkan. Ratio untuk kelas penerbangan disini adalah 1 Instructor dan 6 orang kadet. 





Jumlah ini akan berubah menjadi 1 Instructor dan 4 orang kadet kelak selaras dengan penambah baikan beberapa fasiliti disini . 

Twin Engine Piper Seminole yang digunakan dalam latihan penerbangan disini 


MFA juga telah melatih kadet untuk beberapa syarikat penerbangan umum seperti Malaysia Airlines , AirAsia , Singapore Airlines , Silk Air , Air Mauritius dan juga Polis Diraja Malaysia .

Okay dari tadi mesti korang tertanya macam mana nak jadi juruterbang  Untuk membolehkan korang membawa kapal terbang , korang perlu mempunyai lesen yang diiktiraf. Lesen kapal terbang adalah berlainan mengikut jenis kapal terbang. 

Private Pilot Licence - PPL 


Commercial Pilot Licence - CPL 


The Frozen Airline Transport Pilot’s License - ATPL 


Assistant Flying Instructor Rating - AFI





Dah tahu sedikit sebanyak bukan mengenai lesen juruterbang ni kena ingat bawa kapal terbang bukan macam bawa kenderaan biasa, korang kena ambil beberapa ujian kelayakan yang setaraf baru layak bawa kapal terbang.

Sebelum Budak Pacak end up entry kali ini, buat korang dengan kawan - kawan yang nak merasai sendiri pengalaman di Akademi Penerbangan Malaysia ini , korang boleh berbuat demikian dengan upload gambar korang bersama kawan di facebook dan nyatakan kenapa korang kena menjadi #TheNextPilot

Jangan lupa , gambar korang perlu hantar direct message ke facebook page Malaysian Flying Academy bersama butiran MFA #TheNextPilot Photo Contest


1. Full Name as per IC

2. IC No
3. Valid email address
4. (i) Primary contact number; (ii) Secondary contact number



Maklumat lanjut mengenai Akademi Penerbangan Malaysia


Good Luck semua !

p /s ; Simpan impian untuk bekerja di awan biru 

Akademi Penerbangan Malaysia Terbaik

by on 13.8.14
"ladies and gentlemen this is Captain Khairul Azfar , your captain speaking . We like to welcome you onboard this flight to Kuala Lum...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Pertama sekali Budak Pacak ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca. Jika terdapat salah dan silap sepanjang perkenalan mahupun dalam berkarya harap diampunkan. Kosong - kosong yer. 



Harap ucapan ini tidak terlambat , kehkehkeh maklumlah sibuk berayalah katakan. Jadi Budak Pacak tinggalkan korang dengan koleksi ucapan raya khas untuk korang. Teruskan beraya, ada sebulan ye , kehkehkeh ...




lagi video dari Nora Danish  dan juga Yasmin Hani boleh tengok di Instagram Budak Pacak - @KhaiArtzfar . Selamat Hari Raya !


p /s ; raya tahun ni suram sedikit berbanding tahun sebelumnya 

Ucapan Raya 2014

by on 7.8.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Pertama sekali Budak Pacak ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari R...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .

Pejam celik pejam celik , lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri . Jadi pada kesempatan entry ini , Budak Pacak nak kongsi dengan korang beberapa buah lagu raya dan video klip raya aidilfitri

Menariknya mengenai Lagu Raya 2014 ini adalah terdiri mashup lagu raya yang sedia ada seperti 

1.Dendang Perantau - P.Ramlee
2. Hari Raya - iamNeeta, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris
3. Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Elina
4. Lagu Raya - Sekumpulan Orang Gila (SOG) ft Ana Raffali
5. Selamat Hari Raya - Ahmad Jais
6. Selamat Berhari Raya - Rahimah Rahim
7. Aidilfitri Hari Mulia - Fazidah Jonet
8. Selamat Hari Raya - Saloma

dan kesemua lagu ini dinyanyikan oleh gabungan bakat youtubers Malaysia seperti Azhar Mustapa , Aliyas Zakaria , Syuhada Najuwa , Eika Syah , Faayusra , Ikmal Hijaz dan juga Qiezarra . 



Serius cakap , first time Budak Pacak dengar lagu mashup raya ni asyik ' repeat.. peat peat' je. Terbaik !

Video ini adalah hasil daripada Voxscape . Selain mashup lagu raya, dorang pun ada hasilkan video dan cover lagu raya yang lain bersama artis terkenal seperti Shiha Mentor dan juga Encik Mimpi.





 Apa pun enjoy the video.sambil - sambil balik kampung tu, bolehlah dengar lagu - lagu raya ni. Ambil feeling la katakan kehkehkeh..

Nantikan selepas ini, koleksi ucapan raya aidilfitri daripada selebriti tanah air yang Budak Pacak sempat rakamkan khas untuk pembaca Blog Budak Pacak, tunggu...


p /s ; lagu raya menggamit memori.

Lagu Raya 2014

by on 26.7.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . Pejam celik pejam celik , lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfit...