:: MENCARI KONKLUSI ::

Salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian. camner kenyang ke makan limau? actually mesti ada yang tertanya ke mana aku menghilang? adakah aku dah quit dari dunia blogging ini atau pun blog aku kena hack? so far alhamdulillah tak kena lagi dan tak nak kena hack pun. cuma aku tak pergi kemana, masih mencari siapa aku sebenarnya. thats why aku letak tajuk MENCARI KONKLUSI . sebab kalau boleh nak jumpa ending yang sebenar siapa aku. actually 2 atau 3 hari lepas aku ada tulis entry. tapi entry itu aku tulis sebagai tempat lepaskan amarah aku. tapi aku dah delete entry itu atas nasihat kawan-kawan. tapi dah terlambat sebab pihak yang berkenaan  itu dah pun baca entry aku sebelum aku sempat delete. so aku terpaksa jumpa dia face to face isnin ini walaupun sebenarnya aku yang suruh jumpa face to face dengan aku sebab ketika itu amarah aku memuncak. tapi bila amarah dah hilang, menyesal pun ada, sebab ini kerja syaitan,iblis punya hasutan. 

iblis takkan berhenti menyesatkan serta melagakan umat manusia sehingga hari kiamat

so nak buat camne benda dah terjadi .terpaksalah aku jumpa juga walaupun terdetik dalam hati ini macam tak nak dan  buang masa sahaja  takut jadi lebih teruk pula. kalau tuan yang berkenaan sedang baca entry ini, aku minta maaf bagi pihak aku dan rakan-rakan aku dari hujung rambut sampai hujung kaki . tapi kalau ko nak jumpa juga aku tak kisah cuma kalau boleh malas nak gaduh-gaduh.lagipun kita nak duduk lama lagi dekat tempat orang dan satu " course" pula. tak baik pula bermasam muka, gaduh-gaduh. so sekali lagi aku minta maaf yer!!




semalam pula aku sempat habiskan masa dengan member-member sekolah aku.actually semalam aku baru dapat info yang ada mini gathering untuk blogger utara. tapi nak buat macam mana sebab last minute baru dapat tahu.so next time sajalah aku join. kembali pasal perjumpaan dengan member-member aku,adalah macam mini gathering sedikit kiteorang buat.kiteorang buat tepi tasik darulaman .pada sebelah malam pula kiteorang hentam char-koey teow, memang 'kaww' habis. walaupun tak ramai yang join gathering kali ini sebab terikat dengan komitmen " assingment " tapi kiteorang still chill habis. thanks juga kepada member aku , pak cop sebab sudi datang walaupun dari jauh.so ini adalah sikit gambar yang sempat kiteorang snap.




so habis saja part itu kali ini pasal peristiwa yang berlaku dalam minggu ini juga. so far cuti ini ingat boleh juga release tension dekat hometown  tapi muncul juga perkara-perkara yang tidak diingini. sebagai contoh pagi tadi, terdetik juga aku nak tengok jam rolex aku kenapa berselindung disebalik kain. sekali bila angkat...

" TIDAAAAAKKKKK !!!!! "

korang tengoklah sendiri apa yang terjadi dalam gambar bawah ini. malas nak komen lebih...tengah berkabung ni..

dah tak ada rupa macam jam

siapa punya angkara aku pun tak tahu.ok habis part itu sekarang kita ke part conclusion pula. pejam celik pejam celik isnin ini dah kena balik kuala lumpur.kenapa lewat? ini disebabkan semua tiket bas perjalanan ke kuala lumpur pada hari sabtu dan  ahad ini sudah pun habis. nak tak nak kena juga balik isnin ini dan terpaksa juga jadi M.I.A( missing in action ) . so balik saja kl ini aku dah bertekad nak jadi yang 'fresh' harap semuanya menjadi seperti yang dirancangkan. bila banyak benda yang buruk terjadi dekat sana cuma ayat ini yang aku pegang sampai aku masih mampu bertahan macam ini walaupun banyak benda buruk terjadi.

always be patient in facing all the challenges and obstacles ALLAH has predetermined to you.only He knows whats best for you.its okay  shed river of tears in this battle seeking knowledge but never give up your hope soon you'll embrace victory and success.

nasihat  ini lecturer aku yang bagi, Miss Nadhrah. dia ini memang baik giler dengan aku. kalau ada apa-apa hal beliau adalah orang pertama aku share dan rujuk . kira macam idola aku untuk berjaya dalam bidang ini. so thanks a lot miss. kali ini sajalah entry aku kali ini. terima kasih kepada yang memberi semangat dan yang  menyokong aku secara langsung dan tidak langsung. MERCI!!!

yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum::maaf kerana kebelakangan ini entry banyak pasal personal. just luahkan apa yang terbuku. doakan yang terbaik buat aku yer..love you guys!!
 

2 comments:

syrupmasin said...

elok lah luah ape yg rase dari pendam..nnt lame2 bole jadi gile..lagi carik pasal :D

k-artz chasez said...

@syrupmasin hahaha btol tu bro,,,, slama ni aku pendam ja tu yg mental skit...hahaha