Total Pageviews

Lokasi kedua  Jelajah Suria Anggun Cotton Collection yang diadakan di Aman Central, Alor Setar Kedah baru-baru ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. 



Meriah! Lebih 8,000 Pengunjung Banjiri Jelajah Suria Anggun Collection 2023 Di Alor Setar

by on 23.2.23
Lokasi kedua  Jelajah Suria Anggun Cotton Collection yang diadakan di Aman Central, Alor Setar Kedah baru-baru ini mendapat sambutan yang cu...
Siri Jelajah Suria yang dianjurkan oleh stesen radio Suria FM kembali bagi edisi 2023 dan kini dikenali sebagai Jelajah Suria Anggun Cotton bersama penaja utama mereka, Anggun Cotton Collection. 




Menariknya kali ini, peminat kedua-dua jenama tersebut bukan sahaja boleh mendapatkan koleksi Anggun Cotton di keempat-empat siri jelajah dengan harga yang lebih murah, malah lima rekaan corak khas bakal diperkenalkan secara eksklusif. 





Untuk rekod, jenama yang memilih pelakon Yana Samsuddin sebagai duta mereka itu sudah sinonim di kalangan rakyat  Malaysia sebagai syarikat yang menyediakan busana selesa dan berkualiti sejak lebih 8 tahun lalu. 




Bagi tahun 2023, Anggun Cotton Collection yang  diterajui oleh pasangan adik-beradik, Puan Noraini Hanipah dan Puan Norafizah Hanipah bersama suami mereka selaku  pengasas bersama Tuan Mohd Shazrin dan Tuan Adzim mempunyai sasaran mereka tersendiri. 

Puan Norafizah dan Tuan Adzim

Puan Noraini dan Tuan Syazrin


Bermula Februari 2023, Anggun Cotton Collection bakal menghasilkan hampir 300,000 pasang baju dengan pelbagai rekaan menarik. 

Untuk info, Jelajah Suria Anggun Cotton Collection  membuka tirai pada hari Sabtu, 11 Februari di Paradigm Mall, Johor Bahru, dikuti Aman Central Alor Setar pada 19 Februari. 

Lokasi seterusnya di Kuantan City Mall, Kuantan Pahang pada 25 Februari 2023 dan di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Mac 2023.

Lebih mengujakan, Jelajah Suria pada kali ini bakal membariskan lebih 40 artis popular seperti Shidee, Raja Ema, Bunga, Insomniacks, Akim & The Majistret, Luqman Podolski, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann, Ally Axl, Exists, Khai Bahar dan ramai lagi.

Difahamkan, kesemua mereka akan menyanyikan lagu hits masing-masing dan ia merupakan pilihan dari Suria FM sendiri bagi memenuhi permintaan pendengar yang tersayang. 

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin ;

"Siri Jelajah Suria adalah sebuah acara tahunan yang paling dinantikan ole peminat dan pendengar Suria FM. Oleh itu, pada jelajah kali ini, kami bersama Anggun Cotton Collection selaku penaja utama serta AC Gas selaku penaja bersama akan berikan kelainan but para pendengar dengan menengahkan elemen 80an, 90an dan terkini bertujuan untuk meluaskan sasaran pendengar Suria FM ke semua lapisan umur".  

"Pengunjung Jelajah Suria Anggun Cotton Collection berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa 4 buah Motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM4000 untuk pembelian barangan eksklusif Suria FM di booth 'Kedai Suria' seperti edisi terhad Jersey Suria, T-shirt Suria, lanyard, payung dan drawstring bag". katanya 




Menariknya lagi wang tunai lebih RM10,000 turut menanti pengunjung Jelajah Suria kali ini menerusi pelbagai aktiviti pentas yang akan bermula seawal jam 12 tengahari hingga 6 petang.

5 Corak Eksklusif Anggun Cotton Bakal Diperkenalkan Dalam Siri Jelajah Suria 2023

by on 11.2.23
Siri Jelajah Suria yang dianjurkan oleh stesen radio Suria FM kembali bagi edisi 2023 dan kini dikenali sebagai Jelajah Suria Anggun Cotton ...
Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri tayangan perdana filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang yang diadakan di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur. 


Review Filem Coast Guard Malaysia Ops Helang : Brutal Habis!

by on 3.2.23
Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri tayangan perdana filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang yang diadakan di Dadi Cinema Pavil...
Membaca kisah individu-individu pemilik jenama AAINA Beauty yang juga merupakan influencer, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina terlalu banyak pahit getir yang mereka telah lalui. 


AINAA Beauty Perkenal 10 Orang Kuat

by on 14.1.23
Membaca kisah individu-individu pemilik jenama AAINA Beauty yang juga merupakan influencer, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina terlalu banyak p...
Tahniah diucapkan kepada stesen radio Suria FM yang kini menduduki tangga ketiga bagi stesen radio Bahasa Melayu terbaik di Malaysia. 



Sebagai salah seorang pendengar Suria aku tumpang bangga apabila stesen radio ini berjaya naik dengan mendadak hasil celoteh dan kerjasama diantara penyampai radio mereka. Buat yang tidak tahu, keluarga penyampai Suria terdiri daripada pengurus besar nya sendiri, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, Shuib, Ajak, Suraya Borhan, Tyzo, Sharifah Shahirah (Kak Rara), Feeya Iskandar (Cik Piah) dan Anna Aljufrey. 




Lebih manis, kejayaan tersebut seiring dengan ulang tahun Suria yang ke-15. Untuk itu, Suria FM bukan sahaja meraikan ulang tahun mereka di atas kapal mewah Resorts World Cruises selama empat hari tiga malam, malah mereka juga bersiaran secara langsung sekaligus menjadi radio pertama di Malaysia yang bersiaran di atas kapal pelayaran. 




Akan mula berlayar pada 9 Januari 2023, Suria FM akan turut membawa pendengar mereka yang bertuah untuk bersama-sama meraikan ulang tahun mereka kelak. 




“24 November, genap 15 tahun Suria FM mewarnai industri radio tanah air dan 2022 merupakan tahun yang luar biasa dari segi pencapaian kami dari segi rating, ranking serta hasil pendapatan Suria FM secara keseluruhannya.

“Semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada pendengar setia, pihak penaja serta rakan media. Sempena kejayaan Suria FM kali ini, kami membuat kelainan dengan meraikan sambutan ulang tahun Suria FM sambil berlayar dan bersiaran secara langsung dari atas kapal persiaran mewah, ‘Genting Dream’,” -  DJ Lin.



Menurut Naib Presiden Jualan (Malaysia) Resorts World Cruises Cynthia Lee, Suria FM menjadi radio pertama yang dipilih untuk kerjasama seumpama ini kerana kemampuan stesen itu menarik pendengar dalam kalangan kaum Melayu khasnya sejajar dengan pakej mesra Muslim pelayaran yang diperkenalkan.

“Kami memilih dan bersetuju untuk bekerjasama dengan Suria FM kerana tertarik dengan pencapaian mereka dan saya yakin banyak lagi kerjasama akan diteruskan pada masa depan,” katanya.

Untuk rekod, Suria FM berjaya mencatat pertambahan jumlah pendengar lebih 3.5 juta pendengar seminggu. 

p/s : Tahniah Suria FM! Dan terima kasih untuk jemputan menaiki cruise nanti. Namun , apakan daya terdapat komitmen yang perlu dilaksanakan. Semoga Suria FM bakal menjadi stesen radio nombor satu pada tahun hadapan!

Suria FM Kini Nombor 3 Paling Popular! Bakal Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Records

by on 23.12.22
Tahniah diucapkan kepada stesen radio Suria FM yang kini menduduki tangga ketiga bagi stesen radio Bahasa Melayu terbaik di Malaysia.  Sebag...

Siapa kat sini ada Resdung? Aku percaya ramai di antara korang yang ada resdung. Cuma yang masalahnya, korang sendiri pun tak tahu yang korang tu ada resdung. 



Cara Hilangkan Resdung Teruk Dengan Eskayvie Diffenz

by on 22.12.22
Siapa kat sini ada Resdung? Aku percaya ramai di antara korang yang ada resdung. Cuma yang masalahnya, korang sendiri pun tak tahu yang kora...
Tibanya perayaan krismas mesti ramai yang tertunggu-tunggu untuk nikmati Ayam Belanda, roti halia, aneka pencuci mulut serta pelbagai makanan barat yang sedap. 



Sempena dengan cuti sekolah dan perayaan Krismas yang hampir tiba tidak lama lagi apa kata korang nikmati pelbagai hidangan khas di hotel Pullman Kuala Lumpur City Centre. Baru-baru ini aku berkesempatan untuk mencuba menu-menu perayaan tersebut. 











Fuhh! Rambang mata terutamanya bahagian pencuci mulut yang sangat banyak dan pelbagai warna.





Terlalu banyak untuk aku senaraikan, korang boleh check pada pautan di bawah untuk senarai menu dan harga nya. 

Aku difahamkan, lazimnya apabila menjelang Krismas sehari sebelum diorang akan ada makan malam bersama. Aku rasa macam semua perayaan ada kan? 

Kalau yang muslim sehari sebelum akan bergotong royong memasak, CNY pula akan makan besar bersama keluarga begitu juga dan Deepavali akan turut sibuk memasak. 

So untuk korang yang meraikan Krismas atau ingin nikmati pelbagai sajian sedap ini boleh buat tempahan di Pullman KLCC sebelum semuanya fully booked! 







Christmas Eve Dinner Buffet 

24 DECEMBER 2022 l 6:30pm – 10pm

RM208 per adult (free-flow of juices and soft drinks)

RM258 per adult (free-flow of juices, soft drinks)

RM104 per child (6 – 12 years old)

Complimentary party hats and festive novelties for restaurant guests. Meet Santa, bearing gifts of joy for his little friends.

Christmas Day Lunch Buffet 

25 DECEMBER 2022 l 12 noon – 3pm

RM188 per adult (free-flow of juices and soft drinks)

RM238 per adult (free-flow of juices, soft drinks)

RM94 per child (6 – 12 years old)

Christmas Day Dinner Buffet 

25 DECEMBER 2022 l 6:30pm – 10pm

RM208 per adult (free-flow of juices and soft drinks)

RM258 per adult (free-flow of juices, soft drinks,)

RM104 per child (6 – 12 years old)

Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun makan secara percuma. 

Semua harga tertakluk kepada 6% caj perkhidmatan. 

Banyaknya Dessert Sedap Sempena Krismas Di Pullman KLCC

by on 22.12.22
Tibanya perayaan krismas mesti ramai yang tertunggu-tunggu untuk nikmati Ayam Belanda, roti halia, aneka pencuci mulut serta pelbagai makana...

Untuk siapa yang mengenali aku mesti tahu yang aku sangat cerewet pasal insurans. Malah jenis aku pantang kalau orang jenis yang paksa untuk ambil langgan insurans diorang. Bagi aku mudah, biarlah ia datang ikhlas dari diri sendiri. 




Menyesal Tak Ambil Insurans Dengan AIA - Stable Vision Cooperation

by on 21.12.22
Untuk siapa yang mengenali aku mesti tahu yang aku sangat cerewet pasal insurans. Malah jenis aku pantang kalau orang jenis yang paksa untuk...