Total Pageviews

Hassan oh hassan ! This boy really makes my day !




WORDLESS WEDNESDAY

by on 20.3.13
Hassan oh hassan ! This boy really makes my day ! Wow !Tukarkan phone lama korang dengan samsung S3 Mini! 



'salam abah,ma doa la orng slmt…era'

SMS terakhir prebet Ahmad Hurairah , 24 yang terkorban dalam mempertahankan negara. Al - Fatihah ! 

"Kali terakhir (Allahyarham) jumpa saya ialah pada hari raya Aidilfitri 2010, selepas itu kami banyak berhubung melalui telefon dan SMS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bayu Lalang di sini hari ini.
Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Tawau, Sabah, terkorban dan dua penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, berhampiran Kampung Tanjung Batu.

"Kali terakhir arwah menelefon saya pada 1 Mac, semasa itu dua anggota polis terkorban. Arwah beritahu suruh doakannya sentiasa selamat sebab dia nak pergi ke Lahad Datu.
"Kali terakhir arwah (menghantar) SMS ialah 10 Mac (Ahad) beritahu dia kena standby untuk ke Lahad Datu," katanya sambil memberitahu Allahyarham telah empat tahun berkhidmat dalam tentera.
Ibu Allahyarham, Rahmah Mamat, 50, berkata, beliau memang sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu tetapi demi perjuangan untuk mempertahankan negara, beliau reda dengan ketentuan Allah SWT itu. - Bernama

#GambarDariUtusan

p/s : gugurnya Allahyarham seperti seorang pejuang

[Berita Terkini] Isu-isu Lahad Datu. Dapatkan semua di sini !  ]


SMS TERAKHIR PEJUANG NEGARA YANG TERKORBAN

by on 13.3.13
'salam abah,ma doa la orng slmt…era' SMS terakhir prebet Ahmad Hurairah , 24 yang terkorban dalam mempertahankan negar...
Assalamualaikum dan salam sejahtera ! 

Sebenarnya entry telah lama disimpan, percutian ni pun aku pergi tahun lepas. Almaklumlah busy la katakan. cuti sekolah pun nak dekat dah kan? jadi korang boleh je ambil entry ini sebagai tips untuk rancang percutian *alasan* kehkehkeh ..



Perjalanan kami dari rumah ke Kuala Perlis mengambil masa lebih kurang 2 jam. memandangkan rumah aku sendiri di kedah. dan mesti ada yang tertanya kenapa kiteorang tak naik dekat Kuala Kedah? sebabnya, di Kuala Perlis tambangnya agak murah sedikit dan jarak perjalanan ke Pulau Langkawi pun kalau tak silap lagi dekat. 

Kami sampai di Jeti Kuala Perlis dalam pukul 10 pagi. sampai je , tengok ramai betul orang yang beratur membeli tiket feri. bayangkan kami beli tiket pukul 10 pagi, dan kena naik feri pukul 1 tengahari . tak ke lama tu?


 jadi tips buat korang yang nak beli tiket tu, kalau boleh datang seawal yang mungkin bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku. ditambah pula keadaan jeti Kuala Perlis yang tak berapa sempurna sebab kerja - kerja pengubahsuaian sedang dilakukan memang agak haru - biru dalam tu . 

pukul 1 tengahari je terus kami naik feri dan perjalanan dari jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam. terus - terang aku cakap percutian kali ini yang agak teruk bagi aku, sebab demam panas sepanjang di sana. jadi nak tak nak kena enjoy dengan keadaan demam. 




sampai saja di sana, kereta sewa menunggu kami. Avanza menjadi pilihan keluarga aku sebab kuantiti kami yang sederhana . kadar  harga sewa untuk sehari adalah RM 150. kira murahlah sebab time tu peak seasons.

sampai disana destinasi pertama kami adalah ke Gudang Gamat kira - kira 10KM daripada pekan Kuah. dekat sini , pelbagai jenis ubat dan minyak dijual, harga pun murah. 




selesai kami di Gudang Gamat, kami ke Makam Mahsuri. kalau korang dekat Langkawi ni, jalan dia banyak sangat, jadi mana - mana pun boleh tembus.  so dont worry kalau sesat, bezanya cepat dan lambat je 







dekat Makam Mahsuri ni korang boleh tengok sejarah hidup dia dan tengok sendiri rumah dia. so dekat situ boleh bayangkan la zaman mahsuri macam mana. bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Makam Mahsuri adalah sebanyak RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak - kanak. 

ok itu je untuk part 1 panjang sangat pulak rasa, banyak lagi cerita sepanjang di Langkawi menanti dalam part seterusnya. nantikan! 

p / s : tak ohsem berjalan dalam keadaan sakit 

[Berita Terkini] Isu-isu Lahad Datu. Dapatkan semua di sini !  ]

PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI PART 1

by on 12.3.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera !  Sebenarnya entry telah lama disimpan, percutian ni pun aku pergi tahun lepas. Almaklumlah busy la ...
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Negara digemparkan dengan peristiwa serangan pemberontak Sulu yang telah mengorbankan perwira - perwira negara. serius bila baca pasal peristiwa ni, sebak di dada mula timbul




Jauh di sudut hati kecewa bila isu seumpama ini digempar gempurkan dengan isu politik dan sebagainya, Takkan la pasal benda ni nak bertekak lagi isu politik, tak boleh ke kalau lupakan sebentar hala tuju politik, perbezaan budaya dan warna kulit bagi kembalikan negara Malaysia aman dan damai . 



itu satu hal, semalam terbaca pula dalam facebook pasal ada mamat yang 'terlebih bijak' membuat spekulasi sendiri pasal perwira negara yang terkorban. Nauzubillah, sampai  hati betul cakap sedemikian rupa, malas nak komen panjang pasal benda tu, kecewa dengan pemikiran tak matang. 



dan yang bertambah hiba bila terbaca sms terakhir salah seorang anggota VAT69 yang terkorban




apa yang pasti , pemergian dan pengorbanan perwira - perwira negara ini akan dikenang rakyat Malaysia. segala jasa dan bakti perwira ini akan menjadi azimat dan inspirasi kepada bangsa dan negara. Al -Fatihah kepada mereka yang terkorban. Semoga syurga dijanjikan buat mereka di akhirat sana. kepada semua rakyat Malaysia marilah sama - sama kita mendoakan agar negara kita terus sejahtera makmur.  MALAYSIA TANAH AIR KU. PRAY FOR SABAH. 


p /s : kecewa dengan seorang artis yang terlalu taksub dengan politik ni 


PRAY FOR SABAH

by on 5.3.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera Negara digemparkan dengan peristiwa serangan pemberontak Sulu yang telah mengorbankan perwira -...


Korang kaki graffiti ? mempunyai bakat yang terserlah ? Cabar diri korang dengan sertai pertandingan grafiti yang berlangsung dari 21 Februari sehingga 13 March 2013. 





Para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan yang bernilai hampir RM40,000 dan juga menyumbangkan hasil kreativiti grafiti di beberapa lokasi Resorts World Genting Highland. WOW !

 mudah saja untuk sertai pertandingan ini, antara terma dan syaratnya 
adalah :




  • Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berbakat dalam seni grafiti dan mestilah berumur 18 tahun ke atas 
  • Terdapat dua kategori iaitu Terbuka dan Kategori Pelajar 
  • Bagi kategori pelajar, mestilah sediakan satu salinan imbasan kad pengenalan semasa pendaftaran
  • menggunakan karya asal yang bertemakan Fun & Tarikan melalui Resorts World Facebook.
  • semua penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada 13 MAC 2013
  • Undian melalui facebook akan bermula pada 15  sehingga 28 MAC 2013.
  • maklumat lanjut di sini --> https://apps.facebook.com/ynot_graffiti.




 tukang promo...lah sangat. kehkehkeh 



jom sertai sekarang ! korang bukan saja bakal memenangi hadiah,  malah karya korang yang terpilih akan menghiasi Resort World Genting Highland ! 

YNOT - SPARK YOUR CREATIVITY WITH GRAFFITI

by on 4.3.13
Korang kaki graffiti ? mempunyai bakat yang terserlah ? Cabar diri korang dengan sertai pertandingan grafiti yang berlangsung dari 21 ...
Assalamualaikum dan salam sejahtera !


Korang dah makan ? Kalau belum ape kata korang try resipi nih. kehkehkeh..baru - baru ni godek blog cik apple , terjumpa la resipi pasta versi campak beliau. memandangkan time tu aku lapar tahap dewa, apa lagi selongkar habis dapur cari benda untuk dimakan, last- last terjumpa bahan - bahan ni. bukan senang lelaki nak turun dapur masak.jadilah masak untuk perut sendiri enn?

masakan ini aku namakan mee goreng bujang sebab simple giler nak buatnye, bahan - bahan dia pun banyak yang recyle dan main campak je dalam kuali. Ini je bahan - bahan untuk masak mee goreng bujang ni

  • Mee, Pasta atau Kueytiaw. ( ikut suka perut korang la nak guna apa ) 
  • Sardin setengah tin ( dihancurkan) 
  • Bawang putih 2 ulas ( diketuk )
  • Cili Hijau ( di-blende, kalau korang nak pedas, bubuh le lebih sikit )
  • Isi Ayam ( dicarik, kalau tak ada pun tak apa )
  • Fish Cake, Cili Merah ( ikut suka korang le nak tambah apa )
  • Sos cili dan sos tamato 
First korang goreng sampai naik bau dulu bawang putih, lepastu masukkan cili hijau yang dah blend tadi masak sampai dia menggelegak. kang tak masak kang mau sakit perut kan? lepas tu masukkan sardin yang dihancurkan beserta dengan sos tomato dan cili sekali secukup rasa. 



Bila dah agak - agak nampak macam pecah minyak ,korang masukkan la cili merah, isi ayam dan fish cake, senang je kan? main campak je lepastu gaulkan. bila dah nampak semua benda tadi macam dah mesra alam, last sekali korang masukkan la mee tadi. pastu gaul rata sampai masak. 




tadaa! 



dah siap.simple giler tapi rasanya masyuk sampai ke perut, kahkahkah perasan nak mampus ! Haa ape lagi cube le, kalau orang lelaki boleh masak takkan yang perempuan tak boleh kot? kehkehkeh 

p/s : ada gaya chef tak? LOL 

Wow ! Rakam gambar korang dan menangi percutian ke Doha !

MEE GORENG BUJANG

by on 17.2.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera ! Korang dah makan ? Kalau belum ape kata korang try resipi nih. kehkehkeh..baru - baru ni godek...
Assalamualaikum dan salam sejahtera !


tadi masa layan timeline pesbuk , terjumpa junior aku yang share gambar wanita yang berusia 36 tahun maut akibat terjatuh dari tingkat 6 Berjaya Times Square Kuala Lumpur . kebetulan dia dan kawan - kawan dia shopping dekat situ, dorang ternampak ada lembaga jatuh dari tingkat 6. dorang yang terkejut dengan kejadian tu, sempat ambil gambar kejadian. 






Macam - macam cerita punca kejadian ni, ada yang kata terjatuh sendiri. ada pulak yang kata jatuh sebab boyfriend dia tolak dari atas dan ada juga yang cakap bunuh diri. punca kejadian?


"Wanita cina yang mati ini dikenal pasti sebagai Choo Czek Yeng yang berusia 36 tahun dipercayai telah bersandar pada pagar shopping mall dibahagian tingkat 6 sebelum terjatuh ke bawah lobi Berjaya Times Square, mengikut sumber maklumat mangsa juga bakal menerima rawatan mentaldan tinggal bersama keluarganya di Bangsar. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad berkata tiada kecederaan fizikal pada badan kelihatan dan pihak polis juga masih menyiasat punca sebenar kes ini kerana kawasan tersebut tidak dilindungi oleh CCTV"

jangan le kita memandai membuat spekulasi yer.just ambil iktibar dari apa yang berlaku. peace no war !


kredit gambar : Fadhilah Zainal, BroJinggo

p/s : Gerun dengan tempat tinggi 

[ UPDATED ] GEMPAR ! WANITA MAUT TERJATUH DI TIMES SQUARE

by on 14.2.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera ! tadi masa layan timeline pesbuk , terjumpa junior aku yang share gambar wanita yang berusia 36...
Assalamualaikum dan salam sejahtera !

 baru - baru ini dekat sekolah yang aku praktikal ni ada buat sambutan maulidur rasul. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sampai ada  student yang menangis bila terkenangkan cerita perjuangan Rasulullah, dalam tengah fokus dengar ceramah, ada pulak gangguan bising daripada students. tapi aku rasa tu dah macam lumrah.



ceritanya  bermula bila ada satu student ni bising , then kena tarik ke belakang, rupa - rupanya bersembang sakan dengan abang dia. dah kena duduk belakang maka terpisahlah mereka, kehkehkeh.. mula- mula duduk diam, tapi lama - lama mula buat perangai.





 first dia boleh main gigi lepas tu calit dekat pengawas. aku marah dia buat tak tahu je, tak lama daripada itu,  semua orang tak bersandar, dia siap buat kuak lentang dekat situ, bila marah masih lagi buat tak tahu *sigh* 



yang ketiganya , dia boleh pulak terlena. berani betul dia tidur depan cikgu - cikgu, bila gerak tak bangun pulak., adeh tercabar betul.  kiteorang siap ambil gambar lagi, langsung tak sedar.




 bila dah nak dekat habis, abang dia datang pastu gerakkan, aik? bangun pulak dia. tapi bangun sekejap, pastu terlena atas riba abang dia. haih budak ni, nak marah pun tak jadi, so aku just biarkan dia dibuai mimpi. 



bila dah habis ceramah, barulah dia bangun, lepastu entah apa abang dia bisikkan terus dia datang dekat aku pastu cakap  " Cikgu, saya nak ke tandas boleh?seluar saya basah, saya....terkencing cikgu," perkataan TERKENCING tu terngiang - ngiang dalam kepala waktu itu. 


aku pun izinkan dia ke tandas takkan nak biarkan ye dak , yang kelakarmya bila datang balik, dia boleh watlek,watkul, watpis, watdono. macam tak ada apa - apa yang berlaku. ok student,  we take it as never happens !

p / s : kenangan mengusik jiwa

SAYA TERKENCING ! CIKGU

by on 10.2.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera !  baru - baru ini dekat sekolah yang aku praktikal ni ada buat sambutan maulidur rasul. Alhamdulilla...